Sabtu, 14 Februari 2009

KEPADA MUKHRIZ DAN BN, JOM SERTAI PAS - Malaysiakini

Mukhriz Mahathir pada hari ini telah memberikan satu formula bagaimana mahu menyelesaikan kepimpinan politik di Perak. Formula yang beliau maksudkan ialah dengan mempelawa PAS menyertai Barisan Nasional.

Alahai Mukhriz, idea lapuk macam ni yang kamu berikan. Cukup-cukuplah dengan tawaran yang diberikan sebelum ini. Cukuplah dengan sejarah pahit yang PAS alami bersama dengan BN sebelum ini ketika berada di dalam kerajaan campuran. PAS antara parti yang meletakkan Islam sebagai tunjang di dalam perjuangan dan antara parti yang membela rakyat. Adalah sangat mustahil melihat PAS akan menyertai BN. Lihat sahajalah sepanjang pemerintahan mereka selama 50 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan jenayah yang semakin meningkat. Islam menjadi bahan cacian dan hinaan serta boleh dipermainkan oleh pimpinan dari UMNO dan Barisan Nasional. Barisan kepimpinan mereka yang penuh dengan hipokrit serta terlibat dengan pelbagai gejala rasuah samseng dan sebagainya adalah tidak sesuai untuk PAS bersama dengan mereka. Ahli di dalam Barisan Nasional tidak ubah seperti mengenakan pakaian yang cantik pada bahagian luaran sebaliknya di badan penuh dengan kurap dan kudis.

Alangkah baiknya jika parti kamu UMNO yang menyertai PAS agar dapat memperteguhkan kedaulatan Islam di negara ini. Jadi lebih baik Mukhriz nasihatkan kepada kepimpinan UMNO dan BN agar bertaubat dan masuklah ke Pakatan Rakyat agar dapat terus berbakti kepada rakyat. Insya-Allah segala hak dan keperluan rakyat pasti terbela

Jumaat, 13 Februari 2009

HUKUM ORANG UMNO TERLEBIH DAHULU SEBELUM HUKU KARPAL - Malaysiakini

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerakyatan Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) dilucutkan kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan sengaja.

Menurut mereka, ketegasan Thailand yang menghukum pihak yang menghina Raja Bhumibol Adulyadej perlu diikuti oleh kerajaan bagi menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dey tambi..lain kali kalau mahu cakap guna otak bukannya guna kepada lutut atau tap kaki...Pikirlah sikit, siapa jaguh yang menghina Sultan sebenarnya ??? Disini saya ada ambil maklumat dari blogger Sebol untuk tatapan kalian. Sebelum kamu mencadangkan Karpal dilucutkan hak kerakyatan eloklah kamu kenalpasti siapa mangkuk yang saya nyatakan disini. Bukan saya membela Karpal tetapi bagi saya biar hukuman tersebut adil untuk kedua-dua pihak..

1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajar: KESIAN...

2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara? KESIAN....

3.Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja? KESIAN...

4. 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini? KESIAN...

5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politik, ada jongos menjerit: biar saya derhaka! siapa tu? KESIAN....

6. Seorang bekas menteri besar kelantan pernah berarak menuntut Sultan Kelantan turun tahta. Puak mana yang kurang hajar tu? KESIAN...

7. 1974, menteri besar Perak pada masa itu tidak mahu akur dengan perintah Sultan Idris. Siapa yang derhaka tu? KESIAN...

8. Standard -Chartered Bank saman Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Siapa yang ajar tu? KESIAN...

9. Selepas piliharanraya Mac 2008, Sultan Terengganu dinista dengan kata kata kami nak idris, natang! Siapa punya kerja tu? KESIAN...

10. Di Perlis pun pada masa yang hampir sama Sultan Perlis dinista. Siapa punya kerja? KESIAN...

AKHIRNYA NAJIB MENGAKU ISLAM AGAMA TERBAIK - Malaysiakini

Hebat Najib semalam berkata tentang Islam. Antara ucapannya pembaca boleh membaca disini. Hebat, sungguh hebat..dalam memperkatakan bagaimana memperkukuhkan orang Islam tetapi beliau sendiri lupa yang beliau sendiri adalah salah seorang peruntuh Islam di Malaysia.

Ini diantara sedutan daripada ulasan ringkas Najib. Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, Islam dipandang dengan begitu negatif apabila ekonomi masyarakat Islam digambarkan sebagai miskin dan mundur, malah ada yang merempat.

‘‘Secara tidak langsung, Islam yang mahu ditawarkan atau ditonjolkan sebagai agama terbaik kelihatan tidak dapat memenuhi kehendak kebendaan manusia untuk mencapai kejayaan, keselesaan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

Saya tidak pasti samada beliau hanya membaca teks yang diberi atau ucapannya yang spontan tetapi didalam kenyataannya beliau terpaksa mengakui bahawa Islam adalah agama yang terbaik dan perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam adalah benar berbanding dengan UMNO yang hanya menfokuskan perjuangan kaum semata-mata. Ini antara yang Najib perlu fahami dan pertekankan terlebih dahulu kerana perjuangan PAS adalah universal tanpa hanya tertumpu pada kaum sahaja jadi untuk itu adalah lebih bagus di dalam ucapannya ketika itu beliau menyelitkan agar rakyat sokong kepada PAS dan menolak kepimpinan Barisan Nasional yang hanya mengejar harta benda serta membelakangkan rakyat jelata...

silembiks : Jika sudah mengaku Islam agama terbaik, apalagi keluarlah dari UMNO...Saya teringin juga nak tengok si Rosmah bertudung pula selepas ini


HAMID ALBAR DAH MULA MAIN GERTAK-GERTAK - Malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas terhadap dua akhbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel-artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan.

Pelik juga membaca ulasan Syed Hamid berikutan kenyataan beliau terhadap 2 akhbar yang dikatakan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan. Sepanjang saya membaca 2 akhbar terbabit saya merasakan mereka ini lebih telus dalam menyalurkan maklumat. Sekurang-kurangnya rakyat tidak tertipu dengan pembohongan demi pembohongan di dalam akhbar milik mereka. Nampak sangat si Hamid botak takut dengan kebenaran maklumat yang dibawa oleh akhbar tersebut. Ini salah bukti yang kita dapat lihat selama ini Kerajaan Barisan Najis sentiasa membawa berita yang penuh dengan penipuan di dalam akhbar mereka.

Jika 20 tahun yang lepas, rakyat memang mudah diperbodohkan tapi dizaman teknologi yang dilengkapi dengan kemudahan internet adalah mustahil kerajaan dapat menyekat kemahuan rakyat. Lihat sahajalah pada PRU 12, kejatuhan beberapa negeri di bawah naungan Barisan Najis adalah berpunca daripada bantuan blogger yang berjaya mendapatkan maklumat yang sahih untuk disalurkan. Jika kamu sekat penerbitan 2 akhbar tersebut maka alternatif lain sudahpun menjadi ganti. Jadi, masyarakat sekarang lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui internet. Untuk itu, jika kamu sekat 2 akhbar tersebut maka ia bukan sahaja membangkitkan semangat Sang Blogger sebaliknya Barisan Najis seolah-olah ingin menempah maut lebih awal dan jika silap perkiraan kamu maka Barisan Najis bakal tersungkur pada PRU 13....Buatlah kalau kau berani wahai si Hamid botak !!!!

Khamis, 12 Februari 2009

FIKIR SEBAIKNYA SEBELUM MENCALONKAN DATO SERI NIZAR DI BUKIT GANTANG - Malaysiakini

Saya bukan menidakkan pandangan individu atau mana-mana pimpinan tetapi dalam isu ini saya sependapat dengan idola saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci, maklumat yang saya perolehi daripada blogger Panglima Tengku 7 boleh dibuat rujukan. Dalam isu ini ia ada pro dan kontra yang perlu kita renungi bersama kerana UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bersedia untukmenggerakkan jentera saraf mereka dalam usaha menjatuhkan PAS di Bukit Gantang. Sila baca kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan disini..

Kebaikan

1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.

Di antara keburukan jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.

1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.

KEMBALIKAN NEGERI PERAK KEPADA KUASA RAKYAT - Malaysiakini

Terbukti bahawa 97% rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan pilihanraya kecil diadakan. Jadi bukti sudah semakin jelas bahawa kerajaan haram Negeri Perak yang berada dibawah kepimpinan Datuk Dr Zambry (boneka Najib Razak) tidak disukai dan disenangi oleh rakyat sebaliknya ianya hanya disokong kepimpinan Barisan Nasional yang melakukan rampasan kuasa secara biadap.

Kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

Bukti semakin jelas yang rakyat memilih pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak dan lihat sahajalah hasil 10 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat jika hendak dibandingkan dengan Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun tetapi masih gagal membezakan antara kepentingan rakyat dan kepentingan individu. Lihat sahajalah nanti, kerajaan yang kamu bentuk ini tidak akan bertahan lama dan bakal runtuh dengan teruk dalam PRU 13 nanti...

Rabu, 11 Februari 2009

TERBUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK BERMASALAH SEBELUM INI - Malaysiakini

ambiga sreenevasanSepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

bullet buttonSebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

bullet button YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

bullet button Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

bullet button Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

bullet button Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

bullet button Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

bullet button Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.

sumber : Malaysiakini.com

SPRM HANYA PANDAI KENDALI KES RASUAH LEMBU SAHAJA - Malaysiakini

Menurut sahabat saya yang juga blogger Angkasanuri, bekas Adun Bukit Selambau dan juga bekas exco Kerajaan Negeri Kedah V.Arumugam mendedahkan bahawa antara faktor beliau meletakkan jawatan adalah disebabkan beliau diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat. Selain itu juga menurut dari sumber yang dinyatakan oleh MB Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak, Arumugam juga pernah ditawarkan wang RM 5 juta untuk beliau melompat kepada Barisan Nasional..

Jadi disini saya ingin membangkitkan isu RM 5 juta yang ditawarkan kepada beliau. Dimana hilangnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?? Adakah SPRM kini sibuk mencari kes orang yang sedekah lembu atau diatas kesibukan inikah yang menjadikan faktor utama kes yangyang membabitkan Arumugam tidak dapat disiasat ?? . Isu 3 ekor Adun Katak di Perak pun mereka mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Jika begini sikap SPRM yang seolah-olah bermain wayang dan hanya hendak menjadi balaci kepada Barisan Nasional eloklah dimansuhkan sahaja SPRM atau tukarkan ahli2 dalam suruhanjaya tersebut kepada mereka yang tiada kena mengena dan kepentingan dalam mana-mana parti. Moga dengan cara ini agaknya SPRM baru dapat menjalankan tanggungjawab dengan telus dan tidak menjadi barua kepada barisan Najis yang penuh dengan najis.....


SEJAK BILA UMNO JADI BODOH DENGAN BAHASA ISTANA ?? - Malaysiakini

Sahabat semua …sedar tak sedar satu lagi kebodohan UMNO yg ramai x tahu..Mereka tidak faham bahasa berkaitan makna ayat tersebut itu…

Risik merisik..hambe rakyat jelata dapat tahu maksud akan perkataan itu…

Patik mohon derhaka merupakan satu istilah khusus yg digunakan dalam istana dan mesti digunakan oleh rakyat jelata termasuk MB ( x termasuk najib) jika mereka ade pandangan lain diatas pandangan yg telah diberikan oleh Tuanku

contoh :
Raja bertitah : Beta ingin sebuah lagi jambatan di Bukit Gantang
maka wakil rakyat jelata iaitu MB setuju, maka MB akan berkata: Titah tuanku dijungjung
tetapi

Jika MB merasai titah itu ade kelemahan atau ade cadangan lebih penting dari titah tersebut seperti

contoh:

MB mendapat maklumat Changkat Jering tidak memerlukan jambatan lagi sebaliknya Bukit Chandan yang memerlukan jambatan terlebih dahulu maka MB akan berkata: ampun tuanku Patik mohon derhaka pada titah tuanku,dan patik selaku wakil rakyat jelata ingin mencadangkan Bukit Chandan patut di beri jambatan terlebih dahulu..

Itulah kehebatan raja-raja- mana mana titah yang tidak dipersetujui kene menggunakan bahasa patik mohon derhaka…

Oleh itu terbukti nizar tidak sama sekali berniat untuk meruntuhkan institusi diraja tetapi telah menobatkan institusi diraja di kelasnya tersendiri dan mesti di hormati walaupun sudah tahu kalimah itu akan di gunakan oleh perompak BN untuk agenda politik kotor mereka..

tahniah nizar……….keberanianmu menjadi salah satu titik kebangkitan kuasa raja…

maka kalimah ini terus dijaja oleh UMno untuk menghalalkan tindakan mereka…

UMNO : mengguankan ISU DERHAKA SULTAN untuk menutup kejahatan mereka merompak di PERAK..

Marilah kita jatuhkan UMNO yg terbukti mempergunakan kuasa sultan demi politik mereka……

jatuhkan UMNO dalam PRK nanti….allahu akhbar…

PEKIDA ATAU PEGI DAH ?? - Malaysiakini

Pegi dah la sama PEKIDA...time nilah mula berhabuk berkata-kata. Sebelum ni jadi bacul macam tikus. Menurut kenyataan pendek yang dipetik oleh pengerusi PEKIDA ''Kami memberi amaran sekeras-kerasnya bahawa Pekida tidak akan membiarkan tindakan Karpal yang kami anggap menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu".

Cis..boleh jalanlah sama kamu geng-geng PEKIDA.Sekadar bercakap macam tu semua orang boleh bikin. jika berani hantar puak-puak kamu yang samseng tu ke Palestin menentang tentera Israel laknatullah...Tu yang kes si Anuar Musa yang membuat pertabalan raja baru di Kelantan pada awal 90 an tak mahu pula dibangkitkan dan jangan lupa kes himpunan haram yang dilakukan oleh UMNO keparat serta kain rentang yang tertulis 'KAMI MAHU DERIS NATANG !!!" yang berlaku selepas PRU 12. Apa pula ceritanya ?? Kenapa tiba-tiba jadi bacul yang amat ????

Oleh itu, kepada geng-geng PEKIDA lepas ni tukar nama kamu kepada 'PEGI DAH'....

POLIS DI MALAYSIA SEMAKIN HAMPEH !!! - Malaysiakini


Demokrasi semakin dicabul dan dikriminasi berlaku. Pakatan Rakyat semakin dianaktirikan oleh pasukan yang kononnya mengaku menjaga keselamatan negara. Inilah kisahnya....hairan bin Ajaib.....tetapi inilah realiti yang perlu kita tatapi di Perak...

Sejak bila pencacai UMNO boleh mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan haram ??? Lagi bertambah ajaib dan pelik kenapa tiada tembakan gas pemedih mata serta tangkapan dilakukan kepada para-para pendemo haram ??? Nampak gayanya, Polis di Malaysia semakin buta dalam melaksaanakan tugas. Inilah kesan jika menjadi 'barua' kepada pimpinan UMNO dari dulu kini dan selamanya...

si lembik : Sampai bila agaknya Polis di Malaysia nak berubah..rasa hendak tercabut je ginjal saya bila melihat drama Gerak Khas di RTM 2

Selasa, 10 Februari 2009

AKHBAR MILIK PR DIRAMPAS, JELAS BN MEMANG DALANG UTAMA KERUNTUHAN KERAJAAN PR DI PERAK - Malaysiakini

Nampaknya semakin jelas yang pemimpin Barisan Nasional bimbang akan penyaluran maklumat berkenaan kegiatan mereka meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tanpa sebarang sebab yang munasabah, akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang memuatkan berita berkaitan isu yang berlaku di Negeri Perak telah dirampas bahkan ia berlaku sehingga di negeri Selangor.

Menurut saudara Lutfi yang juga selaku ketua pengarang Harakah, pihak berkuasa telah memberikan "tekanan" kepada pihak akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas.

Malang sekali, dalam keadaan zaman teknologi yang penuh canggih pihak berkuasa masih lagi sanggup melaksanakan kerja sebodoh ini. Alahai....rampaslah sebanyak mana akhbar yang mahu kamu rampas tetapi jangan lupa maklumat di dalam akhbar edisi internet serta para blogger yang berjuang demi kebenaran. Insya-Allah kami akan sentiasa melapor situasi terkini tanpa mengira erti penat lelah dan yang penting maklumat yang sahih dapat disalurkan kepada pembaca....

KESIAN POLIS MALAYSIA JADI HAMBA BN - Malaysiakini

Jika berlaku perhimpunan @ demotrasi siapa yang kerap dihambur dengan cacian ??? Siapa lagi jika bukan Polis Diraja Malaysia. Lihat sahaja video ini, inilah hasil jika mereka menjadi boneka kepada pimpinan Barisan Nasional yang dungu. Amanah yang diberi untuk mempertahankan negara telah disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Patutla ada dikalangan blogger mengatakan yang perilaku polis di Malaysia tak ubah seperti 'an............'. Bukan saya yang menulis tetapi adalah orang tu......

3 CARA NAK GUGURKAN SAYA DARI MB PERAK : NIZAR - Malaysiakini

Oleh : Manjanik

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang. ..

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah Lucut Jawatan Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu letak jawatan atau lucut jawatan saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa lucut jawatan saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO
Saya Nak Saman Sultan,
Saya Arahkan Rakyat Memberontak
dan Saya Menjerit Di Pejabat.

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya menjerit ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak, Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

KERAJAAN MALAYSIA HARUS MALU DENGAN SINGAPURA - Malaysiakini

Bukan hendak saya membenci tanah air sendiri tetapi inilah realiti yang perlu kita kikis dari awal. Siapa sebenarnya pencetus berlaku huru hara kalau bukan mangkuk hayun dari Barisan Nasional yang lakukan. Siapa yang mencabar hak demokrasi di negara ini jika bukan mangkuk hayun dari Barisan Nasional. Jadi tak salah jika stesen TV dari Singapura menyatakan perkara yang sebenar berlaku di Perak. Hendak harapkan RTM dan TV3 suku, jauh daripada sasaran berita yang dikeluarkan. Yang peliknya, bilamasa Malaysia menjalankan demokrasi secara adil ???

Lihat sahajalah dalam himpunan Bersih yang diadakan pada 3 November 2007. Rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang adil dilaksanakan pada PRU tetapi apa yang mereka terima adalah semburan gas pemedih mata, air kimia serta belasahan dari kaki pukul yang didatangkan khas dari FRU. Jangan lupa akan si mamak maidin semasa menjadi Menteri Penerangan, berpeluh beliau menjawab persoalan dari pemberita Al-Jazeera berikutan kes himpunan Bersih. Inikah demokrasi yang diamalkan pemimpin Barisan Nasional Malaysia ??? Hanya mereka yang bersikap hipokrit sahaja yang sanggup menjadi Pak turut..

Oleh itu, carilah maklumat yang sahih...Jika ada yang membeli akhbar pro kerajaan, cukuplah sekadar membaca jenaka yang ditulis di akhbar berkenaan dan selepas itu jadikan ia sebagai pembungkus nasi lemak...Bagi saya, membaca boleh tetapi percaya jangan....

JAHATNYA PIMPINAN BARISAN NASIONAL - Malaysiakini

Selepas isu pembabitan 3 adun katak di Perak kini Najib bersama sekutu Barisan Nasional cuba melebarkan sayapnya di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman dan sasarannya kini kepada Adun Bukit Selambau dimana penjawatnya ialah V.Arumugam yang juga merupakan salah seorang exco kerajaan negeri.

Pelbagai tekanan yang diberi kepada beliau sehinggakan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai exco serta adun. Klik disini untuk membacanya. Saya tidak hairan yang sekutu Najib sanggup melakukan perkara sedemikian rupa kerana sejarah-sejarah yang lepas sudah membuktikan bahawa pimpinan BN antara pemimpin yang kurang ajar dan tiada adab.

Tahniah saya ucapkan kepada V.Arumugam diatas keberanian yang ditunjukkan dan ini sedikit sebanyak telah menunjukkan satu contoh yang terbaik kepada 3 adun katak di Perak yang sanggup menjual maruah demi hanya untuk meraih keuntungan daripada membela hak rakyat. Moga PRK yang bakal diadakan di Dun Bukit Selambau dapat memberikan satu isyarat bahawa Pakatan Rakyat akan berkuasa pada PRU 13. Ini bukan angan-angan kosong tetapi angan-angan yang bakal menjadikan ia satu realiti..Kita nantikan bersama..Insya-Allah

Isnin, 9 Februari 2009

AL-FATIHAH : MP BUKIT GANTANG (PAS) MENINGGAL DUNIA - Malaysiakini

IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

CERAMAH YB SALAHUDIN AYUB DI SEMPANG

Sebagai membayar hutang, kerana gagal merasmikan Markas PAS Kampung Sempang, yang juga dikenali sebagai Balai Islam Baitul Hikmah, Maka YB Salahuddin akan lagi sekali datang untuk merasmikannya.

Masa: 10 Februari 2009, 9 malam

Tempat:


Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang)
Jalan Haji Jamaat
Kampung Sempang
Merlimau
Melaka

Penceramah:
  • YB Salahuddin , MP Kubang Kerian,Ketua Pemuda PAS Pusat.
  • Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka.
silembiks : takde sembelih kambing lagi ker ???

PEMIMPIN DAN AHLI UMNO BERSEDIA DITAHAN ISA - Malaysiakini


Menghina Sultan patut dikenakan tindakan ISA...Itulah antara perenggan utama yang saya baca di dalam sebuah akhbar milik "KERA'jaan. Sudah menjadi adat dan kelaziman bagi media penjilat setia najis UMNO dan Barisan Nasional mengeluarkan berita sedemikian rupa. Jika isu menghina sultan sudah diperakui oleh mereka dan wajar dikenakan tindakan ISA maka buktikanlah dengan menangkap pemimpin dan penyokong-penyokong Barisan Najis yang menghina Sultan. Jangan cakap tak serupa bikin. Oleh itu segeralah laksanakan tugas menangkap mereka ini......

JANGAN LUPA YANG UMNO SEBENARNYA PENDERHAKA SULTAN - Malaysiakini


Soal derhaka kepada sultan saya rasa lebih baik pembaca sekalian mengimbas kembali kes tersebut selepas PRU 12. Jika Datuk Seri Mohammad Nizar dikatakan penderhaka tetapi lupakah kamu yang UMNO lebih sejuta kali menderhaka. Perkataan 'natang' menjadi simbolik menunjukkan betapa hinanya Agong oleh puak-puak UMNO di Terengganu semasa isu perebutan jawatan MB antara Idris Jusoh dan Ahmad Said. Jad

Jika Nizar dianggap penderhaka oleh 'pencacai UMNO' tetapi bagi saya Nizar umpama pahlawan yang mempertahankan hak yang diputuskan oleh rakyat. Jangan kita lupa kebiadaban yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO terutama si Najib yang sanggup merogol hak demokrasi di negara ini dengan 'membeli' 3 adun PR. Itu yang terkini, belum lagi dibongkar jenayah yang dilakukan oleh mereka pada masa-masa yang lepas.

Oleh itu, kepada pembaca-pembaca sekalian. Kes di Perak merupakan antara jenayah yang terbesar dilakukan oleh UMNO di abad ini. Mereka mencabul hak demokrasi, memperalatkan sultan, memperkudakan SPR serta menipu rakyat. Hanya bagi mereka yang cerdik dan terbuka mindanya sahaja memahami apa yang berlaku di Perak jika tidak mereka antara mangsa yang sentiasa diperalatkan dengan permainan kotor dan keji UMNO serta Barisan Najis !!!