Isnin, 23 November 2009

AKHBAR KERAJAAN SEMAKIN HILANG MAGIS

Akibat kehilangan sokongan dan populariti yang semakin menurun serta jualan akhbar yang merosot memungkinkan akhbar milik kerajaan mencanang cerita yang merapu yang melibatkan pimpinan kanan parti dari Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja berita hari ini, Husam Musa telah membongkar segala fitnah yang ditabur oleh media milik kerajaan dan apa yang saya jangkakan memang menjadi realiti bahawa ini hanyalah propaganda yang sengaja dicetuskan oleh akhbar milik Barisan Najis ekoran cemburunya mereka kepada keutuhan kepimpinan PAS didalam menongkah arus perjuangan.

Jadi kepada media milik Barisan Najis, hentikan sahajalah pembohongan yang kerap dilakukan..rakyat semua sudah cerdik dan tidak sebodoh seperti yang kamu sangka...jika orang kampung mungkin kamu boleh perbodohkan tetapi tidak bagi kami dari golongan muda yang bakal menjadi inspirasi untuk menjatuhkan temboh BN yang sudah semakin rapuh...lu tunggula beb pada PRU 13 !!

KOTA SIPUTEH : KEMENANGAN PERTAMA PAKATAN RAKYAT

SPR gagal dalam menangguhkan perintah kosongkan Kota Siputeh. Nampaknya hasrat balaci kepada BN semakin terus menemui kegagalan berterusan. Lihat sahajalah, BN sebenarnya takut untuk menentang PR dalam PRK kerana ia bukan sekadar membabitkan soal maruah sebaliknya mengukur sejauh mana sokongan masyarakat terhadap parti mereka yang semakin berkarat.

Isu SPR diperalatkan oleh parti yang penuh dengan najis tidak menghairankan semua pihak, lihat sahajalah beberapa PRK yang pernah diadakan dalam tempoh hampir 2 tahun..hari pengundian diletakkan pada hari bekerja, tiada perayu undi, undi POS yang tidak telus dan seangkatan dengannya. Lihat sahaja di Bagan Pinang, pengundi yang dah mati pun boleh mengundi bahkan pengundi yang pernah mengundi pada PRU 12 tetapi tidak boleh mengundi semasa PRK.

Tapi dalam apa jua perkara, SPR yang diperkudakan oleh BN tidak akan berputus asa, bermacam-macam lagi agenda yang bakal mereka merencanakan bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah pemimpin BN. Oleh itu, kita semua perlu mempersiapkan diri dalam menangani apa jua perkara yang bakal dihadapi kerana SPR sememannya tidak boleh dipercayai....Kegagalan SPR untuk kali ini merupakan kemenangan moral PAS dan PR dalam menanti PRK Kota Siputeh

Ahad, 22 November 2009

SPRM PERLU SIASAT PEMIMPIN UMNO !!!

Jangan kecoh mendesak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) bilamana laporan terhadap kepimpinan UMNO sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.”

Begitulah kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik, ketika mengulas mengenai desakan supaya SPRM menyiasat Mursyidul Am Pas atas dakwaan ditaja pihak tertentu menunaikan haji tahun ini.

Menurut Kamaruddin, mereka tidak perlu mendesak SPRM menyiasat Nik Abdul Aziz tetapi sebaliknya memberi perhatian kepada kepimpinan UMNO yang nyata telah terlibat dalam gejala rasuah, termasuk politik wang.

“Saya sendiri pernah menuntut supaya SPRM menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan rasuah pada 18 Mac dulu, tetapi sehingga kini saya masih belum nampak hasil siasatan itu.

“Beliau yang telah dibuktikan terlibat oleh Lembaga Disiplin UMNO pun tidak disiasat mengapa Nik Abdul Aziz yang belum pergi haji sebagaimana yang didakwa perlu disiasat?

“Tidak perlulah mana-mana pihak membuat kecoh dan mendesak SPRM menjalankan siasatan kerana kalau hendak siasat, siasat dulu kepimpinan (UMNO) yang terbukti pembabitan mereka,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas Nik Abdul Aziz.

Memorandum setebal lapan muka surat itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian, dan diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM negeri, Muhamad Hafiz Hamzah

SUMBER : Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

SPRM SEMAKIN MEMBISU ISU RASUAH ALI RUSTAM

Hampir setengah tahun menunggu tindakan SPRM terhadap kes rasuah yang melibatkan CM Melaka pada pemilihan agung UMNO...Ali yang dikatakan calon favourite untuk merebut jawatan no.2 di dalam UMNO di dapati bersalah ekoran penglibatan beliau di dalam najis rasuah..

Sehinggalah ke hari ini, SPRM bukan sekadar hendak menangkap bahkan hendak menjentik si Ali pun jauh sekali..dimana integiriti SPRM ketika melaksanakan tugas.??.adakah sikap double standart dalam melaksanakan tugasan masih diamalkan oleh SPRM ataupun deria hidu SPRM menjadi tajam apabila 'ikan bilis' sahaja tetapi 'problem' ketika berdepan dengan si'ikan jerung' ??

Nak citer banyak pun tak guna, saya sendiri pun pernah terlibat dengan taklimat yang dibawa oleh SPRM dan bila sesi Q & A, majoriti persoalan yang dikemukakan gagal dijawab sebaliknya dipusingkan soalan yang diberi agar menjadi jawapan...

Rumusan : SPRM masih ditakuk lama dan pertukaran BPR kpd suruhanjaya hanya make up semata2 bagi mengaburi pemikiran rakyat yang mentah dengan suasana politik murahan yang dibawa oleh BN yang sememangnya mahu merosak dan menjahanamkan negara..Apa lagi bro, kalau berani kau dakwalah si Ali Rustam.....pimpinan PR pun dah naik penat turun naik kat pejabat SPRM

HUSAM LETAK JAWATAN ?? PROPAGANDA BN SELEPAS ISU JATUHKAN NIZAR

Barisan Najis sudah memang tiada modal hendak dijadikan berita. Selepas merampas Perak secara 'gengster', memutar belitkan isu UG, melacurkan isu Bai'ah yang sememangnya mereka sendiri tidak fahami maknanya kini mereka cuba mencungkil isu Husam yang kononnya ingin melepaskan kesemua jawatan dalam politik mahupun kerajaan negeri ..Utusan Meloyar pantang melihat peluang sebegini lalu dicanangnya diseluruh tanah air walaupun maklumat tersebut masih kabur untuk diperjelaskan..

Apa yang pasti, Barisan Nasional akan menggunakan segala kuasa yang ada begi mengucar kacirkan PAS bersama rangkaian persahabatan dengan PKR dan DAP. Cuma yang penting kita semua jangan mudah terpengaruh dan terikut dengan rentak yang dibawa oleh parti tersebut sebaliknya kita berfikir bagaimana mahu mengukuhkan gerak kerja parti dalam mempertahankan kemenangan dan memperolehi lebih banyak kerusi pada PRU 13..Jika kita sama2 mengikut rentak tari Barisan Najis alamatnya kita sama2 bungkus...Ingat, Perkasakan parti dan kuasai golongan muda...mereka merupakan aset yang paling penting untuk meruntuhkan tembok kedurjanaan Barisan Najis yang memerintah lebih 50 tahun...

SI LEMBIK KEMBALI MEMBAWA KEBENARAN NIZAR

Kini saya kembali dan akan menyemarakkan perjuangan politik di alam cyber..walaupun saya dapat melihat alam cyber kini dikuasai oleh anasir2 dari Barisan Najis dalam menyampaikan dakyah palsu dengan ganjaran yang lumayan...

kami dari team PR akan berusaha memastikan berita2 yang sahih dan boleh dipercayai disebar dan terus menangkis segala propaganda palsu yang dibawa oleh mereka yang memperjuangkan kezaliman kepada rakyat.....

salam perjuangan

Khamis, 9 April 2009

JANGAN BIARKAN HATI DIBUAI DENGAN RASA BANGGA, TUGAS MAKIN BESAR DIHADAPAN

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera kepada wak dan rakan-rakan bloggers..pasti saat ini adalah saat paling senang untuk melepaskan lelah sepanjang hampir 18 hari bergelumang dengan segala macam peristiwa dan aneka ragam manusia.. Ini saat yang pastinya ..perlu digunakan sebaik waktu bagi meluruskan pinggang, mengungkai serat urat belikat, merehatkan otot dan segala saraf.. rehatlah sebentar.. buat rakan-rakan bloggers.. rehatlah sebentar.. biarkan kaunselor anda sedikit menulis..

Ini kerana ..kemenangan semalam bukanlah penamat kepada sebuah perjuangan..tapi perjuangan sebenar baru sahaja bermula.. detik mulanya adalah pada saat SPR mengumumkan bahawa calon PR telah memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Bermula saat itu, segala dan seluruh jentera serta kapasiti musuh akan merenung dan menjeling tajam setiap inci gerak serta lagak .. mencari di mana silap dan titik hitam yang boleh diguna pakai untuk menikam ..sama ada dari depan mahupun belakang.. Kemenangan semalam memberi tanda bahawa pihak musuh akan lebih berwaspada dan berusaha mencari pelbagai helah untuk menafikan kemenangan seterusnya biar dengan apa cara sekalipun.. kemenangan berderet PR dalam PRK bukan memberi tanda mereka lemah dan boleh dipandang enteng tetapi keupayaan mereka untuk counter attack boleh melemaskan kita... ingatlah pesan Allah s.w.t , di saat mereka merasakan mereka kuat dengan jumlah yang ramai.. ..ingatan Allah s.w.t ini amat berkait rapat dengan kejayaan kita hari ini..

Dengan itu, dipohon kepada sahabat yang mempunyai info..juga kepada jentera terlibat mempuat segera post mortem kemenangan..di mana salah dan silap kita hari ini.. melihat kepada jumlah yang keluar mengundi lebih kurang 70 % .. bermakna ada lagi 30 % individu yang kita belum tahu kecenderungannya.. mereka mungkin jenis yang buta politik atau pejamkan sebelah mata dan tutupkan sebalah mata dari melihat politik kerna merasakan politik tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka.. atau mereka ini adalah di antara mangsa ...mangsa yang dinafikan hak mereka untuk mengundi secara tidak langsung... ini berlaku bilamana pemerintah melalui SPR telah menetapkan tarikh hari mengundi pada hari bekerja.
Umumnya kita tahu dan sedar kebanyakan penyokong PR adalah golongan muda dari saluran 2...yang mendapat maklumat dihujung jari.. persoalannya..adakah golongan 30% yang tidak keluar mengundi itu adalah dari golongan ini.

Jika analisis yang dibuat menunjukkan ia benar ..maka langkah mengadakan PRK atau PRU pada hari bekerja adalah satu strategi mutlakk pihak berkenaan untuk menumbangkan PR secara kotor.. Waima demikian ..selagi PR belum mengambil alih tampok kekuasaan pusat amat sukar perkara ini untuk diperbetulkan... ianya akan berterusan .. selama mana keadaan ini wujud.. jadi mahu atau tidak ..kita harus memasang strategi untuk mengatasi permasalahan ini.. sekadar memujuk, mendemontrasi, menghantar memorandum, mesyuarat dan segala jenis aktiviti dengan atau kepada SPR ..ia tidak akan menunjukkan kesan yang kita inginkan.

Lalu ..yang pasti kita harus mempunyai perancangan mulai sekarang ..bagaimana untuk memenangi perlumbaan ini. saluran maklumat melalui wadah internet .. cukup baik dan bagus akan tetapi belum berjaya untuk menyentuh hati para pengundi (30%) berkorban cuti dan wang ringgit untuk kembali mengundi.. kita perlu membawa mereka balik dengn niat setulus hati seikhlas nurani demi sebuah perjuangan suci.. kita perlu sentuh emosi dan naluri mereka untuk bersedia berkorban demi perjuangan ini.

Kenapa mereka tidak pulang mengundi ?? Mungkinkah makna perjuangan belum bersemi dalam diri? atau mungkinkah halangan kewangan ? atau mungkin pekerjaan rasmi? kalau ini adalah antara jawapannya maka kita harus mencari idea bertikam ilham untuk membawa mereka .. pastinya kita tidak mampu untuk menyediakan wang ringgit untuk tambang seperti mana pihak lawan.. kita juga tidak mampu untuk mengarahkan syarikat memberi cuti atau kelonggaran kepada pengundi keluar mengundi seperti pihak tertentu..lalu apa yang harus kita lakukan???
Mungkin ini yang perlu kita fikir dan terjemahkan bersama;
i. didapati ada di antara pengundi PR yang mana suami dan isteri mendaftar di dua tempat yang berbeza.. kampung suami dan kampung isteri.. keadaan ini memecahkan kekuatan undi.. kalau suami balik ke kampungnya mengundi bermakna isteri tidak dapat mengundi.. ini telah menghilangkan satu undi.. jadi kita harus galakkan pasangan pengundi PR untuk mendaftar di satu tempat mengundi sahaja.. contoh ..seorang Kedah dan seorang Johor..menetap di Kuala Lumpur.. sama ada dua-dua mendaftar di KL atau pilih salah satu kampung sahaja Kedah atau Johor.. ini perlu digerakkan segera kerana kita tidak tahu bila masanya PRK mungkin akan muncul ..

ii. ada di antara anak-anak penyokong PR yang belum mendaftar.. gerakkan segera kempen mendaftar anak-anak ini..terutama yang sedang menuntut atau bekerja di luar kawasan.. setiap penyokong PR perlu berperanan memastikan anak masing-masing mendaftar dan kembali mengundi..

iii. Dunia hari ini memperlihatkan peranan rakan sebaya yang cukup signifikan.. rakan sebaya amat mempengaruhi perlakuan dan keperibadian pengundi muda hari ini. kita mula dan gerakkan tarbiyah golongan ini dengan memberi latihan kepada anak-anak penyokong terutama di IPT tempatan..setiap anak penyokong harus diberi latihan bagaimana untuk menanam makna perjuangan dalam diri rakan-rakan.. mereka harus digerakkan untuk memujuk rakan-rakan mendaftar dan menjadi pengundi PR

iv. strategi mengadakan pengundian pada hari bekerja memberi tamparan kasih sayang kepada PR.. namun tindakan seperti P Pinang memberikan cuti umum kepada rakyat dalam PRK Permatang Pauh dilihat memberi tamparan kepada pihak terbabit.. jika ini berlaku lagi maka kerajaan PR harus melihat perkara ini dengan serius.. jadikan ini sebagai agenda penting perbincangan.. mesti atau tidak cuti umum di berikan apabila PRK diadakan pada hari bekerja.. kajian teliti harus dilakukan misalnya melihat pola pengundi di permatang pauh, kuala terengganu, bukit gantang dan bukit selambau.. permatang pauh diberikan cuti umum.. adakah pola pengundi di saluran orang muda (2) meningkat berbanding di KT, BG dan BS. ?

Lupakan dulu soal yang bertanding di PP adalah DSAI.. ini kerana sikap pengundi sukar untuk diubah jika hanya soal calon.. contoh.. kalau jenis yang tidak ambil peduli dia tetap tidak peduli siapa calon yang bertanding.. bagi yang tinggi semangat perjuangan..meredah lautan gelora akan ditempohi asal dapat kembali mengundi.. namun sekiranya telah diberi peluang (cuti ) namun polanya masih sama..

Maka kita boleh andaikan mengadakan hari mengundi pada hari bekerja tidak menjejaskan sokongan kepada PR.. 30% yang tidak keluar itu mungkin berada jauh dari kampung halaman ..sukar untuk kembali dengan cuti dan ringgit yang terhad atau mereka yang mungkin tidak ada hati untuk mengundi ..

v. Mereka yang tidak ada hati ..perlu diberikan hati .. hati sekurangnya-kurangnya ada tiga (3) jenis..hati mati..hati keras.. hati lembut. Mereka yang hatinya telah mati perlu dihidupkan kembali (ramai daripada kita PR ada kaedah untuk hidupkan hati).. mereka ini biasanya tidak sukakan ilmu..tidak sukakan majllis ilmu, tidak suka membaca dan tidak suka berfikir.. hati mereka tidak suka kepada semua itu.. mereka seperti ini biasanya juga 'pekak dan bisu' serta 'buta' ..mereka tidak nampak akan kebenaran biarpun kebenaran ada di depan mata.. mereka ini harus kita hampiri ..dampingi..rapati.. jadikan kawan, buatkan sahabat.. mereka banyak bermain dengan logik dan emosi.. tariklah rambut dalam tepung..tepung tak berselerak , rambut tak putus..
Mereka yang hatinya keras.. sekeras hatinya Umar.. lembutkan dengan 'Toha', sejukkan dengan DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal)..mereka ini mencari-cari hala tuju..mencari dahan untuk bergantung,, mencari rimbun untuk berteduh.. bila bertemu dia kasar ..ganas, bengis , bila dah ketemu .. dia manis, dia menangis, dia merintih... selembut hatinya Syaidina Umar.

Mereka ini perlu didekati, di bawa mencari ..dipimpin.. apa yang perlu sebelum dipimpin..ikuti dulu rentak mereka.. sikap kasar mereka..sikap bengis mereka.. setelah ditawan baru lah dipimpin mereka ini menuju jalan yang benar..

Bagaikan kisah Syaidina Umar dan adiknya.. golongan ini bergerak atas kepercayaan rasional.. 'aku tak join politik pun ..gaji aku tebal, buat apa nak mengundi bukan dapat apa pun', 'nak balik kalau takat nak mengundi , baik tak payah''' 'satu undi tak de maknanya pun'.. bermcam lagi kepercayaan rasional mereka.

Jadi petugas kita perlu tangani ketidak rasionalan ini.. jangan dibantah atau disanggah.. sokong dan ikuti sehingga telah berjaya bersama ..tarik mereka membuat u-turn... satu undi berjaya diperolehi.. Mereka yang lembut hati.. hati yang telah lembut jika tidak diisi dan dibajai akan kembali keras.

Apabila telah lembut hati Syaidina Umar ..lalu dibawa adiknya bertemu Rasulullah s.a.w.. untuk apa? untuk diisi.. diisi dengan Islam .. lalu mereka yang telah lunak dengan perjuangan ini harus kita isi..isi dengan kandungan dan makna sebuah perjuangan.. ramai pelayar internet.. berbondong-bondong menggali sumber khazanah dalam blog dan lain-lain.

Bila bersuara ...suaranya suara perjuangan .. kata-katanya ..kata-kata perjuangan ..tapi bila di tanya ..kau dah mendaftar..errrr..lupa la...kau dah mengundi..nanti la awai lagi.. jadi mereka yang dah lunak hatinya ..harus segera ditarbiyah.. ditanam..diisi , disirami..dibajai.. supaya akhirnya dia menjadi pejuang sejati.

Mereka ini biasanya berfikir secara rasional, logik berdasarkan fakta, sukakan ilmu, sukakan majilis ilmu, gemar membaca.. menganalisis..memerhati.....surah as-Sajdah,ayat 9, setelah disempurnakan kejadiannya, lalu ditiupkan roh, diberikan pendengaran, penglihatan serta hati (agar dapat berfikir), tetapi tidak ramai yang bersyukur'.

Demikian sikit sebanyak profil bakal pengundi untuk sama-sama kita renungkan .. mungkin tepat mungkin tidak .. apa pun..kita perlu lakukannya segera .. kerana untuk mengubah sikap manusia .. bukan hari yang perlu dikira..tetapi bulan dan tahun.. mungkin sebelum PRU 13 kita ada lebih kurang 3 atau 4 tahun.. ini kiranya cukup untuk kita .. bekerja keras.. mendampingi dan mendekati .. sasar tuju kita.. dalam sebuah rumah .. mungkin ada 3 pengundi.. dampingilah ketuanya.. dalam rumah panjang ada 30 keluarga ..rapatilah tok batinnya..

Sejarah telah banyak kali menunjukkan bila ketua/pemimpin berubah..sekalian pengikut dan hamba rakyat turut berubah.. Semoga dapat kita manfaatkan bersama.. bukan untuk mengajar cuma untuk luahkan apa yang berbuku dihati.. berkongsi keyakinan bagaimana kita boleh lakukan demi sebuah perjuangan suci. Wassalam.

SUMBER : politik Banjar

KEPUTUSAN 2-1 BUKAN PETANDA BAIK BUAT NAJIB

Oleh : Amin Iskandar

Keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah menyaksikan Pakatan Rakyat menang 2-1 menewaskan BN. Pakatan menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau manakala BN menang di Batang Ai.

Ini bukanlah petanda baik buat Najib Razak yang baru diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam.

Sekurang-kurangnya, Abdullah Badawi selepas dilantik menjadi perdana menteri berjaya memenangkan BN pada pilihanraya 2004 dengan majoriti yang besar. Majoriti terbesar yang pernah diperolehi oleh BN dalam sejarah.

Najib yang baru sahaja menjadi PM disambut dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Yang lebih menyedihkan lagi, BN yang dipimpinnya tewas di dua Bukit tersebut walaupun proses pilihanraya tidak dijalankan secara bebas dan adil dan secara terang-terangan memihak kepada BN.

Media arus perdana yang terang-terangan menjadi “mesin propaganda” bagi BN gagal mengolah persetujuan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk memilih BN. Bos-bos TV3 sudah tentu akan “terduduk” menyaksikan keputusan pilihanraya kecil tersebut. Ternyata propaganda murahan dan laporan berat sebelah TV3 sudah tidak “dibeli” oleh rakyat.

Jika sebelum ini Umno/Barisan Nasional menyalahkan Abdullah Badawi terhadap kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, apa kata mereka sekarang?

Yang lebih menyedihkan, walaupun membawa Dr. Mahathir berkempen bagi membantu BN, BN tetap kalah.

Ada seorang teman beritahu, Najib menghantar Dr. Mahathir untuk membantu kempen BN oleh kerana mahu lepas tangan. Jika BN kalah, kesalahan tidak akan dilemparkan kepada dirinya tetapi kepada Muhyiddin kerana bersungguh-sungguh ingin membawa Dr. Mahathir turun berkempen.

Najib akan bertambah pening lagi oleh kerana MCA dikatakan marah dengan bakal kabinet yang baru dibentuk. Klik disini. MCA dikatakan marah oleh kerana kuota parti tersebut semakin berkurangan.

Oleh kerana itu pengumuman kabinet baru Najib ditangguhkan sehingga esok.

SATU MALAYSIA : MENDAHULUKAN RAKYAT NEGERI PERAK


Memang ada benarnya kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tidak boleh dianggap sebagai tanda rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut Naib Presiden Umno itu, Najib sebagai perdana menteri tidak boleh dipersalahkan kerana beliau baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara.

“Saya percaya berikan masa kepada kami, kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu saja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira cita rasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman,” katanya.

Begitu juga pandangan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa keputusan pilihan raya kecil itu bukan sebagai referendum terhadap kepimpinan negara.

Selaras dengan hujah Hishammuddin dan Muhyiddin, memang patut Najib diberi masa dan peluang untuk membuktikan keikhlasan beliau menerajui negara atas slogannya Satu Malaysia.

Indah sekali bunyi slogan “Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan” di mana Najib berjanji untuk mengutamakan rakyat dari seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik tanpa sesiapa merasakan tercicir atau terpinggir.

Dalam ucapan penerimaan jawatan Perdana Menteri pada 3 April lalu, Najib dengan tegas menyatakan: “Kita akan rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik”.

Sebagai memenuhi janji dan harapannya sendiri, Najib boleh membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat dengan mengesyorkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengakhiri kebuntuan krisis politik negeri itu.

Seperti mana yang diketahui umum, kebekuan politik Perak berpunca dari “rampasan kuasa” oleh Umno setelah tiga Adun Pakatan Rakyat melompat meninggalkan parti asal mereka. Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah pun memohon pembubaran DUN tetapi ditolak oleh Sultan Perak.

Kini keadaan semakin buntu dengan kes demi kes dibawakan ke mahkamah sedangkan suara majoriti rakyat Perak yang didengar di mana-mana mendesak mahukan penyelesaian yang muktamad.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Hishammuddin, “perjuangan BN adalah konsisten dan mengambil kira aspirasi rakyat,” tentutunya tidak mustahil untuk Najib mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dengan membolehkan adanya pilihan raya negeri di Perak.

Oleh kerana kepimpinan Umno dan BN amat yakin bahawa keputusan di Bukit Gantang — yang dimenangi oleh Mohd Nizar dengan majoriti yang lebih tinggi dari keputusan pilihan raya umum 2008 — bukan sebagai referendum terhadap Najib, tidak ada sebab mengapa pilihan raya negeri tidak boleh diadakan untuk mencairkan kebekuan politik di Perak.

Umno dan BN yang bermati-matian berkempen di Bukit Gantang sepanjang lebih seminggu yang lalu dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan sudah pasti mempunyai laluan mudah untuk memenangi hati rakyat Malaysia di Perak.

Tentunya tidak sukar untuk Umno dan BN memujuk rakyat dalam pilihan raya negeri dengan bantuan semua media arus perdana yang secara terang dan jelas berkempen untuk gabungan parti pemerintah pusat.

Malah seruan Satu Malaysia dapat dijadikan asas kempen BN untuk menjinakkan hati rakyat yang selama ini marah dengan keangkuhan dan ketidakpedulian pimpinan Umno yang semakin jauh jurangnya dengan rakyat yang ingin mereka sumbangkan bakti.

Jika tidak, status kerajaan negeri yang dirampas itu akan menjadi duri dalam daging untuk Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah jika undang-undang dan aparatus negara dipergunakan untuk menampung keputusan yang zalim dan rapuh, ia akan ranap juga satu hari nanti.

Seruan untuk mendahulukan rakyat memang patut disokong kerana ia adalah gambaran niat yang ikhlas. Namun niat sahaja tidak akan ke mana; rakyat telah perit melalui era sepanjang lima tahun lalu di mana janji demi janji ditaburkan. Malah dua dekad sebelum itu pun penuh dengan pelbagai juadah janji.

Buktikan sokongan melalui pilihan raya negeri Perak; kecualilah kalau Umno dan BN merasakan mereka akan ditolak oleh rakyat.

Tetapi itu mungkin mustahil kerana semua pemimpin Umno dan BN yakin rakyat masih tetap bersama mereka. Jadi tidak perlu tunggu lama lagi; biarkan rakyat — yang dijanjikan untuk didahulukan — membuat keputusan.

Umno dan BN tidak perlu merasa takut dengan Pakatan Rakyat kerana BN sudah pun terkenal dengan perjuangan “membela rakyat” yang pasti akan diberi pertimbangan wajar oleh rakyat di Perak.

Lagi pun di mata para pemimpin Umno, siapa dan apalah sangat Pakatan Rakyat? Di Perak sahaja, dua tiga kerat exco negeri pun boleh “dibeli” begitu sahaja.

Cumanya Umno dan BN terpaksa lebih berhati-hati sekarang kerana rakyat jelata semakin prihatin dengan soal-soal ekonomi, hak, keadilan dan demokrasi - bukan sahaja di Perak, malah di seluruh negara. Kini semakin susah untuk mana-mana pemimpin politik membohongi rakyat...

Original copy from : Malaysia insinder

APAKAH USAHA PAS MENARIK MEREKA INI ??



Semalam saya ada paparkan 3 keping gambar yang agak menjelikkan bagi sesiapa yang melihatnya. Nampaknya tanggungjawab pendokong dan juga penyokong PAS semakin berat dalam mentarbiyah mereka. Memang benar kami semua dimaki dan dihina dengan pelbagai cara tetapi Islam tidak menyuruh kita membalas dendam kepada mereka sebaliknya Islam menyuruh kita membimbing mereka ke jalan yang benar. Saya berasa sedih dan terkilan dengan sikap segelintir penyokong PAS yang menolak daripada bersalam dengan orang UMNO selepas tempoh pengundian selesai pada jam 5 petang.

Ada beberapa rakan menolak dan menganggap ahli UMNO ini najis dan perlu disamak selepas bersalam. Bagi pandangan peribadi saya, masa inilah kita perlu tonjolkan akhlak kita dan menunjukkan matangnya cara PAS berpolitik. Insya-Allah dengan cara ini sedikit sebanyak ia mampu memberikan impak yang positif kepada lawan yang berkemungkinan akan berasa malu dengan tindakan mereka sebelum ini.

Hasilnya dapat saya lihat sendiri apabila saya bersalaman dengan mereka, saya sempat menyembang dan memberi nasihat agar berhati2 semasa pulang dan baca doa, air muka masing2 berubah dan terus tak terkata sambil mengucapkan terima kasih diatas nasihat yang diberikan. Saya bukannya seorang muslim yang baik tetapi kita kena pandai berpolitik mengikut situasi dan janganbiarkan nafsu menguasai kita sebaliknya biar kita yang menguasai nafsu...Ingat, ahli UMNO ni pun manusia macam kita juga, mereka pun sebernarnya tidak mahu menjadi begitu tetapi akibat tersalah 'acuan' maka mereka menjadi seorang manusia yang seolah2 tiada aqidah...

p/s : Ingat cerita Rasulullah sentiasa sabar terhadap tindakan seorang jirannya yang selalu membuang sampah di rumah beliau

SIRUL DAN AZILAH DI HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

altantuya trial 160707 azilahSebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Peguam Sirul - Hasnal Rezua Merican - berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Malaysiakini

PASTI MELAKA TERUS DI ZALIMI

PASTI Negeri terus menerus menghadapi tekanan dari Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan. Kes perbicaraan terhadap beberapa PASTI dinegeri ini sudah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian.

Pengurus-pengurus PASTI terpaksa berulang alik turun naik Mahkamah akibat kekejaman pihak berkuasa. Mengapa begitu zalim mereka ini terhadap anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu Islam sedangkan banyak lagi kerja lain yang sepatutnya mereka lakukan.

Sepatutnya pihak berkuasa membantu dan menolong pengusaha PASTI bagi meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran PASTI sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan. Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia .

Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya. Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul.

Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.

sumber : mutaligat

Rabu, 8 April 2009

APABILA WANG, PROJEK, FITNAH DAN JANJI MANIS TIDAK BERKESAN LAGI

Oleh : Tulang Besi

Keputusan dua bukit sudah pun tersurat. Barisan Nasional kecundang sekali lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Yang lebih terguris dengan kekalahan ini ialah UMNO kerana termasuk Bukit Gantang, keputusan bagi UMNO adalah 0-3. Ini kerana selepas PRU 2008, UMNO telah bertanding di dalam 3 pilihanraya kecil: Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Dan UMNO telah kalah kesemua pertandingan tersebut.

Najib Menanggnung Pilu Yang Menikam Sukma

Tetapi yang lagi kecewa dan pilu dengan kekalahan ini ialah Najib Tun Razak. Sepanjang kempen ini, kelibat calon BN, Ismail Saffian, hampir tidak kelihatan. Ertinya, walaupun Ismail Saffian bertanding, Kalaulah tidak kerana calon BN itu duduk di sebelah Dr Mahathir sewaktu kedatangan Dr Mahathir ke Bkt Gantang, nescaya rakyat Malaysia akan terus tidak menyedari akan kewujudan calon BN tersebut.

Kenapa demikian? Kerana perlawanan Bukit Gantang ini adalah perlawanan antara Najib Tun Razak dengan YB Nizar Jamaluddin. Pilihanraya kecil ini adalah referendum ke atas Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang baru serta PM Malaysia yang ke-6.

Sudah barang pasti Najib akan dihakimi melalui keputusan pilihanraya kecil ini. Mana mungkin tidak kerana bukankah Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Perak dengan cara yang amat jijik sekali?

Bukankah Najib Tun Razak yang telah melantik Menteri Besar haram, yakni wakil pos dari Pangkor, si Zambery?

Bukankah Najib yang bertanggungjawab menghalang persidangan DUN yang dipanggil oleh Speaker Perak yang sah sehingga terpaksa diadakan di bawah pokok?

Bukankah Najib yang telah mengugut Sultan Perak bahawa anak beliau, Raja Nazrin, akan dipastikan tidak menaiki takhta Perak sekiranya kehendak Najib Tun Razak tidak dipenuhi (mengikut dakwaan Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, Malaysia Today)?

Dengan kata lain, bukankah Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemelut dan krisis perlembagaan yang sedang melanda negeri Perak?

Maka, pilihanraya kecil ini sepatutnya menjadi medan penghakiman terhadap segala tindakan Najib Tun Razak terhadap negeri berdaulat yang bernama Perak Darul Ridzuan. Rakyat Perak di Bukit Gantang telah menghakimi Najib Tun Razak dan mendapati Najib Tun Razak bersalah!!!.

Umno Bergantung Kepada Fitnah Semata-Mata

Seperti di Permatang Pauh, kita melihat bahawa UMNO telah bergantung kepada fitnah semata-mata dalam kempen ini. Sepanjang kempen Bkt Gantang, tiada isu yang dimainkan UMNO selain isu derhaka, hubungan PAS-DAP dan pemberian geran tanah 999 tahun.

Kita yang mendapat maklumat dari internet ini semua maklum bahawa ketiga-tiga isu ini adalah fitnah semata-mata. Misalnya, isu hubungan dgn DAP, PAS tidak pernah mengorbankan prinsip sepanjang menjalin hubungan dengan DAP. Saya nak tanya puak-puak UMNO sekelian, sewaktu demonstrasi memprotes Forum Murtad BAR Council tempohari, mengapa demonstran yang datang tersebut 80% dari PAS? Di manakah kamu wahai ahli/pendokong UMNO sekelian sewaktu demonstrasi tersebut?

Dalam isu hudud, PAS jelas mempertahankan dasar PAS menegakkan syariat Islam bagi orang Islam di Malaysia secara total, manakala UMNO melalui lidah Ketua Pemuda mereka, saudara Khairy Jamaluddin, secara terbuka menolak Undang-Undang Syariah Islam kerana mengikuti pendirian yang
mengikuti pendirian yang diambil oleh Barisan Nasional.

Dengan kata lain, seluruh masej UMNO di Bukit Gantang adalah fitnah semata-mata. Tidak ada bukti dan tidak ada asas langsung di atas tuduhan mereka.

Ini kerana UMNO masih lagi berfikir yang orang-orang Melayu masih bodoh dan tidak mampu berfikir serta mudah diperkotak-katik kan. Malang seribu kali malang, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Orang melayu sudah mulai pandai dan sudah mulai menilai antara intan dan kaca.

UMNO Bernasib Baik PAS Mengambil Sikap Bertahan

Sebenarnya UMNO bernasib baik kerana bersikap ”bertahan” sepanjang kempen Bkt Gantang ini. Jikalau sayalah yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut saya akan menjawab tuduhan UMNO dengan serangan juga.

Misalnya, UMNO menuduh PAS mengamalkan”Islam-DAP”. Saya akan jawab UMNO pula mengamalkan ”Islam Tokeh Judi”. Bukankah Najib Tun Razak di bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan 10 lesen judi yang baru?(Boleh baca laporan Business Times Singapore
di sini ..

Ertinya, sekiranya hina sangat PAS kerana menjalin hubungan dengan DAP, bagaimana dengan UMNO yang tidur sebantal dengan tokeh2 judi di Malaysia? Mana lebih hina, DAP atau tokeh judi?

Saya yakin sekiranya PAS mengambil sikap menyerang dan tidak bertahan, pos UMNO akan kosong dua-tiga hari sebelum pilihanraya seperti di Kuala Terengganu.

Nizar Adalah Pemimpin Mutlak Negeri Berdaulat Bernama Perak Darul Ridzuan

Keputusan Bukit Gantang ini mengesahkan bahawa YB Nizar Jamaluddin adalah pemimpin mutlak yang sah kepada negeri berdaulat Perak Darul Ridzuan.

Bukit Gantang bukan kawasan beliau. Beliau tidak pun berdaftar untuk mengundi di Bukit Gantang. Lawan beliau, Ismail Saffian, adalah anak jati kelahiran Bukit Gantang dan beliau mengundi di Bukit Gantang.

Secara logiknya, sepatutnya YB Nizar ditolak oleh pengundi Bukit Gantang kerana beliau bukan orang asal Bukit Gantang. Tetapi, oleh kerana YB Nizar adalah pemimpin tulin Perak, dan Perak itu termasuklah juga Bukit Gantang, maka YB Nizar telah mendapat kepercayaan tulin dari rakyat Bukit Gantang berbanding anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Faktor anak jati ini juga yang telah menyebabkan undi Melayu kepada BN naik sedikit berbanding 2008. Kaum keluarga, jiran tetangga, kenalan, sahabat taulan Ismail Saffian yang duduk di Bukit Gantang tentulah akan mengundi beliau.

Penutup

Keputusan Bukit Gantang bererti PAS sudah menjadi Parti yang di tengah. UMNO pula telah menjadi parti hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

PAS mesti mencari jalan untuk meningkatkan sokongan pengundi Melayu seluruh Perak di samping harus belajar bagaimana untuk menumpulkan fitnah UMNO/BN.

PAS Perak mesti berhenti dari bersikap ”bertahan” di atas segenap fitnah dan mehnah yang diungkapkan oleh UMNO. Mulai sekarang PAS Perak harus menyerang dan terus menyerang UMNO/BN.

UMNO telah kehabisan modal. Barisan kepimpinan baru mereka tidak sedikit pun menarik perhatian rakyat jelata. Kemasukan Dr. Mahathir Muhd. Iskandar Kutty bakal menjauhkan orang Melayu kepada UMNO lagi. Bukankah sebab itu yang telah menyebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dahulu, yakni memenangi kembali sokongan orang Melayu yang telah hilang angkara pemfitnahan ke atas Anwar Ibrahim?

Ini peluang keemasan PAS dan PR untuk menjadi pemimpin kepada Malaysia dan merampas tampuk pemerintahan Malaysia.

Tulang Besi

AYAT-AYAT POPULAR PENYOKONG BN / UMNO SEMASA KEMPEN DI BUKIT GANTANG


Ayat - Ayat popular budak2 UMNO / BN gunakan semasa berkempen PRK Bukit Gantang. Ini yang berlaku kat tempat aku, tempat lain aku tak tahu pulak coz aku stay kat situ (pusat pengundian di Tebok) dari pagi sampai ke petang. Cuma time solat je aku xde kat situ..

- Nizar MB Haram
- PAS, Parti Ajaran Sesat
- Kafir Laknat
- Anjing DAP
- Bodoh
- Bangang
- Memang kami makan rasuah, tapi kami tak ganggu orang
- kaki punggung
- janggut macam kambing
- Karpal dan Lim Kit Siang kurang ajar
- Pakatan Penderhaka
- banyak lagi dan tak dapat aku nak nyatakan disini. Cuma tunggu video yang dalam proses aku bikin untuk tatapan semua..

Aku tak dapat nak rakamkan semua kutukan, hinaan dan cacian...Cuma diakhirat kelak ia akan menjadi bukti bahawa inilah yang kami terima semasa mempertahankan Islam daripada sentiasa dipermainkan..tapi yang pasti mereka bengang sangat dengan kami coz sikap kami yang masih berselawat, berzikir, serta melaungkan takbir mengambil langkah tidak membalas cercaan mereka, sehinggakan salah seorang dari mereka berkata "kau ni makhluk spesis apa sebenornya ?? aku kutuk, hina, caci, maki kau tetapi kau tetap senyum dan ketawa...Hairan sungguh aku". Kami semua tak kata apa, cuma harap mereka mampu berfikir, tambahan dalam saat nak meraih undi aku rasakan memang tidak sesuai hendak berhujah dengan mereka dan langkah yang terbaik ialah dengan memberi psiko kepada mereka...

p/s : Video dalam proses..maybe 2 - 3 hari siapla tu.....

SIAPA CALON UMNO SEBENAR BN DI BUKIT GANTANG, ISMAIL SAPIAN @ ZAMBRY MAMAK ?

Aku berada 4 hari di Bukit Gantang dan bertugas di Kuala Trong (DUN Trong). Hari pertama bertugas Aku rasa biasa melalui kempen2 yang di jalankan oleh petugas2 BN. Tetapi bila masuk hari ke 2 Aku lihat poster Zambry Mamak yang juga MB Haram lebih banyak digantung berbanding dengan poster calon. Bukan itu saja, kain rentang gergasi serta bunting lebih banyak memaparkan gambar si Zambry daripada gambar si Mail dan situasi ini mengambarkan seolah-olah rakyat Bukit Gantang masih belum mengenali MB Haram dari BN dan si Zambry seperti gila meroyan kerana hasrat nak bertanding dengan Nizar tidak kesampaian kerana bimbang kesan yang bakal dihadapi jika beliau tewas...

Cukup2lah tu Zambry, dah terbukti rakyat sudah semakin meluat dengan gelagat BN dan UMNO...Insya-Allah moga Dun Perak akan dibubarkan dalam bulan 5 dan PRK Dun Perak akan diadakan semula dan ini antara langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Negeri Perak....Kalau rakyat mahukan Pakatan Rakyat, mereka akan undi PR dan kalau rakyat tak sukakan BN, mereka akan beri undi pada Pakatan Rakyat...Jadi sama2 tunggu...Yang pasti, si Zambry Mamak semakin kepanasan punggung...

PRK BUKIT GANTANG : KEMPEN KURANG AJAR BN


Ini antara kain rentang yang menunjukkan bebiadapan BN dalam kempen di PRK Bukit Gantang. Gambar ni aku ambil di area yang kuat BN ( di Kampung Che Rahmat Dun Trong ). Time tu aku dan 3 orang rakan ditugaskan menjaga keselamatan muslimat semasa berkempen dari rumah ke rumah. Turut serta team Keadilan dari Selangor

p/s : Nampak sangat UMNO dan BN sudah kentandusan idea untuk berkempen. Jadi bagi mencari publisiti murahan, kain rentang sebegini dinaikkan

PRK BUKIT GANTANG : JIKA KETUA SUDAH SAMSENG, ANAK BUAH PUN SAMSENGLAH JUGA

Inilah bukti yang dapat saya tunjukkan bahawa sememangnya parti yang tidak bermoral. Disini saya sertakan 3 keping gambar untuk menunjukkan bukti bahawa UMNO sememangnya parti yang tidak berakhlak. Gambar ini dirakam berdekatan dengan pusat pengundian Tebuk di UPU Trong. Untuk makluman, mereka ini semua datang dari Negeri Sembilan. Jadi tak hairan bagi saya jika mereka semua bersikap sedemikian rupa kerana ketua mereka, Khairy Jamaludin merupakan Ketua samseng yang diangkat menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

brader ini memang suka tunjuk punggung, aku naik geram aku terus shoot sekali...jangan mara bro..
makcik berdua antara yang lantang bersuara..sampai siap keluar cerita2 Islam....alahai makcik, sian kami melihat kamu jadi macam ni.
brader yang berkaca mata memang anti dengan aku pasal aku ambik gambar dan buat rakaman depa...he he...gambar diatas dia tunjukkan jari hantu dia sama ada bengkok atau tidak..

Bagaimana agaknya UMNO hendak memimpin masyarakat sedangkan ahli mereka sendiri gagal dipupuk dengan nilai-nilai murni. Terima kasih kepada polis yang menjaga keselamatan dengan baiknya. Mereka memuji dengan sikap penyokong PAS yang berkempen secara berhemah dan beradab tanpa termakan dengan provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO. Kesannya, nanti saya sambung kembali...

BERTEMU KEMBALI


Alhamdulillah, saya dan sahabat selamat sampai Melaka pada jam 8.30 pagi. Maaf kerana tidak mengemaskini blog ini selama 4 hari. Insya-Allah bagi saya rehat & petang saya akan update. Nak tengok gambar samseng2 UMNO insya-Allah saya akan paparkan. Sebagai maklumat awal, saya bersama team Melaka bertugas di Trong dan musuh tradisi yang berkempen ditempat tersebut merupakan samseng2 pemuda UMNO yang dibawakan khas dari N.9..Tunggu lanjutan informasi selanjutnya...

Jumaat, 3 April 2009

UMPAN PERTAMA NAJIB SELEPAS MENJADI PM...


Wajar kita bersyukur diatas penarikan semula pengantungan 2 akhbar PR serta pembebasan 13 tahanan ISA. Tapi anda semua ingat, itu hanyalah gula2 yang dimainkan oleh Najib selepas menjadi PM. Kita sama2 tunggu tindakan selanjutnya. Maybe dia ingat dengan cara ni masyarakat akan lupa kejahatan yang pernah beliau lakukan......Ingat Najib, PRK ini merupakan ujian pertama kau selaku PM. Nak lihat sokongan rakyat macam mana kita sama2 saksikan....kini sudah sampai masanya KERAjaan BN diajar oleh rakyat...!!

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1.

Dalam ucapan sulungnya selama lapan minit sebagai perdana menteri, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan tersebut dan membebaskan tahanan ISA.

Difahamkan, antara tahanan yang akan dibebaskan itu termasuk pemimpin Hindraf dan tahanan yang disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI).

Dalam ucapan itu juga Najib berkata, sudah tepat masanya mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya.

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.

Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac - tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

"Saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia' - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

UMNO POLITIKKAN KHUTBAH JUMAAT DIBUKIT GANTANG

Umno betui-betui haprak!! Hari tu...depa kata Nizar rampas mikrofon masjid. Tapi bila kita siarkan pengakuan imam yang bertugas yang menceritakan hal yang sebenar...Zamry ubah cakap. Tapi tak mengaku dia berbohong!! Orang macam ni hangpa nak pilih jadi wakil hangpa?

Awal pagi tadi...aku post satu suratkhabaq lama. Tu yang berlaku tahun 1996...maka adalah puak-puak yang menyalak mengatakan yang tu cerita basi.

Hari ni..aku post pulak yang terbaru..baru dapat semalam. hangpa tengok sendiri macam mana Umno berlindung disebalik Raja untuk menyalahgunakan mimbar Jumaat untuk berkempen pilihanraya. Sapa yang menyalahgunakan masjid? Hangpa tengok sendiri.Posted by matsamankati | 17:36 | |






Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)

Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.

Hari tu...Imam masjid Simpang pun dah meluat kat pemimpin Umno...sampai sanggup kedepan untuk bercakap perkara yang sebenar...walaupun dia tau, dia mungkin akan dikenakan tindakan macam Ramlang Porigi.

Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?

Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.

Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"

Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...

Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.


Muka depan.
Khutbah Jumaat.

Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Kesetiaan kepada raja dan negara.

7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009

Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan


Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...


Muka 2.


Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.


Muka 3.


Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.


Muka 4.


Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......

(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

AKU ambik di blog Politik Banjar

p/s : time nak pilihanraya barula puak2 UMNO ingat surau n ingat Islam...celaka punye orang.....sah, memang UMNO dah terdesak kat sana......tunggu nak pupus je....teori RAHMAN dah lengkap...pasni, PRU 13 hancur leburla UMENO

NIZAR MAHU ZAMBRY MAMAK BUKTIKAN KESAHIHANNYA SEBAGAI MB


Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung usaha mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

“Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan,” katanya.

“Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara,” balas Sulaiman.

“Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

“Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok),” kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

SAH, NAJIB JADI PM KE ENAM


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia berlangsung di Istana Negara, 10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

pak lah and najib raising the umno flag agm 2009 260309 02Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan.

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan.

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

UNDI PAS UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA

MAKLUMAN !!!!



Kemungkinan besar saya tidak akan dapat mengemaskini blog ini sehingga hari mengundi coz malam ni saya akan bertolak ke Bukit Gantang untuk membantu sahabat disana dan berkempen untuk Dato' Seri Ir Nizar. Doakan perjalanan kami semua agar selamat pergi dan pulang. Kepada rakan2 blogger Pakatan Rakyat @ yang pro PR, teruskan perjuangan kalian semua. Saya sentiasa memberikan sokongan kepada kalian dalam membongkar segala isu dan pembohngan yang dibawa oleh UMNO laknatullah.

Salam perjuangan untuk semua dan salam perjuangan juga kepada pejuang2 cyber PR

silembik's
dari blog ke Putrajaya

NIZAR SAH DIANIAYA, TOLAK ZAMBERY MAMAK & THE GANG

Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.

"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.

"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam. Image

Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya.

ZAMBERY MAMAK NAK SAMPAI KHUTBAH HARI INI


Hari ni, kita lupakan sekejap keseronokan menerima PM baru, kita terus fokus tentang apa yang akan berlaku di Bukit Gantang. Yang akan berlaku hari ini. Hari jumaat. Zahid dengar kata nak berkhutbah, begitu juga dengan Zamri, Mail Pian jangan tanyalah..banyak undangan katanya dari masjid2 untuk sampaikan khutbah..'khutbah baru' yang sangat menawan.

Jangan lupa kita ramaikan masjid hari ini bersolat jumaat. Mereka akan berkhutbah..ya..mereka akan berkhutbah ! Seluruh Bukit Gantang ! Pastikan lubang telinga dikorek pagi ni, untuk kita tidak terlepas biar 1 ayat yg disampaikan. Bukan mudah nak mendengar 'khutbah baru'. Selamat mendengar khutbah !

di cut & paste : politik banjar

p/s : Jika nak berkhutbah semata2 nak lawan Nizar baik xpayah..xdapat apa2 pun...inilah pepuak UMNO, sat bikin baik, sat bikin maksiat...nampaknya inilah pendekatan Islam Hadhari @ Islam Moden yang mereka maksudkan

ALTANTUYA DI PRK : POLIS NAFI LARANG, UMNO KATA KERAS KEPALA

Umno menyifatkan gabungan pembangkang "keras kepala" apabila tidak mengendahkan larangan polis agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak semasa berkempen dalam pilihanraya kecil sekarang.

"Isu ini ada kaitan dengan kes mahkamah yang sedang berjalan. Sebenarnya tidak boleh menggunakan isu ini tetapi pembangkang memilih untuk bersikap berdegil dan meneruskan isu ini.

"Ini menunjukkan mereka bersikap keras kepala dan tidak mempedulikan undang-undang, sikap pembangkang ini perlu dinilai oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) akan menggunakan apa sahaja perkara, asalkan mereka dapat sokongan," Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dipetik berkata hari ini.

Bercakap selepas program bersama rakyat di Kampung Larut Tin dalam kawasan parlimen Bukit Gantang, beliau berkata kedegilan pembangkang itu boleh menyebabkan mereka didakwa menghina mahkamah, lapor Bernama.

Selain Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak juga sedang menghadapi pilihanraya kecil dari Ahad hingga 7 April.

Di kawasan parlimen itu, calon BN Ismail Saffian berdepan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Khairul Ramizu Idris (bebas).

Muhammad juga dilaporkan berkata pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas dengan mendakwa "kerajaan BN zalim" menerusi kain rentang, poster dan bahan kempen lain dan menyifatkannya "perbuatan yang melampau".

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya itu agar tidak mengulas isu pembunuhan wanita Mongolia itu dan keputusan kontroversi Sultan Perak memecat Mohammad Nizar, waktu itu menteri besar Pakatan Rakyat.

Timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi semalam menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan KDN itu.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua polis negara menafikan larangan tersebut dan seterusnya menyalahkan pegawai polis daerah Taiping yang mengeluarkannya, 30 Februari lalu.

Tan Sri Musa Hassan menegaskan, arahan polis itu merujuk ulasan yang boleh dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahkamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan.

Khamis, 2 April 2009

50 TAHUN PENTADBIRAN UMNO DAN BN, RAKYAT MASIH LAGI BERGELAP DAN MINUM AIR HUJAN DI BUKIT GANTANG


Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.

"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.

LAGI FITNAH UMNO DAN BN TERHADAP NIZAR DI BUKIT GANTANG


Setelah berbagai strategi habis diguna pakai untuk menjatuhkan kreadibiliti Dato' Seri Ir Nizar gagal, akhirnya senjata sulit UMNO/BN dan juga pencacai-pencacai peliharaan mereka (baca BPN) terpaksa menggunakan senjata terakhir mereka yang paling hina iaitu memfitnah dan juga cuba memporak-perandakan keluarga Dato' Seri Ir Nizar.

Siapa yang tak kenal strategi paling bangang-sebangang-bangangnya ini yang sering diguna pakai oleh UMNO/BN? padahal perkara ni sudah diketahui oleh pihak kami lebih sebulan yang lalu dan akhirnya seperti yang diduga, inilah senjata terakhir mereka.

Memang aku akui, kalau aku dipihak UMNO/BN, satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan ialah menjatuhkan kreadibiliti pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat, silap percaturan, akan memakan diri.

Mahu dikaitkan dengan rasuah..? UMNO/BN apa kurangnya sampaikan bila sebut saja UMNO/BN, semua orang akan ingat rasuah atau dalam bahasa sopannya "Politik Wang". nak kaitkan dengan salah guna kuasa? aih... bila sebut saja salah guna kuasa, pasti orang akan tergambar wajah-wajah pimpinan UMNO/BN.

Jadi apa agaknya cara terakhir mereka? nak dikaitkan dengan perempuan simpanan memang sangat-sangat sukar lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan Dato' Seri Ir Nizar yang orang-orang UMNO sedia maklum akhlaknya ditahap mana.

Dalam ketandusan isu, pencacai-pencacai UMNO/BN (baca BPN) akhirnya menggunakan strategi yang paling dilaknat Allah iaitu cubaan untuk memporak perandakan hubungan Dato' Seri Ir Nizar dengan Datin Seri Fatimah.

Dengan cara yang paling halus, mereka tidak memfitnah Dato' Seri Ir Nizar tetapi dengan sengaja, mereka mereka-reka cerita kononnya Dato' Seri Ir Nizar mempunyai seorang teman wanita dan ada memasang niat untuk bernikah dengan wanita tersebut yang disebut sebagai Cikgu Manishah.

Nampak seperti amat berakhlak sekali saranan mereka (baca BPN) supaya Dato' Seri Ir Nizar mengajukan niatnya untuk bernikah dengan wanita tersebut kepada Datin Seri Fatimah tetapi niat mereka yang sebenarnya ialah untuk memporak perandakan rumahtangga Dato' Seri Ir Nizar dan juga Datin Seri Fatimah.

Aku sarankan supaya mereka-mereka (baca BPN) tidak melampaui batas-batas keagamaan. Islam tidak mengajar umatnya mengadu-domba sehingga ketahap cuba mengahuncarkan rumahtangga orang lain.

Bukan begitu caranya. Syaitan menangis bilamana bersatunya 2 pasangan (bernikah) tetapi syaitan ketawa terbahak-baahak sekiranya 2 pasangan berpisah. kamu berjuang untuk Agama kamu (kununnya) tetapi kamu memuliakan kesukaan Syaitan yang direjam.

Cukuplah dengan fitnah-fitnah, maki-hamun, carutan-carutan yang kamu hambur saban hari. tak perlu menambah nanah dengan mengadu domba.

Jangan sampai senjata memakan tuan.

sumber dicilok : Perisik Rakyat