Selasa, 9 September 2008

Berhati-Hati Apabila Berkunjung Ke Kedai Kek Italy Di Melaka - Malaysiakini

Lagi pendedahan dari blog Angkasanuri. Semoga umat Islam sentiasa berwaspada setiap kali membeli kek di kedai ini

Para pengguna Islam di Melaka di minta berhati –hati apabila membeli di kedai Kek Italy yang mempunyai banyak cawangan di Melaka.

Kedai Kek ini mendapat Sijil Pengesahan Halal Dari Jabatan Agama Islam Malaysia. Tetapi, perlu diingatkan bukan semua produk atau kek yang dijual di situ yang mendapat tanda pengesahan halal.

Dari penilitian saya pada sijil halal tersebut, hanya lebih kurang 15 jenis produk sahaja yang mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. Saya yakin ramai yang tidak menyedari perkara ini. Justeru itu, berhati –hatilalah agar tidak termakan makanan yang diragui kesuciannya. Alangkah malangnya, sewaktu berbuka puasa nanti ada umat Islam yang mengisi perut dengan makanan yang diragui atau haram.


klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas

pendedahan dari :
blog Angkasanuri

1 ulasan:

Nini Hartini berkata...

Nauzubillah..rasanya dah byk kali mkn kek2 @ roti dr kedai ni. Ingatkan bila dpt sijil halal, beerti keseluruhan yg di jual adlh halal. Nekad x kn singgah lagi.

thax atas perkongsian