Memaparkan catatan dengan label Polis diraja Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis diraja Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 16 Februari 2009

ANTARA KISAH TERBARU BARUA UMNO - Malaysiakini

Bukan Niat saya menghina dan membenci mereka tetapi nak tak nak saya terpaksa menghina dan bencikan mereka. !!!! Ketegangan yang melanda Negeri Perak turut dirasai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Pasukan polis yang sebelum ini kita ketahui bahawa tugasnya dimana mereka dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara kini telah menerima satu job yang baru dimana mereka telah diarahkan untuk mengepung tempat ceramah yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, YB Datuk Paduka Husam Musa.

Jelas kini Polis sanggup diperkudakan oleh Barisan Nasional serta mereka sanggup melakukan kerja-kerja sedemikian bagi mengelakkan rakyat menerima maklumat terkini yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Ini merupakan salah satu bukti yang dapat kita lihat bahawa sememangnya kerajaan baru Barisan Nasional yang merampas tampuk pemerintahan dari Pakatan Rakyat adalah kerajaan haram.

Malang sekali, kes adik Nurin hingga ke hari ini masih tiada penyelesaian, begitu juga Kes kematian Altantuya yang mati di bom dengan C4 hingga ke hari ini masih samar lagi keputusannya, tidak dikira lagi Kes jenayah di Malaysia yang makin hari makin meningkat dan masih gagal dibendung. Tetapi malangnya perkara yang berlaku semuanya tidak dipandang serius sebaliknya mereka lebih rela menjadi alat untuk memuaskan hawa nafsu kepada Barisan Nasional....Alangkah malang sistem kepolisan yang ada di Malaysia..Sampai bila agaknya mereka ini sanggup menjadi alat kepada barisan Nasional....Kesian saya melihat mereka......Tak ubah seperti orang bodoh yang tidak berakal...

Rabu, 11 Februari 2009

POLIS DI MALAYSIA SEMAKIN HAMPEH !!! - Malaysiakini


Demokrasi semakin dicabul dan dikriminasi berlaku. Pakatan Rakyat semakin dianaktirikan oleh pasukan yang kononnya mengaku menjaga keselamatan negara. Inilah kisahnya....hairan bin Ajaib.....tetapi inilah realiti yang perlu kita tatapi di Perak...

Sejak bila pencacai UMNO boleh mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan haram ??? Lagi bertambah ajaib dan pelik kenapa tiada tembakan gas pemedih mata serta tangkapan dilakukan kepada para-para pendemo haram ??? Nampak gayanya, Polis di Malaysia semakin buta dalam melaksaanakan tugas. Inilah kesan jika menjadi 'barua' kepada pimpinan UMNO dari dulu kini dan selamanya...

si lembik : Sampai bila agaknya Polis di Malaysia nak berubah..rasa hendak tercabut je ginjal saya bila melihat drama Gerak Khas di RTM 2

Selasa, 10 Februari 2009

KESIAN POLIS MALAYSIA JADI HAMBA BN - Malaysiakini

Jika berlaku perhimpunan @ demotrasi siapa yang kerap dihambur dengan cacian ??? Siapa lagi jika bukan Polis Diraja Malaysia. Lihat sahaja video ini, inilah hasil jika mereka menjadi boneka kepada pimpinan Barisan Nasional yang dungu. Amanah yang diberi untuk mempertahankan negara telah disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Patutla ada dikalangan blogger mengatakan yang perilaku polis di Malaysia tak ubah seperti 'an............'. Bukan saya yang menulis tetapi adalah orang tu......

Jumaat, 12 September 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Yang Aman, Part 2 - Malaysiakini

Baru semalam saya mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan keamanan di Malaysia. Artikel yang saya keluar hanya banyak menghuraikan berkenaan isu jenayah yang membabitkan banjiran pendatang asing ke Malaysia.

Di dalam akhbar
Utusan pada hari ini (12 September 2008) telah mengeluarkan cerita yang hampir sama dimana ulasan di Utusan Malaysia berkaitan dengan isu trend jenayah di Malaysia semakin membimbangkan. Jadi bukan saja saya yang bimbang bahkan ramai lagi yang bimbang.

Disini saya hanya dapat memaparkan statistik berkenaan dengan isu kes pecah rumah seperti yang dilaporkan. Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Nampaknya keselamatan di Malaysia semakin membimbangkan dan Polis pula jangan hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Almaklumlah, setiap kali demo ataupun ceramah yang membawa penglibatan kepada Pakatan Rakyat, pihak Polis sentiasa melibatkan diri seolah2 mereka ini penjenayah yang besar dan boleh membawa ancaman kepada negara.

Saya tidak mahu menyalahkan polis 100% dalam hal ini dan tidak semua anggota polis yang setuju apabila dikerahkan untuk kerja-kerja sebegini cuma yang pasti kami mahukan peranan polis adalah terjurus kepada bidang tugas yang sebenar bukannya menjadi hamba kepada mainan politik kerajaan Barisan Nasional. Tetapi malang KPN sanggup menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan yang korup.

Dalam menangani masalah ini saya sebenarnya tidak mahu hanya meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak polis tetapi sebaliknya kita sama-sama berusaha membantu menangani masalah sebegini. Kaedah yang macam mana, kita sama-sama fikirkan dan yang pasti apa yang kita mahukan ialah kadar jenayah mesti diturunkan bagi menjamin kehidupan di Malaysia aman dan harmoni...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tahniah Polis Malaysia..Anda Memang Hebat

Pagi tadi ketika saya menjengah blog Amin Iskandar, saya terbaca artikel berkenaan isu penangkapan Bro Bakar atau Penulis Blog Penarik Beca malam tadi. Menurut kenyataan di dalam blog beliau, Bro Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Wah, sampai macam tu sekali hebatnya Polis di Malaysia. Sekelip mata jer dapat mengesan orang yang mereka kehendaki. Tabik spring la untuk Polis Malaysia yang dibawah bimbingan Musa Hasan, tapi yang saya musykilnya kenapa kes-kes yang sebegini Polis Malaysia ni hebat tapi bila jenayah yang menyabitkan kes pembunuhan, rompak bahkan kes culik sekalimanapun tiba-tiba mereka menjadi Bo@*% yang teramat sangat. Kes
adik Sharlinie sampai ke la ni ntah apa ceritanya dan begitu juga kes rompakan mikrocip dua kontena di Penang pada awal tahun ini, tutup macam tu je...

Lagi pelik mereka sanggup menjadi 'balaci' kepada sekutu BN..pasal apa saya cakap lagu ni, pasal saya cukup menyampah coz mereka sanggup menghabiskan masa dengan membuat sekatan jalanraya semata-mata nak tangkap peserta himpunan demontrasi dan untuk cerita hari ini, Kuala Lumpur sekali lagi dilanda 'gelombang' kesesakan akibat pihak polis mengadakan sekatan jalanraya dimana ia ada hubung kait dengan kes
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke mahkamah pagi tadi..Keluhan dari pendengar radio IKIM.FM, beliau rasa tensen coz time orang sibuk nak pergi keje time tu pulak dia polis bikin 'road block'.

Lagi best, Kisah Najib
Altantuya ditutup rapat malah dijaga dengan begitu rapi dan yang menjadi mangsa polis berdua...Kesian kat mereka..

Alahai Polis Malaysia, cukup-cukupla awak buat lagu tu..sia-sia je p training untuk membentuk disiplin tapi rupa-rupanya hancus.. Lepas ini kita sama-sama tunggu dan saksikan adegan seterusnya kisah Polis di Malaysia..berbeza dengan kisah Polis di dalam rancangan Gerak Khas yang ditayangkan pada setiap Hari Jumaat. Saya sentiasa menantikan rancangan Gerak Khas berkisar dengan apa yang berlaku sekarang ni. Harap-harap Datuk Yusof Haslam @ Anaknya Si Syamsul ada baca artikel saya ini.

Kepada Polis Malaysia, bawa-bawalah berfikir....sedih saya bila kamu semua menjadi mangsa politk di Malaysia....lagi sedih bila ketua kamu si pembawa tilam semasa Filem Liwat 1 memimpin kamu dan mencemarkan maruah PDRM...Moga kamu beralihkan minda kamu ke arah perkara yang benar..Saya tahu, ada dikalangan kamu semua terpaksa melakukan kerja ini secara paksa rela demi mencari rezeki.....moga Allah sentiasa melindungi kamu..

Untuk rakan-rakan blogger pula, jangan takut perjuangkan perkara yang benar. Penangkapan Bro Bakar merupakan satu titik permualaan perjuangan kita di alam cyber. Mari kita sama-sama mem'bogel'kan segala kezaliman yang dibawa oleh Pak lah bersama sekutu-sekutunya. Moga rakyat dapat lihat bahawa selama ini mereka ditipu oleh manusia yang bertopengkan syaitan dan bernafsukan binatang.....