Nampaknya, UMNO dah memang tak lama lagi dah di bumi Malaysia...satu persatu cerita yang timbul...Selepas isu Ahmad Ismail kini timbul pula kes Tan Sri Muhyiddin yang menggesa agar isu peralihan kuasa disegerakan....mmm Pak Lah macam biasalah, buat muka seposen untuk meraih simpati...baca artikel dibawah untuk selanjutnya...
Kemelut yang melanda UMNO bertambah meruncing. Terbaru, Pak Lah meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan peralihan kuasa 2010 yang disifatkan terlalu perlahan.
"Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama. Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah `tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Apa tujuan atau motif Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu tidak diketahui. Mungkinkah Muhyiddin merasakan ini waktu yang terbaik untuk menunjukkan taringnya ? Adakah Muhyiddin termasuk dalam senarai yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat ? Mungkin ini yang dikatakan kejutan yang berlaku pada 16 September nanti.
Apa pun tujuan dan agenda di sebalik kenyataan Muhyiddin in, apa yang pasti masalah yang berlaku dalam UMNO telah memasuki episod baru. Jika sebelum ini wujud suara-suara protes tidak puas hati di peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian kini bertambah parah apabila melibatkan orang nombor tiga dalam UMNO.
Senario ini semakin menghakis kepercayaan orang Melayu kepada UMNO yang dilihat sebelum ini begitu dominan kepada kuasa politik orang Melayu. Apa yang berlaku menunjukkan UMNO terpaksa menghitung dan meratapi nasib yang bakal dilalui pada masa akan datang khususnya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang
sumber dari : Blog Angkasanuri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan