Banyak tanggapan yang saya dengar melalui penulis-penulis blog apabila Muhyiddin ada membuat pengesahan untuk memujuk Tun Dr Mahathir agar kembali ke pangkuan UMNO. Bagi blogger Sofi ia menganggap tindakan TDM kembali ke pangkuan UMNO tidak ubah seperti menjilat ludahnya sendiri. Tetapi itulah yang saya maksudkan, lain orang lain persepsinya. Saya sebaliknya mempunyai pandangan yang berbeza.
6 Tahun lepas semasa saya masih menuntut di salah sebuah IPT. Dalam menuntut saya sudah terlibat dengan usrah yang dikendali oleh Naqib yang kami panggil sebagai Pak Long disebuah Madrasah. Dalam usrah tersebut kami ada membincangkan isu berkaitan TDM dimana ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam usrah tersebut, Pak Long yang selaku naqib kami ada memaklumkan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor sentiasa mendoakan agar TDM dipanjangkan umur.
Tujuannya ialah untuk memastikan agar TDM dapat melihat kembali kemusnahan sebenar yang dibawa semasa pemerintahan beliau dan kini beliau sudah menyaksikan. Dengan kesilapan besar yang dilakukan beliau dengan melantik Pak Lah sebagai PM, pencabulan sistem kehakiman, index rasuah yang semakin dan sebagainya telah membuktikan yang Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Mungkin ini salah satu keberkatan dari doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (hanya Allah sahaja yang tahu) bagi memastikan TDM memperbaiki segala kesilapan beliau yang lampau dan membuat perubahan dan seterusnya menginsafi akan kerosakan yang beliau lakukan selama ini.
Ada baiknya jika beliau kembali ke UMNO untuk memperbaikinya dan lagi bagus jika mereka terus membuat rombakan dasar mereka kepada Islam. Tetapi rombakan dasar UMNO hanya khayalan saya dan jika ditakdirkan ia menjadi realiti, syukur Alhamdulillah..tapi yang pasti, UMNO tetap UMNO dasar Melayu tetap dipertahankan dan Islam ditolak tepi...!!
4 ulasan:
Boleh tahan juga tulisan saudara yang berbentuk 'batu api'...seperti bunga api yang digemari kanak kanak dan akhirnya terbakar satu kampung...teruskanlah kerja 'mulia' ini sepanjang ramadhan..kluangman
Salam!
apa yang digembirakan sangat apabila TDM kembali ke pangkuan UMNO?
Bagi saya, tindakan TDM untuk kembali kepangkuan UMNO hanya memberikan dia peluang untuk terus menghentam kepimpinan sedia ada di samping peluang terbaik untuk memastikan legasinya iaitu MUKHRIZ akan berjaya dalam petandingan KP UMNO Malaysia. Itu saja...
TDM adalah antara faktor kekalahan teruk UMNO-BN dalam PRU 12 dan 'by-election P.44 Permatang Pauh', kemasukan beliau akan menambah rumit sesetengah ahli yang khabarnya memang suka TDM berada di luar.
thanks!
mohon pautan di blog tuan...tq!
saya benarkan jika artikel atau blog ini diletakkan dalam blog tuan...sama2 berjuang dialam cyber
Tindakan TDM rejoin UMNO merupakan satu helah kononnya ingin menyelamatkan politik dan survival BN-UMNO. Dari pandangan saya, TDM melihat dengan kembalinya beliau ke UMNO-BN mungkin akan sedikit memperkukuhkan parti korup itu dan seterusnya menghalang seteru utamanya iati Dato' Seri Anwar menjadi perdana menteri menjelang 16 sept.
Lepas ini kita lihat, kemanakah Nazri, Khairy, Ezam and the gang
?
Catat Ulasan