Jumaat, 10 Oktober 2008

Harga Minyak : Menteri Tak Faham Matematik - Malaysiakini

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

sumber :
Angkasanuri

Kerajaan Baru Terbentuk Minggu Depan ?? - Malaysiakini

Kerajaan baru dijangka terbentuk dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan terkini dalam senario politik negara. Keputusan Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan seperti yang diumumkan semalam tidak menggugat dan menghalang usaha pembentukan kerajaan baru seperti yang ditegaskan oleh DSAI. Tarikh yang paling hampir ialah pada 13 Oktober ini iaitu semasa Parlimen kembali bersidang.

Masalah agihan kerusi kabinet dikatakan telah dapat diselesaikan di kalangan Pakatan Rakyat yang menyebabkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat berpuas hati.Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah sehari dua lepas yang memberikan beberapa 'klu' tentang pembentukan kerajaan baru menghangatkan lagi jangkaan ramai pihak bahawa kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat.

Pengumuman Pak Lah semalam tidak memberi kesan dan mengubah pendirian mereka yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana masalah dalam BN dan kerajaan tidak akan selesai dengan langkah Pak Lah tidak bertanding jawatan presiden. langkah ini sebenarnya menambahkan lagi kegawatan dalam UMNO dan BN sehingga mewujudkan lebih banyak kem dan puak wujud dalam UMNO. Sekali gus memburukkan rasuah dan penyelewengan yang sinonim dengan UMNO. Keadaan ini memaksa Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran tegas kepada siapa yang terlibat dalam rasuah dan skandal pada pemilihan akan datang.

Malah kejatuhan teruk indeks utama BSKL sehingga semalam menunjukkan pengumuman Pak Lah tidak mampu untuk memulihkan keyakinan pelabur dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara. Semua ini menyumbang kepada langkah untuk mempercepatkan pembentukan kerajaan baru supaya keadaan dalam negara dapat diselamatkan.

Di Samping itu,kejatuhan harga minyak di pasaran global sehingga semalam di bawah paras $ US 87 setong terendah dalam tempoh lapan bulan tidak membawa apa-apa berita baik kepada rakyat negara ini yang telah lama menderita. Hal ini disebabkan kelemahan ekonomi negara di bawah kepimpinan sekarang.Kerajaan yang ada masih teragak-agak untuk menurunkan harga minyak. Semua ini membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang dan perlu ditukar secepat yang mungkin dengan memberi peluang kepada kerajaan baru untuk membetulkan semula keadaan.

sumber :
Angkasanuri

Siapa Calon UMNO Yang Benar-Benar Bersih ?? - Malaysiakini

Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti.

Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat.

Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ?

- Datuk Seri Najib Tun Razak ?
- Tan Sri Muhammad Taib ?
- Tan Sri Rahim Tamby Chik ?
- Datuk Ali Rustam ? A
- tau siapa sahaja dalam UMNO


sila nyatakan pilihan anda.

sumber :
Angkasanuri

Confirm Ali Rustam Mahu Jadi TPM - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan adalah muktamad.

Menurutnya, beliau ada mendengar terdapat beberapa lagi calon yang akan bersaing ke jawatan nombor dua itu namun berharap pertandingan tidak menjejaskan tali persahabatan yang sedia terjalin.

Mmmmmm nampaknya UMNO pada peringkat bahagian kena fikirkan betul2 tindakan Ali ini. Ini Soal masa depan negara, biasanya Timb. Presiden UMNO akan diangkat sebagai TPM. Jadi jika beliau menang maka Malaysia pasti mengalami kehancuran. Kehancuran yang lebih dahsyat semasa pemerintahan Pak Lah.

Beliau juga antara pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan tak ubah seperti lalang..Sebelum ini beliau menjadi penyokong kuat Pak lah dan sekarang disebabkan ada kepentingan individu dalam politik maka beliau cuba menjadi penyokong kuat Najib...Orang seperti ini tak layak berada di dalam tampuk pemerintahan negara...

Lihat sahajalah
hutang Kerajaan Negeri Melaka yang semakin bertimbun..Jika Melaka negeri yang terkecil pun gagal dibeliau tadbir, apatah lagi untuk mentadbir Malaysia..Silap2 haribulan harga minyak lagi naik berganda dari yang ada sekarang...Maka dengan ingin ini saya sebulat suara menyarankan agar janganlah undi Ali Rustam sebagai calon Timb. Presiden UMNO....

Giliran 'Mike Tyson' Umum Bertanding Timb. Presiden UMNO - Malaysiakini

Seorang lagi pemimpin UMNO yang tidak 'berguna' iaitu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Sehingga kini, tiga pemimpin menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut disebut-sebut mungkin akan bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Nampaknya semakin gelaplah masa depan UMNO selepas ini. Almaklumlah yang bertanding untuk jawatan Timb. Presiden rata-rata mereka mempunyai rekod kepimpinan yang buruk termasuk juga dengan Mohd Taib. Beliau yang sebelum ini popular dengan kisah bawa lari anak Sultan dan wang tunai berjuta-juta ke luar negara berkata ingin membantu Presiden memperkasakan dan memulihkan kekuatan UMNO untuk menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Bagi saya itu semuanya mengarut sahaja coz prinsip yang mereka perjuangkan selama ini hanyalah untuk kepentingan individu dan bukanlah jujur membantu masyarakat. Jika ini yang diperjuangkan bakal2 calon timbalan presiden alamatnya parti UMNO ni bakal di talkinkan dalam masa yang terdekat....

Khamis, 9 Oktober 2008

Rancangan Televisyen Di Malaysia Semakin Haru Biru - Malaysiakini

Entahla, kenapa sejak akhir-akhir ini rancangan televisyen di Malaysia semakin terbabas. Rancangan yang ditayangkan pula semakin mengarut malah rancangan yang berbentuk hiburan dan berunsur tahyul semakin berkembang di Stesen televisyen Malaysia dan ia seolah-olah menjadi keutamaan bagi stesen televisyen untuk mengejar rating tertinggi.

Saya pun sudah semakin jarang menonton televisyen dan hanya warta berita sahaja yang menjadi santapan utama saya, itupun hanya berpeluang sekali sekala. Rancangan berbentuk ilmiah semakin berkurangan bahkan rancangan Ehwal Islam yang suatu ketika dahulu menampilkan penceramah-penceramah yang hebat setiap kali berforum tetapi kini sudah semakin kendur bahkan soalan2 yang dikemukan oleh 'penonton' pun hanya tempelan semata-mata dalam satu majlis malah ahli2 panel pula takut menyatakan kebenaran setiap kali berhujah terutama Ustazah 'Hadhari' Mashitah.

Rancangan-rancangan dari negara Indonesia dan Amerika Selatan semakin membanjiri stesen Televisyen tempatan. Belum lagi dimasukkan cerita2 dari hollywood mahupun bollywood. Alahai, rasa seperti bukan tinggal di Malaysia sahaja. Entah apalah nak jadi saya pun tak tahu.

Rancangan berbentuk realiti semakin berlambak umpama cendawan yang tumbuh dengan segar selepas hujan. Rancangan seperti AF, Malaysia Idol, Geng Starz dan sebagainya menjadi perhatian masyarakat terutama dari golongan remaja. Saya bukannya anti hiburan bahkan saya antara penggemar hiburan. Pendekatan stesen TV yang lebih mengutamakan keuntungan daripada memelihara sensitiviti umat Islam adalah sangat mengecewakan. Ini kerana rancangan yang saya sebutkan rata-rata disertai oleh anak-anak Melayu yang terlalu taksub dengan kemewahan dan popular dikalangan masyarakat. Ini antara kegagalan yang dapat dilihat peranan sebenar stesen televisyen di Malaysia.

Terbaru
salah sebuah stesen televisyen di Malaysia menggunakan wanita Melayu yang semestinya beragama islam (berpandukan nama peserta) sebagai aset untuk mereka mereka meraih publisiti. Kali ini rancangan realiti Gadis Melayu menjadi pilihan TV9, program yang mula bersiaran pada pukul 9.30 malam 16 Oktober ini di saluran TV9, menampilkan 13 episod yang bukan sahaja menguji peserta dengan tugasan mencabar setiap minggu malah membimbing dan memberi panduan bagi membentuk figura gadis Melayu cemerlang.

Entah kecemerlangan yang mahu dicari oleh mereka tidak saya ketahui…semakin pelik difikirkan. Itu tidak termasuk dengan siaran kartun yang ditayangkan pada waktu maghrib. Yang paling menyedihkan apabila stesen televisyen kerajaan, RTM semakin hanyut untuk bersaing dengan stesen televisyen swasta. RTM seolah2 tiada 'trademark' yang boleh dibawa untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Alangkah malang menteri yang bertanggungjawab gagal dalam menjalankan tanggungjawab. Inilah kesan jika negara dibawah pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional…. Semakin lama BN memerintah semakin rosak akal pemikiran dan akhlak masyarakat di Malaysia yang saban hari disajikan dengan rancangan2 yang 'lagha'. Mungkin apabila PR memerintah baru siaran di televisyen baru akan berubah kot.....Kita tunggu sajalah...

Gambar Anak Bakal Presiden UMNO Yang Baru - Malaysiakini

Hanya sebahagian dapat saya paparkan. Selebihnya sila rujuk di blog member saya di Assirkami. Beginilah bakal Perdana Menteri yang hendak dilahirkan oleh UMNO. Bagaimana agaknya dia hendak mentadbir negara sedangkan tanggugjawab yang beliau diamanahkan untuk menjaga keluarga belum lagi mampu terlaksana dengan sempurna. Jadi kepada rakan-rakan UMNO, maybe boleh jawab kot, tetapi bagi saya yang juga berpegang kepada trademark si Nabil Raja Lawak, lu pikirla sendiri....

silembiks : sekali pandang macam Pak Lah ngan michele Yoh la pulak...



p/s : Akan datang saya nak keluarkan gambar isteri kepada bakal Presiden UMNO..tunggu sajala

Lu Fikirlah Sendiri - Malaysiakini

Beberapa premis kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob menarik untuk difikirkan.

1. "saya risau dengan perkembangan sekarang kerana semakin ramai mencalonkan diri bertanding jawatan tertinggi....apa yang berlaku umpama anak berebut harta sedangkan ibu bapa masih ada."

Komen: Sebagai parti yang terkenal dengan amalan demokrasi, apatah lagi mereka yang menawarkan diri telah menyatakan keikhlasan serta mendapat sokongan padu daripada ahli peringkat akar umbi, maka mencalonkan diri tiada salahnya malah memang kena pada masanya.

Apalah sangat dibimbangkan dengan berebut harta tatkala ayah bonda masih hidup? Bukankah ayah bonda kaya raya? Petrol pun dah tinggi harganya dan untung pun mencecah ratusan billion. Berebut di depan mata ayah bonda barulah jantan namanya.

2. "bagi saya ini hanya menggambarkan Umno sebagai tempat memperjuangkan kepentingan diri mereka saja."

Komen: Tahniah atas pengakuan terbuka ini. Saya yakin semua orang setuju dengan kenyataan ini. Pendekkan cerita, 'Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan Umno, siapa??

3. "Jika ada pihak mahu menuduh Umno Pahang sebagai lalang, mereka boleh berbuat begitu tetapi kita tidak akan buat sebarang pendirian...bagi saya, dunia sudah gila sekarang sebab ramai gila jawatan," katanya.

Yang ini, saya nak komen panjang sedikit.

a. Kesian Pahang. Dah tinggal lalang saja? Mana pergi balak yang banyak? DS Adnan tahu jawapannya. Tan Sri Khalil, TYT negeriku Melaka Bersejarah, lagi tahu. Orang kampung semua dah tahu.

b. Saya tertarik dengan pemilihan peribahasa gila jawatan oleh DS Adnan. Dalam bahasa Melayu banyak peribahasa atau ungkapan yang bermula dengan perkataan gila. Misalnya, gila bahasa, gila ekor, gila talak, gila judi, gila meroyan, gila perempuan, gila kuasa, gila babi dan gila-gila.

Pemilihan peribahasa Melayu gila jawatan oleh beliau membawa banyak tafsiran dan kesan. Saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk mencari jawapan dalam menentukan kategori manakah mereka yang mencalonkan diri itu dimaksudkan oleh DS Adnan.

Perkataan gila bermaksud;

i. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya),

ii. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan),

iii. tidak seperti yang seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa,

iv. terlalu gemar (asyik, sayang, cinta dll) akan sesuatu.

Manakala perkataan jawatan bermaksud kedudukan dalam pekerjaan yang menentukan tugas seseorang.

DS Adnan mnggunakan perkataan 'gila' tanpa menentukan yang mana satu daripada empat makna di atas terhadap situasi 'mencalonkan diri' itu. Maka, yang mana satu gila jawatan yang dimaksudkan oleh beliau itu?

Adakah maksud DS seperti makna (i), atau (ii) atau (iii) atau (iv) atau keempat-empat sekali? Anda pilih yang mana?

DS Adnan memang terkenal dengan kenyataan sinikal seperti itu. Lebih sebulan lalu, DS Adnan ada menyatakan minat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Mungkinkah minat beliau itu ada kena-mengena dengan keadaan 'dunia sekarang' seperti yang dinyatakannya dan beliau termasuk dalam makna perkataan peribahasa yang saya nyatakan di atas?

Saya meminjam kata-kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri"!

sumber : Cikgu Azrin

Pak Lah Di Penghujung Karier - Malaysiakini

Akhirnya Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

Nampaknya ramalan saya dan rakan-rakan blogger yang lain tidak tepat kali ini. Bagi saya adalah wajar jika beliau tidak bertanding dan seterusnya meletakkan jawatan beliau sebagai PM pada Mac tahun depan ini berikutan ekoran beliau sudah tidak lagi relevan di dalam politik tanah air. Tambahan sokongan masyarakat terhadap beliau semakin terhakis dari hari ke hari. Jika sebelum ini kita dengar Tunku Abd. Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abd. Razak sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein On pula sebagai Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir sebagai Bapa Pemodenan tetapi Pak Lah sebaliknya tak tahu saya nak panggil dengan gelaran apa..yang saya tahu dia merupakan Bapa Mertua kepada Khairy Jamaludin.....Ada juga saya dengar yang beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, tetapi saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan Bapa Pembangunan Modal Insan kepada beliau dan bagi saya gelaran tersebut tidak sesuai dengan beliau ekoran kegagalan beliau dalam mentadbir Malaysia....

Kini Pak Lah sedang menghitung hari untuk menanti hari pencen dan yang pasti jika beliau tetap dengan keputusan tersebut maka peluang Khairy Jamaludin untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bakal terjejas dan kemungkinan tersingkir dari senarai pencalonan. Apa2 hal kita tunggu cerita selanjutnya.

Pak Lah pada pandangan peribadi saya

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939, juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Dr. Mahathir. Walaupun beliau memperolehi kemenangan yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 sehinggakan berjaya merampas Negeri Terengganu dari PAS serta hampir menawan Kelantan dengan perbezaan hanya 1 kerusi dun tetapi Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, 4 tahun kemudian ujian hebat menimpa beliau apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Selain itu, Abdullah juga mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Namun, apa jua keputusan dari Pak Lah ia sebenarnya langsung tidak meredakan kemelut di dalam Umno malah ianya lebih parah kerana lebih ramai yang bertanding jawatan tertinggi dan sudah tentu amalan politik wang dan salahguna kuasa akan lebih berleluasa. Tak percaya, kamu lihatlah sendiri...

klik sini untuk membaca sejarah
Pak Lah

Rabu, 8 Oktober 2008

Berakhirnya Era Pak Lah - Malaysiakini

Akhirnya Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

Nampaknya ramalan saya dan rakan-rakan blogger yang lain tidak tepat kali ini. Bagi saya adalah wajar jika beliau tidak bertanding dan seterusnya meletakkan jawatan beliau sebagai PM pada Mac tahun depan ini berikutan ekoran beliau sudah tidak lagi relevan di dalam politik tanah air. Tambahan sokongan masyarakat terhadap beliau semakin terhakis dari hari ke hari. Jika sebelum ini kita dengar Tunku Abd. Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abd. Razak sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein On pula sebagai Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir sebagai Bapa Pemodenan tetapi Pak Lah sebaliknya tak tahu saya nak panggil dengan gelaran apa..yang saya tahu dia merupakan Bapa Mertua kepada Khairy Jamaludin.....Ada juga saya dengar yang beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, tetapi saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan Bapa Pembangunan Modal Insan kepada beliau dan bagi saya gelaran tersebut tidak sesuai dengan beliau ekoran kegagalan beliau dalam mentadbir Malaysia....

Kini Pak Lah sedang menghitung hari untuk menanti hari pencen dan yang pasti jika beliau tetap dengan keputusan tersebut maka peluang Khairy Jamaludin untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bakal terjejas dan kemungkinan tersingkir dari senarai pencalonan. Apa2 hal kita tunggu cerita selanjutnya.

Pak Lah pada pandangan peribadi saya

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939, juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Dr. Mahathir. Walaupun beliau memperolehi kemenangan yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 sehinggakan berjaya merampas Negeri Terengganu dari PAS serta hampir menawan Kelantan dengan perbezaan hanya 1 kerusi dun tetapi Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, 4 tahun kemudian ujian hebat menimpa beliau apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Selain itu, Abdullah juga mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Namun, apa jua keputusan dari Pak Lah ia sebenarnya langsung tidak meredakan kemelut di dalam Umno malah ianya lebih parah kerana lebih ramai yang bertanding jawatan tertinggi dan sudah tentu amalan politik wang dan salahguna kuasa akan lebih berleluasa. Tak percaya, kamu lihatlah sendiri...

klik sini untuk membaca sejarah
Pak Lah

Tak Sangka Penyokong UMNO Pun Tahu Laungkan Takbir - Malaysiakini

Hebat orang-orang UMNO, ingatkan tak reti bertakbir. Almaklumlah sebelum ini laungan takbir sentiasa sinonim dengan parti PAS. Bagi saya ia tetap menghairankan. Info ini semua tertulis di dalam akhbar Utusan Meloyar.

Menurut kenyataan dari
Utusan Meloyar tersebut Pak Lah tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.34 petang bagi mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh kira-kira 100 para penyokongnya yang melaungkan ungkapan 'hidup Pak Lah' serta laungan takbir.

silembiks : Hilang sudah laungan keramat mereka 'Hidup Melayu' yang selama ini mereka laungkan. Laungan 'Hidup Pak Lah' hanyalah bertujuan untuk membodek Pak Lah, bukannya sebagai sokongan dan sayangnya mereka kepada Pak Lah. Tak percaya tengoklah nanti...

50 Tahun UMNO Melaka Perjuangkan Parit Dan Longkang - Malaysiakini

Pada hari raya ke empat baru - baru ini saya terbaca dalam akhbar Sinar Harian tentang beberapa kawasan kampung di Malaka mengalami banjir kilat. Beberapa orang penduduk masing - masing beri komen dalam nada yang sama iaitu sistem perparitan yang tak terurus.

Saya pun naik muak dengar keluhan orang kampung dengan hal parit longkang sedangkan Umno bercerita kisah perbaiki parit ni sejak merdeka lagi, JKKK yang dilantik setiap kampung dah masuk dalam perut mereka berguni - guni duit hasil komesyen projek parit longkang ada yang dah boleh pergi haji.

Dulu ada yang kata pembangkang boleh beri apa? kekadang ada kampung parit longkang tak boleh dibersihkan sebab berhadapan rumah orang PAS......hari ni rumah orang Umno yang tenggelam air. saya cadangkan panggil JKKK minum dan sedut air hujan tu bukan mengadu hal dalam akhbar, nak minta bantuan perbaiki longkang pun kerajaan Melaka dah pokai tinggal hutang aja....

Untuk maklumat selanjutnya, klik disini untuk membaca laporan dari
bro. Mutaligat.

sumber :
Ustaz Kamarudin Sidek

Akibat Tercabar, Ketua Puteri UMNO Malaysia Mula Pusing Ayat - Malaysiakini

Macam-macam la alasan yang diberikan jika seseorang itu mahu mempertahankan jawatannya di dalam parti. Kali ini Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad menegaskan pelaksanaan kaedah kompromi tidak lagi dianggap relevan dalam perebutan jawatan ketua pergerakan itu memandangkan majoriti mereka yang bertanding telah menjangkaui had umur yang ditetapkan.

Perkara ini dibangkitkan apabila Naib Ketuanya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 36, Datuk Shahaniza Samsuddin, 38, dan Datin Ismalina Ismail, 37 mahu bertanding jawatan tersebut.

Nampaknya amalan demokrasi yang disuarakan oleh pimpinan UMNO sebelum ini hanyalah indah khabar dari rupa. Mungkin
Puan Emy yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Melaka boleh menjawab perkara ini. Almaklumlah, kami semua mahukan penjelasan...

Teka - Teki Pak Lah Bakal Terjawab Hari Ini - Malaysiakini

Pemimpin-pemimpin UMNO terutama bagi Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ali Rustam, Mat Taib dan Zahid Hamidi semakin tidak sabar menantikan jawapan teka-teki Pak Lah pada hari ini. Almaklumlah, semua ini antara yang ingin merebut jawatan sebagai Presiden dan Timb. Presiden.

Andaikata Pak Lah memberikan jawapan bahawa beliau akan akan bertanding maka sedih dan kecewalah si Najib. Bagi Muhyiddin Yassin, Ali Rustam, Mat Taib dan Zahid Hamidi terlepaslah peluang mereka hendak menduduki kerusi Timbalan Presiden.

Andaikata Pak Lah tidak bertanding, Najib mesti sudah tersenyum kegirangan dan jawatan Timb. Presiden pula bakal menyaksikan persaingan yang sengit.

Namun pemerhati politik berpendapat Pak Lah tetap akan mempertahankan jawatannya walaupun timbul desakan hebat dari ahli-ahli akar umbi. Perkembangan jelas dilihat apabila jentera kempennya kelihatan begitu sibuk sejak akhir-akhir ini terutama menantunya Khairy Jamaluddin yang sudah pasti tidak mahu bapa mentuanya itu berundur demi 'survival' masadepan politiknya.

Gara-Gara Gambar Gergasi DSAI, Ramai Pemimpin BN Raih Publisiti - Malaysiakini

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.

Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saya menjawab :
Baru RM 5,000 semua pemimpin BN dah kecoh....belum lagi bikin projek yang juta-juta. Apa cerita pula pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan BN berikutan dalam membaik pulih projek MRR2 yang melibatkan kos ratusan juta ?? Takde pulak nak komplen....takut ker ???

Komen 2
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Saya menjawab :
Si Ali Rustam ni pun satu, dia jawab tapi guna kepada lutut. Dia tak sedar pembaziran kat Melaka dan dia mungkin terlupa yang hutang piutang di Melaka yang semakin meningkat saban tahun.

Satu lagi, mungkin dia jeles ngan DSAI kot.....


Komen 3
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.

''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.

''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Saya menjawab :
Terima kasih Zahid Hamidi diatas teguran tersebut tetapi mengapa beliau sibuk sangat dalam isu ini sedangkan semasa Mufti Perlis menegur Dollah Badawi tentang isu mengalungkan bunga di Tugu Negara yang jelas haram seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, beliau senyap seribu bahasa.

Harap dapat diberikan penjelasan...Jangan hanya pandai membodek sahaja...


Komen 4
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.

''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Saya menjawab
Mentang-mentangla yang bikin ini semua pembangkang...Jadi suka-suka je kamu komplen. Bagaimana pula jika Kerajaan BN pula yang bikin. Ada berani kamu semua tegur ?? Tak kan adanya...Rasuah yang berlambak pun kau berdiam diri, Menteri bikin masalah tak ditegur..Inilah sikap pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional..

Komen 5
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.

Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.

Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

Saya menjawab :
Jika nak disebut pasal isu kemiskinan, saya rasa pemimpin-pemimpin BN sendiri boleh jawab. Dalam rancangan Bersamamu yang menjadi tontonan umum di TV3 sudah menjawab segala persoalan Datuk Seri Tiong King Sing. Jadi fikir-fikirlah sendiri...

silembiks : Pemimpin BN hanya pandai berkata-kata dan bersandiwara, hakikatnya mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada melaksanakan tugas mereka untuk berbakti kepada masyarakat.

Selasa, 7 Oktober 2008

Rendahnya Taraf Jawatan Naib Presiden UMNO - Malaysiakini

Tak sangka saya sampai macam tu sekali rendahnya taraf jawatan no.3 dalam parti UMNO iaitu Naib Presiden. Apa taknya, Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Tidak dapat saya teka samada ianya hanyalah sekadar gimik politik atau sebaliknya. Tetapi bagi pandangan saya bahawa yang pemimpin UMNO peringkat akar umbi kini sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka, tidak kira baik dari peringkat MT mahupun pemimpin tertinggi.

Yang pasti, Jawatan Naib Presiden UMNO dari kacamata saya adalah begitu rendah tarafnya dan boleh dianggap sama sahaja dengan jawatan JKK di kampung...

Harga Barang Dah Mula Naik Melambung - Malaysiakini

Harga barang keperluan, terutama barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran melambung sehingga 50 % di seluruh Negara. Harga barang keperluan ini dijangka akan meningkat lagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Dalam hal ini Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya tanpa menyalah dan menunding jari kepada mana –mana pihak seperti pembekal dan pengusaha syarikat pengangkutan.

Kesan kenaikan harga minyak ' terlampau' menyebabkan para pembekal dan pengusaha tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga untuk menyerap pertambahan kos pengeluaran.

Keadaan bertambah buruk dengan kelemahan agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maklumlah Pak Menteri sedang sibuk menjelang pemilihan UMNO akan datang sehingga tak ada masa untuk memantau apa yang berlaku .

Seperti biasa yang menjadi mangsa adalah pengguna dan orang ramai terutama golongan bawahan berpendapatan rendah yang terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kehidupan harian. Sebalikknya golongan pemimpin yang memegang kuasa sibuk dengan jamuan bermewah-mewah di majlis rumah terbuka yang mempunyai agenda serampang dua mata untuk melobi menjelang pemilihan UMNO akan datang. Inilah yang terjadi jika UMNO dan Barisan Nasional memerintah lebih dari 50 tahun....

Sumber dari :
Angkasanuri

Khas Untuk Rakan-Rakan Dari PKR - Malaysiakini

Nampaknya isu Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves semakin hangat diceritakan bahkan pimpinan UMNO sendiri pun tidak terelak untuk membuat ulasan. Antaranya si Ali rustam. Klik disini untuk membaca kenyataan kurang cerdik Ketua Menteri Melaka.

Kepada rakan-rakan PKR, saya bukan hendak menyiram petrol di dalam isu ini tetapi alangkah baiknya jika rakan-rakan PKR yang beragama Islam
merujuk kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dimana beliau berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya

Sila rujuk pada
artikel dari saudara rusly_islam. Semoga rakan-rakan dari PKR terutama yang beragama islam dapat memahami dan menialinya. Harap rakan-rakan dari PKR dapat berlapang dada dalam isu ini.

silembiks : Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.

Ali Rustam Mengulas Isu Foto Besar Anwar Di Batu Caves - Malaysiakini

Apalah mangkuk sangat Ali Rustam ni. Pasal isu replika gergasi DSAI pun dia nak rujuk dengan PAS. Tiba-tiba PAS pula yang disabitkan dalam hal ni. Entah apa-apalah si Ali ni. Entah mesej apa yang hendak dia bawa saya pun tak pasti. Ini ke bakal calon untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ??? Alahai, makin hancurla UMNO selepas ini jika ditakdirkan si Ali ni menang....

Dah tu pulak, pandai pula dia berkata yang pembinaan replika gergasi DSAI itu membazir. Saya bukannya nak membela rakan2 PKR tetapi cara si Ali Rustam ini tak ubah seperti 'menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' atau senang kata, nak nasihatkan orang tetapi diri sendiri tak betul. Jika sebut pasal membazir, si Ali ni lagi kuat membazir. Semalam saya dah keluarkan cerita beliau.
Klik disini untuk melihat kebijaksanaan Ali Rustam dalam mentadbir negari Melaka..mari kita sama-sama belajar mengira berapa banyak hutang kerajaan Negeri Melaka....tu tak membazir ke namanya...Sapa2 yang nak tengok Negeri yang paling banyak cahaya lampu silala datang melawat Melaka terutama pada waktu malam....dah lihat pandai-pandailah rakan-rakan sekalian buat penilaian sapa yang paling kuat membazir....

Alahai Ali Rustam, perbetulkan diri kamu sebelum nak perbetulkan orang lain. Tak salah jika nak nasihatkan orang lain tapi eloklah kamu nasihatkan diri kamu terlebih dahulu...Si wartawan Utusan pun mangkuk juga,
berita 'cikai' macam tu pun nak masuk akhbar...bikin malu nama wartawan saja......

Islam Hapus Dasar Perkauman ?? - Malaysiakini

SEBELUM kemunculan Islam, umat manusia berada dalam keadaan berpecah-belah dan permusuhan. Tiada sebarang ikatan di antara mereka selain 'asabiah' (perkauman yang keji dan sempit). Pada ketika itu hanya wujud perkauman Arab, Parsi, Tauran dan beberapa bentuk perkauman lain. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani 'Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.

Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disarankan bersatu membentuk satu umat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku." (Surah al-Mukminun, ayat 52) Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali 'Imran, ayat 103)

Begitulah Islam berjaya mengubah sikap taksub bangsa dan perkauman, malah menyeru semua kaum supaya bersatu menjadi satu umat yang bersaudara dan bersatu padu. Sebarang kelebihan sesuatu kaum itu hanyalah berdasarkan kepada kekuatan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berusaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan yang menyeluruh di kalangan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam. Usaha murni Rasulullah SAW dapat dilihat sebaik saja Baginda berhijrah ke Madinah. Selain itu, Baginda SAW juga menyatupadukan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Usaha Rasulullah SAW menghapuskan fahaman perkauman ini menjadi asas pembinaan sebuah negara Islam seterusnya sebagai empayar Islam yang unggul dan terbesar. Usaha Rasulullah SAW itu adalah selari firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa serta permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Bagi memperkukuhkan lagi negara yang dibina, Rasulullah SAW berusaha menjalin persepakatan dan kerjasama dalam hal dibenarkan syarak antara umat Islam dengan kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Proses penyatuan dan kerjasama itu dilaksanakan oleh Baginda SAW melalui Perlembagaan Madinah dengan cara diplomasi. Melalui perlembagaan itu hak asasi manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan terjamin. Di samping itu, ia menetapkan bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab bersama antara umat Islam dan kaum Yahudi. Namun begitu, kerjasama yang dilaksanakan Rasulullah SAW itu tidaklah berbentuk toleransi yang melulu terhadap orang bukan Islam. Sebenarnya umat Islam diharuskan menjalin perhubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Perhubungan ini harus dipupuk dengan persefahaman dan kerjasama yang sihat semoga suasana aman dan harmoni dapat dicapai demi untuk meningkatkan lagi pembangunan masyarakat. Namun demikian, sejarah juga mengajar kita bahawa sikap berhati-hati tidak harus dilonggarkan sehingga persediaan kita untuk bertindak memulihkan kekeruhan dan ketegangan yang berlaku terjejas keberkesanannya.

Rasulullah SAW menunjukkan satu contoh unggul dalam menghapuskan fahaman perkauman. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu beragama Islam wajar menjadikan usaha itu sebagai contoh dan panduan bagi mengembalikan kegemilangan perpaduan yang sudah lama dibina. Kita seharusnya menolak segala budaya berbentuk jahiliah sempit dan menerima segala amalan kebaikan. Oleh itu, elemen perpaduan yang dilaung-laungkan selama ini, wajib diberi perhatian serius oleh semua pihak. Ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh atau dipermainkan tetapi ia adalah syariat Islam.

Realitinya, tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan umat Islam kini masih belum menghayati dan mengamalkan sepenuhnya seruan perpaduan ini. Umat Islam dilihat terlalu taksub kepada semangat kepartian, keturunan dan kedudukan pangkat masing-masing sehingga melupai seruan perpaduan Islam. Jika sifat taksub masih membelenggu jiwa umat Islam, maka sukar untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang kuat, maju, aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam suasana harmoni serta bekerjasama sepenuhnya secara adil.

Sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak seharusnya menjadikan perbezaan fahaman politik dan kedudukan pangkat sebagai punca perpecahan. Ini kerana agama lebih penting daripada parti politik dan segala ideologi ciptaan manusia. Justeru, untuk mengekalkan kestabilan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara, elemen perpaduan dan persaudaraan amat penting. Sesebuah negara tidak mungkin dapat berdiri teguh jika masyarakat tidak bersatu padu ibarat pepatah Melayu: "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh." Sesungguhnya perpecahan boleh mengundang banyak kerugian dan kelemahan kepada umat Islam. Sesebuah negara itu lebih senang dijajah apabila masyarakatnya tidak bersatu dan hidup tidak berpandukan al-Quran dan hadis. Kewujudan perpaduan di kalangan umat Islam jelas merunsingkan musuh Islam. Malah isu perpaduan umat Islam diberi perhatian serius oleh mereka.

Segala misi musuh Islam untuk menjajah negara umat Islam tidak akan berjaya selagi wujud perpaduan. Oleh itu jelaslah betapa pentingnya perpaduan dan persaudaraan ini. Kesimpulannya, perpaduan yang kukuh pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan negara serta tamadun Islam. Justeru setiap umat Islam hendaklah menghayati dan mensyukuri nikmat perpaduan serta berusaha memeliharanya sepanjang masa.

sumber : Assirkami

Isnin, 6 Oktober 2008

Abdullah Tetap Akan Pertahankan Jawatan Presiden UMNO - Malaysiakini

Teka-teki samada Abdullah Badawi akan mempertahankan jawatan beliau akan diketahui esok ataupun lusa. Beberapa pimpinan UMNO nampaknya semakin tidak sabar menunggu pengumuman yang akan dibuat dari Pak Lah. Jika Pak Lah mengumumkan yang beliau menarik diri maka Najib bakal menduduki jawatan Presiden tersebut dan jawatan untuk timbalan presiden pasti mendapat tentangan sengit oleh beberapa pimpinan tertinggi UMNO.

Tapi disini saya bukannya mahu bercerita mengenai perebutan jawatan dikalangan pimpinan UMNO sebaliknya saya lebih tertarik dengan isu samada Pak Lah akan mempertahankan jawatan presiden atau sebaliknya. Dalam hal ini sukar hendak kita semua ramal tetapi dari naluri hati saya mengatakan bahawa Pak Lah tetap akan mempertahankan jawatan beliau.

Dalam isu ini rasanya rakan-rakan sekalian boleh memikirkan sendiri dan ada dikalangan rakan-rakan sudah pun masak dengan sikap Pak Lah. Saya lebih suka fokus kepada pandangan dari rakan blogger saya,
bro. Mutaligat . Boleh juga digunapakai pandangan beliau untuk isu ini....

Apa Dah Jadi Dengan Akhbar Sinar Harian Melaka & N9 ? - Malaysiakini

Saya memang sangat jarang membeli akhbar versi bercetak, lebih-lebih akhbar yang bersikap 'pengampu' yang telah lama hilang etika kewartawanan dan profesionalisme penulisan.

Entah macam mana tergerak beli Sinar Harian yang saya rasa sedikit ok berbanding akhbar lain. Sila teliti kenyataan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Mohamad.



Nak mengampu punya pasal sampai terlupa bahawa Parlimen Kota Melaka dimenangi oleh DAP dalam pilhanraya ke 12 yang lalu. Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, Sim Tong Him mesti senyum kalau baca berita ini

silembiks : Mmmm sapa yang silap, wartawan ataupun Datuk Othman Mohamad.....kesilapan sedemikian semakin kerap berlaku kepada akhbar Sinar Harian edisi N9 dan Melaka....sebelum ini bro. sebol ada keluarkan satu artikel yang sedemikian. Sila klik disini

Sumber dari : Angkasanuri

Ali Rustam Bercita-Cita Nak Jadi TPM - Malaysiakini

Sebelum ini dengarnya si Ali Rustam mahu mengekalkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden UMNO tetapi 'fakta' terkini ada menyebut bahawa beliau menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Saya bukannya ada 'power' mahu menghalang si Ali ni bertanding tetapi saya berfikir alangkah baiknya rakan-rakan UMNO memikirkan semasak-masaknya untuk mencalonkan si Ali sebagai calon yang bertanding untuk merebut jawatan timb.presiden. Umumnya semua mengetahui bahawa kerusi tim. pres. Umno merupakan tiket sebagai tim. perdana menteri. Jadi cuba bayangkan andaikata Ali Rustam menang dan menjadi TPM, alangkah semakin hancurlah masa depan negara. Kenapa saya berfikir sedemikin.....kurang cerdikkah Ketua Negeri Melaka ???...Saya ada jawapannya..

Sebelum ini rakan saya Sebol ada mengirimkan satu artikel kepada saya berkenaan dengan hutang kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2007 yang berada dibawah kepimpinan Ali Rustam. Artikel tersebut juga boleh didapati didalam blog jasindaily Online. klik disini untuk melihat seterusnya..

Seterusnya di blog Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga turut membongkar ke'boros'an kerajaan Negeri Melaka sepanjang berada dibawah pentadbiran Ali Rustam. Klik disini untuk terus ke blog beliau.

Saya rasa cukup dua perkara ini saya dedahkan dahulu sebagai tatapan ahli Umno khasnya sebelum mengambil sikap menyokong 100% Datuk Seri Ali Rustam bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno. Peringatan dari saya, jangan menyesal dikemudian hari sudahlah....

Terbukti Pemimpin Barisan Nasional Penipu !! - Malaysiakini

Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional lazimnya memang sudah tidak boleh dipercayai serta sudah tidak relevan di dalam arena politik tanahair. Ini berikutan segala kenyataan yang dikeluarkan oleh semua pemimpin dari parti komponen tersebut hanyalah dusta belaka.

Terkini sedikit penerangan tentang isu kenaikan dan penurunan harga minyak di Malaysia.
Menurut Utusan Malaysia yang bertarikh pada 6 Oktober 2008, Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini jika trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah AS$100 (RM351) setong berterusan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan mengenainya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet sama ada pada 24 atau 31 Oktober ini.

Baiklah, ini kenyataan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tetapi bagaimana pulak pembohongan yang dibawa oleh 2 orang manusia yang tidak memahami ekonomi Malaysia ketika ini. Sila baca 2 pembohongan yang saya nyatakan dibawah..

Pembohongan pertama :
Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata negara akan bangkrap jika harga minyak turun. Kenyataan ini disebut oleh beliau sebelum PRU 12 semata-mata untuk meraih undi ketika PRU 12.
klik disini untuk seterusnya..

Pembohongan kedua :
Debat antara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Shabery Cheek dengan DSAI. Beliau beria-ia menyokong tindakan Pak Lah berikutan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 malah menentang sekeras-kerasnya dakwaan DSAI bahawa harga minyak tidak boleh diturunkan.
Klik disini untuk melihat klip video debat antara DSAI dengan Shabeery Chik atau anda boleh rujuk di dalam laman youtube.

Kesimpulan :
Disini sudah terbukti dakwaan DSAI bahawa harga minyak boleh diturunkan adalah memang berasas. Penurunan harga minyak sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 bulan sudah membuktikan walaupun harga penurunan tersebut jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan harga kenaikan sebelum ini. Cuma disini yang menjadi tanda tanya, kenapa lagi dulu kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah tidak melakukan semua ini. Kenapa semuanya baru sekarang ??

Kefahaman Melayu UMNO - Malaysiakini

Saya mendapat mesej (sms) daripada seorang kawan lama zaman persekolahan dahulu. Mungkin 'sms' ini telah tersebar dalam kalangan orang 'Melayu sejati' seperti dia, agaknya.

Dia kata, Saya jawab.

Dia : SALAM AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN..

Saya: Terima kasih atas ingatan.

Dia : Orang Melayu itu bangsa berbahasa,

Saya: Betul tu. Tapi kenapa sains dan matematik tidak ajar dalam bahasa Melayu ? Tak tahukah enam subjek dalam aliran sains tulen dan tujuh subjek dalam aliran teknik tingkatan empat kini diajar dalam bahasa Inggeris? Mana nak letak bahasa kita? Bacalah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan .

Dia : Orang Melayu itu bangsa beradab,

Saya: Yang menuduh orang tanpa saksi, bersumpah di sana-sini, yang tak mau jumpa rakyat tu beradab ke namanya?

Dia : Orang Melayu itu bangsa beradat,

Saya: Bawa artis Barat, anjur konsert sana-sini, tidakkah menjahanamkan adat namanya? Yang jaga adat kata, biar mati anak jangan mati adat. Sekarang, anak mati, adat pun mati.

Dia : Melayu itu Islam,

Saya: Belum tentu semua. Lina Joy, Kamarudin Abdullah, Ayah Pin apa agamanya sekarang? Yang tolak hukum hudud, qisas dan ta'zir tu Islam ke tidak? Melayu tidak beriman dengan undang-undang tersebut, Islamkah agamanya?

Dia : Melayu taat setia pada Raja Sultannya,

Saya: Betul ke taat? Yang bergaduh dengan raja sultan dulu dan buang kuasa raja sultan tu siapa? Dulu dia Presiden parti yang kau sokong bukan?

Dia : Zaman berzaman Melayu percaya adanya Tuhan,

Saya: Setakat percaya saja, umat nabi-nabi terdahulu dan Arab Jahiliah lebih dulu percaya. Percaya dengan beriman tu samakah? Yang penting beriman dengan uluhiyah, rubbubiyah, asma wassifat bro!

Dia : Melayu banyak petua dan falsafahnya...

Saya: Antara dua perkara itu dengan kalamullah, sunah rasul-Nya dan hikmah ulama, yang mana lebih baik ?

Dia : Pantang Maut sebelum ajal,

Saya: 'Walikulli ummatin ajal'. Setiap umat itu ada ajalnya. Sejak merdeka, berjuta anak bangsa sudah mati sebelum ajal. Tidak nampakkah?

Dia : Agamanya jangan engkau ludahi,

Saya: 'Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab, dan kufur pada sebahagian yang lain?'

Dia : Maut padahnya nanti,

Saya: Para samseng pun akan mati juga akhirnya..

Dia : Raja Sultannya jangan engkau langkahi,

Saya: Parti apa yang telah mencatat sejarah itu..?

Dia : Sanggup bertikam berlembing,

Saya: Dah kuat sangat ke? Jangan cari pasal.

Dia : Bercerai nyawa dari badan kamu nanti,

Saya: Jangan menjual terlalu murah. Nanti ada yang membelinya...

Dia : Biar putih tulang jangan putih mata,

Saya: Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup menderhakai-Nya.

Dia : Hidupnya Melayu biar miskin harta,

Saya: Ini ajaran songsang pemimpin kamu. Pemimpin songlap kekayaan. Yang kaya biar dia sorang, orang lain biarlah jadi macam yang kau kata. Negara ini kaya. Tugas kami mengagihkannya menurut acuan Islam.

Dia : Jangan miskin budi bahasa,

Saya : Ibu bapa dah didik budi bahasa. Yang hendak diajar ialah orang yang tidak reti bahasa.

Dia : Merdekanya Melayu dengan gema MERRRRRDEKAAA!!!

Saya: Sejak datangnya penjajah kumpulan Islam berjihad dengan darah dan air mata..Yang merompak kemerdekaan dan 'dianugerah' kemerdekaan daripada British ialah Umno/Perikatan. Tak faham sejarah?

Dia : Bukan kecil langkah Melayu,

Saya: Para syuhada tempatnya di syurga. Para nasionalis di mana?

Dia : Hampir lima abad menjadi hamba,

Saya: Para mujahid menghambakan diri hanya pada Khalik, bukan sesama manusia. Dia menggantikan kehidupan dunia dengan keluasan hidup di akhirat.

Dia : Bermandi darah dan keringat, Membasahi tanah bertuah ini,

Saya: Kemerdekaan dengan cara apa? Tidak layak nak cakap..retorik!

Dia : Tanah ini Melayu empunya.....**/**

Saya: Bumi dan alam ini milik Allah. Dijadikan manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal-mengenal. 'Orang yang Kami beri kekuasaan memerintah di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada kemungkaran, dan bagi Allah terserah segala urusan.'

Dia : HIDUP MELAYU!!!!

Saya: Islam Untuk Semua. Tegakkan keadilan, runtuhkan kezaliman. 'Masuklah Islam sepenuhnya, dan jangan turuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, ia musuhmu yang amat nyata.'

Sumber dari : Cikgu Azrin

Salam Kembali

Assalamualaikum...

Bersua kita kembali....Hari ini saya kembali....