Jumaat, 26 September 2008

Ketua Pemuda UMNO : Khairy Bakal Tersingkir - Malaysiakini

Kesian si Khairy coz dalam dia beriya-ia hendak bertanding merebut jawatan ketua pemuda muncullah pulak masalah lain. Ini semua gara-gara kes yang melibatkan bapa mertuanya yang lembik..Tapi kena ingat, kelembikan Pak Lah selama ini semuanya berpunca dari dia juga. Jika Khairy gagal meraih sokongan pemuda UMNO Bahagian bermakna cita-cita Khairy untuk bergelar Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun tidak akan tercapai..

Bagi saya inilah kesan yang harus Khairy 'telan' diatas sikapnya selama ini. Jika sebelum ni kedudukan khairy dikatakan agak selesa disebalik kuasa bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri tetapi kini tidak lagi, sokongan dari penyokong beliau sedikit demi sedikit berkurangan malah ada sesetengah dari mereka berusaha memastikan hasrat Khairy untuk melobi dirinya tidak akan berjaya. Menurut akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 26 Sept, Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda bagi menawarkan diri beliau bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jangan disebut isu demokrasi jika demokrasi di Malaysia tidak terbela dan lupakah kamu yang menyamakan kami para blogger dengan binatang. Kamu antara pemimpin pemuda yang paling tidak beradab dan tiada etika ketika berceramah. Sebagai contoh lihatlah semasa kamu berkempen di dalam PRU 12 baru-baru ini. Kamu juga adalah penaung dalam usaha menjatuhkan kerajaan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Slogan 'pade doh' kamu untuk membuatkan orang ramai lagi meluat dengan sikap kamu yang jelek itu..

Dari saya untuk kamu si Khairy penyangak Malaysia, 'Pade Doh' kamu di dalam karier politk di Malaysia...Cukuplah sepenggal kamu dengan jawatan Naib Ketua Pemuda, kehadiran kamu hanya menyusahkan masyarakat di Malaysia. Saranan saya eloklah kamu berundur bersama-sama dengan bapa mertuamu, Pak Lah si lembik...Jika tidak, kelak kemudian kamu bakal dimalukan..

Koleksi Kenyataan dan Ucapan Pemimpin UMNO Yang Menghina Islam - Malaysiakini

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa

kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."


(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Allahyarham Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:2

Rasullullah bersabda:

"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"

"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi

"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM

Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam

Isu ISA : Kenyataan Adun Sungai Rambai Tidak Beradab - Malaysiakini

Semabok : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh kesal dengan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B (GB4B), Hassan Abdul Rahman yang menyatakan hukum akhirat tiada kaitan dengan ISA.

"Mana dia belajar perkara ini, itulah orang suruh mengaji tak mahu mengaji tetapi nak bercakap juga soal hukum Islam, jadi orang tahu kita tidak faham tentang Islam".

"Islam adalah ajaran yang universal, syumul dan sesuai sepanjang masa, zaman dan keadaan, ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara seperti sunat membuang duri di tepi jalan sehinggalah kepada mentadbir negara dan dunia semuanya Islam ajar, jangan kita sempitkan Islam" ujar Khirul.

Menurutnya di dalam undang-undang Islam orang yang dituduh bersalah tidak akan dihukumkan sebagai bersalah selagi ia belum dibuktikan bersalah di dalam mahkamah terbuka dan si tertuduh dibenar membela diri. ISA berlawanan dengan Islam kerana si tertuduh terus dihukum tanpa dibicarakan dan tidak diberi peluang membela diri.

Maka jelas ianya bertentangan dengan Islam, perkara ini memang diketahui oleh sesiapa sahaja yang faham Islam.

"Saya kesal dengan kenyataan Hassan yang juga merupakan ADUN Sungai Rambai, sepatutnya beliau berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai tentang hukum dan perundangan Islam".

"Sebagai wakil rakyat kenyataan beliau mungkin dituruti oleh rakyat, jadi kalau dia tidak faham benar akan undang-undang Islam tidak perlulah beliau menyentuhnya kerana nanti ia akan menyesatkan orang lain" kata Khirul dengan kesal.

Khirul merujuk kepada laporan Sinar Hairan hari ini yang menyiarkan kenyataan Hasan yang menyatakan bahawa hukum akhirat jangan kita sentuh kerana ia tiada kaitan dengan ISA dan ia juga tiada kaitan langsung dengan rimba.

Hassan berkata demikian ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka yang membidas Hassan kerana menyokong penerusan undang-undang ISA terus digunapakai di Malaysia. Kenyataan Hassan ini disiarkan Sinar Harian Selasa lalu.

Khirul juga membidas Hassan kerana tidak faham perumpamaan yang digunakan Zaili tentang kaitan Akta ISA dengan hukum rimba.

"Zaili menyamakan atau membuat perbandingan bahawa Undang-undang ISA adalah sama dengan undang-undang rimba di mana hukuman dijatuhkan tanpa bicara, sesiapa yang bersalah terus dihukum tanpa usul periksa dan dibuktikan di mahkamah".

"Sepatutnya seorang wakil rakyat faham akan perbandingan dan perumpamaan seperti ini, tidak perlu orang lain menerangkan kepadanya" tegas Khirul.

Selain itu Khirul turut kesal dengan sikap pemimpin melayu Umno yang terus menyokong undang-undang zalim ISA ini diteruskan sedangkan rata-rata pemimpin MCA dan Gerakan sepakat mahukan ISA dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dikaji semula.

Hari ini Sinar Hairan melaporkan bahawa Naib Presiden MCA, Datuk Dr Fong Chan Onn mencadangkan kerajaan memansuhkan ISA atau sekurang-kurangnya mengkaji semula pelaksanaan ini. Perkara ini turut diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan lain.

Menurut Khirul juga rakyat Malaysia juga majoritinya tidak menyokong ISA. Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

sumber :
Mutaligat

Pak Lah Di Ambang Kejatuhan - Malaysiakini


Dah nak hampir waktu berbuka saya dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi 'pemilihan UMNO yang pada asalnya akan diadakan pada bulan Disember kemungkinan akan ditunda ke tahun depan'. Begitulah bunyinya, bagi mencari kesahihan berita tersebut saya try check dalam harakahdaily dan Malaysiakini.

Terbukti memang ada menyebut tentang isu ini. Bagi saya jika benarlah pemilihan UMNO ditunda ia tentunya bermotifkan politik individu dimana ia berkaitan dengan masa depan politik Pak Lah. Seperti yang diramalkan oleh penganalisa politik, Pak Lah berkemungkinan tidak akan mendapat pencalonan yang secukupnya dari UMNO Bahagian untuk membolehkan beliau bertanding dan mengekalkan jawatan Presiden, tambahan pula ada beberapa bahagian yang terang-terang tidak menyokong Pak Lah sebaliknya mahu mencalonkan Najib dan Muhyiddin bagi jawatan Presiden dan timbalan. Jadi ini antara faktor yang pertama dapat saya berikan disini.

Seterusnya, ia ada bersangkut paut dengan pelan peralihan kuasa. Dalam harakahdaily ada menyebut bahawa esok (26 Sept 08), mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan diadakan jam 10 pagi dimana mesyuarat tersebut bakal memuktamadkan pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini, dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Selangor, secara tidak langsung Abdullah diingatkan supaya berundur segera jika ahli-ahli MT tidak sepakat menyokong peralihan kuasa pada pertengahan 2010 seperti yang dikehendaki dan ditetapkan oleh beliau.

Jadi nampaknya masa depan politik Pak Lah sudah semakin kabur dan menantu yang dia harapkan selama ini pun tidak dapat membantu...Jadi, andaikata keputusan mesyuarat UMNO esok memutuskan yang pemilihan UMNO ditunda tahun hadapan bermakna mereka mahu memberi peluang pada Pak Lah meraih sokongan semula kepada ahli2 UMNO peringkat bahagian...Bagi saya, Pak Lah umpama 'kurap' dan perlu di'ubati' dengan segera..Jika puak-puak UMNO tak mencari ubat untuk Pak Lah, alamatnya UMNO yang popular dengan slogan 'Kini dan Selamanya' hanya tinggal kenangan dan bersedia sahajalah untuk ditalkinkan.....

Hanya Jawatan Presiden UMNO Seumur Hidup Dapat Selamatkan Pak Lah - Malaysiakini

Selepas menaip satu posting tadi, saya melawat blog blogger Melaka untuk melihat isu-isu terkini. Antara yang kerap saya kunjungi blog Angkasanuri. Tertarik pula dengan kenyataan beliau kali ini. Jika sebelum ini kita banyak mengulas isu2 peralihan kuasa yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat tergempar MT UMNO esoknya tetapi tidak pula dari sahabat angkasanuri. Untuk itu saya sertakan artikel beliau disini untuk tatapan umum atau mahu membaca artikel yang lain anda bolehlah klik disini...


Satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan esok. Perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Najib selaku timbalan Presiden UMNO.

Agenda utama yang dijangka akan dibincangkan ialah untuk menangguhkan pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO pada persidangan Agung UMNO pada Disember nanti.

Sekiranya penangguhan pemilihan ini ditangguhkan dengan mendapat 'restu' dari MT UMNO maka jelas menunjukkan betapa gawatnya apa yang berlaku dalam UMNO hari ini. Perebutan secara terbuka dengan politik wang berluasa yang turut disulami dengan pelbagai taktik kotor sudaya sebati dalam UMNO kelihatan tidak mampu dibendung lagi.

Namun, penangguhan ini dikatakan terpaksa dilakukan kerana Pak Lah yang menjadi Presiden UMNO sekarang ditolak oleh kebanyakan bahagian -bahagian UMNO yang akan bermesyurat tidak lama lagi. Ini jelas seperti yang berlaku di beberapa bahagian UMNO di Lembah Kelang yang menyokong regu Najib-Muhyiddin sebagai Presiden dan timbalan presiden UMNO.Pak Lah dijangka tidak mendapat pencalonan yang cukup dari bahagian-bahagian untuk mengekalkan jawatannya.

Alasan keadaaan negara yang tidak stabil dari segi politik dan ekonomi terutama 'UMNO' yang semakin nazak diasak oleh Pakatan Rakyat dan demi menjaga perpaduan UMNO mungkin dijadikan alasan penangguhan pemilihan akan datang.

Saya kira, sekiranya pemilihan ini ditangguhkan akan mewujudkan lebih banyak masalah kepada UMNO yang memang bermasalah sekarang. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat pemimpin dalam UMNO yang mengkritik dan menempelak Presiden UMNO secara terbuka seperti yang berlaku sekarang.

Justeru itu, Pak Lah dan kumpulannya merasakan perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Langkah yang dikira selamat ialah menangguhkan pemilihan dalam UMNO. Sudah pasti mereka yang sebelum ini telah 'bermimpi' dan 'berangan-angan' untuk menduduki kerusi empuk pimpinan tertinggi UMNO akan 'melopong' kerana cita-cita mereka tidak kesampaian atau hajat mereka tertangguh pada satu masa yang tidak pasti.

Jelas di sini, UMNO semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Sekiranya ramalan ini benar-benar berlaku esok, jelas menunjukkan bahawa memang benarlah seperti tanggapan sesetengah pihak sudah tidak berlaku keterbukaan dan demokrasi dalam UMNO.

Jika begini keadaannya saya mencadangkan agar jawatan Presiden UMNO ditetapkan sebagai presiden seumur hidup, tetap tidak berpencen. Langkah ini sahaja yang dilihat mampu memastikan tidak ada sesiapapun yang berani mencabar jawatan presiden UMNO.

Khamis, 25 September 2008

53 produk susu China disita - Malaysiakini

PUTRAJAYA 24 Sept. - Kementerian Kesihatan menyita 53 barangan makanan berasaskan susu yang diimport dari China kerana disyaki tercemar dengan melamin melalui pemeriksaan bersepadu di seluruh negara sejak semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, produk yang mem- babitkan coklat, biskut gula-gula dan yogurt dari China itu dikenakan pemeriksaan tahap lima.

Pemeriksaan tahap itu menyebabkan sesuatu produk disita bagi tujuan ujian sebelum dilepaskan semula di pasaran bagi memastikan ia selamat untuk pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak 13 syarikat yang mengeluarkan 324 produk berasaskan susu bukan dari China, disahkan tidak tercemar dengan melamin.

Katanya, kementerian telah mengeluarkan senarai yang dikemas kini membabitkan produk-produk tersebut hari ini.

''Aktiviti pemantauan produk- pro- duk makanan tersebut akan dijalankan berterusan di pintu masuk negara dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diarahkan membuat pemeriksaan tahap enam iaitu tidak membenarkan masuk sama sekali produk susu formula dari China.

''Bagaimanapun jika pengguna telah mengambil sebarang produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamin, mereka dinasihatkan supaya tidak bimbang. Ini kerana kesannya sangat sedikit memandangkan paras kandungan melamin pada produk berkenaan tidak tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, Suruhanjaya Eropah (EC) telah menetapkan tahap migrasi melamin yang selamat daripada bekas atau pembungkus makanan ialah 30 miligram (mg) bagi setiap sekilogram.

''Dalam konteks ini, melamin telah dikesan di dalam minuman kopi, jus oren dan susu fermentasi dalam julat 0.54 sehingga 2.2mg bagi setiap kilogram makanan.

''Jika pengguna masih ragu-ragu mengenai tanda-tanda kegagalan ginjal, mereka hendaklah segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan sebarang nasihat dan rawatan berkaitan," katanya.

Beliau menjelaskan, tindakan menyita produk-produk makanan dari China itu akan dilaksanakan sehingga notis baru dikeluarkan oleh kementerian.

''Namun setakat ini tiada produk susu formula dibenarkan masuk ke negara ini dan tiada sebarang lesen mengimport susu dari China di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan," katanya.

Beliau berkata, isu pencemaran melamin dalam susu dari China mendapat perhatian Kabinet dan kementerian-kementerian terbabit diarah memberi kerjasama bagi menangani masalah tersebut.

''Kementerian Kesihatan juga telah mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran untuk memastikan semua kantin sekolah tidak menjual produk makanan yang disyaki tercemar oleh melamin dari China," katanya.

sumber : Utusan Meloyar

Alahai Shabery Cheek.....- Malaysiakini

Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek berasa hairan kerana sikap rakyat negara ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang menuduh DSAI berikutan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh PR pada 16 dan 23 Sept tidak terlaksana.

Alahai si menteri mulut berbuih, sapa yang pakar berbohong sebenarnya.. Kamu cermin diri kamu dahulu..Tak sedar ke kamu UMNO dan BN yang menyebabkan rakyat jadi begini..Janganlah berpura-pura pula...sebelum ini ada Pak menteri kamu yang mengatakan negara akan bangkrap jika harga minyak akan turun, nah sekarang kamu buktikan...berapa banyak juta negara bangkrap selepas harga minyak turun ?? Kalau bukan DSAI buat janji sebegitu jangan harap kerajaan BN yang haprak nak turunkan harga minyak....

Seterusnya, Pak Lah kata nak banteras rasuah tapi kenapa kedudukan Malaysia semakin cemerlang dipersada antarabangsa..tak percaya, baca artikel yang saya keluarkan semalam...tu tak masuk lagi kes Makcik Pidah Aziz ngan Sami 'tarak' Vellu...

Nak lagi ker ?? oklah, satu lagi jer...Pak Lah kata tiada pembubaran Parlimen untuk PRU 12, tup tup dia buat pembubaran.....Alahai, tu nak dipanggil sebagai apa Shabery ?? bukan pembohongan juga ker ?? Jadi kesimpulannya, UMNO dan BN yang mengajar rakyat jadi begini...Rakyat dan sememangnya tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir Malaysia...cuma tunggu masa sahaja yang menentukan dimana halatuju BN selepas......

Kerajaan Bermurah Hati Turunkan Harga Minyak RM 0.10 - Malaysiaikini

Dari pandangan rakan blogger Melaka, blogger Angkasanuri. Sindiran untuk Pak Lah & The Gang, itupun kalau Pak Lah tak tido...

Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen petang ni. Apa pasal banyak sangat ? Sepatutnya kerajaan hanya turunkan harga minyak 1 sen atau setengah sen saja. Itu baru dikatakan langkah berjimat cermat.

Penurunan harga minyak sebegini banyak sudah pasti menyebabkan perasaan 'kasih sayang' majoriti rakyat kepada kerajaan semakin meluap-luap dan membara.

Sebagai tanda 'kasih sayang' kepada kemurahan hati kerajaan ini mari sama -sama kita memastikan agar kerajaan baru terbentuk dan kerajaan yang ada 'disejuk bekukan' sebagai tanda 'kasih sayang' yang kekal abadi.

Tiada Makna Dengan Penurunan Harga minyak Sebanyak RM 0.10... - Malaysiakini


Pada posting yang lepas saya ada membuat ramalan yang harga minyak akan turun sebanyak RM 0.30 tetapi ramalan saya tidaklah setepat seperti ramalan Nujum Pak Belalang. Petang tadi saya menerima sms dengan menyatakan kerajaan lembik Pak Lah telah menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.10 bermula jam 12.00 tengah malam ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan sangat-sangat kepada Pak Lah, kalau boleh pasni naik la tinggi lagi, baru kami semua dapat menikmati penurunan harga minyak. Tak kisahlah walaupun sedikit tapi yang penting harga minyak ada turun. Kepada pencacai BN dan UMNO sebaliknya tentu gembira dengan berita ini dan ia boleh dijadikan modal untuk membelasah rakan2 dari Pakatan Rakyat.

Bagi saya, penurunan kali ini tidak memberikan impak yang besar kepada pengguna dan ia juga bukan satu jaminan kepada peniaga untuk terus menurunkan harga barang dengan serta merta. Sepatutnya sebelum kenaikan harga minyak, kerajaan Pak Lah seharusnya memikirkan alternatif yang perlu diambil bukan terus menerus membuat keputusan mengumumkan kenaikan harga minyak dan kesannya beliau sendiri dapat melihatnya. Persoalan dari saya, kenapa sebelum ini Pak Lah tidak berusaha menurunkan harga minyak, kenapa baru sekarang ?? Jika lagi dulu Pak Lah melaksanakan kaedah sebegini saya yakin yang harga minyak petrol untuk seliter tentunya tidak akan mencecah lebih daripada RM 2.00..Tapi sekarang walaupun sudah 2 kali penurunan dibuat, harga minyak seliter masih dianggap mahal serta ia masih lagi memberikan bebanan kepada rakyat yang berstatus kehidupan sederhana...yang miskin ??? tak dapat saya nak ramalkan kesusahan mereka...

Harapan saya kepada Pak Lah ataupun Najib serta semua jemaah menteri, jangan jadi bodoh dengan membandingkan harga minyak dengan negara lain...kamu kena ingat yang rakyat Malaysia ini tinggal di Malaysia bukan tinggal di Brunei, Indonesia, Thailand atau sebaliknya. Jadi jangan guna teknik lapok untuk memperbodohkan rakyat...cukuplah kamu seorang sahaja yang BO***....!!.. Sepatutnya mereka ni sekali sekala kena bagi sekali bagaimana hidup susah, baru agaknya mereka dapat menhayati kesusahan yang dialami oleh rakyat....jadi, renung2kanlah sendiri..

Rabu, 24 September 2008

Rasuah : Tahniah Untuk Pak Lah - Malaysiakini


Pak Lah semasa dilantik menjadi PM begitu bersemangat hendak membanteras rasuah yang dikatakan musuh no. 1 di Malaysia. Akibat semangat beliau, menyebabkan beliau mendapat gelaran 'Mr Clean'. Tapi itu semua cerita 4 tahun lepas dan kini kita dapat melihat hasilnya macam mana. Adakah Pak Lah sudah mengotakan janjinya ataupun beliau selama ini hanya angan-angan tahi ayam..??

Artikel dari Malaysiakini dapat menjawab segala persoalan yang saya kemukakan tadi dan pengunjung sekalian tentu dapat menilainya...kepada para penyokong tegar UMNO saya harap kamu semua redha diatas apa yang pimpinan kamu lakukan selama ini..Agaknya inilah yang dikatakan 'kepimpinan melalui tauladan'.....Belum masuk lagi kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang hanya disenyapkan oleh Pak Lah.....

klik disini untuk membaca selanjutnya artikel dari Malaysiakini (keutamaan hanya diberi kepada pembaca dari penyokong Barisan Nasional)

Sudah Sampai Masanya Pak Lah Mengundurkan Diri - Malaysiakini


Kemaskini

Populariti Pak Lah dikalangan UMNO Bahagian semakin merosot dan jika menurut kenyataan di dalam Harakahdaily Pak Lah hanya mendapat 40 percalonan daripada tetapi ada dikalangan penyokong2 beliau yang yakin bahawa Pak Lah boleh mendapat 70-80 pencalonan jika beliau berusaha. Sebagai makluman Pak Lah memerlukan 30% atau 58 pencalonan dari UMNO bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden UMNO.

Tetapi berita yang diperolehi dari Malaysiakini sedikit sebanyak pasti mengecewakan Pak Lah dimana Bahagian Pengerang yang di Ketuai oleh Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman nampaknya menolak Pak Lah daripada bertanding jawatan presiden. Satu tamparan hebat buat Pak Lah. Jika pada pemilihan yang lepas Pak Lah menang besar sampai terlena dia dibuatnya tetapi untuk tahun ini ia bakal berdepan dengan situasi yang sukar. Nampaknya benarlah sokongan kepada Pak Lah semakin merosot. Andaikata Pak Lah mendapat pencalonan lebih 30% pun tetapi itu bukan satu jaminan buat beliau untuk mempertahankan jawatan tersebut dan tidak musthail beliau akan mendapat tentangan dari Ku Li atau ada bahagian lain akan mencalonkan Najib untuk pemilihan presiden kali ini. Jika masing2 melepasi syarat pencalonan Pak Lah bakal berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dan ini akan mengakibatkan peluang Pak Lah untuk mempertahankan jawatannya semakin tipis..Apatah lagi rekod Pak Lah yang semakin tercemar dan isu PRU 12 serta isu perkauman antara salah satu isu yang bakal dibangkitkan didalam persidangan UMNO kelak...

Ini hanya ramalan saya, tetapi ramai dikalangan rakan2 dan juga pemerhati politik menafsirkan bahawa Pak Lah bakal berdepan dengan zaman kejatuhan yang mengaibkan jika ia berkeras mahu bertanding untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO..Apa jua perkara yang bakal berlaku kita tunggu sahaja mesyuarat UMNO peringkat bahagian, mereka inilah yang menentukan samada karier politik Pak Lah dapat diteruskan atau sebaliknya..mungkin jika Pak Lah mengalami kejatuhan pada bulan 10 ini ia merupakan sambutan hari raya yang paling menyedihkan buat Pak Lah.....Yang penting, jangan dok main rasuah udahla....

Selasa, 23 September 2008

Jangan Terlalu Optimis Harga Minyak Akan Turun - Malaysiakini

Saya menjangkakan esok seluruh stesen minyak seluruh negara akan lengang berikutan harapan jutaan rakyat Malaysia yang menunggu keputusan mesyuarat Kabinet esok tentang pengumuman baru harga minyak yang diramalkan akan diturunkan oleh kerajaan.

Cuma saya meminta orang ramai tidak terlalu optimis harga minyak akan diturunkan hari berikutnya ekoran pasaran harga minyak yang tidak menentu sekarang akibat tindakan spekulasi dan kelemahan ekonomi serta dollar Amerika.

Lebih malang lagi, jika esok terdapat adegan menolak kereta gara-gara kehabisan minyak kerana menunggu harga minyak murah yang tidak pasti lagi akan berlaku.

sumber dari : blog
Angkasanuri

Harga Minyak Nak Turun, Tunggu Dua Tiga Hari lagi - Malaysiakini

Syukur alhamdulillah coz difahamkan harga minyak akan turun. Dari ura-ura yang saya dengar ia akan turun sebanyak RM 0.30 maknanya dari RM 2.55 bagi harga petrol maka ia akan menjadi kepada RM 2.25..Kata Najib Altantuya pula, keputusan sama ada harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa akan ditentukan dalam tempoh dua tiga hari lagi.

Bagi saya apa2 hal kita tunggu jela....tapi yang hairannya kenapa la ni baru terhegeh nak turun..kenapa tidak lagi dulu dizaman awal pemerintahan Pak Lah...Jika lagi dulu mereka amalkan sikap macam ni saya rasa harga petrol tentu tidak akan mencecah harga sebanyak RM 2 seliter dan rakyat tentu tidak pening dengan kenaikan harga barang..

Saya nak ambil satu komen dari blog Angkasanuri dimana komen ini datangnya dari sdra. Harun Al Rashid..mari kita sama-sama membaca dan memikirkannya..

"Memang tak dinafikan, rakyat memang mengharapkan penurunan harga minyak sebelum menjelangnya Aidil Fitri tapi ternyata, penantian itu suatu penyiksaan. Sama ada sebelah pihak pengusaha stesen minyak mahukan rakyat. Rakyat menunggu minyak minyak turun secepat mungkin untuk kegunaan harian. Pengusaha stesen minyak pula menunggu kerana tidak mahu menanggung kerugian. Yang pastinya, saya yakin kerajaan sedang dalam proses penurunan harga minyak. Cuma kita harus bersabar... Tambah pula bulan puasa ni..."

Jadi rakyat masih mengharapkan agar Kerajaan dapat menurunkan harga minyak dengan kadar yang segera..Ini juga berhubung dengan permasalahan kos peningkatan harga barang yang naik mendadak dan pekerja dari sektor swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji...harap-harap di hari baik bulan baik kerajaan janganlah hanya menabur janji-janji kosong....Bak kata Bung mohktar, nanti boleh mengancam perpaduan rakyat....akibat terlalu banyak berjanji

Jemputan Berbuka Puasa dan Ceramah Perdana

Seluruh rakyat Negeri Melaka dan orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama di jemput untuk bersama-sama menghadiri jamuan berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka pada 24 September 2008 esok bermula jam 6.30 petang di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Selain jamuan berbuka puasa, Ceramah Perdana juga akan dianjurkan di tempat yang sama bermula jam 9.45 malam selepas solat tarawikh.

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu.

Seluruh rakyat di jemput hadir. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian 06-2841780 Pejabat Perhubungan PAS Melaka.

Pak Lah Mampu Membawa Perubahan - Malaysiakini


1.Politik dalam Negara masih terus membara dan ianya banyak berkisar kepada pemilihan UMNO.

2.Ramai orang memberi pandangan agar masalah UMNO adalah masalah mereka dan kita jangan masuk campur.

3.Saya boleh terima pandangan itu kalau yang rosak itu hanya UMNO. Tapi UMNO adalah penguasa, wang yang mereka belanjakan ada kalanya wang rakyat, cara mereka berpolitik juga memberi kesan pada kestabilan Negara.

4.Hari ini ramai orang menjangkakan Pak Lah akan kecundang kerana desakan akar umbi kononnya. Suara-suara MT dan Tan Sri Muhyiddin seolah-olah membenarkan lagi bahawa Pak Lah sudah tidak punya sokongan.

5.Menyedari permainan itu, semalam Pak Lah memulakan langkah pertama, melantik Shahidan Kasim selaku penasihat NCER. Kelantan dan Pulau Pinang mulakan gendang sokongan pada Pak Lah.

6.Baru dua negeri sokong, Najib terus membisu, Muhyiddin dah mula kendur balik. Kenyataan Muhyiddin semalam bahawa beliau kembali menyerahkan peralihan kuasa kepada Pak Lah. Muhyiddin berpolitik sorong tarik. Sorong bila Dr Mahathir memberikan sokongan untuk kembali kepada UMNO. Tarik bila beliau melihat Dr Mahathir masih tunggu dan lihat.

7.Umno parti keramat. Orang yang paling kerap mengungkapkan kata-kata ini ini adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Tapi Datuk Ali lupa bahawa diMelaka banyak benda yang bermula dengan keramat, kemudian menjadi tahyul, akhirnya menjadi syirik. Pulau besar sebagai buktinya. Sebab itu Datuk Ali kena hati-hati dengan kalimah itu.

8.Walau apapun pandangan, saya tetap yakin bahawa Pak Lah akan kekal sebagai Presiden UMNO Disember ini. Perdana Menteri, itu belum pasti. Ramai pemimpin UMNO sebut bahawa mereka taat pada Parti bukan pada individu. Itu ungkapan politik. Yang pasti, UMNO telah dididik supaya taat kepada kuasa dan yang berkuasa. Dr Mahathir dipinggirkan bukan kerana beliau meninggalkan UMNO, masa dalam UMNO pun Dr Mahathir sudah ditinggalkan. Puncanya kerana tiada kuasa. Walaupun wawasan beliau menjangkau 2020, tanpa kuasa ianya hanya menjangkau 2004.

9.Pak Lah pun begitu. Ramai yang suruh beliau berundur. Bila Pulau Pinang dan Kelantan mula memberi sokongan maka beliau dilihat masih kuat.

10.Kekuatan dan kudrat Pak Lah hari ini adalah amat diperlukan. Kerana politik Pak Lah mampu menghancurkan UMNO dan BN.


sumber : Adly Zahari

Akhirnya Raja Petra Di Tahan ISA - Malaysiakini

Akta zalim di Malaysia semakin mengganas dan kali ini Raja Petra Kamarudin menjadi mangsa berikutnya. Beliau yang dikenali dengan gelaran RPK ditahan akibat artikel beliau yang dikatakan menghina Agama Islam.

RPK akan ditahan selama 2 tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Dalam Negeri iaitu Syed Hamid 'Botak' telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.

silembiks : Apa jua kesalahan RPK ia patut dibicarakan bukan dengan menggunakan kaedah yang zalim sebegini....Adalah tidak adil kerana ISA masih mengamalkan konsep IKUT SUKA AKU....sepatutnya ISA sudah dimansuhkan sejak Malaysia merdeka lagi....

Isnin, 22 September 2008

Harap YB Teresa Mohon Maaf Kepada Golongan Miskin Di Malaysia - Malaysiakini

Saya bukan nak membangkitkan masalah perkauman di dalam blog ini. Bagi saya jika sesuatu perkara tidak betul maka ia perlu diperbetulkan coz kita kena ketahui bahawa sebagai hamba Allah kita tak lari dari melakukan kesilapan.

Dalam kes ini saya kurang senang dengan kenyataan yang keluar dari mulut YB Teresa Kok. Semua sedia maklum yang YB Teresa baru sahaja dibebaskan dari tahanan ISA selepas ditahan selama seminggu. Semasa didalam tahanan beliau Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa,
dijamu "seperti makanan anjing" - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam

Dalam hal sebegini saya harap YB Teresa menarik balik semula kenyataan beliau dimana kenyataan beliau seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan makanan golongan miskin. Saya faham status YB Teresa yang mungkin tidak pernah merasai makanan sebegitu tetapi apabila beliau melabelkan makanan tersebut seperti makanan anjing ia sedikit sebanyak telah mengguris perasaan dan hati bagi mereka yang tidak hidup semewahnya.

Alangkah sedihnya yang bersuara merupakan seorang YB yang dikatakan hendak membela nasib rakyat. Bagaimana beliau mahu membela nasib rakyat sedangkan ujian sebegini (makanan) beliau sudah gagal. Bagi saya dengan makanan dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari masih boleh dianggap mewah. Bagaimana dengan nasib orang miskin yang hanya mengalas perut dengan memakan nasi berlaukkan kicap sahaja bahkan ada yang makan nasi sehari sekali dan berlaukkan garam ?? Sepatutnya dalam situasi sebegini YB Teresa dapat lebih menghayati masalah sebenar rakyat di Malaysia terutama bagi mereka yang miskin. Moga YB Teresa sedar akan ketelanjuran kata beliau dan saya sekali lagi memohon YB Teresa menarik balik kenyataan beliau yang berbaur penghinaan kepada golongan miskin dan meminta maaf kepada mereka...

silembiks :
ramai blogger2 marah dengan kenyataan YB Teresa ( antaranya Pak Bakaq , Perisik Rakyat , Sebol )tetapi saya pelik dengan Bro. Sofi kenapa terlalu sangat membela YB Teresa sedangkan beliau dah terang2 menghina orang miskin...Ada juga saya komen dalam ruangan komen diblog beliau "tapi tiada reapon dari beliau...."

Tamparan Buat Ali Rustam - Malaysiakini

Najib mahu Zahid jadi timbalannya? begitulah tajuk yang dipaparkan didalam Harakahdaily pada hari ini. Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Saya xmahu nak menyebut perihal Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi sebaliknya saya mahu menyebut perihal Ketua Menteri saya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Nampaknya harapan Pak Ali untuk bergayut ke dahan yang lebih tinggi bakal menghadapi kegagalan berikutan beliau terpaut pada dahan yang rapuh...maka dengan itu beliau pun jatuh dari kedudukannya. Nampaknya sehebat mana ilmu bodek yang dimiliki oleh Pak Ali akhirnya beliau gagal juga coz Najib semestinya mahu mencari orang yang 'ngam' dengan kepala otak dia. Nak harapkan Pak Ali, langsung tak tahu hapa...Pak Ali ni juga antara manusia yang xde pendirian dan bagi saya ia tak ubah seperti lalang yang hanya mengikut arah tiupan angin..

Untuk Pak Ali, jika ramalan ini benar maka Pak Ali bakal berdepan dengan situasi meruncing didalam politik UMNO..erti kata, sokongan beliau dari peringkat akar umbi kemungkinan merosot dan tidak mustahil beliau tidak akan mendapat pencalonan yang cukup untuk jawatan Naib presiden..tapi yang pasti, Pak Ali memang tiada didalam senarai masa depan Najib...

Hilang Sudah Janji Tajol Rosli - Malaysiakini

Sebelum ini beria-ia si Tajol (Bekas MB Perak) berkempen dengan memperkatakan bahawa kerajaan Negeri Perak yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan jatuh ke tangan Barisan Nasional malah janji beliau ialah 31 Ogos berlakunyanya peralihan kuasa kerajaan Negeri tersebut.

Tapi ntah hapa cerita si mamat sekor ni, berkokok bukan main hebat. Sampai dah nak masuk hari raya, tiada sebarang cerita yang mengatakan Adun dari Pakatan Rakyat yang akan masuk BN, yang saya dengar MP BN hendak seberang ke Pakatan Rakyat adala.... Nampak sangat sengaja mencari publisiti murahan..

Nampak sangat yang Tajol Rosli ni memang ada masalah mental dan dia masih tak dapat menerima kejatuhan Kerajaan BN di Perak. Teringat yang beliau menangis pasal BN jatuh ditangan PR semasa PRU 13..hilang terus tittle dia sebagai Menteri Besar...Bagi saya, apa2 hal si Tajol tu kenalah terima hakikat bahawa jangaka hayat BN dah tak lama lagi di Malaysia dan dia sepatutnya bersyukur kerana dapat merasai nikmat menjadi Ketua Pembangkang yang pertama dari Barisan Nasional di Negeri Perak...

Guru 'Penyuluh Kegelapan' - Malaysiakini

Nasihat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail kepada 360,000 orang guru seluruh negara dan minda pengarang Berita Harian supaya guru tidak membincangkan isu politik ketika di sekolah menarik perhatian saya. Kata mereka;

1.dibimbangi boleh menjejaskan tumpuan tugas hakiki iaitu kepada pelajar dan pembelajaran,

2.tugas mereka sudah cukup berat mendidik generasi muda,

3.fikiran mereka terganggu atau terpesong jika asyik berpolitik atau mengikuti perkembangan isu politik semasa.

4.tidak harus mencampuradukkan tugas mereka dengan pengaruh politik kepartian.

5.terbawa-bawa kepada soal kaum, agama dan kenegerian yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, serta memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Pada hemat saya, pandangan itu ada pro kontranya. Namun, kenyataan tersebut secara tidak langsung merendahkan martabat guru yang memang kritis terhadap sesuatu perkara. Saya ada pandangan lain!

Saya faham bahawa pandangan itu ditujukan kepada guru yang pro Pakatan Rakyat (PR). Kalau yang menyokong Umno/BN, tiada masalah. Sebab? Bukankah hampir semua pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan serta Guru Kanan Mata Pelajaran dipastikan orang kuat Umno/BN, paling tidak penyokong mereka. Kalau ada daripada pembangkang, mereka itu dianggap sebagai pembangkang yang 'cair'. Perkara ini telah diketahui oleh para guru dan umum. Bukankah, timbalan menteri pun bekas pegawai pendidikan? Tanyalah diri sendiri, macam mana boleh jadi timbalan menteri kalau bukan orang kuat Umno? Atau, tanyalah Pengarah Pelajaran Kelantan!

Seseorang guru tidak dinamakan guru kalau tidak mengajar atau tiada murid. Rata-rata guru yang mengajar di sekolah, sebelum dan sesudah menjawat jawatan tersebut, mengikuti pelbagai disiplin ilmu sewaktu mengikuti diploma perguruan atau pun kursus di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah. Di sinilah keistimewaan dunia pendidikan sebab guru berlatar belakangkan pelbagai bidang ilmu. Ilmu keguruan mereka semakin hari semakin mantap kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku antara mereka dengan para pelajarnya. Kebimbangan terhadap tumpuan guru tidak berbangkit, kecualilah mereka yang bercakap itu sengaja ingin menimbulkan kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Tidak tahulah pula, adakah guru yang menjadi juru kempen menjelang pemilihan agung Umno turut dimaksudkan dengan kebimbangan tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa tugas guru semakin berat. Apatah lagi sistem pendidikan negara masa kini berorientasikan peperiksaan dan mengejar kelulusan berbanding dengan matlamat mendidik pelajar dalam pelbagai lapangan untuk menempuh kehidupan pada hari muka. Kalau sudah mengakui tugas guru semakin berat, maka tiada sebab kepada kerajaan tidak memenuhi tuntutan kesatuan berhubung kebajikan mereka dalam isu kenaikan gaji, pangkat, beban tugas, peluang mendapat tajaan penuh untuk melanjutkan pelajaran dan banyak lagi. Peliklah. Kalau guru bercakap soal politik, mereka berkata tugas guru sudah cukup berat, tetapi apabila menuntut kebajikan, macam-macam pula alasan!

Fikiran siapa yang terpesong? Analogi mudah kepada Datuk yang menjaga orang belajar dan terpelajar. Guru, kalau anak muridnya membuat kesalahan pasti ditegur. Kalau jawapan dalam latihan, ujian atau peperiksaan itu salah, maka dipangkah atau tidak diberi markah, tetapi kemudian diberi jawapan yang betul lagi tepat. Sebaliknya, kalau pemimpin membuat kesalahan, siapa yang patut menegur mereka? Tentulah rakyat yang memberi mandat. Kenapa takut dengan teguran rakyat?

Siapa yang asyik berpolitik? Guru mengikuti perkembangan politik kerana itu fitrah manusia. Apa-apa yang diucap dan dilakukan pemimpin dinilai mengikut neraca ilmu, iman dan kemanusiaan. Keterlibatan mereka dalam politik belum tentu boleh sampai kepada jawatan timbalan menteri pendidikan.

Datuk kena tanya diri sendiri. Sewaktu naik sebagai wakil rakyat, Datuk mewakili parti politik atau tidak? Bukankah dinaikkan kerana terlibat kuat dengan Umno. Kalau tidak, macam mana Umno boleh melantik Datuk mewakili mereka dan orang lain yang berangan ingin jadi calon pun boleh ternganga? Isu yang Datuk bangkitkan, akan menimbulkan seribu persoalan kepada Datuk. Tiada salahnya guru sama ada berpolitik, mengikuti politik, menganalisis politik, mengundi parti pembangkang atau apa sahaja. Berbicara soal politik mestilah kena dengan orang dan tempatnya. Ini negara demokrasi, bukan komunis!

Guru hari ini adalah matang dan waras. Perjuangan mereka atas asas agama, kaum dan negeri perlu didengar dengan penuh keterbukaan oleh pemimpin yang berjiwa negarawan. Bukankah guru mengajar, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung?

Istilah guru sebagai 'penyuluh kegelapan' jangan sedap diucap dalam majlis sambutan hari guru atau pada hari mengenang jasa semata-mata. Martabat mereka perlu dijaga. Peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan rohani, emosi, intelek dan politik jangan diremehkan. Pandangan mereka jangan dikesampingkan. Pemimpin hari ini pernah diajar oleh guru di sekolah pada suatu masa dahulu. Apakah guru perlu mengajar kalian sekali lagi? Mereka jangan diberi kata dua. Itu kurang adab namanya.

sumber : Cikgu Azrin

Raja Petra Ditahan ISA, Jangan Lupa Pula Dengan Astora Jabat - Malaysiakini

Bila Raja Petra Kamarudin ditahan dibawah ISA berhubung dengan isu penulisan beliau yang dikatakan menghina Islam terus terlintas dalam fikiran saya akan 1 perkara iaitu :

1.Kes penghinaan Islam oleh seorang penulis yang bernama Astora Jabat

Sedikit cerita..

Bila isu Raja Petra dikaitkan saya teringat dengan seorang penulis yang sememangnya lagi jelas menghina Islam bahkan beliau sendiri diberikan satu kolum khas didalam Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hujung minggu.

Masih kenalkan kalian semua dengan pemilik nama 'ASTORA JABAT' ?? beliau inilah yang saya maksudkan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil dan yang pasti penulisan beliau yang sememangnya cukup kontroversi serta boleh menyebabkan iman seorang Islam tergelincir melalui bacaannya bahkan siap ada sesi soal jawab dengan para pembaca yang ingin bertanyakan permasalahan tentang Islam.

Hasilnya jawapan yang diberikan semuanya hanya menggunakan logik akal bukan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembohongan beliau sudah terbukti dimana beliau dibelasah 'teruk' oleh Mufti Besar Perlis yang kini iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin didalam sebuah forum suatu ketika dulu. Mungkin ada diantara kalian pernah melihatnya.

Persoalan dari saya, kenapa beliau tidak ditangkap dan ditahan ISA. Kenapa masih lagi dibela ketika itu ?? dimana peranan JAKIM ?? Adakah JAKIM sendiri sudah disogokkan dengan wang bernilai jutaan ringgit ??

Saya bukan nak membela RPK, sepatutnya JAKIM sendiri memainkan peranan berjumpa dan bertanya dengan beliau. Lagi bagus jika mereka sendiri memainkan peranan dengan memberikan maklumbalas kepada RPK, bukannya mendesak beliau terus ditahan dibawah tahanan ISA...kalau RPK ditahan sepatutnya lagi dulu lagi Astora Jabat sudah kena tahan......

Betulkah Pak Lah Akan Berundur Oktober Ini ? - Malaysiakini

Umum mengetahui bahawa wujud pelbagai saranan dan desakan agar Pak Lah berundur secara terhormat dari jawatannya sama ada sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Desakan ini bertambah kuat apabila BN mendapat 'pukulan maut' dalam Pilihanraya Umum lalu yang menyaksikan BN kehilangan lima buah negeri tidak termasuk Wilayah persekutuan.

Bermula dari PRU ke 12 yang lalu banyak pihak menunding jari kepada Pak Lah agar mengambil tanggungjawab daripada aib yang menimpa BN. Nasihat secara baik dan desakan dibuat sama ada melalui anggota Majlis Tertinggi, Bahagian –bahagian UMNO dan komponen BN yang lain meminta agar Pak Lah berundur sama ada secara terbuka atau berkias. Malah desakan agar Pak Lah berundur turut datang dari 'otai' UMNO yang sudah tidak sanggup lagi melihat apa yang berlaku. Wujud desakan agar dilakukan peralihan kuasa dengan segera agar Pak Lah tidak menjadi liabaliti / beban kepada BN dan UMNO.

Senario ini tidak pernah berlaku dalam sejarah penubuhan BN dan UMNO serta kerajaan seorang pemimpin tertinggi diminta melepaskan jawatannya. Misalnya, walaupun berlaku 'gelombang reformasi' pada tahun 1998 ekoran pemecatan Datuk seri Anwar, Dr. Mahathir yang merupakan PM dan Presiden BN serta UMNO ketika itu , Dr Mahathir dianggap sebagai penyelamat serta diminta terus menerajui kerajaan dan UMNO. Ini jelas apabila berlakunya 'adegan air mata' apabila Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya untuk berundur dalam Persidangan Agung UMNO satu ketika dulu. Ramai pihak dalam Umno dan BN yang menghalangnya.

Apabila Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI mengumumkan pelan peralihan kuasa pada 16 September lalu yang kini sedikit tersasar akibat masalah teknikal, desakan kepada Pak Lah supaya berundur semakin kuat. Lebih –lebih lagi dengan peningkatan kadar inflasi kerana kenaikan harga minyak yang 'terlampau' di bawah regim Pak Lah, kejatuhan berterusan indeks Komposit BSKL dan keenggan pelabur menanam modal di negara ini.

Terbaru, dalam mesyuarat MT UMNO pada Rabu lalu wujud lagi saranan dan desakan supaya Pak Lah berundur. Khabarnya di antara orang yang lantang dalam mesyuarat tersebut yang mendesak Pak Lah berundur ialah dari Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Rafidah Aziz, Menteri, Datuk Rais Yatim dan Datuk Shafei Apdal. Dikatakan terdapat beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang turut mendesak agar Pak Lah berundur.langkah ini dilihat wajar untuk meredakan apa yang berlaku dalam UMNO dan Negara.

Berikutan mesyuarat tersebut, wujud desas-desus Pak Lah menyatakan kesediaannya untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan pada bulan Oktober ini. Walau bagaimanapun menurut sumber dalaman UMNO, hasrat Pak Lah dihalang keras oleh menantu kesayangannya, Khairy Jamaludin dan Setiausaha politiknya Datuk Md Alwi Che Ahmad dan pembantu khasnya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Berikutan desakan itu, Pak Lah dikatakan telah menarik semula cadangannya untuk berundur pada Oktober depan.

Maka memang benarlah seperti kata Dr. Mahathir satu ketika dulu bahawa nampaknya 'tingkat 4' lebih berkuasa dari 'tingkat lima'. Apa yang berlaku dalam negara sebenarnya banyak dipengaruhi orang kepercayaan yang berada di sekeliling Pak Lah. Golongan inilah sebenarnya nanti yang akan membawa musibah dan bencana kepada UMNO dan negara.

Walau bagaimanapun, hasrat Pak Lah untuk mengekalkan jawatannya akan memberi laluan yang agak selesa kepada Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda peralihan kuasa berbanding laluan yang sedikit sukar sekiranya benar –benar wujud peralihan kuasa antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib pada Oktober depan.

sumber dari : Blog Angkasanuri