Elok sangatla tu, ni la masa yang terbaik...Tujuan masuk parti adalah untuk membantu rakyat dan bukannya meletakkan kepetingan individu sehinggakan mengatasi kepentingan rakyat...moga sesi pemutihan segala2 bangkai, najis dan manusia2 yang corrupt dapat memperkasakan PKR....maka dengan itu, PR semakin utuh dengan hilangnya segala kotoran kesan degil yang sudah terlalu lama terpalit di dalam PKR..
UMNO DAN BARISAN NASIONAL SEMAKIN TIDAK RELEVAN DI BUMI MALAYSIA. BUKAN SEKADAR GAGAL MEMBELA BANGSA, SEBALIKNYA AGAMA SEMAKIN HANCUR LULUH DIBAWAH PEMERINTAH YANG LEBIH DARIPADA 50 TAHUN. KINI MEREKA MENUJU ZAMAN KEHANCURAN....
Selasa, 23 November 2010
SELEPAS SU BANJIR, MEDIA ARUS PERDANA MULA MENCANANG ISU PENGANGGURAN DI KELANTAN
Itulah koje akhbar pencacai kepada kerajaan UMNO + BN...memang patutla mereka dihukum oleh MB Kedah....tapi ketua gerakan pemuda kedah yang bodoh bangang boleh pula merasa sedih diatas isu ini...stori terbaru, kelantan cuba dijadikan mangsa kerakusan media arus perdana dengan isu pengangguran...hmmm aku rasa elok kerajaan BN cermin dulu apa yang berlaku pada negeri dibawah pemerintahan mereka....bukan aku hendak menafikan keadaan sebenar tetapi bak kata orang tua2, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..lihat sahaja negeri sabah n sarawak...entah apa cerita...hasil yang banyak tetapi cuma menjadi hak milik kepada mereka yang berkepentingan serta mempunyai keinginan nafsu yang tinggi..kalo benarlah cara corak pentadbiran, aku confirm sarawak dan sabah serta beberapa negeri di Semenanjung dibawah BN confirm boleh jadi negeri maju...tetapi sumanya itu hanhyalah indah khabar dari rupa....
p/s : Melaka nama je negeri maju, tapi hutang keliling pinggang...dah tu pulak, banyak bangunan sudah menjadi projek gajah putih...xpecaya hang datangla ke Melaka ramai2...semuanya indah khabar dari rupa
p/s : Melaka nama je negeri maju, tapi hutang keliling pinggang...dah tu pulak, banyak bangunan sudah menjadi projek gajah putih...xpecaya hang datangla ke Melaka ramai2...semuanya indah khabar dari rupa
BUKTI PENTADBIRAN BN YANG DIKATAKAN MAJU
Ini antara bukti yang dapat wartawan 'Utusan Meloyar' rakamkan...bukti yang menunjukkan negeri dibawah pemerintahan 'KERAjaan BN semuanya maju....hampeh macam hampas kelapa...tepuk dahi, tercabut kepala...geleng kepala, otak pula terkeluar...itulah yang boleh dibaratkan...nasib Pak menteri yang ada ketika itu memang bernasib baik, jika tidak dah tentu beliau tersungkur & jatuh kedalam paya..jika nasib tak baik, menjadi santapan sang buaya...dulu dok canang kelantan negeri termundur tetapi hakikatnya, runtuhan titi yang dilalui sudah boleh memberikan jawapan kepada pak menteri yang begitu lemah gemalai....auuuuuwww
p/s : kepada penduduk sarawak, tryla bawa perubahan...depa dah memerintah cukup lama,tapi semakin hampeh...yang senang bertambah senang, yang miskin tersangtla miskin....KM sarawak hidup makin senang lenang...spesis manusia macam tu elok dicampak ke sungai rajang...biaq mampuih di baham sang bedal....arap2 PR sarawak yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat menjadi perintis perubahan kepada masyarakat
Ahad, 21 November 2010
ADAKAH MONORAIL MELAKA MENGIKUP STANDARD OPERATION PROSUDER (SOP) ??
Dari sumber dalaman mengatakan bahawa pembinaan monorail di melaka dilaksanakan dalam keadaan terburu2 serta tiada SOP. Antara permasalahan yg menyebabkan kenapa tertangguhnya operasi monorail yang menyusuri sungai Melaka adalah disebabkan faktor keselamatan yang meragukan para penumpang. Di KL, jika monorail mengalami kerosakan, para penumpang boleh turun dan berjalan kaki menyusuri landasan yang disediakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana landasan monorail di KL begitu luas dan berbeda dengan Melaka yang yang kecil sesangat. jadi, adakah kaedah menggunakan 'skylift' merupakan kaedah yang paling relevan atau permikiran barisan Exco kerajaan Negeri Melaka hanya berada di'level' ini. Nampaknya gayanya, YB Gan Tian Loo terpaksa memerah keringat untuk memikirkan permasalahan ini...
p/s : Dalam bulan September 2010, aku dengar pihak KTMB & Kementerian Pengankutan masih belum meluluskan permohonan dan adakah semasa pelancaran monorail ini sudah mendapat kelulusan serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KTMB & Kementerian Pengankutan ???.Klik sini untuk cerita tambahan monorail di Melaka
p/s : Dalam bulan September 2010, aku dengar pihak KTMB & Kementerian Pengankutan masih belum meluluskan permohonan dan adakah semasa pelancaran monorail ini sudah mendapat kelulusan serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KTMB & Kementerian Pengankutan ???.Klik sini untuk cerita tambahan monorail di Melaka
MONORAIL MELAKA ROSAK LAGI ??
Semalam sebelum aku balik ke KL, aku bawa famili aku round2 di Melaka. Tergerak hati ni, bawa wife n anak2 nak bot Ali Rustam (River Cruise). Naik di jeti Taman Rempah n nampak stesen monorail tapi monorailnya xde. Xpela, dalam perjalanan menikmati 'kewangian' air sungai melaka, aku terlihat ada orang tengah me'repair' monorail. Persoalannya, monorail yang diagung2kan oleh Ketua Menteri Melaka pada perasmian 20102010 masih rosak lagi ker ??? berapa ribu orang agaknya dah merasai menaiki monorail yang boleh memuatkan kapasiti 20 orang tu ??? maybe puak2 UMNO dan BN tegar saje yang boleh menjawab persoalan budak tadika ini..
CUKUPLAH ZAID, APA LAGI YANG ANDA TAK PUAS HATI ???
Aku tengok macam2 musibah yang melanda PKR dan sedikit sebanyak rakan2 dalam PR merasai tempiasnya. Untuk Zaid, jika kau dah memang nak keluar, cukuplah dan jangan nak mengungkit kisah2 yang lepas. Kewujudan parti baru yang dikatakan bakal engkau tubuhkan belum tentu memberikan satu jaminan bahawa ia mampu merubah suasana politik di Malaysia. Cukupla dengan statement yang berulang dan menyebabkan orang semakin cemuih. Kau kena ingat bahawa, setiap statement yang ko buat akan di'ajinomoto'kan oleh media. Yang terbaik, ko kurangkan bercakap & buat kerja yang sepatutnya ko buat..
Langgan:
Catatan (Atom)