Selasa, 30 September 2008

Salam Aidilfitri


Sementara sempat ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidliftitri. Maaf diatas segala kesalahan yang saya lakukan selama ini. Thanks kepada sahabat2 bloggers yang sudi menziarahi laman ini dan memberikan sokongan dan tidak juga kepada yang mengkritik.

Dalam tempoh seminggu saya mungkin tidak akan dapat mengemaskini blog ini coz akan berhari raya diluar dari kawasan liputan saya (saya ada notebook, tapi tiada broadband...selama ini acces internet dgn menggunakan streamyx sahaja)...Mungkin saya akan terlepas beberapa info yang panas2, tetapi jangan bimbang...Info tersebut akan saya simpan dan akan memuntahkan semula apabila saya kembali....

Selamat Hari Raya Aidilfitri......

silembiks....
depan PC

Isnin, 29 September 2008

Tindakan Memecat Zul Hassan Adalah Wajar - Malaysiakini

IPOH 28 Sept. – Kerajaan negeri Perak hari ini memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan (gambar) yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar berkata, arahan melucutkan jawatan Zul yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.

‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

‘‘Di samping itu individu yang menawarkan habuan seks itu akan didakwa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan India Muslim Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut akta dan enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka.

‘‘Kita juga akan mengesyorkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menerima ataupun menawarkan habuan seks dan rasuah.

‘‘Mereka tidak lagi layak untuk menjadi ahli majlis di bawah kerajaan pakatan pembangkang dan kita mahu dia meletakkan jawatan secepat mungkin,” ujar beliau.

Mohammad Nizar berkata, tindakan itu juga merupakan amaran untuk semua ahli majlis yang membuat kesalahan sedemikian dengan kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk bertindak.

Bertentangan
‘‘Jika mereka sanggup melakukan perbuatan yang bertentangan dengan adat kesopanan dan kesusilaan, mereka tidak lagi layak untuk mewakili kerajaan pakatan pembangkang dalam mana-mana jawatan sama ada majlis bandaran atau majlis daerah di Perak,” tegas beliau.

Pada 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ‘‘Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

‘‘Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Zul.

Barisan Nasional Yang Memang Tak Sedar Diri - Malaysiakini

Itulah Barisan Nasional, sudah terhantuk baru nak sedar. Menurut laporan di dalam akhbar Utusan Meloyar yang bertarikh pada 29 Sept 2008, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman cita-cita Kerajaan Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu dalam tempoh setahun hanya wayang politik.

Menurut beliau lagi, kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sudah menetapkan sasaran berkenaan sejak dua tahun lalu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan penduduk miskin di negeri tersebut.

Apalah nak jadi dengan kamu wahai pencacai Barisan Nasional, sudah jatuh buatlah cara sudah jatuh. Masihkah kamu belum sedar yang Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang bukannya Barisan Nasional. Jadi segala dasar, perancangan dan perlaksanaan adalah tertakluk kepada mereka, jangan terlalu sibuk sangat dengan menjaga hal tepi kain orang. Jika dulu kamu menerajui kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan bercita-cita menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang bagaimana pula kemiskinan tegar yang melanda di Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang sememangnya sudah diketahui memerintah lebih dari 50 tahun.

Bagi saya, sepatutnya bukan sindiran yang diberikan kepada kerajaan PR Pulau Pinang sebaliknya kerajaan Pusat perlulah memberi sokongan ataupun menjana bantuan kewangan. Ini tidak, mengungkit perkara yang lepas. Sudah menjadi lumrah mana-mana negeri yang jatuh ke tangan PR, mereka akan meneruskan mana-mana projek kerajaan terdahulu itupun jika ia tidak menyalahi pengunaan wang rakyat dan kos yang tinggi.

Berbalik kepada isu kemiskinan tegar yang dibawa oleh bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jika benar kamu bersama pimpinan Barisan Nasional hendak membantu, baiklah..Saya dan rakan dari PAS boleh turut memberikan kerjasama.
Sila klik blog S/U Muslimat PAS Pusat, Ukhti Aiman Athirah untuk melihat situasi yang menyayat hati terhadap keluarga ini. Juga klik disini untuk melihat situasi yang sama ketika Pengarah PASTI Pusat iaitu saudara Azrin bin Abd Majid bersama krewnya memberikan bantuan kepada masyarakat yang miskin. Ini hanya sebahagian bahkan ada keluarga yang lebih teruk daripada ini. Jangan lupa kisah Dr. lolo' (MP Titiwangsa) dimana permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apalah masalah sekutu Barisan Nasional, nak salurkan bantuan pun macam-macam sekatan diberikan kepada team pakatan Rakyat....

Untuk itu, jangan dipandang sebelah mata terhadap isu ini. Bagi saya jika puak-puak dari Barisan Nasional mahu menjalankan amanah sudah lama ia dijalankan. Masalah seperti yang saya nyatakan didalam 2 blog diatas semuanya adalah datangnya dari sifat yang tidak menentu pemimpin Barisan Nasional yang lebih mengejar kemewahan dari membantu mereka yang memerlukan bahkan saluran kewangan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan tidak sampai sebaliknya terus disimpan terus didalam poket mereka..Jika isu ini tidak dapat dibendung maka semakin tertindaslah golongan-golongan miskin tegar.... Jadi kepada Datuk Zainal Abidin Osman, cermin-cerminlah diri tu dan juga rakan-rakan pemimpin kamu dari Barisan Nasional..

silembiks : hentikan kritikan sebaliknya hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan..

Banyak Lagi Kerja Kamu Timb. Mufli Wilayah Persekutuan - Malaysiakini

Sejak akhir-akhir ini, nama YB Teresa Kok sentiasa menjadi bahan sebutan. Dari perihalnya yang berkaitan dengan isu larangan laungan azan sehinggalah ke ISA. Selepas itu pula ada kes yang melibatkan ibu bapa beliau dimana rumah orang tuanya dilontar bom petrol. Terkini, YB Teresa ditegur oleh Timb. Mufti Wilayah Persekutuan ekoran etika pakaiannya yang hanya mamakai skirt semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Apa yang timb.mufti kita tegur saya terima walaupun dia mendapat kritikan dari pelbagai pihak dan beberapa blogger. Bagi saya perkara yang baik wajar ditegur walaupun YB Teresa berada di luar dari masjid tapi sekurang-kurangnya sensitiviti umat Islam perlu dijaga dan beliau juga akan dapat perbaiki kelemahan dirinya selepas ini.
Klik sini untuk melihat gambar YB Teresa bersama jemaad Masjid Nurrusaadah.

Cuma teguran kepada Timb.Mufti, jika dalam hal sebegini anda boleh mengeluarkan statement untuk menegur YB Teresa saya juga ingin menyarankan agar Tuan Timb.Mufti dapat juga menegur kepada makmun, imam, bilal atau seangkatan dengannya ekoran ada daripada mereka yang tidak menjadikan masjid sebagai rumah Allah sebaliknya mereka menjadikan masjid sebagai kedai kopi, kenapa ?? kerana ada dikalangan mereka masih lagi menghisap rokok diperkarangan masjid. Bab borak toksah lah nak kata, macam2 ada. Yang paling penting, jangan lupa juga tegur wanita-wanita Islam yang 'free hair' tetapi ke masjid (aurat juga kan). Cubalah berikan tarbiyah kepada mereka. Lagi wajar jika Tuan Timb. Mufti Wilayah sendiri dapat menegur pengurusan akhbar Utusan Malaysia yang menemuramah Tuan Tim. Mufti kerana mereka masih lagi memaparkan gambar-gambar artis yang adakalanya ter'over' acting dan begitu juga iklan nombor ekor yang menjadi taruhan utama di dalam akhbar yang kononnya mahu memartabatkan bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk membantu mereka yang jahil dalam bab agama. Saya tidak marahkan Tuan Timb.Mufti Wilayah cuma diminta selepas ini lebih prihatin dalam beberapa perkara.

Banyak lagi nak komen tapi cukupla tu saya rasa. Cuma harapan dari saya, janganlah mudah sangat menjadi mainan kepada akhbar Utusan Malaysia yang selama ini hanya pandai memanipulasikan sesuatu isu, tambahan akhbar seperti ini hanya suka mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti sokongan beliau BN dan UMNO...harap selepas ini Timb. Mufti Wilayah lebih berhati-hati, jika tidak Tuan Timb. Mufti Wilayah pula yang kena balik....

Inilah Gambar Anak Najib Tun Razak - Malaysiakini

Hanya sebahagian dapat saya paparkan. Selebihnya sila rujuk di blog member saya di Assirkami. Beginilah bakal Perdana Menteri yang hendak dilahirkan oleh UMNO. Bagaimana agaknya dia hendak mentadbir negara sedangkan tanggugjawab yang beliau diamanahkan untuk menjaga keluarga belum lagi mampu terlaksana dengan sempurna. Jadi kepada rakan-rakan UMNO, maybe boleh jawab kot, tetapi bagi saya yang juga berpegang kepada trademark si Nabil Raja Lawak, lu pikirla sendiri....

silembiks : sekali pandang macam Pak Lah ngan michele Yoh la pulak...



Peralihan kuasa awal bukti Abdullah ikhlas ?? - Malaysiakini


Tiada apa yang ikhlas melainkan kusut semata. Inilah hasil lakonan Filem UMNO pada tahun ini, jika ditayang di pawagam, sudah tentu box office punya. Dalam isu ini, sekali lagi akhbar pemutar alam, Utusan Meloyar memainkan peranan dengan menyifatkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membuktikan keikhlasan perjuangannya dalam parti selama ini.'

Mmmm bagi saya tiada yang iklhas semuanya, ini semua tekanan dari pelbagai pihak yang menyebabkan Pak Lah menjadi sebegini. Lupakah anda yang Pak Lah hampir menangis @ menangis didalam satu mesyuarat bersama MT nya baru-baru ini ekoran didesak agar tidak bertanding mempertahankan jawatan presiden UMNO?. Bagi mereka yang menjadi ejen penjilat kepada segala kotoran Pak Lah sahaja yang mengiyakan perkhabaran ini.

Jika kita lihat di dalam Utusan Meloyar pada hari ini, semua pimpinan UMNO baik dari negeri mahupun peringkat MT semuanya menyokong berlakunya peralihan kuasa dengan kadar yang segera. Menurut kenyataan seorang pemimpin UMNO negeri berhubung isu peralihan kuasa di dalam Utusan Meloyar, "ia satu langkah bijak kerana ia bukan hanya untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar, tetapi untuk meneruskan parti dalam keadaan stabil".

Ini semua hanya retorik semata-mata. Jika kita ukur dari setiap penjuru rata-rata pemimpin UMNO telah menolak kepimpinan Pak Lah..Cuma Pak Lah saja yang tak sedar diri. Jadi jika nak kata ikhlas itu semua mainan politik UMNO, kerana yang membimbangkan mereka jika perkara ini tidak disegerakan maka ia mengakibatkan berlakunya kejatuhan kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dan segala hasil rakyat yang mereka boloti tidak akan dapat mereka nikmati. Tak percaya, saksikan adegan drama ini dalam episod seterusnya....

Ahad, 28 September 2008

Alahai 10 Sen - Malaysiakini

Malam tadi, saya mengikuti ceramah Tuan Haji Mohd Sabu, Naib Presiden Pas di Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka. Banyak idea dan kupasan penting disampaikan khususnya mengingatkan tanggungjawab seorang Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan hubungannya dalam membina sebuah daulah.

Saya tertarik dua premis ucapan beliau.

i. sejarah kejatuhan Turki Uthmaniyyah kerana bangsa Arab termakan umpan penjajah Barat yang mengatakan bahawa bangsa Arab diperintah oleh bangsa bukan Arab.

ii. keruntuhan Islam berlaku apabila pemimpin atau pemerintah mula mendirikan istana. Berbeza dengan zaman Khalifah Umar Al Khattab, sewaktu didatangi oleh wazir Rom, tempat rehatnya adalah di bawah pohon kurma.

Pandangan saya;

1. Isu perkauman dan kebangsaan dijadikan modal untuk meraih sokongan untuk mengekalkan kuasa. Bukankah kerajaan sekarang ditubuhkan oleh parti yang berasaskan kaum atau bangsa? Nicolo Machiavelli dalam bukunya 'The Prince' mengajar falsafah 'matlamat menghalalkan cara'. Ciri-cirinya; berunding untuk menang, tipu, helah, dan akhirnya memenjarakan atau membunuh.

Bagi Islam, falsafah dan pemikiran seperti itu tiada kena-mengena. Tiada soal perkauman dalam perjuangan Islam. Islam itu adil dan terbukti mampu memberi keadilan kepada semua kaum. Atas keadilan itulah, ia tersebar dan pernah memerintah 2/3 dunia selama lebih seribu tahun. Berbeza dengan Machiavellian, Islam berunding untuk mencari kebenaran, tiada tipu, tiada helah, tiada tangkap tanpa bicara dan tiada membunuh tanpa sebab.

2. Keruntuhan daulah Islam bukan kerana kerajaan miskin, sebaliknya hampir semua kerajaan tumbang ketika kaya raya. Kerajaan Islam Melaka, tumbang dalam keadaan pelabuhan Melaka adalah pelabuhan entreport. Digambarkan kekayaan Melaka oleh Puteri Gunung Ledang yang meminta hantaran sebagai syarat persetujuan perkahwinan dengan meminta Sultan Mahmud membina jambatan emas dan perak dari bandar Melaka hingga ke Gunung Ledang. Kini, Melaka berhutang dengan kerjaan pusat lebih daripada RM1.o5 billion.

Malaysia negara yang kaya dengan anugerah Allah Taala. Dari puncak gunung, hutan rimba, tanah daratan hinggalah ke dalam laut, nikmat itu tidak terhingga banyaknya. Petroleum yang menjadi sumber utama negara, cukai yang dipungut puluhan billion ringgit setahun dan segala macam khazanah lain ada, tapi harga barang terus kekal tinggi selepas peristiwa hitam kenaikan petroleum.

Minggu depan umat Islam akan menyambut aidil fitri. Teman-teman yang bukan Islam pun hendak turut meraikannya. Anak-anak amat gembira untuk menyambutnya, tapi 'bapa' beri 10 sen saja sebagai duit raya. Alahai! Patut ke?

Sumber dari :Cikgu Azrin

Pak Lah Terselamat Untuk Seketika - Malaysiakini

2 hari saya tidak dapat mengemaskini blog ini atas sebab2 peribadi. Dalam tempoh itu juga kita semua sudah mendapat maklumbalas mengenai pemilihan agung UMNO yang pada asalnya akan diadakan pada 16-21 Disember ini tetapi telah ditangguhkan kepada bulan Mac 2009 dan adalah tidak mustahil jika ia berterusan ditangguhkan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal. Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan. Tetapi ia juga berkaitan untuk menyelamatkan politik Pak Lah untuk seketika...

Walaupun menerima desakan, tetapi ada juga ura-ura yang didengar dan boleh dipercayai bahawa Pak Lah tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan bagi saya walaupun dia pernah diminta oleh para MT agar tidak mempertahankan jawatan tersebut ekoran takut dimalukan oleh ahli UMNO sendiri tetapi yang pasti beliau tetap berkeras dan bertegas akan mempertahankan jawatannya.

9 Oktober yang diperkatakan oleh Pak Lah hanyalah gimik untuk beliau bermain teka-teki dengan para wartawan. Tak percaya, kalian lihatlah. Pak Lah sebenarnya tidak akan berputus asa, dia masih lagi mahu mempertahankan jawatan Presiden mahupun Perdana Menteri walaupun menerima asakan dari segenap penjuru. Dia masih tak sedar diri yang dia sememangnya tidak relevan dalam politik tanahair terutama di dalam UMNO dan BN. Lihat sahajalah nanti, jika dia berkeras mahu bertanding, tak mustahil beliau akan dimalukan oleh ahlinya sendiri...