Sabtu, 3 Januari 2009

SYED HAMID DAN RAIS YATIM BERTELAGAH PASAL PASPORT - Malaysiakini

Entah sapa yang betul saya tak pasti. Dalam kes pasport semalam Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim ada menyatakan bahawa pasport Malaysia mudah dipalsukan bagi kegunaan pendatang asing.

Hari ini pula, menteri yang berkepala botak yang memegang porfolio sebagai Menteri Dalam Negeri menyangkal dakwaan Rais Yatim. Menurut beliau, isu pemalsuan pasport adalah masalah sejagat yang turut dihadapi oleh negara-negara yang mempunyai sistem keselamatan terbaik termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada dan China.

Alahai syeikh...dalam isu ini tiada makna jika kamu berdua bertekak sebaliknya gunakan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika ia semakin serius ambil langkah untuk mempertingkatkan mutu keselamatan pada pasport. Jika masing2 mengamalkan tuduh menuduh dan saling jawab menjawab maknanya tiada penyelesaian yang dapat dibuat.

INILAH KESERONOKAN YANG PEMIMPIN BARISAN NASIONAL MAHUKAN - Malaysiakini



Dalam artikel yang lepas saya ada menulis yang saya bukannya anti hiburan tetapi saya bencikan cara perlaksanaannya. Untuk hari ini saya akan keluarkan 2 gambar yang saya sendiri terkejut melihatnya. Situasi di dalam gambar ini bukannya berlaku di luar negara tetapi sebaliknya ia berlaku di Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam ( Itu kata pemimpin UMNO yang jahil ). Kedua-dua keping gambar ini saya perolehi di dalam akhbar Kosmo yang bertarikh 2 Januari 2009 ( Jumaat ) pada muka surat 10.

Untuk maklumat, Gambar yang pertama lokasinya di Sunway Lagoon dan yang membuat saya terkejut cas yang dikenakan kepada seorang pengunjung untuk memasukinya ialah sebanyak RM 100.00 bagi membolehkan mereka berpesta ala pantai dan gambar yang kedua pula menunjukkan lokasi di Jalan Bukit Bintang dimana pengunjung memulakan pesta sembur buih..

Nampaknya tsunami yang melanda 4 tahun lepas belum lagi dapat menyedarkan masyarakat begitu juga dengan gegaran gempa bumi yang pernah berlaku di KL serta peristiwa tanah runtuh yang kisahnya masih lagi segar dalam ingatan kita semua belum mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam..Agak2nya ini konsep Islam yang mahu diterapkan pemimpin UMNO kepada masyarakat Islam di Malaysia dengan mengagungkan sambutan tahun masihi daripada tahun hijrah..

WAN FARID KATA JANGAN SALAHKAN KERAJAAN PASAL HARGA BARANG NAIK..- Malaysiakini

Kesan kenaikan harga minyak yang naik secara mendadak pada Jun 2008 sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan manusia yang berpendapat sederhana dan rendah. Krisis kenaikan harga minyak mengakibatkan berlakunya kenaikan harga barang secara mendadak. Ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang berpanjangan kepada pengguna terutama bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah.

Dalam situasi sebegini, kerajaan terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan menaikkan harga minyak. Sebagai sebuah parti yang kononnya berpengalaman dan memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya masalah ini sudah dikaji terlebih dahulu. Malangnya akibat keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa maka rakyat yang menjadi mangsa. Jadi persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan...?? Kerajaan? rakyat? pembekal atau peniaga ???

Biasanya jadi begini :-

-Kerajaan - naikkan harga minyak dan kesannya harga barang naik, pastu turun balik tanpa membuat kajian terlebih dahulu dan kurang membuat pemantauan bagi memastikan harga barang kepada harga yang asal
-Pembekal - kononnya kos pengangkutan dan lain2 yang bertambah..
-Peniaga - terpaksa menjual harga mahal kerana mendapatkan bekalan dengan harga yang tinggi dari pembekal
-Pembeli - menjadi mangsa bagi ketiga2 diatas

Kalau Wan Farid yang juga calon yang akan bertanding di Kuala Terengganu dalam PRK Kecil berkata jangan salahkan kerajaan harga barang naik jadi bagi kami sebagai pengguna harus menyalahkan siapa ??? Adakah kerajaan terlalu maksum dan tidak perlu ditegur ?? cuma kami sebagai rakyat yang berpendapatan rendah ini memohon agar kerajaan berusaha berusaha bersungguh2 menangani masalah ini..Jangan asyik dengan statement bodoh setiap kali persoalan diajukan wartawan....

Begitu juga kepada pihak pembekal dan peniaga, jangan cuba mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku..Wujudkan rasa simpati kepada golongan yang miskin yang adakalanya hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang...Jika sikap tamak tidak menguasai diri dan pemimpin yang ada jenis bertolak ansur dan prihatin pastinya masalah ini tidak akan berlaku...Tapi agak2nya bolehkah Malaysia melahirkan pemimpin sebegini terutama dari Barisan Nasional....Bagi saya, lu fikirlah sendiri !!

TAKZIAH KEPADA HAJI SELAMAT

Saya ingin mengucapkan takziah kepada Haji Selamat diatas pemergian bonda tercinta pada hari semalam. Hebat ujian beliau, baru seminggu kehilangan ayahanda tersayang kini bonda tercinta pula pergi mengadap ilahi.

Moga roh kedua2 ayahanda dan bonda beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Insya-Allah

Al-Fatihah

p/s : Haji Selamat merupakan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil dan AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

Jumaat, 2 Januari 2009

SEORANG POLIS TRAFIK, KAWAN BAIKNYA DAN SEHELAI SURAT SAMAN - Malaysiakini

Assalammualaikum W.B.T
Sedikit renungan yang perlu dikongsi bersama. Semoga ia menyedarkan saya serta pengunjung di blog ini.....

Suatu Hari.......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

KENAPA TUAN GURU NIK AZIZ CAKAP UNDI PAS DAPAT PAHALA - Malaysiakini


UMNO dan BN terus melenting apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan satu statement apabila undi PAS akan dapat pahala. Kepada pembaca sekalian pernahkah anda berfikir kenapa Tuan Guru berkata sedemikian. Minda Tuan Guru memang sukar untuk kita baca dan fahami apatah lagi puak-puak bodoh yang datang dari UMNO dan BN. Bagi saya, Tuan Guru mempunyai keunikan dari segi pemikiran dan sebaran maklumat. Disini mungkin saya dapat huraikan serba sedikit. Mungkin untuk orang UMNO dan BN yang buta selama ini dapat melihat, membaca dan menafsir dengan menggunakan akal yang Allah berikan dan bukannya berfikir dengan menggunakan kepada lutut.

Sedikit ringkasan disini :-

1. Bila PAS ingin menegakkan Hukum Allah diatas muka bumi ini, berdosakah atau mendapat Pahala ??

2. Bila PAS ingin menghapuskan judi yang boleh memporak-perandakan rumah tanggan, berdosakah atau mendapat pahala ??

3. Bila PAS ingin menghapuskan kilang arak yang boleh memudaratkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

4. Bila PAS mahu menjalankan hudud, qisas dan ta'zir kepada penjenayah sebagaimana disyariatkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

5. Bila PAS ingin menghapuskan riba' yang jelas tidak mendatangkan keadilan, berdosa atau mendapat pahala ??

6. Bila PAS menentang akta zalim ISA, berdosakah atau mendapat pahala ??

7. Bila PAS membawa rakyat mendekati Allah melalui kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sebagainya, berdosakah atau mendapat pahala.

8. Jika PAS menentang kenaikan harga minyak yang keterlaluan supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada rakyat, berdosakah atau mendapat pahala

9. Jika PAS melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat, berdosakah atau mendapat pahala

Salahkah kalau dikatakan, menyokong parti yang membawa kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh S.W.T ? Tuhan yang maha kaya dan maha pemurah. Samalah juga kalau menyokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, sudah tentu anda juga tidak terlepas dari dosa jika mengundinya kerana ia bererti anda redha dengan segala tindak tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita yang lampau. Jadi kepada rakan-rakan dari UMNO dan Barisan Nasional bolehlah fikir sebaik-baiknya

KINI UMNO SUDAH DI MUZIUMKAN - Malaysiakini

Kata seorang pemimpin umno, parti itu telah pun mengalami sakit tua. Kita boleh saja membuat berbagai andaian maksud dari kata kata tersebut.Biasalah orang dah tua, kurang ingatan , nyanyuk, lemah jantung atau juga lemah tenaga batin. Yang pasti tentunyalah tak hensem lagi(memang tak hensem pun).

Dah lebih 60th sepatutnya banyakan taubat, kubur pun dah memanggil manggil. Ada juga yang sinis, ahli umno sekarang ni sebagai spesis akhir. Jadi untuk tidak menafikan keadaan ini, kerajaan umno yang memerintah melaka telah mengambil langkah awal bagi tatapan generasi akan datang. Bimbang kot,nanti cucu cicit ingat umno tu tuala wanita ke,tisu tandas ke. Maka diabadikanlah dalam satu muzium.

Ulautedong bukanlah nak jadi busy body menjaga hal hal umno. Sekadar renungan dan perhatian sepatutnya calon timbalan presiden umno dari melaka dikenakan tindakan disiplin parti kerana secara jelas telah menyindir partinya sendiri.

Sumber :
Ulau Tedong

PESTA SEKS KENA SERBU - Malaysiakini



Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.

Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.

Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster.

Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu.

Semuanya 18 lelaki dan lapan perempuan berumur antara 18 dan 31 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, enam lelaki dan tiga wanita termasuk pelakon dan penyampai berita itu didapati positif dadah selepas menjalani saringan pertama ujian air kencing.

Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur serta cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat serbuan itu hasil intipan dan maklumat orang ramai.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, 17 orang dibebaskan dengan jaminan polis manakala sembilan lagi yang positif dadah termasuk pelakon dan penyampai berita itu direman dua hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang turut dicemari insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu dan menahan kumpulan terbabit.

p/s : Antara artis yang dikatakan terbabit ada dinyatakan di dalam web Oh bulan ..Saya buka mahu mencari publisiti terhadap blog ini tetapi lihatlah, mereka yang ditangkap ini gagal menonjolkan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat umumnya di Malaysia...

MANUSIA MEMANG TIDAK SUKA MENGAMBIL IKHTIBAR - Malaysiakini


Sekurang-kurangnya 61 terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam mewah di sini musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.

Kebakaran di kelab malam Santika itu berlaku sewaktu ambang sambutan tahun baru dan nahas itu turut mengorbankan beberapa pelancong dari Australia, Jepun, Belanda, Singapura dan Nepal.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat tersedut asap tebal atau lemas kerana dipijak ketika rempuhan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit memberitahu, kelab itu hanya mempunyai satu pintu untuk pengunjung manakala satu lagi pintu di bahagian tepi dikhaskan bagi para pekerja.

Pusat Kecemasan Narenthorn melaporkan, setakat ini kira-kira 61 terbunuh dengan lapan daripadanya terbakar teruk sementara 203 yang lain cedera.

“Kebakaran mungkin berpunca daripada bunga api yang dibawa masuk oleh pengunjung atau mungkin daripada percikan bunga api daripada pertunjukan pentas berhampiran kelab itu,” kata Chokchai.

Sementara itu wakil Bernama di Bangkok melaporkan, pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden menjelang ketibaan tahun baru itu.

Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.

Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai. Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, pihak berkuasa Thai telah memaklumkan tentang kematian seorang lelaki warga Singapura dalam kejadian itu.

Dua warga Singapura juga merupakan antara yang cedera dalam kebakaran di kelab malam terkemuka itu dan mereka diberi rawatan kerana kecederaan ringan di sebuah hospital tempatan.

p/s : Kalau di Malaysia, sat je insaf, pastu depa dah start bikin balik......Moga Allah S.W.T bukakan pintu hati mereka..

BOIKOT ISRAEL !!!! - Malaysiakini

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Di sebalik 200 orang Palestin terbunuh akibat serangan terbaru Israel, jua ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah...!

Masihkah anda mampu menjamah hanyirnya darah-darah ayam goreng dan meredhai wang anda membiayai pembunuhan tersebut..? ?

CELAKALAH ANDA !!

Jika anda melakukan dengan sedar dan tidak merasai apa-apa...

Jika lantaran kejahilanmu meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah itu, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan anda sampai kepada pembunuh kanak-kanak itu...

Jika anda masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan anda, sehinggalah anda meratapi dan bertaubat....

Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, amerika yang dicucuk hidung !!

Gagal amerika, gagallah zionis..!!!

Senarai barangan zionis

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tunjuk perasaan anti Israel diadakan di banyak negara seperti Indonesia, Venezuela, Turki dan sebagainya. Di Malaysia? mana boleh buat demontrasi jalanan nanti digelar berukrasi oleh Musa Hassan pulak. Jadi mari kita boikot produk Israel dan mana-mana produk yang menyokong Israel! ALLAHUAKBAR!!

Khamis, 1 Januari 2009

ABDUL WAHID ENDUT CALON PAS UNTUK PRK KUALA TERENGGANU - Malaysiakini


Akhirnya teka teki selama ini terjawab dimana Adun Wakaf Mempelam iaitu YB Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon di dalam PRK di P036 Kuala Terengganu.

Sebagai anak tempatan insya-Allah PAS akan memberikan persaingan yang sengit kepada UMNO dalam usaha meraih kemenengan. YB Wahid merupakan seorang ahli Politik yang sangat berpengalaman dan dikenali ramai bukan sahaja di Terengganu malah diperingkat nasional. Beliau pernah menjadi pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat selain telah beberapa penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam.

Beliau berasal dari keluarga yang terkenal di Kuala Terengganu. Keluarganya merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai wisma sendiri. Wahid sebenarnya sangat digeruni di DUN Terengganu kerana berani berhujah dengan fakta dan isi yang bernas.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, ayuh kita bersama-sama berkempen bagi menjamin kemenangan PAS di dalam PRK Kuala Terengganu ini..

MARI KAJI, KENAPA TUAN GURU CAKAP UNDI PAS DAPAT PAHALA - Malaysiakini


UMNO dan BN terus melenting apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan satu statement apabila undi PAS akan dapat pahala. Kepada pembaca sekalian pernahkah anda berfikir kenapa Tuan Guru berkata sedemikian. Minda Tuan Guru memang sukar untuk kita baca dan fahami apatah lagi puak-puak bodoh yang datang dari UMNO dan BN. Bagi saya, Tuan Guru mempunyai keunikan dari segi pemikiran dan sebaran maklumat. Disini mungkin saya dapat huraikan serba sedikit. Mungkin untuk orang UMNO dan BN yang buta selama ini dapat melihat, membaca dan menafsir dengan menggunakan akal yang Allah berikan dan bukannya berfikir dengan menggunakan kepada lutut.

Sedikit ringkasan disini :-

1. Bila PAS ingin menegakkan Hukum Allah diatas muka bumi ini, berdosakah atau mendapat Pahala ??

2. Bila PAS ingin menghapuskan judi yang boleh memporak-perandakan rumah tanggan, berdosakah atau mendapat pahala ??

3. Bila PAS ingin menghapuskan kilang arak yang boleh memudaratkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

4. Bila PAS mahu menjalankan hudud, qisas dan ta'zir kepada penjenayah sebagaimana disyariatkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

5. Bila PAS ingin menghapuskan riba' yang jelas tidak mendatangkan keadilan, berdosa atau mendapat pahala ??

6. Bila PAS menentang akta zalim ISA, berdosakah atau mendapat pahala ??

7. Bila PAS membawa rakyat mendekati Allah melalui kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sebagainya, berdosakah atau mendapat pahala.

8. Jika PAS menentang kenaikan harga minyak yang keterlaluan supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada rakyat, berdosakah atau mendapat pahala

9. Jika PAS melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat, berdosakah atau mendapat pahala

Salahkah kalau dikatakan, menyokong parti yang membawa kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh S.W.T ? Tuhan yang maha kaya dan maha pemurah. Samalah juga kalau menyokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, sudah tentu anda juga tidak terlepas dari dosa jika mengundinya kerana ia bererti anda redha dengan segala tindak tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita yang lampau. Jadi kepada rakan-rakan dari UMNO dan Barisan Nasional bolehlah fikir sebaik-baiknya

AZAN DILAUNG TEPAT DETIK 12 TENGAH MALAM DI KELANTAN - Malaysiakini

Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.Image

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

ImageProgram dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api. Image

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.

PEMIMPIN BN MASIH BELUM ADA KESEDARAN - Malaysiakini


Bila orang bertanya kepada saya, adakah anda anti hiburan, saya akan mengatakan dengan perkataan TIDAK !!. Tetapi cuma yang saya harapkan agar ia dilaksanakan dengan situasi yang teratur sepertimana kerajaan Negeri Kelantan mengadakan konsert nasyid dengan menjemput Mawi, Ustaz Akhil Havy, Rabbani dan sebagainya. Kelantan dibawa pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz telah mencetus satu fenomena baru dalam dunia hiburan tanah air dimana :-

1.mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan serta juga menyediakan ruangan khas untuk keluarga

2.dimulakan dengan solat isyak secara berjemaah sebelum berlangsungnya konsert tersebut serta diakhiri dengan bacaan doa moga ia dijauhi daripada sebarang2 gejala yang tidak sepatutnya

3.Hanya menjemput penyanyi dikalangan kaum Adam sahaja

4.Tiada lonjak2 dan sikap gila2 dalam konsert2 yang diadakan di Negeri2 yang diterajui oleh UMNO dan BN

5.dalam kes Waheeda (wasini) beliau hanya menyanyi dikalangan kaum muslimat sahaja tanpa dihadiri oleh kaum muslimin. Kiranya konsert tertutup la tu

Erti kata, masalah ini boleh diselesaikan jika kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN mengikut garis panduan yang diberikan. Cukup saya kesalkan dimana perkara ini berlaku semasa majlis sambutan tahun baru 2009 yang diadakan di Dataran Merdeka malam semalam. Dalam keadaan bala yang mendatang, masih lagi ada pihak yang tidak mengambil iktibar dan saya juga difahamkan konsert tetap dijalankan. Pasangan muda-mudi sudah semestinya rata2 akan menjadi belangkas pada malam tersebut.

Tidak hairanlah pada setiap kali sambutan tahun baru akan ada remaja dan muda-mudi yang ditangkap kerana melakukan pesta seks, berzina dan bergaul secara bebas di hotel dan sebagainya. Ini semua kerana kerajaan sendiri menggalakkan program hiburan dan konsert di bandar-bandar besar hingga larut malam dan awal pagi.

Lebih malangnya, Imam Hadhari iaitu Pak Lah sedikit tidak berasa bimbang sebaliknya megah menyambut tahun 2009. Bak kata Sofi Wahab
di dalam blognya, "Saya bimbang jika pemimpin yang perangai sebegini terus dipilih pada pilihanraya akan datang rakyat negara kita mungkin akan terus terjerumus ke kancah maksiat dengan lebih teruk".

AKTIVITI SEBAR RISALAH BERJALAN LANCAR

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka diatas kejayaan melaksanakan salah satu misi dakwah dengan menyebarkan risalah pada malam tahun baru. Mengikut perancangan asal berpandukan maklumat yang diberi, Kerajaan Negeri akan mengadakan konsert di Dataran MBMB tetapi dibatalkan atas alasan ia datangnya dari arahan dari Pak Lah.



Tetapi masalah itu tidak sedikit menggugatkan semangat kami semua dan dengan kerjasama sahabat - sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kawasan kami semua duduk berkumpul dan berbincang di Masjid di MITC untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti dakwah. Hasilnya semua bersetuju ke Dataran Pahlawan, Bandar Hilir untuk meneruskan misi ini. Misi dakwah ini diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek. Seramai 35 orang pemuda yang terlibat di dalam misi ini. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin, semua bergerak menuju ke Banda Hilir.

Sampai ke destinasi, walaupun tiada sambutan bunga api dan persembahan konsert, tetapi ramai muda mudi duduk lepak di bahagian atas dataran pahlawan. Walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan awam tetapi ramai pasangan muda mudi yang berpelukan tanpa segan silu. Syukur semasa aktiviti sebar risalah dijalankan tiada kejadian tidak diingini berlaku dan mereka bila ternampak kumpulan kami, mereka mula rasa malu dan ada yang mula lari2. Aktiviti ini berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Sedih dan sayu melihat muda mudi yang lupa batas pergaulan sesama Islam. Moga Allah mengerakkan hati mereka agar berubah pada masa akan datang....

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI LAKNATULLAH - Malaysiakini

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari BaniAl-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.

Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:”Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi”.

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.

Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

9 & 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

BETUL KE RASHID SPR NAK KE MAHKAMAH ?? - Malaysiakini

Bukan niat nak menghina tapi mempelekehkan beliau tetapi itulah hakikatnya. Bekas pengerusi SPR Malaysia, Tan Sri Ra-Shit yang bertindak akan menyaman Pakatan Rakyat ekoran fitnah yang ditaburkan.

Saya terbaca kenyataan oleh YB Hj Salahudin Ayub ( MP Kubang Kerian ) yang membidas kenyataan Rashid dimana beliau berkata "kalau saman, ini bermakna beliau tidak bertanggungjawab kerana dulu membisu ketika kita cuba bawa berbincang isu proses pilihanraya."

Ini antara secebis ayat yang dapat saya keluarkan, berbalik kepada isu penggunaan dakwat kekal untuk PRU 12, Rashid seolah-olah bermain wayang dengan semua pihak sehinggakan SPR telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM 1 juta untuk membeli 30 ribu botol dakwat tetapi ia telah dibatalkan penggunaannya ekoran alasan bodoh yang dikeluarkan. Kata beliau "laporan keselamatan tersebut mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara."

Banyak lagi kalau mahu dibangkitkan masalah Rashid sepanjang menguruskan PRU di Malaysia. Tak mampu saya memuntahkannya. Jika benar Rashid betul, kenapa BERSIH mengadakan himpunan kuning pada bulan Nov 2007, bahkan BERSIH mengalu-alukan dan juga mencabar Rashid agar mengheret kes beliau ke mahkamah.. Nak kupas lagi...xmampu rasanya..banyak sangat 'kejahatan' yang dibawa oleh beliau..tak aman beliau nak rehat nanti..almaklumlah, dah pencen..

p/s : Saya menunggu tindakan selanjutnya....

SELAMAT TINGGAL 2008/1429, SELAMAT DATANG 2009/1430 - Malaysiakini

Selamat Tahun baru dan selamat Menyambut awal Muharam. Moga tahun ini lebih membawa sinar cahaya kebahagian daripada tahun yang lepas. Kepada Pakatan Rakyat, harap dapat terus beristiqomah dalam perjuangan untuk menentang kezaliman yang dibawa oleh Barisan Nasional. Moga Barisan Nasional menimpa nasib yang lebih malang pada tahun ini dan pemimpin2nya sedar akan kesilapan yang dilakukan selama ini. Kepada barisan pimpinan UMNO, moga Allah S.W.T bukakan hati agar mereka menerima perjuangan sebenar Islam...

Salam Perjuangan

Selasa, 30 Disember 2008

TERBUKTI UMNO PARTI HIPOKRIT !!! - Malaysiakini


Tahniah kepada aktivis yang menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Persoalannya, dimanakah pemimpin2 dan penyokong UMNO yang lain ?? Jika di Melaka mereka lebih sibukkan mem[perjuangkan isu babi daripada membela nasib umat Islam di Palestin yang dibedil oleh puak kufar Israel Laknatullah. Bagi saya, UMNO merupakan parti yang hipokrit begitu juga dengan para pemimpinnya. Islam yang mereka canang selama ini hanyalah untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan sejagat. Lihat sahajalah kes hudud mereka antara parti yang begitu kuat menentang perlaksanaan hukum Allah walhal mereka ini semua beragama Islam. Mereka juga sanggup menakutkan non muslim daripada tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan..Kesimpulannya, jika benar UMNO mahukan Islam di Malaysia ini dah lama mereka bawa....

UMNO KEMBALI KEPADA ISU LAPUK - Malaysiakini

UMNO sekarang semakin ketandusan isu. Jika sebelum ini isu hudud menjadi santapan istimewa kini isu dosa pahala menjadi mainan mereka seterusnya. Isu ini mereka mula mainkan ekoran kenyataan TGNA yang dikatakan menimbulkan semula soal pahala dan dosa ketika mengingatkan pengundi supaya memilih calon Pas akan mendapat pahala dan menempah dosa jika memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Klik disini untuk melihat berita ini.

Bagi saya, ini merupakan salah satu propaganda jahat yang dimainkan media yang dikuasai oleh BN..Bagi insan yang cerdik pandai pastinya tidak akan terpengaruh dengan mainan bodoh UMNO dan kroninya..Hanya balasan dari Allah sebagai ganjaran untuk mereka ini yang suka memutar belitkan kenyataan..

SALAM KEMBALI

Lama rasanya saya berhenti menaip di blog ini.. Insya-Allah dengan kekuatan yang diberikan saya akan meneruskan aktiviti menaip di blog ini..kini silembiks sudah kembali