Jumaat, 12 September 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Yang Aman, Part 2 - Malaysiakini

Baru semalam saya mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan keamanan di Malaysia. Artikel yang saya keluar hanya banyak menghuraikan berkenaan isu jenayah yang membabitkan banjiran pendatang asing ke Malaysia.

Di dalam akhbar
Utusan pada hari ini (12 September 2008) telah mengeluarkan cerita yang hampir sama dimana ulasan di Utusan Malaysia berkaitan dengan isu trend jenayah di Malaysia semakin membimbangkan. Jadi bukan saja saya yang bimbang bahkan ramai lagi yang bimbang.

Disini saya hanya dapat memaparkan statistik berkenaan dengan isu kes pecah rumah seperti yang dilaporkan. Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Nampaknya keselamatan di Malaysia semakin membimbangkan dan Polis pula jangan hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Almaklumlah, setiap kali demo ataupun ceramah yang membawa penglibatan kepada Pakatan Rakyat, pihak Polis sentiasa melibatkan diri seolah2 mereka ini penjenayah yang besar dan boleh membawa ancaman kepada negara.

Saya tidak mahu menyalahkan polis 100% dalam hal ini dan tidak semua anggota polis yang setuju apabila dikerahkan untuk kerja-kerja sebegini cuma yang pasti kami mahukan peranan polis adalah terjurus kepada bidang tugas yang sebenar bukannya menjadi hamba kepada mainan politik kerajaan Barisan Nasional. Tetapi malang KPN sanggup menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan yang korup.

Dalam menangani masalah ini saya sebenarnya tidak mahu hanya meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak polis tetapi sebaliknya kita sama-sama berusaha membantu menangani masalah sebegini. Kaedah yang macam mana, kita sama-sama fikirkan dan yang pasti apa yang kita mahukan ialah kadar jenayah mesti diturunkan bagi menjamin kehidupan di Malaysia aman dan harmoni...

Isu Azan : Terbukti UMNO Dalangnya - Malaysiakini

Hah sudah terbukti yang UMNO merupakan dalang dalam kes yang membabitkan isu "Penduduk bukan Islam bantah laungan azan". Menurut dari akhbar portal Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ seperti mana yang diwar2kan oleh pemimpin UMNO Negeri Selangor.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Jadi perkara ini sudah terbukti penjelasannya bahawa UMNO Selangor sememangnya sudah ketandusan isu apatah lagi isu Azan yang cuba dipermainkan mereka bagi menarik pengaruh orang Islam telah menunjukkan kegagalan. Masyarakat sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Lebih 50 tahun hidup dibawah pentadbiran BN semuanya hancur. Masjid dan Surau sebelum ini kurang di'imarah'kan semasa pemerintahan UMNO dan BN, sehinggakan TGNA pun diharamkan menyampaikan kuliah di Negeri tersebut. Ini sudah membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sememangnya anti pada Islam dan hanya menggunakan Islam sebagai satu alat untuk kepentingan politik mereka.

Oleh itu saya ingatkan kepada rakan-rakan UMNO bahawa jangan sesekali menjadikan isu agama sebagai permainan politik. Jika sebelum ini kamu berkata bahawa PAS yang mempolitikkan agama tetapi sebaliknya kamu sudah menjilat semula ludah kamu. Padan dengan muka kamu wahai pimpinan UMNO Selangor....


Nampak sangat mereka sendiri tak peka dengan masalah penduduk..lain yang dicakap lain yang dibuat..patutla pentadbiran Negeri Selangor dibawah mereka hancur lebur......

Terbukti yang selama ini semua propaganda yang direka oleh UMNO untuk mencetuskan perbalahan diantara Umat Islam dengan non muslim...sepatutnya orang seperti ini yang patut di 'ISA' kan...

Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September! - Malaysiakini

Dihantar dari ruangan komen.....-silembiks

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti. Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit. Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku? Kebanyakan cuma memerhati jam atas meja dan masanya. Sesetengah cuma memastikan jam tu masih senantiasa bergerak. Sesetengah cuma merenung jam dan tidak pasti ia masih bergerak atau berhenti.

Sesetengah bercadang jam tu tak boleh diharap. Kena ganti dengan jam lain ataupun bawa masuk jam lama. Sekurang-kurangnya jam lama tak tunjuk tarikh dan bulannya.

Ada juga orang bercadang untuk menambahkan jam-jam untuk menentukan masa itu betul. Ada orang bercadang untuk menutup muka jam dengan pelindung matahari supaya cuma kita dapat melihatnya.

Sesetengah bercadang menukarkan angka-angka pada jam supaya tidak semua dapat membaca masanya. Sesetengah bercadang mengeluarkan jarum panjang saat daripada jam. Selepas tu mungkin ada juga yang akan bercadang mengeluarkan jarum panjang minit juga.

Akhir-akhirnya ada orang bercadang, "Mengapa tidak keluarkan jam pendek juga dan tinggalkan cuma tarikh dan bulan untuk dipaparkan.

"Masa itu Emas? Adakah Manusia menentukan Masa dan Takdir?

http://patek1472.wordpress.com

SYABAS tumpukan pada peranan - MB Selangor ~ Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor akan terus menikmati bekalan air sebanyak 20 meter padu secara percuma yang dinikmati sekarang dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ini berlawanan dengan kenyataan Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail semalam bahawa syarikat itu akan melanjutkan pemberian air percuma itu yang sepatutnya tamat 30 September ini sehingga 31 Disember.

Lanjutan pemberian air percuma itu berikutan persetujuan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat pembayaran kepada SYABAS bagi bulan Oktober, November dan Disember tahun ini, menurut Rozali.

Sebaliknya Abdul Khalid berkata: "Bukan hanya tahun ini anda akan mendapat air percuma, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Jangan bimbang kerana ini hanya merupakan isu kecil. Saya fikir ia tidak relevan bagi sebuah syarikat kecil untuk bercakap mengenai isu kerajaan negeri."

"Adalah lebih baik bagi SYABAS untuk menumpukan perhatian kepada peranannya dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk mengagihkan bekalan air bersih kepada pelangganpelanggannya," kata beliau dalam sidang media selepas mempengersuikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

"Beliau (Rozali) tidak bertanggungjawab dalam semua hal ini, seperti air percuma, semua ini tidak mengenai dengan SYABAS, ia berkaitan kerajaan negeri," tambahnya.

Mengenai status kediaman exco kerajaan negeri di Seksyen 7 di sini yang terbiar tidak dimanfaat selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, Abdul Khalid berkata, ejen hartanah telah dilantik bagi mencari penyewa kepada kediaman berkenaan.

Bila Harga Minyak Mahu Turun ??? - Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Walau bagaimanapun harga minyak di Malaysia masih lagi menggunakan harga lapuk yang tidak mengikut pasaran semasa. Cuma Perdana Menteri ada menurunkan 15 sen pada Ogos lalu dan dan berjanji 15 sen lagi penghujung tahun ini.

Tak tahulah…Malaysia guna pasaran atau sistem harga minyak yang mana satu hingga susah sangat nak turunkan harga minyak. Masa naik minyak hari tu, para pemimpin Negara sampai ‘berbuih mulut’ mempertahankan bahawa harga minyak dinaikkan kerana harga minyak pasaran dunia meningkat. ( Ketika dinaikkan RM.70 sen untuk petrol dan RM 1 bagi diesel harga pasaran minyak dunia ketika itu melebihi AS $ 130 setong ).

Tetapi bila harga pasaran dunia turun…tak ikut pula… Mungkin harga minyak tak dapat diturunkan disebabkan dah berhabisan-habisan masa pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu. Di samping terpaksa menanggung ‘Program Cuti-cuti di Taiwan’ 49 ahli parlimen di Taipei.

sumber dari : Blog Angkasanuri

Retak Menanti Belah - Malaysiakini

Nampaknya, UMNO dah memang tak lama lagi dah di bumi Malaysia...satu persatu cerita yang timbul...Selepas isu Ahmad Ismail kini timbul pula kes Tan Sri Muhyiddin yang menggesa agar isu peralihan kuasa disegerakan....mmm Pak Lah macam biasalah, buat muka seposen untuk meraih simpati...baca artikel dibawah untuk selanjutnya...

Kemelut yang melanda UMNO bertambah meruncing. Terbaru, Pak Lah meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan peralihan kuasa 2010 yang disifatkan terlalu perlahan.

"Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama. Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah `tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Apa tujuan atau motif Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu tidak diketahui. Mungkinkah Muhyiddin merasakan ini waktu yang terbaik untuk menunjukkan taringnya ? Adakah Muhyiddin termasuk dalam senarai yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat ? Mungkin ini yang dikatakan kejutan yang berlaku pada 16 September nanti.

Apa pun tujuan dan agenda di sebalik kenyataan Muhyiddin in, apa yang pasti masalah yang berlaku dalam UMNO telah memasuki episod baru. Jika sebelum ini wujud suara-suara protes tidak puas hati di peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian kini bertambah parah apabila melibatkan orang nombor tiga dalam UMNO.

Senario ini semakin menghakis kepercayaan orang Melayu kepada UMNO yang dilihat sebelum ini begitu dominan kepada kuasa politik orang Melayu. Apa yang berlaku menunjukkan UMNO terpaksa menghitung dan meratapi nasib yang bakal dilalui pada masa akan datang khususnya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang

sumber dari : Blog Angkasanuri

UMNO Pencetus Perbalahan Masyarakat Di Malaysia - Malaysiakini

Dalam saat-saat kehancuran, UMNO mula bermain bermacam-macam isu tanpa memikirkan kesan negatif terhadap perancangan bodoh mereka. Terkini Khir Toyo telah membuat satu kenyataan berhubung dengan isu azan dimana menurut beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh pada 9 September 2008, ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor.

Menurut beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor, ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Mmmmm....kenyataan Khir Toyo rupanya lagi hebat jika hendak dibandingkan dengan si Ahmad Ismail, kerana isu Ahmad hanya membabitkan perkauman sebaliknya isu Khir Toyo membabitkan semua Orang Islam di Malaysia. Tak sangka yang UMNO selama ini menolak agama Islam sebagai pegangan kini berusaha menjadi pembela.

Banyak juga pandangan dan info berkenaan dengan isu ini, antaranya merujuk dari blog Puan Nuraflah dimana beliau telah membuat dua perbandingan kenyataan dari Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Khir Toyo .

Tetapi bagi saya, saya lagi suka mengambil tulisan dari YB Teresa Kok berkenaan dengan isu ini. Mungkin anda sendiri dapat menilainya. Klik disini untuk selanjutnya.

Bagi saya, apa jua perkara yang berlaku sekarang ini adalah satu propaganda dari UMNO sendiri. Tambahan kedudukan politik mereka di Malaysia semakin terancam berikutan beberapa MP dari Barisan Nasional akan menyeberangi untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tak termasuk lagi kes di Negeri Sembilan yang semakin merunsingkan MB nya, Mohamad Hasan...

Khamis, 11 September 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Yang Aman ?? - Malaysiakini


Adakah Malaysia sebuah negara yang aman ?? isu ini sentiasa menjadi persoalan didalam kotak pemikiran saya dari masa ke semasa. Kenapa ?? tidakkah kalian semua perasan bahawa saban hari di Malaysia terdapat bermacam-macam kes jenayah yang berlaku. Dari kes ragut, samun, rogol bahkan sampai ke satu tahap membunuh sudah menjadi suatu perkara yang wajib berlaku pada setiap hari di Negara kita.


Jadi apa yang dilihat inilah salah merupakan salah satu kesan negatif apabila pendatang asing mula membanjiri Malaysia. Tak salah jika mencari peluang pekerjaan tetapi rata-rata di dalam akhbar yang memaparkan kes jenayah ini banyak melibatkan warga asing dan ini sedikit sebanyak telah mengugat keamanan di Malaysia. Lihat sahaja berita 2 hari lepas seorang budak dibelasah oleh sekumpulan lelaki Negro dan kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam sedang berbuka puasa.

Di Melaka tak kurang juga isu yang membabitkan pendatang asing terutama di tapak stesen Bas lama berdekatan dengan Plaza Hang Tuah ditengah-tengah bandar Melaka. Rata-rata kawasan itu sekarang sudah dimonopoli oleh pandatang asing dan akibat kebanjiran mereka dikawasan tersebut menyebabkan orang-orang di Melaka menggelarkan kawasan tersebut sebagai 'Kota Jakarta'.

Cuma harapan saya agar krisis ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Saya akui tidak semua pendatang asing itu jahat tetapi disebabkan 'faktor dalaman' mengakibatkan kehadiran pendatang asing ke Malaysia ini tidak dapat dibendung..Masing-masing fikirlah sendiri kesannya pada masa akan datang....

silembiks : Inginkan negara yang aman..semakin bimbang dengan keadaan jenayah sekarang..Moga Allah sentiasa melindungi hambanya....

Mata Betentang Mata, Dalam Hati Siapa Yang Tahu - Malaysiakini


Depan mata semuanya indah belaka, tetapi dalam hati sapa yang tahukan. Koh Tsu Kon pasti kecewa dengan Pak Lah, baru 4 tahun memerintah Malaysia dah macam-macam kes berlaku. Yang terbaru lagi teruk sampai membabitkan gambar Koh Tsu Kon dikoyakkan oleh salah seorang penyokong Abdullah di Pulau Pinang baru-baru ini...

Kalau andalah salah seorang mangsa yang diperlakukan begini, apa perasaan anda ???

Rabu, 10 September 2008

Sudah Ku Jangka, Ahmad Hanya di Gantung Keahlian - Malaysiakini

Mmm sudah saya jangkakan paling kuat si Ahmad ni hanya digantung keahliannya sahaja.

Petang tadi, Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail dan melucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun. Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

Perkara ini sudah saya ramalkan didalam artikel yang saya keluarkan semalam. Walaupun ramai dari kalangan pimpinan tertinggi UMNO meminta agar Ahmad dikenakan tindakan dan hukuman yang berat. Tetapi itu semua hanya dari kata-kata mereka dan keputusan mesyuarat petang tadi sudah membuktikan segala-galanya.

Ahmad yang sebelum ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Yang pasti kecewa ialah Wanita GERAKAN kerana mereka mendesak agar si Ahmad dimasukkan ke dalam ISA kerana kenyataan beliau yang berunsur hasutan serta boleh membawa kepada perbalahan antara kaum.

Saya tiada hak dalam membuat sebarang keputusan tetapi yang pastinya rakan perjuangan mereka dari GERAKAN pasti kesal dengan hukuman ringan yang dikenakan ke atas Ahmad. Tetapi tulah saya katakan sebelum ini, UMNO tetap UMNO..sejahat mana dan seburuk mana mereka, ia tetap akan dibela dan dibelai...Macam cerita Anakku Sazali la pulak...

Sudah Mahu Hancur Pun Lagi Mahu Menafikan !! - Malaysiakini

Abdullah Ahmad Badawi masih lagi mahu menafikan yang Barisan Nasional berada didalam keadaan goyah. Menurut kenyataan beliau di dalam Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 10 September 2008, beliau telah menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) kini berpecah-belah dan berada di ambang kehancuran.

Menurut beliau, BN tetap utuh dan akan meneruskan tanggungjawab serta amanah untuk memerintah negara ini seperti mana mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Bagi saya setiap butiran ungkapan yang keluar dari mulut Pak Lah hanyalah retorik semata-mata. Tiada apa yang boleh dipercayai, dalam hal sebegini saya tahu yang Pak Lah sedang berkerut memikirkan nasib dan masa depan politik beliau. Almaklumlah dalam tempoh 2 - 3 menjak ini macam-macam kes berlaku. Rentetan daripada kekalahan Pilihanraya Kecil baru-baru ini beliau sekali lagi menerima kejutan berhubung dengan kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman dan kini beliau akan berdepan
tarikh 16 Sept dimana seperti yang diketahui umum bahawa pada tarikh tersebut DSAI akan melakukan perubahan yang besar di dalam politik di Malaysia.

Dalam hal ini seharusnya Pak Lah mengakui bahawa kedudukan beliau di dalam UMNO dan BN sudah tidak relevan. Ini disebabkan gaya kepimpinan beliau yang lemah dan tidak tegas dalam membuat sebarang keputusan. Ketumpulan politik beliau dan hanya mengharapkan pencaturan dari budak tingkat 4 di Putarajaya merupakan salah satu sebab utama Barisan Nasional semakin dalam keadaan kacau bilau.. Masih ingatkah anda kes yang membabitkan Allahyarham Moorty dan Nyonya Tahir ???....Itu sebagai satu petanda bermulanya era kelemahan Pak Lah dalam mentadbir urusan Negara dan Parti....

Terkini isu yang politik yang berbaur perkauman dipermainkan oleh ahlinya dan yang paling malang si Ahmad ni pula berhati batu dan enggan memohon kemaafan maaf diatas kenyataan yang diberikan. Satu lagi penghinaan yang diterima oleh Pak Lah oleh ahlinya yang ber'kelas' Ketua Bahagian.

Politik BN semakin haru-biru dan kacau bilau,
pergolakan BN di Pulau Pinang semakin teruk apabila GERAKAN mengumumkan untuk 'bercerai' dengan UMNO berikutan gambar Koh Tsu Kon dikoyakkan oleh salah seorang penyokong fanatik Ahmad Ismail. Maknanya kita dapat lihat yang BN sebenarnya dalam keadaan yang terhimpit dan tersepit, jika dahulu mereka berusaha menjalinkan kerjasama dengan PAS tetapi sekarang tidak lagi kerana semua tidak mempercayai kejujuran yang dibawa oleh pimpinan dari Barisan Nasional...

Untuk saya kepada Pak Lah dan Barisan Nasional, nyahlah kamu dari pemerintahan Malaysia, biarkan kapal yang kamu naiki itu semakin karam....inilah balasan akibat begitu rakus membolot harta rakyat jelata tanpa mempedulikan nasib mereka yang memerlukan.....

Apabila Mahathir Dah Nak Masuk UMNO Semula...- Malaysiakini

Banyak tanggapan yang saya dengar melalui penulis-penulis blog apabila Muhyiddin ada membuat pengesahan untuk memujuk Tun Dr Mahathir agar kembali ke pangkuan UMNO. Bagi blogger Sofi ia menganggap tindakan TDM kembali ke pangkuan UMNO tidak ubah seperti menjilat ludahnya sendiri. Tetapi itulah yang saya maksudkan, lain orang lain persepsinya. Saya sebaliknya mempunyai pandangan yang berbeza.

6 Tahun lepas semasa saya masih menuntut di salah sebuah IPT. Dalam menuntut saya sudah terlibat dengan usrah yang dikendali oleh Naqib yang kami panggil sebagai Pak Long disebuah Madrasah. Dalam usrah tersebut kami ada membincangkan isu berkaitan TDM dimana ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam usrah tersebut, Pak Long yang selaku naqib kami ada memaklumkan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor sentiasa mendoakan agar TDM dipanjangkan umur.

Tujuannya ialah untuk memastikan agar TDM dapat melihat kembali kemusnahan sebenar yang dibawa semasa pemerintahan beliau dan kini beliau sudah menyaksikan. Dengan kesilapan besar yang dilakukan beliau dengan melantik Pak Lah sebagai PM, pencabulan sistem kehakiman, index rasuah yang semakin dan sebagainya telah membuktikan yang Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Mungkin ini salah satu keberkatan dari doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (hanya Allah sahaja yang tahu) bagi memastikan TDM memperbaiki segala kesilapan beliau yang lampau dan membuat perubahan dan seterusnya menginsafi akan kerosakan yang beliau lakukan selama ini.

Ada baiknya jika beliau kembali ke UMNO untuk memperbaikinya dan lagi bagus jika mereka terus membuat rombakan dasar mereka kepada Islam. Tetapi rombakan dasar UMNO hanya khayalan saya dan jika ditakdirkan ia menjadi realiti, syukur Alhamdulillah..tapi yang pasti, UMNO tetap UMNO dasar Melayu tetap dipertahankan dan Islam ditolak tepi...!!

Isu Ahmad Ismail : Buat Tak Tahu Udahlah - Malaysiakini

Ini antara komen yang menarik minat saya untuk saya paparkan.
Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi


3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.


4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.


5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?


6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.


7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.


http://patek1472.wordpress.com

Isu Ahmad Ismail : UMNO Sebenarnya Mencetus Api Perkauman - Malaysiakini

Jagoan baru dari UMNO sekali lagi mencetus satu kontroversi yang terus menerus. Kiranya mahu menjadi pembela Melayu konon, tapi ke'bodoh'an yang dilakukan oleh mereka telah mengakibatkan keadaan kaum Melayu dan Cina semakin tegang apatah lagi kontroversi terbaru ini sengaja ditimbulkan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Dalam sidang akhbar semalam, salah seorang kroni Ahmad Ismail bukan setakat telah menurunkan gambar Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahkan telah mengoyakkannya. Ini salah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar bagi seorang pimpinan apatah lagi beliau seorang Melayu beragama Islam. Kenapa Pak Lah begitu lewat mengambil tindakan, kenapa lagi mula beliau tidak melarang tindakan Ahmad Ismail ?? Masih lena lagikah beliau ??

Sebelum ini Najib sudah memohon kemaafan bagi pihak UMNO kepada MCA berikutan keceluparan Ahmad dalam mengeluarkan kenyataan., tetapi Ahmad tetap Ahmad, manusia yang nampaknya semakin hilang kewarasan sebagai seorang manusia yang normal. Beliau tetap mempertahankan prinsipnya bodohnya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.

Bukan itu saja, pemimpin atasan mereka sudah tidak dipandang lagi, kononnya beliaula pendekar Melayu untuk zaman moden. Kalaulah saya jadi Pak Lah, dah lama saya hantar kera sekor ni Iraq untuk berperang disana. Sekurang-kurangnya disana barulah dia boleh berfikir secara waras..Hidup kat Malaysia menyusahkan orang saja....

Dengarnya Pak Lah murka dan hendak bersemuka dengan pendekar melayu terakhir ini. Hukuman apa yang bakal diterima, kita tunggu sajala...Kata Pak Lah bagi dia discuss dengan Najib dulu...ho ho ho, paling kuat pun dia diberikan amaran..tak tahu pulak kalau Pak Lah nak lucut keahlian UMNO..tapi kalau ikut kenyataan wanita Gerakan, pecat saja si Ahmad dan sumbat saja dalam ISA...kata merekala....

silembiks : koh Tsu Kon dan umumkan 'lafaz cerai' dengan Umno P.Pinang serta merta... mmm nampaknya bukan setakat dah retak, malah dah hancur berkecai....Pak Lah pulak, dah puas tido, barula terhegeh-hegeh datang nak selesaikan masalah..kononnya nak minta mereka 'rujuk' kembali...agak2 kalian semua, berjaya ker ??

Ahmad Ismail 'Tidak' Akan di Ambil Tindakan - Malaysiakini

Dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini semua iblis dan syaitan di rantai di Neraka, tetapi agak malang bagi seorang insan yang bernama Ahmad Ismail, tiba-tiba dia mengamuk tak tentu pasal, dari tak dikenali terus popular di dada utama akhbar dan televisyen. Secara ringkasnya beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, memang tidak dikenali ramai dan kalau yang mengenali beliaupun mereka disekitar kawasan Bukit Bendera sahaja. Menurut Puan Emy yang juga Ketua Gerakan Pu3 UMNO Melaka pun tak kenal siapa dia Ahmad Ismail, kalau Ahmad Jais boleh jadi beliau kenal.

Beliau mula dikenali selepas membuat satu kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman. Walaupun si Najib sudah mewakili beliau untuk memohon maaf dari UMNO tetapi beliau tetap dengan kepala batunya. Hari esok kita akan dapat lihat apa nasib Ahmad di dalam politik tanahair. Adakah ia bakal dikuburkan atau sebaliknya. Bagi saya, UMNO ini parti yang pemaaf, yela cuba kita berbalik dengan kisah Ezam si kuda trojan, dulu dia antara orang yang lantang bersuara dan memuntahkan segala penyelewengan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional sehingga beliau dihumban di dalam sel akibat mendedahkan rahsia kerajaan.

Hampir 10 tahun Ezam mencanang keburukan UMNO, Tetapi kini UMNO sudah menerima lamaran Ezam untuk kembali kepada UMNO. Jika Ezam yang popular serta dianggap duri dalam daging dalam perjuangan UMNO, juga bekas SU peribadi DSAI banyak mengetahui rahsia kerajaan BN yang korup dengan mudah diterima kembali dalam UMNO apatah lagi kes si Ahmad Ismail. Walaupun ia berunsur perkauman dan saya rasa esok keputusan pasti positif dan yang paling kuat pun keahlian beliau digantung untuk seketika waktu.

Itu sekadar pandangan peribadi saya, ini antara sejarah yang lepas dapat kita saksikan. Kes Ezam, kes Sang Kelembai, Amid Nordin, Isa Samad, Rahim Tamby Chik, Muhamad Taib dan ramai lagi, mereka semuanya terselamat sampai ke lani. Walaupun pada asal kita dapat lihat politik mereka semua ini makin kabur apatah lagi terbabit dengan penentangan terhadap pimpinan tertinggi atau masalah penyelewengan dalam parti, tetapi akibat pandai membodek dan menjilat lebih dari itu maka posisi mereka dalam parti semakin selamat.

Tak percaya, lihat sajalah besok keputusan si Ahmad Ismail....Bagi saya inilah antara senario politik yang terdapat di dalam UMNO...Jika beginilah maka tak mustahillah parti yang bertunjangkan membantu kaum Melayu bakal musnah jika manusia yang korup ini dikekalkan..bukan itu sahaja, keselamatan Negara juga semakin terancam dengan isu perkauman yang diputarkan...Agak malang jika hasil keputusan esok menjadi begini dibawah pemimpin yang 'LEMBIK' seperti Pak Lah..

silembiks : sekadar pandangan peribadi berdasarkan kes-kes yang membabitkan pimpinan UMNO yang lepas..

Selasa, 9 September 2008

Berhati-Hati Apabila Berkunjung Ke Kedai Kek Italy Di Melaka - Malaysiakini

Lagi pendedahan dari blog Angkasanuri. Semoga umat Islam sentiasa berwaspada setiap kali membeli kek di kedai ini

Para pengguna Islam di Melaka di minta berhati –hati apabila membeli di kedai Kek Italy yang mempunyai banyak cawangan di Melaka.

Kedai Kek ini mendapat Sijil Pengesahan Halal Dari Jabatan Agama Islam Malaysia. Tetapi, perlu diingatkan bukan semua produk atau kek yang dijual di situ yang mendapat tanda pengesahan halal.

Dari penilitian saya pada sijil halal tersebut, hanya lebih kurang 15 jenis produk sahaja yang mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. Saya yakin ramai yang tidak menyedari perkara ini. Justeru itu, berhati –hatilalah agar tidak termakan makanan yang diragui kesuciannya. Alangkah malangnya, sewaktu berbuka puasa nanti ada umat Islam yang mengisi perut dengan makanan yang diragui atau haram.


klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas

pendedahan dari :
blog Angkasanuri

Rupa-rupanya Ali Rustam Pun Tak Tahan Dengan Bau Sampah - Malaysiakini

Selagi saya boleh dedahkan saya akan dedahkan isu - isu yang membabitkan masyarakat di Melaka. Sumber yang diperolehi dari blog Angkasanuri ini sedikit sebanyak dapat membantu para blogger di Melaka untuk terus membongkar sikap sebenar Kerajaan Negeri Melaka yang sebenarnya tidak peka dengan masalah penduduk setempat..Ini baru di area Batu Berendam, insya-Allah kami akan terus membongkar masalah yang membabitkan rakyat...


Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam Dalam lawatannya semalam ke tapak Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Krubong semalam menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk dari tapak berkenaan.

Untuk makluman YAB Datuk, penduduk di taman dan perkampungan berhampiran seperti Taman Merdeka, Taman Datuk Tamby Chik Karim, Taman Angkasanuri dan kampung gangsa dah 12 tahun menghidu bau busuk berkenaan sejak tahun 1996.

Ketua Menteri dalam temuramah dengan pihak TV 9 menyalahkan kelewatan Pihak Kementerian Alam Sekitar sebagai punca kelewatan membina insinerator moden di Sungai Udang bagi menggantikan tapak sedia ada.

Inilah punca apabila pihak kerajaan negeri tidak teliti apabila merancang membina pusat pelupusan sampah di Krubong tahun 1996 dahulu . Pada ketika itu, kawasan di sekitarnya sudah wujud taman perumahan dan kampung tradisional yang hanya kira-kira 1 Kilometer dari tapak berkenaan. Mengapa tetap diluluskan juga ?

Sikap kerajaan negeri yang seolah – olah menyalahkan pihak lain dalam isu ini adalah sesuatu yang amat dikesali. Sepatutnya pihak kerajaan negeri perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang berlaku.

silembiks : ingatkan si Ali Rustam tak kenal bau busuk..bila dah terhidu baru dia tahu..kes dah makan masa lebih dari 10 tahun baru la terhegeh-hegeh nak datang

Isnin, 8 September 2008

Satu Lagi Projek 'Gajah Putih' Di Melaka - Malaysiakini

Di Melaka sebenarnya banyak projek 'Gajah Putih' antaranya tapak lama pasaraya The Store, Plaza Hang Tuah dan kini Melaka Digital Mall yang terletak bersebalahan dengan Stadium Hang Tuah yang dulunya dipanggil Stadium Kubu. Berikut adalah maklumat yang saya ambil dari salah seorang blogger di Melaka, blogger Angkasanuri

Melaka Digital Mall, satu lagi pembangunan yang bernilai jutaan ringgit yang menjadi projek 'gajah putih' di tengah Bandaraya Melaka. Walaupun telah siap sejak tahun lepas lagi, tinjauan saya mendapati hanya terdapat sebuah restoran makanan segera dan beberapa kedai menjual telefon bimbit yang ibarat 'hidup segan mati tak mahu'.

Bangunan yang pada peringkat awalnya ingin dijadikan Plaza 'Low Yatt Melaka' yang menjual pelbagai peralatan dan aksesesori komputer dan telefon bimbit tidak menjadi kenyataan.

Menurut seorang pengedar dan penjual barang komputer di bandar ini berkata di antara punca peniaga-peniaga komputer tidak berminat menjalankan operasi di bangunan ini kerana sewanya yang mahal dan masalah tempat letak kereta yang dilihat menyukarkan pengguna untuk berkunjung ke sini.

Nampaknya bertambah lagi koleksi projek 'gajah putih' di negeri Melaka. Selepas Melaka terkenal dengan projek gajah putih bernilai ratusan juta ringgit di Pulau Melaka dan Stadium Hang Jebat.

Selepas ini saya akan mendedahkan pula siapa 'makmum' Masjid Selat di Pulau Melaka yang bernilai puluhan juta ringgit.

sumber : Blog Angkasanuri

UMNO Dikhianati Oleh Ahlinya Sendiri - Malaysiakini

Fahri Abdillah al-Masri

"Kau lihat apa dah jadi kepada Perak dan Selangor? Itulah akibatnya apabila membiarkan selain daripada Umno memerintah," kata Ramlan, anak buah Menteri Dato' Syahid Hamdi kepada Roslan dengan ekor pandangan matanya penuh bernafsu hantu. Roslan hanya diam membatu.

Roslan yang masih muda itu mati akal untuk menjawab hujah Ramlan yang memang tua dengan pengalaman politik. Ramlan dahulunya Pas dan dia jadi 'murtad' kerana gagal mendapat jawatan yang diinginkannya dalam parti. Barangkali didorong dan dihasut rasa sebal dan marah, maka Ramlan kini bergantung paut pula kepada dahan Umno kerana kononnya mahu mengembangkan Islam Hadhari di bumi bertuah ini.

Memang sedih ketika mengenangkan banyak kekuatan Melayu yang tumbang. Roslan, seorang anak muda lulusan USM pun terasa begitu juga. Tapi, mahu dibuat bagaimana lagi? Ramlan yang kuat menyokong Abdullah Ahmad Badawi itu tidak pernah menaruh kekesalan terhadap dosa-dosa para pemimpinnya sendiri. Beliau tidak pernah menghukum Abdullah dengan kata-kata.

Apa-apa yang terlintas dan terkeluar daripada lidahnya cuma maki hamun kepada pembangkang, dan selebihnya mengangkat darjat Islam Hadhari tanpa sebarang kesilapan langsung di pihak parti penguasa. Mereka bercanda dan berbual mengenai masalah masa depan negara secara santai saja pada mulanya.

Tapi, akhir-akhir ini, bualan itu berubah seperti pergaduhan dewa-dewa hingga meletupkan lahar sengketa antara mereka berdua. Puncanya, cuma satu. Jalur percakapan Ramlan itu berbaur dendam dan berpuas hati dengan nasib dan masalah yang menimpa rakyat Perak dengan sebab peralihan kuasa lama kepada kuasa baru.

"Itulah akibatnya memilih selain Umno," tambahnya lagi, mengulang ayat-ayat bersifat menghukum. "Sekarang, majoritinya bukan Islam yang membuat keputusan dalam mesyuarat exco dan menteri besar tidak dapat memainkan peranannya."

Matanya membulat bersinar garang. Denyut marah merayap ke urat kepala lalu menebas tangkai jantung Ramlan. Ketika itu bunyi tangisan alam mengalir dalam sebak petir dan guntur silih-menyilih lalu membungkus kegelapan alam. Hujan Kuala Lumpur tidak hanya mengundang pilu dan hati hiba penduduk kota kerana tidak dapat menunaikan urusan harian mereka, malah bagi Roslan dan Ramlan yang cekal dan tabah bergebang hal politik, hujan mengusir kemarahan dan meredakan ketegangan yang berombak di dada.

"Abang kena faham," dengan tenang Roslan melipat hujahnya. "Sebelum ini, ahli-ahli parti pembangkang telah pun lama mengundi pembangkang, tapi mereka tak pernah menang. Tiba-tiba, dalam pilihan raya baru-baru ini pembangkang menang. Kenapa agaknya?"

Ramlan terkebil-kebil. Deruan angin yang menghempas jendela rumah sewa mereka di Jalan Raja Alang tak sedikit pun mengganggu tumpuannya. Kembara pengalaman politiknya terlalu tinggi dan dia cuma mahu tahu apa hujah terbaru teman serumahnya itu. Pada jendela yang terbuka, mata hati Roslan terkial-kial pula menadah harapan dari langit tertinggi, semoga teman serumahnya dapat menyedari kesilapan mereka sendiri.

"Yang undi pembangkang hingga Umno kalah adalah orang-orang Umno sendiri. Jangan salahkan pembangkang. Ini kerana dengan undi ahli pembangkang selama ini pun, mereka tidak pernah berganjak dan mengusir Umno daripada Perak dan Kedah.

Marahkan ahli Umno sendiri

"Yang perlu abang dan Umno marahkan ialah ahli-ahli Umno yang mengundi pembangkang sendiri. Cuma, bersediakah abang dan Umno mendengar kembali hujah-hujah kenapakah undi mereka bertukar kiblat baru-baru ini?" Roslan melepaskan geram yang bersarang di dadanya. Padanya, baik Umno dan teman serumahnya itu tak habis-habis menyalahkan pembangkang di atas kejatuhan mereka selama ini. Tidak pernah mereka mengkaji apakah sebabnya ahli-ahli mereka sendiri di Kedah dan Perak telah mengundi pembangkang.

Benar kata pujangga. Bumi yang kita huni selama ini telah lama menyimpan sekian banyak khazanah derita di perut batinnya. Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah bumi. Tahu-tahu saja bumi akan begegar dan kiamat tiba. Dan, Umno pun begitu juga. Tak pernah peduli apa yang ada di sebalik jantung hati ahli-ahlinya. Tahu-tahu sahaja mereka tumbang.

Ramlan patah hujah dan dia tertunduk sebentar mendengar perkataan Roslan itu. Mata hatinya menjala kerdipan bintang di balik tirai awan yang telah lama membasahkan mimpi dara-dara. Ketika itu sudah dinihari jam 3 pagi. Mereka berbual hal politik itu sejak Isyak tadi. Mulanya, tema perbualan mereka beralun lembut dan tiba-tiba ia membadai setinggi gunung, sehebat tsunami.

Pada waktu ini, Ramlan teringat kembali sejarahnya ketika dia berpentas menjadi pemimpin pelajar. Saat berpidato sekali pun, matanya asyik memanah kepada kelibat Hazwani, seorang siswi Fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya. Wajah siswi itu bagai purnama pada malam Nisfu Sya'ban dan saling tidak tumpah bagaikan rupa paras Nawal Zoughbi, seorang penyanyi Lubnan.

Sehebat garangnya api cintanya bergelora, sehebat itu juga Ramlan berpidato dengan semangat menunjuk-nunjukkan jaguhnya pada Hazwani. Biarlah api cintanya terbakar sehangat cinta antara Samson dan Delilah. Cuma, tidak disangkanya Delilah curang pada cinta mereka. Bapanya Ketua Bahagian Umno. Cinta mereka terputus suku jalan. Dan, hal itulah yang membawa dirinya merana dan akhirnya dirawat duka laranya ke dalam Umno pula. Cinta mereka terhalang dengan sebab perbezaan parti.

Siswa UiTM mengamuk?

Tapi, kekecohan percekcokan 'chaos' pada zamannya itu tidaklah 'sehebat' dan seganas aksi demo mahasiswa UiTM yang 'berjihad' untuk menemui syahid dalam menghalang sebarang usaha memasukkan kuota 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera di dalam universiti mereka. Apabila mahasiswa itu mula merayakan pesta huru-hara, dunia ini bagaikan syurga perusuh.

Ramlan menghela nafasnya yang entah kali ke berapa. Padahal dia memang menyedari hakikat betapa meluatnya orang-orang Umno ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Perasaan menyampah yang asalnya bergerak dengan alunan ombak memutih di gigi pasir itu akhirnya dengan garang menyerang, merempuh tembok keangkuhan dan memecahkan bingkai kesetiaan ahli Umno itu sendiri pada akhirnya.

"Tetapi, kenapa pembangkang enggan bersatu apabila Umno menawarkan perpaduan, menyerahkan kerusi pemerintahan kepada mereka pada negeri-negeri tertentu?" Ramlan rupa-rupanya enggan mengalah walaupun hatinya cedera parah dipukul ombak kata-kata dari Roslan tadi. Rumah batinnya terlempar dan jadi tersesat haluan dalam belantara resah ini. Dia mula menggunakan hujah lain.

"Saya tidak fikir bahawa Umno jujur dan ikhlas ketika mereka membuat tawaran itu. Mereka sebenarnya mahu memecahkan ikatan antara Pakatan Rakyat. Jadi, kalau mereka tidak menang, mereka akan cuba memecahbelahkan ikatan PR. Sebab itulah pembangkang menolak tawaran tersebut," kata Roslan lagi. "Itu cuma perangkap, padahal Umno bukannya mahu tolong sangat."

Pada riak-riak wajah Ramlan masih belum nampak tanda-tanda isyarat bahawa dia akan berhenti dan mengalah. Usia mudanya telah lama menghilang ditelan waktu dengan penuh sia-sia dalam kepura-puraan dalam perjuangan yang entah ke mana bersama Umno. Dia tidak sedikit pun mencebik amalan rasuah dan politik wang, misalnya. Jadi, bagaimana sikap ini boleh mendatangkan rasa hormat pada hati rakyat.

Roslan teringatkan pengalamannya ketika menghadiri program di Persada Johor Bahru Mei lalu. Dalam bengkel tersebut, seorang pensyarah dengan terang-terang mengeluarkan saki-baki daki amarah yang lama terkepung dan terkurung dalam dadanya apabila dia mendengar seorang perwakilan berkata, "Umno patut dibubarkan, parti itu sudah tidak relevan."

"Tarik balik kata-kata awak, saya tidak setuju," ujar pensyarah dari Universiti Malaya tersebut. Pantang betul dia mendengar pandangan sebegitu. Padahal, dia sendiri meminta perwakilan bercakap apa saja dan bersetuju kebebasan bersuara menjadi teras perbincangan dalam bengkel tertutup pada malam itu. Pada Roslan, itulah pengalaman terbarunya melihat sesama Umno berdebat secara 'sihat'. Esoknya, ketika sarapan, dia berpura-pura menjadi ahli Umno untuk mengorek rahsia-rahsia dalaman perwakilan.

"Kami sendiri dah minta Pak Lah meletakkan jawatan. Dia setuju akan turun, tapi masalahnya dia nak bagi kepada Najib pun dia tidak mahu. Sebab itu Muhyiddin sekarang sudah mula tunjukkan kekuatannya dalam berbicara," kata seorang ahli Kelab Pengundi Melayu di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Roslan mengangguk-angguk. Namun, itu cerita khabar angin yang bertiup sekitar Mei lalu.

Peranan Umno veteran

Malam itu, tatkala dia sedang makan malam, kebetulan dia sedang duduk semeja dengan seorang ahli Umno veteran berketurunan syed dari Johor. Wajahnya tenang perawakannya bersih. Dia bersikap cermat dan berhati-hati apabila menyusun bicara. Roslan amat senang kepada perwatakan seumpama itu. Banyak kisah yang diperbualkan. Namun, ada sesuatu yang mencuit hatinya.

"Sekarang, hubungan raja-raja Melayu dengan rakyat semakin kuat. Raja-raja sudah dapat bertemu dan bermuafakat sesama mereka. Sebab itu MB Terengganu dan Perlis boleh jatuh," kata tuan syed. "Kami terdiri daripada golongan profesional, pensyarah yang selalu bertemu secara rahsia dengan raja-raja Melayu ini."

Perlahan-lahan baru dia mengerti. Sejak dulu lewat tulisannya, dia dapat menduga bahawa kejatuhan kedua-dua menteri besar itu didalangi pihak tertentu. Cuma, dia tak tahu siapa mereka. Kehadirannya di Persada telah menjawab segala-galanya. Mereka ini bergerak ala Freemason; sulit dan terancang.

Tuan syed tersenyum mendengarkan celoteh Roslan apabila disamakan gerakan mereka dengan kumpulan purba itu. Lalu disambungnya perbualan, "Kalau tidak bergerak seperti itu, susah kita nak tumbangkan Umno. Kami, Umno veteran sudah tidak dapat menerima perbuatan pimpinan sekarang."

"Ini semua kerja-kerja kami," tambahnya lagi. "Raja dah mula bersatu dengan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim. Dan, raja-raja sekarang pun sudah mula ada kesepakatan antara mereka."

Dan, hal itu pula yang jadi modal bualan Roslan kepada Ramlan kini. Bahawa yang menolak Umno melalui undi bukan kalangan Umno bawahan saja, malah Umno veteran pun sanggup membuat rancangan sulit bersama istana untuk membuang Umno daripada pemerintahan di bumi Malaysia ini.

Apabila Roslan berhujah bahawa Umno di bawah pimpinan Abdullah kini dihentak dari belakang oleh kalangan umno veteran, sekali lagi Ramlan tertunduk. Mungkin kesal kerana tidak disangkanya bahawa yang meluat kepada Umno sekarang bukan orang lain, malah orang-orang Umno pihak atasan yang lama-lama juga.

Ramlan menggosok leher yang seakan-akan mahu patah akibat dihentak penjelasan dan soalan bertalu-talu daripada temannya itu. Khabar yang didengarnya daripada Putrajaya memang seperti itu juga. Dia mengaku temannya itu walaupun muda, tetapi sudah tahu banyak cerita. Dia tak tahu apakah hal ini mahu diriwayatkan atau tidak kepada Roslan. Tapi, untuk apa dia menyimpan rahsia?

"Aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak. Sekarang ini pun, kalau pihak istana mahu bercakap, mestilah melalui istana Perak dan bukan semuanya yang bercakap," kata Ramlan. "Jadi, biar cuma ada satu suara saja, agar tidak bercampur-baur. "

Roslan tidak tahu apakah teman debatnya itu sudah mahu ambil iktibar atau tidak. Bukan saja Umno bawahan, malah Umno atasan pun sudah menolak rakan mereka sendiri. Tapi, kalau pegawai Putrajaya seperti Ramlan belum mahu sedar diri, mustahil Abdullah akan sedar diri. Demikianlah fikir Roslan. Jam menunjukkan angka 4 pagi. Ayam bersahutan dan kegelapan malam yang membungkus alam menebarkan wajah dingin yang menyeramkan hari-hari esok. Ya, hari esok yang dinantikan semua dengan penuh waspada.

3:04 p.m, 20 Ogos 2008

Pilihanraya Kecil : Dari Permatang Pauh ke Pensiangan, Sabah - Malaysiakini


Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.

Mmmmm nampaknya, dalam tempoh yang tidak sampai setahun sudah beberapa kali pilihanraya kecil akan diadakan. Tidak termasuk Parlimen Kulim Bandar Baru dan Sanglang...Saya merasakan PR Kecil ini akan melibatkan pertandingan 3 penjuru iaitu BN, Keadilan dan Bebas. Mari kita sama-sama saksikan perkara yang selanjutnya..

UMNO Sama Saja Seperti Jalan Berlubang Yang Perlu Di Turap - Malaysiakini


Bila sebut pasal jalan berlubang, semua orang marah. Mana tak marahnya, yela kalau jalan berlubang macam-macam masalah boleh timbul seperti tayar bocor, rim bengkok dan yang paling tak best nya pulak jatuh dari motor. Isu pasal jalan yang berlubang sudah saya bangkitkan pada bulan lepas tapi jalan disitu masih tetap berlubang-lubang seperti permukaan bulan.

Tapi bukan pasal jalan yang hendak saya jadikan isu tapi pasal UMNO. Walaupun saya bukan ahli mahupun penyokong UMNO tetapi saya merasakan patut juga menulis artikel berkenaan dengan UMNO. Tapi ia sekadar pandangan. Bagi saya UMNO sekarang ini boleh disamakan dengan jalan yang berlubang. Kenapa ?? Sila rujuk pada artikel ini...

Link yang saya lampirkan itu hanyalah sebahagian cerita yang dapat saya kongsikan, tetapi jika masalah yang membabitkan amalan kronisme, politik wang dan sebagainya gagal diatasi tidak mustahil nasib UMNO sama seperti jalan yang saya ceritakan.

Seperkara lagi, jika masalah pemimpin atasan mereka yang korup tidak dapat dibasmi tidak mustahil UMNO yang dibentuk oleh Datuk Onn Jaafar bakal menjadi parti yang bakal di'talkin'kan....Jadi tak salah untuk saya menyamakan yang UMNO ni seperti jalan berlubang yang menanti masa untuk diturap semula...Saya tak suka menjadi pengampu tetapi tak tahulah rakan-rakan UMNO yang lain..maybe dengan cara mengampu kedudukan mereka makin terjamin...Masalah Rakyat ?? pergi bla, yang penting kantung poket aku penuh...

Ahad, 7 September 2008

Kenapa Tiada Dakwaan Di buat ke Atas Rafidah dan Samy Vellu - Malaysiakini


Menurut Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 5 September 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim akan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban pagi esok.

Beliau yang kita ketahui disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 5 petang.

Ini baru kes yang membabitkan Adun Lenggeng yang hanya berjawatan sebagai seorang Ajk UMNO Bahagian Seremban. Tetapi bagaimana pula dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz bersama dengan bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Kes penyamun dua orang ini lagi besar jika hendak dibangdingkan dengan kes Adun Lenggeng. Bukan saya nak membela beliau, bagi saya yang salah tetap salah tetapi kenapa mangkuk 2 orang ni tidak disiasat sebaliknya dibiarkan hidup dengan bersenang lenang.

Kes pertama - Rafidah Aziz, nama yang tidak asing lagi di Malaysia, mengutip kekayaan dengan hanya menjadi taukeh AP. Kes beliau bukan sahaja dibongkarkan oleh Ezam suatu ketika dahulu tetapi juga dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Bukti sudah nyata tetapi kenapa kes ini tidak dijalankan. Teringat kes Tuan Guru Nik Aziz yang dikatakan ada orang hendak memberi suapan kepada beliau. Tup-tup bila dengar kes ini BPR terus bergegas jumpa TGNA untuk membuat laporan diatas kes tersebut walhal kes tersebut dah lama berlalu.

Kes ke 2 - Samy Vellu yang dipencenkan sebagai menteri kabinet selepas tewas mengejut di Sungai Siput dalam PRU 12. Kekalahan tersebut merupakan hadiah sempena sambutan Hari Jadi beliau. Cuma disini saya ingin mengembalikan memori indah Samy Vellu semasa menjadi menteri, masih ingatkah kalian tentang isu keretakan MRR2 di Kepong ??? Kos baik pulihnya sahaja sudah mencecah RM 70 juta. Bukannya sikit jumlah tersebut, campur pulak ngan kos pembinaan saja sudah mencecah ke angka RM 300 juta lebih. Makin banyakla wang rakyat hancur lebur digunakan untuk projek ini yang sememangnya ada berlakunya penyelewengan (dah berapa juta agaknya si Vellu ni 'meradak' duit rakyat).

Tapi tiada kes yang diambil. Mereka ni sekarang ni semakin bebas dan hidup dengan penuh harmoni tanpa memikirkan keuntungan yang mereka kaut semasa mereka menjadi menteri. Mungkin mereka bakal mendapat 'ganjaran' yang setimpal apabila Malaysia mengalami perubahan kerajaan seperti yang didakwa oleh DSAI...Sebenarnya banyak lagi kes rasuah yang melibatkan pimpinan dari Barisan Nasional, jadi kita tunggu sama-sama apa yang bakal berlaku selepas ini...

Harga Minyak Dah Turun Tapi Harga Barang Masih Tak Turun - Malaysiakini

Pandai atau kurang pandai antara 2 perkataan yang saya rasa sesuai untuk digunakan. Saya terbaca artikel berkenaan di dalam akhbar Kosmo bertarikh 6 September 2008. Menurut setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata penurunan harga petrol tidak memberi kesan terutama golongan peniaga untuk menurunkan harga barang.

Mmmmm, terima kasih kepada En. Muhammad Sha'ani diatas keprihatinan beliau, saya juga faham kerajaan begitu terburu-buru menurunkan harga petrol berikutan betapa terdesaknya mereka untuk meraih sokongan pengundi kepada Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Bagi saya penurunan harga minyak sebanyak RM 0.15 merupakan satu helah politik yang dimanipulasikan oleh Pak Lah dan Najib.

Dengan penurunan RM 0.15, Pak Lah dengan nada yang tegas menggesa agar pengguna menurunkan harga barang dengan kadar yang segera . Tidak terfikir ke dia akan masalah ini sebelum beliau menaikkan harga minyak pada bulan Jun lepas. Tanpa sebarang 'signal' beliau secara mengejut mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 dimana kenaikan tersebut merupakan kenaikan yang tertinggi dicipta oleh seorang Perdana Menteri di Malaysia. Hendak saya katakan 'bodoh' tak terluah rasanya. Elok perkataan kurang pandai saya tujukan kepada beliau. Walaupun beliau berlainan parti dengan saya tetapi sekurang-kurang dia masih seagama dengan saya. Seburuk-buruk sikap beliau pun kalau solat kami masih sama-sama sujud mengadap kiblat yang sama.

Bagi saya langkah yang terbaik untuk memastikan harga barang turun ialah melakukan pemantauan yang kerap disetiap premis perniagaan. Itupun jika menteri terbabit bersungguh-sungguh dalam hal ini. Jika sekadar melalui ucapan dari kaca Televisyen dan di dada akhbar tanpa sebarang perlaksanaan maka semua itu berakhir dengan sia-sia sahaja...

La ni musim perayaan semakin dekat, jadi apa usaha kerajaan untuk memastikan pengusaha tidak menaikkan harga barang jualan. Sama-sama kita nantikan..Tapi kadang-kadang saya terfikir juga, adakah dengan penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 kerajaan terus boleh menghukum peniaga dengan menurunkan harga barang ?? fikir-fikikanlah......bagi saya kalau dah politik, politik jugalah...janganlah hendak berdalih lagi

UMNO Peringkat Cawangan Pun Tukar Pimpinan - Malaysiakini

Sambil lepak-lepak ngan member sejemaah, ceritala juga pasal isu politik semasa. Di Dun Serkam hampir kesemua pucuk pimpinan UMNO peringkat cawangan telah membuat rombakan. Antara yang saya ketahui ialah Serkam, Serkam Darat, Tedong dan Sempang. Itu hanya peringkat Dun sayala. Tempat lain tak dapat nak pastikan.

Yang pastinya ramai muka-muka lama yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Dari sumber yang saya perolehi, antara sebab utama muka-muka lama ini kecundang dalam pemilihan kali ini adalah disebabkan berlakunya masalah penyelewengan wang di dalam Parti tersebut..tu baru pasal wang dalam parti, tak cerita lagi perihal penyelewengan wang JKKK... Tempat dan siapa orangnya saya terpaksa rahsiakan, orang UMNO boleh cari sendiri sapa mangkuk hayun tersebut...mungkin black & white dari saya kurang, "tetapi masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya jika angin tidak bertiup, mesti ada orang yang mengoyangkannya"..jadi masing-masing berfikirlah dengan sempurna...

Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kalau pemimpin peringkat pusat dah tak betul apatah lagi pimpinan peringkat cawangan. Tapi yang specialnya, pimpinan pusat ini 'maksum' dan tidak boleh ditangkap jika terlibat dengan masalah politik wang, pimpinan yang kecik ?? mmmm pandai-pandai kamula labu.... Yang haram semuanya jadi halal belaka. Bak kata P. Ramlee dalam cerita 'Tiga Abdul', "dah elokla tu, si perompak makan si penyamun"...Senang kata, akibat sikap mereka yang macam binatang buas, rakyat tempatan yang semakin kesempitan...

silembiks : mmm patutla dah nak karam, dok bikin perkara salah je kejenya..

Siapa Kata Suara Keadilan Penipu ?? - Malaysiakini


Kecoh dibuatnya apabila Akhbar rasmi PKR iaitu Suara Keadilan (edisi 4-11 September 2008) mengeluarkan satu statement yang menyebut Tan Sri Musa Hasan koma dan lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu. Beliau yang juga ketua Polis Negara telah tampil untuk menafikan 'penipuan' yang dibawa oleh akhbar tersebut.

Dalam blog Puan Nuraflah ada mengemukakan beberapa persoalan yang hanya mengaitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan tempohari tapi bagi saya ini hanya permainan politik yang direka khusus untuk Musa Hasan. Selepas menjalani pembedahan kita dapat lihat pengarah utama kes liwat terus senyap tanpa diketahui apa statusnya. Gani Patail ?? entahlah, maybe sedang mereka skrip yang terbaik untuk dilakonkan apabila Musa Hasan sembuh nanti.

Berbalik kepada kenyataan saya berhubung "permainan politik yang direka khusus untuk Musa Hasan". Ini ada kaitan dengan strategi PKR untuk mengetahui status Musa Hasan yang selama ini berdiam diri selepas menjalani pembedahan pintasan koronari. Semua maklum yang Musa Hasan merupakan salah seorang pelakon utama yang terbabit dalam kes liwat 2 dimana kes kali ini melibat DSAI dan budak yang bakal dimakan 'sesumpah' Saiful.

Cuba kita perhatikan dan ia ada kaitan dengan kes 16 Sept ini. Tetapi dengan kuasa Allah si Musa Hasan ini terpaksa berehat selama 2 bulan. Dalam tempoh tersebut kita dapat lihat pimpinan BN tentunya semakin mengelabah apatah lagi salah seorang perancang utama mereka 'injured' dan terpaksa berehat panjang. Atas faktor ini jugala saya rasa BNBBC telah mengatur lawatan ke 'oversea' 7-19 Sept bagi menyelamatkan keadaan BN.

Ini hanya sekadar pandangan peribadi tetapi bagi saya ada juga logiknya. Tetapi yang pasti kedudukan BN sebagai parti 'Giant' di Malaysia semakin tercalar apabila yang terkini Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong, 61, menyertai PKR...Apa nak jadilah dengan BN la ni....?? mungkin Pak Lah boleh tolong jawabkan di dalam mimpinya nanti...

silembiks : Gambar utama ku 'copy' & 'paste' dari blog Puan Nuraflah