Rabu, 10 September 2008

Sudah Mahu Hancur Pun Lagi Mahu Menafikan !! - Malaysiakini

Abdullah Ahmad Badawi masih lagi mahu menafikan yang Barisan Nasional berada didalam keadaan goyah. Menurut kenyataan beliau di dalam Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 10 September 2008, beliau telah menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) kini berpecah-belah dan berada di ambang kehancuran.

Menurut beliau, BN tetap utuh dan akan meneruskan tanggungjawab serta amanah untuk memerintah negara ini seperti mana mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Bagi saya setiap butiran ungkapan yang keluar dari mulut Pak Lah hanyalah retorik semata-mata. Tiada apa yang boleh dipercayai, dalam hal sebegini saya tahu yang Pak Lah sedang berkerut memikirkan nasib dan masa depan politik beliau. Almaklumlah dalam tempoh 2 - 3 menjak ini macam-macam kes berlaku. Rentetan daripada kekalahan Pilihanraya Kecil baru-baru ini beliau sekali lagi menerima kejutan berhubung dengan kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman dan kini beliau akan berdepan
tarikh 16 Sept dimana seperti yang diketahui umum bahawa pada tarikh tersebut DSAI akan melakukan perubahan yang besar di dalam politik di Malaysia.

Dalam hal ini seharusnya Pak Lah mengakui bahawa kedudukan beliau di dalam UMNO dan BN sudah tidak relevan. Ini disebabkan gaya kepimpinan beliau yang lemah dan tidak tegas dalam membuat sebarang keputusan. Ketumpulan politik beliau dan hanya mengharapkan pencaturan dari budak tingkat 4 di Putarajaya merupakan salah satu sebab utama Barisan Nasional semakin dalam keadaan kacau bilau.. Masih ingatkah anda kes yang membabitkan Allahyarham Moorty dan Nyonya Tahir ???....Itu sebagai satu petanda bermulanya era kelemahan Pak Lah dalam mentadbir urusan Negara dan Parti....

Terkini isu yang politik yang berbaur perkauman dipermainkan oleh ahlinya dan yang paling malang si Ahmad ni pula berhati batu dan enggan memohon kemaafan maaf diatas kenyataan yang diberikan. Satu lagi penghinaan yang diterima oleh Pak Lah oleh ahlinya yang ber'kelas' Ketua Bahagian.

Politik BN semakin haru-biru dan kacau bilau,
pergolakan BN di Pulau Pinang semakin teruk apabila GERAKAN mengumumkan untuk 'bercerai' dengan UMNO berikutan gambar Koh Tsu Kon dikoyakkan oleh salah seorang penyokong fanatik Ahmad Ismail. Maknanya kita dapat lihat yang BN sebenarnya dalam keadaan yang terhimpit dan tersepit, jika dahulu mereka berusaha menjalinkan kerjasama dengan PAS tetapi sekarang tidak lagi kerana semua tidak mempercayai kejujuran yang dibawa oleh pimpinan dari Barisan Nasional...

Untuk saya kepada Pak Lah dan Barisan Nasional, nyahlah kamu dari pemerintahan Malaysia, biarkan kapal yang kamu naiki itu semakin karam....inilah balasan akibat begitu rakus membolot harta rakyat jelata tanpa mempedulikan nasib mereka yang memerlukan.....

1 ulasan:

kc7 berkata...

Nampaknya benteng akhir sesudah Ketuanan Melayu runtuh rantah ialah agama. Islam kini telah mula dijadikan alat pelindung. Dari hari ke hari semakin jelas jubah Ketuanan Melayu sedang di corak untuk diIslamkan.

Seorang peguam yang tindakan dan tingkah lakunya bukan saja kurang sopan – menggangu forum sivil - malah lebih mendekati bentuk samseng telah berkata, ‘ Saya orang Islam dahulu dan kemudian baru seorang peguam’. Inilah apa yang saya maksudkan membuat jahat tetapi berselindung di belakang tabir agama.

Ada dua perkara yang sering berlaku dalam situasi sebagini: Pertama: jika ada penganut Islam yang cuba mengeluarkan pandangan yang berbeza maka akan sampailah ‘ scud missile’ yang menuduh si Penganut ini kurang ariff dalam agama. Atau tidak bertauliah untuk bercakap dalam hal agama. Atau tidak tahu bahasa Arab.

Orang yang menuduh ini lupa bahawa setiap detik dan setiap saat si Penganut ini berkomunikasi dengan Yang Maha Esa dalam apa sahaja bahasa. ‘Scud missile’ ini dihadapkan dengan harapan si Penganut ini akan merasa terancam dan tidak lagi berani bersuara.

Mematikan perbincangan pastilah bukan ajaran mana-mana agama.

Kedua: satu ketika dahulu sesiapa yang cuba mengeluarkan pandangan, membuat laporan rasuah, atau penyalah gunaan kuasa yang dianggap ‘anti-Melayu’. Hari ini tema ‘anti-Melayu’ telah di kapankan. Yang bangun dari kubur ‘masih lagi tema anti-Melayu’ tetapi memakai topeng Islam.

Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.

Gerombolan United Malays National Organisation tahu dengan menggunakan topeng agama ini penganut Isaam dalam negara ini akan marah. Kemarahan warga ini diharap-harapkan akan ditujukan kepada Malaysia-Today.

Laman web Malaysia-Today tidak menghina agama atau Nabi tetapi membocorkan kepada warga Malaysia tentang segala kerenah dan salah kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di kepalai oleh United Malays National Organisation.

Laman ini terus memaparkan ‘cerita-cerita dalam’ yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Malaysia-Today telah melaporkan berita tentang pembunuhan Altantuya, peranan Najib dan Rosmah dalam kes Mongolia, berita rasuah Johari Baharum, peranan samseng China dan berpuluh-puluh berita yang tidak akan dilaporkan oleh media pro- Barisan Nasional.

Islam dan Nabi Muhamad telah digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar tidak lagi mempercayai laporan berita Malaysia-Today. Jika warga naik marah diharapkan pengendali laman ini akan ‘diserang’.

Justeru, ini adalah contoh terbaik bagaimana segala kejahatan dan kemungkaran cuba ‘disucikan’ dengan menggunakan agama.

Akhir-akhir ini – sumpah dengan cara Islam - telah dilihat umum sebagai satu alat politik. Penganut yang bukan Islam pastilah hairan melihat ‘cara perundangan Islam’. Malah bukan sahaja mereka hairan tetapi melihat ‘ perundangan Islam’ ini sebagai ‘pembicaraan salah/benar’ yang tidak masuk akal.

Kalau dikaji maka akan kita temui bahawa semua ini adalah tanda-tanda perubahan Ketuanan Melayu yang di war warkan oleh Gerombolan United Malays National Organisation sedang beralih warna untuk dijadikan Ketuanan Islam.

Mungkin dalam masa yang tidak lama maka akan timbul hegemoni Islam dimana apa sahaja yang di anggap musuh politik kepada gerombolan United Malays National Organisation akan dianggap sebagai musuh Islam.

Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu. Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation.

Umat Melayu telah diperbodoh-bodohkan sehingga ramai diantara mereka tidak lagi memiliki kudrat dan iradat untuk menggunakan akal fikiran. Otak yang bonsai lagi beku ini hanya sanggup menerima apa sahaja tanpa dilihat secara kritikal.

Bonsai akal dan fikiran ini telah merebak bagitu meluas sekali. Hari ini ada yang mengakui diri sebagai ‘alim ulamak’ yang telah meMelayukan Islam berpendapat bahawa agama tidak boleh dikaji dengan pengunaan akal. Lihatlah betapa merosotnya pandangan Islam yang telah di Melayukan.

Mereka ini sengaja melupakan betapa pentingnya ilmu pengetahun yang berasaskan akal fikrah dalam Islam. Tanpa akal fikrah tidak mungkin manusia wujud seperti manusia wujud di hari ini.

Kenapa semua ini berlaku?

Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.

Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.

Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng. Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’ - hanyalah kata-kata pembuka tirai.

Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam. (isham)
Posted by Tukar Tiub at 9/06/2008 05:52:00 AM
Labels: agama, islam, Ketuanan Melayu, Nordin Kardi