Jumaat, 12 September 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Yang Aman, Part 2 - Malaysiakini

Baru semalam saya mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan keamanan di Malaysia. Artikel yang saya keluar hanya banyak menghuraikan berkenaan isu jenayah yang membabitkan banjiran pendatang asing ke Malaysia.

Di dalam akhbar
Utusan pada hari ini (12 September 2008) telah mengeluarkan cerita yang hampir sama dimana ulasan di Utusan Malaysia berkaitan dengan isu trend jenayah di Malaysia semakin membimbangkan. Jadi bukan saja saya yang bimbang bahkan ramai lagi yang bimbang.

Disini saya hanya dapat memaparkan statistik berkenaan dengan isu kes pecah rumah seperti yang dilaporkan. Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Nampaknya keselamatan di Malaysia semakin membimbangkan dan Polis pula jangan hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Almaklumlah, setiap kali demo ataupun ceramah yang membawa penglibatan kepada Pakatan Rakyat, pihak Polis sentiasa melibatkan diri seolah2 mereka ini penjenayah yang besar dan boleh membawa ancaman kepada negara.

Saya tidak mahu menyalahkan polis 100% dalam hal ini dan tidak semua anggota polis yang setuju apabila dikerahkan untuk kerja-kerja sebegini cuma yang pasti kami mahukan peranan polis adalah terjurus kepada bidang tugas yang sebenar bukannya menjadi hamba kepada mainan politik kerajaan Barisan Nasional. Tetapi malang KPN sanggup menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan yang korup.

Dalam menangani masalah ini saya sebenarnya tidak mahu hanya meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak polis tetapi sebaliknya kita sama-sama berusaha membantu menangani masalah sebegini. Kaedah yang macam mana, kita sama-sama fikirkan dan yang pasti apa yang kita mahukan ialah kadar jenayah mesti diturunkan bagi menjamin kehidupan di Malaysia aman dan harmoni...

Tiada ulasan: