Memaparkan catatan dengan label bahan umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahan umum. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2009

JANGAN BIARKAN HATI DIBUAI DENGAN RASA BANGGA, TUGAS MAKIN BESAR DIHADAPAN

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera kepada wak dan rakan-rakan bloggers..pasti saat ini adalah saat paling senang untuk melepaskan lelah sepanjang hampir 18 hari bergelumang dengan segala macam peristiwa dan aneka ragam manusia.. Ini saat yang pastinya ..perlu digunakan sebaik waktu bagi meluruskan pinggang, mengungkai serat urat belikat, merehatkan otot dan segala saraf.. rehatlah sebentar.. buat rakan-rakan bloggers.. rehatlah sebentar.. biarkan kaunselor anda sedikit menulis..

Ini kerana ..kemenangan semalam bukanlah penamat kepada sebuah perjuangan..tapi perjuangan sebenar baru sahaja bermula.. detik mulanya adalah pada saat SPR mengumumkan bahawa calon PR telah memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Bermula saat itu, segala dan seluruh jentera serta kapasiti musuh akan merenung dan menjeling tajam setiap inci gerak serta lagak .. mencari di mana silap dan titik hitam yang boleh diguna pakai untuk menikam ..sama ada dari depan mahupun belakang.. Kemenangan semalam memberi tanda bahawa pihak musuh akan lebih berwaspada dan berusaha mencari pelbagai helah untuk menafikan kemenangan seterusnya biar dengan apa cara sekalipun.. kemenangan berderet PR dalam PRK bukan memberi tanda mereka lemah dan boleh dipandang enteng tetapi keupayaan mereka untuk counter attack boleh melemaskan kita... ingatlah pesan Allah s.w.t , di saat mereka merasakan mereka kuat dengan jumlah yang ramai.. ..ingatan Allah s.w.t ini amat berkait rapat dengan kejayaan kita hari ini..

Dengan itu, dipohon kepada sahabat yang mempunyai info..juga kepada jentera terlibat mempuat segera post mortem kemenangan..di mana salah dan silap kita hari ini.. melihat kepada jumlah yang keluar mengundi lebih kurang 70 % .. bermakna ada lagi 30 % individu yang kita belum tahu kecenderungannya.. mereka mungkin jenis yang buta politik atau pejamkan sebelah mata dan tutupkan sebalah mata dari melihat politik kerna merasakan politik tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka.. atau mereka ini adalah di antara mangsa ...mangsa yang dinafikan hak mereka untuk mengundi secara tidak langsung... ini berlaku bilamana pemerintah melalui SPR telah menetapkan tarikh hari mengundi pada hari bekerja.
Umumnya kita tahu dan sedar kebanyakan penyokong PR adalah golongan muda dari saluran 2...yang mendapat maklumat dihujung jari.. persoalannya..adakah golongan 30% yang tidak keluar mengundi itu adalah dari golongan ini.

Jika analisis yang dibuat menunjukkan ia benar ..maka langkah mengadakan PRK atau PRU pada hari bekerja adalah satu strategi mutlakk pihak berkenaan untuk menumbangkan PR secara kotor.. Waima demikian ..selagi PR belum mengambil alih tampok kekuasaan pusat amat sukar perkara ini untuk diperbetulkan... ianya akan berterusan .. selama mana keadaan ini wujud.. jadi mahu atau tidak ..kita harus memasang strategi untuk mengatasi permasalahan ini.. sekadar memujuk, mendemontrasi, menghantar memorandum, mesyuarat dan segala jenis aktiviti dengan atau kepada SPR ..ia tidak akan menunjukkan kesan yang kita inginkan.

Lalu ..yang pasti kita harus mempunyai perancangan mulai sekarang ..bagaimana untuk memenangi perlumbaan ini. saluran maklumat melalui wadah internet .. cukup baik dan bagus akan tetapi belum berjaya untuk menyentuh hati para pengundi (30%) berkorban cuti dan wang ringgit untuk kembali mengundi.. kita perlu membawa mereka balik dengn niat setulus hati seikhlas nurani demi sebuah perjuangan suci.. kita perlu sentuh emosi dan naluri mereka untuk bersedia berkorban demi perjuangan ini.

Kenapa mereka tidak pulang mengundi ?? Mungkinkah makna perjuangan belum bersemi dalam diri? atau mungkinkah halangan kewangan ? atau mungkin pekerjaan rasmi? kalau ini adalah antara jawapannya maka kita harus mencari idea bertikam ilham untuk membawa mereka .. pastinya kita tidak mampu untuk menyediakan wang ringgit untuk tambang seperti mana pihak lawan.. kita juga tidak mampu untuk mengarahkan syarikat memberi cuti atau kelonggaran kepada pengundi keluar mengundi seperti pihak tertentu..lalu apa yang harus kita lakukan???
Mungkin ini yang perlu kita fikir dan terjemahkan bersama;
i. didapati ada di antara pengundi PR yang mana suami dan isteri mendaftar di dua tempat yang berbeza.. kampung suami dan kampung isteri.. keadaan ini memecahkan kekuatan undi.. kalau suami balik ke kampungnya mengundi bermakna isteri tidak dapat mengundi.. ini telah menghilangkan satu undi.. jadi kita harus galakkan pasangan pengundi PR untuk mendaftar di satu tempat mengundi sahaja.. contoh ..seorang Kedah dan seorang Johor..menetap di Kuala Lumpur.. sama ada dua-dua mendaftar di KL atau pilih salah satu kampung sahaja Kedah atau Johor.. ini perlu digerakkan segera kerana kita tidak tahu bila masanya PRK mungkin akan muncul ..

ii. ada di antara anak-anak penyokong PR yang belum mendaftar.. gerakkan segera kempen mendaftar anak-anak ini..terutama yang sedang menuntut atau bekerja di luar kawasan.. setiap penyokong PR perlu berperanan memastikan anak masing-masing mendaftar dan kembali mengundi..

iii. Dunia hari ini memperlihatkan peranan rakan sebaya yang cukup signifikan.. rakan sebaya amat mempengaruhi perlakuan dan keperibadian pengundi muda hari ini. kita mula dan gerakkan tarbiyah golongan ini dengan memberi latihan kepada anak-anak penyokong terutama di IPT tempatan..setiap anak penyokong harus diberi latihan bagaimana untuk menanam makna perjuangan dalam diri rakan-rakan.. mereka harus digerakkan untuk memujuk rakan-rakan mendaftar dan menjadi pengundi PR

iv. strategi mengadakan pengundian pada hari bekerja memberi tamparan kasih sayang kepada PR.. namun tindakan seperti P Pinang memberikan cuti umum kepada rakyat dalam PRK Permatang Pauh dilihat memberi tamparan kepada pihak terbabit.. jika ini berlaku lagi maka kerajaan PR harus melihat perkara ini dengan serius.. jadikan ini sebagai agenda penting perbincangan.. mesti atau tidak cuti umum di berikan apabila PRK diadakan pada hari bekerja.. kajian teliti harus dilakukan misalnya melihat pola pengundi di permatang pauh, kuala terengganu, bukit gantang dan bukit selambau.. permatang pauh diberikan cuti umum.. adakah pola pengundi di saluran orang muda (2) meningkat berbanding di KT, BG dan BS. ?

Lupakan dulu soal yang bertanding di PP adalah DSAI.. ini kerana sikap pengundi sukar untuk diubah jika hanya soal calon.. contoh.. kalau jenis yang tidak ambil peduli dia tetap tidak peduli siapa calon yang bertanding.. bagi yang tinggi semangat perjuangan..meredah lautan gelora akan ditempohi asal dapat kembali mengundi.. namun sekiranya telah diberi peluang (cuti ) namun polanya masih sama..

Maka kita boleh andaikan mengadakan hari mengundi pada hari bekerja tidak menjejaskan sokongan kepada PR.. 30% yang tidak keluar itu mungkin berada jauh dari kampung halaman ..sukar untuk kembali dengan cuti dan ringgit yang terhad atau mereka yang mungkin tidak ada hati untuk mengundi ..

v. Mereka yang tidak ada hati ..perlu diberikan hati .. hati sekurangnya-kurangnya ada tiga (3) jenis..hati mati..hati keras.. hati lembut. Mereka yang hatinya telah mati perlu dihidupkan kembali (ramai daripada kita PR ada kaedah untuk hidupkan hati).. mereka ini biasanya tidak sukakan ilmu..tidak sukakan majllis ilmu, tidak suka membaca dan tidak suka berfikir.. hati mereka tidak suka kepada semua itu.. mereka seperti ini biasanya juga 'pekak dan bisu' serta 'buta' ..mereka tidak nampak akan kebenaran biarpun kebenaran ada di depan mata.. mereka ini harus kita hampiri ..dampingi..rapati.. jadikan kawan, buatkan sahabat.. mereka banyak bermain dengan logik dan emosi.. tariklah rambut dalam tepung..tepung tak berselerak , rambut tak putus..
Mereka yang hatinya keras.. sekeras hatinya Umar.. lembutkan dengan 'Toha', sejukkan dengan DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal)..mereka ini mencari-cari hala tuju..mencari dahan untuk bergantung,, mencari rimbun untuk berteduh.. bila bertemu dia kasar ..ganas, bengis , bila dah ketemu .. dia manis, dia menangis, dia merintih... selembut hatinya Syaidina Umar.

Mereka ini perlu didekati, di bawa mencari ..dipimpin.. apa yang perlu sebelum dipimpin..ikuti dulu rentak mereka.. sikap kasar mereka..sikap bengis mereka.. setelah ditawan baru lah dipimpin mereka ini menuju jalan yang benar..

Bagaikan kisah Syaidina Umar dan adiknya.. golongan ini bergerak atas kepercayaan rasional.. 'aku tak join politik pun ..gaji aku tebal, buat apa nak mengundi bukan dapat apa pun', 'nak balik kalau takat nak mengundi , baik tak payah''' 'satu undi tak de maknanya pun'.. bermcam lagi kepercayaan rasional mereka.

Jadi petugas kita perlu tangani ketidak rasionalan ini.. jangan dibantah atau disanggah.. sokong dan ikuti sehingga telah berjaya bersama ..tarik mereka membuat u-turn... satu undi berjaya diperolehi.. Mereka yang lembut hati.. hati yang telah lembut jika tidak diisi dan dibajai akan kembali keras.

Apabila telah lembut hati Syaidina Umar ..lalu dibawa adiknya bertemu Rasulullah s.a.w.. untuk apa? untuk diisi.. diisi dengan Islam .. lalu mereka yang telah lunak dengan perjuangan ini harus kita isi..isi dengan kandungan dan makna sebuah perjuangan.. ramai pelayar internet.. berbondong-bondong menggali sumber khazanah dalam blog dan lain-lain.

Bila bersuara ...suaranya suara perjuangan .. kata-katanya ..kata-kata perjuangan ..tapi bila di tanya ..kau dah mendaftar..errrr..lupa la...kau dah mengundi..nanti la awai lagi.. jadi mereka yang dah lunak hatinya ..harus segera ditarbiyah.. ditanam..diisi , disirami..dibajai.. supaya akhirnya dia menjadi pejuang sejati.

Mereka ini biasanya berfikir secara rasional, logik berdasarkan fakta, sukakan ilmu, sukakan majilis ilmu, gemar membaca.. menganalisis..memerhati.....surah as-Sajdah,ayat 9, setelah disempurnakan kejadiannya, lalu ditiupkan roh, diberikan pendengaran, penglihatan serta hati (agar dapat berfikir), tetapi tidak ramai yang bersyukur'.

Demikian sikit sebanyak profil bakal pengundi untuk sama-sama kita renungkan .. mungkin tepat mungkin tidak .. apa pun..kita perlu lakukannya segera .. kerana untuk mengubah sikap manusia .. bukan hari yang perlu dikira..tetapi bulan dan tahun.. mungkin sebelum PRU 13 kita ada lebih kurang 3 atau 4 tahun.. ini kiranya cukup untuk kita .. bekerja keras.. mendampingi dan mendekati .. sasar tuju kita.. dalam sebuah rumah .. mungkin ada 3 pengundi.. dampingilah ketuanya.. dalam rumah panjang ada 30 keluarga ..rapatilah tok batinnya..

Sejarah telah banyak kali menunjukkan bila ketua/pemimpin berubah..sekalian pengikut dan hamba rakyat turut berubah.. Semoga dapat kita manfaatkan bersama.. bukan untuk mengajar cuma untuk luahkan apa yang berbuku dihati.. berkongsi keyakinan bagaimana kita boleh lakukan demi sebuah perjuangan suci. Wassalam.

SUMBER : politik Banjar

SATU MALAYSIA : MENDAHULUKAN RAKYAT NEGERI PERAK


Memang ada benarnya kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tidak boleh dianggap sebagai tanda rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut Naib Presiden Umno itu, Najib sebagai perdana menteri tidak boleh dipersalahkan kerana beliau baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara.

“Saya percaya berikan masa kepada kami, kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu saja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira cita rasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman,” katanya.

Begitu juga pandangan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa keputusan pilihan raya kecil itu bukan sebagai referendum terhadap kepimpinan negara.

Selaras dengan hujah Hishammuddin dan Muhyiddin, memang patut Najib diberi masa dan peluang untuk membuktikan keikhlasan beliau menerajui negara atas slogannya Satu Malaysia.

Indah sekali bunyi slogan “Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan” di mana Najib berjanji untuk mengutamakan rakyat dari seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik tanpa sesiapa merasakan tercicir atau terpinggir.

Dalam ucapan penerimaan jawatan Perdana Menteri pada 3 April lalu, Najib dengan tegas menyatakan: “Kita akan rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik”.

Sebagai memenuhi janji dan harapannya sendiri, Najib boleh membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat dengan mengesyorkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengakhiri kebuntuan krisis politik negeri itu.

Seperti mana yang diketahui umum, kebekuan politik Perak berpunca dari “rampasan kuasa” oleh Umno setelah tiga Adun Pakatan Rakyat melompat meninggalkan parti asal mereka. Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah pun memohon pembubaran DUN tetapi ditolak oleh Sultan Perak.

Kini keadaan semakin buntu dengan kes demi kes dibawakan ke mahkamah sedangkan suara majoriti rakyat Perak yang didengar di mana-mana mendesak mahukan penyelesaian yang muktamad.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Hishammuddin, “perjuangan BN adalah konsisten dan mengambil kira aspirasi rakyat,” tentutunya tidak mustahil untuk Najib mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dengan membolehkan adanya pilihan raya negeri di Perak.

Oleh kerana kepimpinan Umno dan BN amat yakin bahawa keputusan di Bukit Gantang — yang dimenangi oleh Mohd Nizar dengan majoriti yang lebih tinggi dari keputusan pilihan raya umum 2008 — bukan sebagai referendum terhadap Najib, tidak ada sebab mengapa pilihan raya negeri tidak boleh diadakan untuk mencairkan kebekuan politik di Perak.

Umno dan BN yang bermati-matian berkempen di Bukit Gantang sepanjang lebih seminggu yang lalu dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan sudah pasti mempunyai laluan mudah untuk memenangi hati rakyat Malaysia di Perak.

Tentunya tidak sukar untuk Umno dan BN memujuk rakyat dalam pilihan raya negeri dengan bantuan semua media arus perdana yang secara terang dan jelas berkempen untuk gabungan parti pemerintah pusat.

Malah seruan Satu Malaysia dapat dijadikan asas kempen BN untuk menjinakkan hati rakyat yang selama ini marah dengan keangkuhan dan ketidakpedulian pimpinan Umno yang semakin jauh jurangnya dengan rakyat yang ingin mereka sumbangkan bakti.

Jika tidak, status kerajaan negeri yang dirampas itu akan menjadi duri dalam daging untuk Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah jika undang-undang dan aparatus negara dipergunakan untuk menampung keputusan yang zalim dan rapuh, ia akan ranap juga satu hari nanti.

Seruan untuk mendahulukan rakyat memang patut disokong kerana ia adalah gambaran niat yang ikhlas. Namun niat sahaja tidak akan ke mana; rakyat telah perit melalui era sepanjang lima tahun lalu di mana janji demi janji ditaburkan. Malah dua dekad sebelum itu pun penuh dengan pelbagai juadah janji.

Buktikan sokongan melalui pilihan raya negeri Perak; kecualilah kalau Umno dan BN merasakan mereka akan ditolak oleh rakyat.

Tetapi itu mungkin mustahil kerana semua pemimpin Umno dan BN yakin rakyat masih tetap bersama mereka. Jadi tidak perlu tunggu lama lagi; biarkan rakyat — yang dijanjikan untuk didahulukan — membuat keputusan.

Umno dan BN tidak perlu merasa takut dengan Pakatan Rakyat kerana BN sudah pun terkenal dengan perjuangan “membela rakyat” yang pasti akan diberi pertimbangan wajar oleh rakyat di Perak.

Lagi pun di mata para pemimpin Umno, siapa dan apalah sangat Pakatan Rakyat? Di Perak sahaja, dua tiga kerat exco negeri pun boleh “dibeli” begitu sahaja.

Cumanya Umno dan BN terpaksa lebih berhati-hati sekarang kerana rakyat jelata semakin prihatin dengan soal-soal ekonomi, hak, keadilan dan demokrasi - bukan sahaja di Perak, malah di seluruh negara. Kini semakin susah untuk mana-mana pemimpin politik membohongi rakyat...

Original copy from : Malaysia insinder

Rabu, 1 April 2009

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TAHARIN


Seorang lagi pejuang Islam di Melaka, Allahyarham Taharin meninggalkan kita buat selama-lamanya awal pagi Isnin lalu.

Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Bukit Gantang telah terlanggar pokok tumbang yang merentangi jalan kira-kira 2 km dari rumahnya. Ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari Jasin ke rumahnya di Nyalas.

Menurut laporan, beliau yang baru sampai dari Bukit Gantang menunggang motorsikal dari rumah rakannya Hanan. Motorsikal beliau ditinggalkan di rumah Hanan kerana beliau sama-sama ke Bukit Gantang menaiki kereta bersama Hanan untuk memberikan sokongan moral kepada PAS pada hari penamaan calon Ahad lepas.

Pada pagi Ahad lepas beliau bersolat hajat di Masjid Daerah Taiping sebelum sama-sama berarak ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping. Beliau bersolat dibelakang saya dan sempat bergurau dengan saya selepas solat tersebut.

Semasa hayatnya beliau merupakan aktivis perjuangan Islam yang gigih dan komited. Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Alor Gajah dan juga merupakan AJK Majlis Tindakan DUN Asahan. Beliau merupakan tenaga penting yang berjaya menaikkan undi PAS di DUN Asahan pada PRU 2008 lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah.
Amin.

SUMBER : Mutaligat Sofi Wahab

Ahad, 28 September 2008

Alahai 10 Sen - Malaysiakini

Malam tadi, saya mengikuti ceramah Tuan Haji Mohd Sabu, Naib Presiden Pas di Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka. Banyak idea dan kupasan penting disampaikan khususnya mengingatkan tanggungjawab seorang Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan hubungannya dalam membina sebuah daulah.

Saya tertarik dua premis ucapan beliau.

i. sejarah kejatuhan Turki Uthmaniyyah kerana bangsa Arab termakan umpan penjajah Barat yang mengatakan bahawa bangsa Arab diperintah oleh bangsa bukan Arab.

ii. keruntuhan Islam berlaku apabila pemimpin atau pemerintah mula mendirikan istana. Berbeza dengan zaman Khalifah Umar Al Khattab, sewaktu didatangi oleh wazir Rom, tempat rehatnya adalah di bawah pohon kurma.

Pandangan saya;

1. Isu perkauman dan kebangsaan dijadikan modal untuk meraih sokongan untuk mengekalkan kuasa. Bukankah kerajaan sekarang ditubuhkan oleh parti yang berasaskan kaum atau bangsa? Nicolo Machiavelli dalam bukunya 'The Prince' mengajar falsafah 'matlamat menghalalkan cara'. Ciri-cirinya; berunding untuk menang, tipu, helah, dan akhirnya memenjarakan atau membunuh.

Bagi Islam, falsafah dan pemikiran seperti itu tiada kena-mengena. Tiada soal perkauman dalam perjuangan Islam. Islam itu adil dan terbukti mampu memberi keadilan kepada semua kaum. Atas keadilan itulah, ia tersebar dan pernah memerintah 2/3 dunia selama lebih seribu tahun. Berbeza dengan Machiavellian, Islam berunding untuk mencari kebenaran, tiada tipu, tiada helah, tiada tangkap tanpa bicara dan tiada membunuh tanpa sebab.

2. Keruntuhan daulah Islam bukan kerana kerajaan miskin, sebaliknya hampir semua kerajaan tumbang ketika kaya raya. Kerajaan Islam Melaka, tumbang dalam keadaan pelabuhan Melaka adalah pelabuhan entreport. Digambarkan kekayaan Melaka oleh Puteri Gunung Ledang yang meminta hantaran sebagai syarat persetujuan perkahwinan dengan meminta Sultan Mahmud membina jambatan emas dan perak dari bandar Melaka hingga ke Gunung Ledang. Kini, Melaka berhutang dengan kerjaan pusat lebih daripada RM1.o5 billion.

Malaysia negara yang kaya dengan anugerah Allah Taala. Dari puncak gunung, hutan rimba, tanah daratan hinggalah ke dalam laut, nikmat itu tidak terhingga banyaknya. Petroleum yang menjadi sumber utama negara, cukai yang dipungut puluhan billion ringgit setahun dan segala macam khazanah lain ada, tapi harga barang terus kekal tinggi selepas peristiwa hitam kenaikan petroleum.

Minggu depan umat Islam akan menyambut aidil fitri. Teman-teman yang bukan Islam pun hendak turut meraikannya. Anak-anak amat gembira untuk menyambutnya, tapi 'bapa' beri 10 sen saja sebagai duit raya. Alahai! Patut ke?

Sumber dari :Cikgu Azrin

Isnin, 22 September 2008

Guru 'Penyuluh Kegelapan' - Malaysiakini

Nasihat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail kepada 360,000 orang guru seluruh negara dan minda pengarang Berita Harian supaya guru tidak membincangkan isu politik ketika di sekolah menarik perhatian saya. Kata mereka;

1.dibimbangi boleh menjejaskan tumpuan tugas hakiki iaitu kepada pelajar dan pembelajaran,

2.tugas mereka sudah cukup berat mendidik generasi muda,

3.fikiran mereka terganggu atau terpesong jika asyik berpolitik atau mengikuti perkembangan isu politik semasa.

4.tidak harus mencampuradukkan tugas mereka dengan pengaruh politik kepartian.

5.terbawa-bawa kepada soal kaum, agama dan kenegerian yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, serta memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Pada hemat saya, pandangan itu ada pro kontranya. Namun, kenyataan tersebut secara tidak langsung merendahkan martabat guru yang memang kritis terhadap sesuatu perkara. Saya ada pandangan lain!

Saya faham bahawa pandangan itu ditujukan kepada guru yang pro Pakatan Rakyat (PR). Kalau yang menyokong Umno/BN, tiada masalah. Sebab? Bukankah hampir semua pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan serta Guru Kanan Mata Pelajaran dipastikan orang kuat Umno/BN, paling tidak penyokong mereka. Kalau ada daripada pembangkang, mereka itu dianggap sebagai pembangkang yang 'cair'. Perkara ini telah diketahui oleh para guru dan umum. Bukankah, timbalan menteri pun bekas pegawai pendidikan? Tanyalah diri sendiri, macam mana boleh jadi timbalan menteri kalau bukan orang kuat Umno? Atau, tanyalah Pengarah Pelajaran Kelantan!

Seseorang guru tidak dinamakan guru kalau tidak mengajar atau tiada murid. Rata-rata guru yang mengajar di sekolah, sebelum dan sesudah menjawat jawatan tersebut, mengikuti pelbagai disiplin ilmu sewaktu mengikuti diploma perguruan atau pun kursus di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah. Di sinilah keistimewaan dunia pendidikan sebab guru berlatar belakangkan pelbagai bidang ilmu. Ilmu keguruan mereka semakin hari semakin mantap kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku antara mereka dengan para pelajarnya. Kebimbangan terhadap tumpuan guru tidak berbangkit, kecualilah mereka yang bercakap itu sengaja ingin menimbulkan kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Tidak tahulah pula, adakah guru yang menjadi juru kempen menjelang pemilihan agung Umno turut dimaksudkan dengan kebimbangan tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa tugas guru semakin berat. Apatah lagi sistem pendidikan negara masa kini berorientasikan peperiksaan dan mengejar kelulusan berbanding dengan matlamat mendidik pelajar dalam pelbagai lapangan untuk menempuh kehidupan pada hari muka. Kalau sudah mengakui tugas guru semakin berat, maka tiada sebab kepada kerajaan tidak memenuhi tuntutan kesatuan berhubung kebajikan mereka dalam isu kenaikan gaji, pangkat, beban tugas, peluang mendapat tajaan penuh untuk melanjutkan pelajaran dan banyak lagi. Peliklah. Kalau guru bercakap soal politik, mereka berkata tugas guru sudah cukup berat, tetapi apabila menuntut kebajikan, macam-macam pula alasan!

Fikiran siapa yang terpesong? Analogi mudah kepada Datuk yang menjaga orang belajar dan terpelajar. Guru, kalau anak muridnya membuat kesalahan pasti ditegur. Kalau jawapan dalam latihan, ujian atau peperiksaan itu salah, maka dipangkah atau tidak diberi markah, tetapi kemudian diberi jawapan yang betul lagi tepat. Sebaliknya, kalau pemimpin membuat kesalahan, siapa yang patut menegur mereka? Tentulah rakyat yang memberi mandat. Kenapa takut dengan teguran rakyat?

Siapa yang asyik berpolitik? Guru mengikuti perkembangan politik kerana itu fitrah manusia. Apa-apa yang diucap dan dilakukan pemimpin dinilai mengikut neraca ilmu, iman dan kemanusiaan. Keterlibatan mereka dalam politik belum tentu boleh sampai kepada jawatan timbalan menteri pendidikan.

Datuk kena tanya diri sendiri. Sewaktu naik sebagai wakil rakyat, Datuk mewakili parti politik atau tidak? Bukankah dinaikkan kerana terlibat kuat dengan Umno. Kalau tidak, macam mana Umno boleh melantik Datuk mewakili mereka dan orang lain yang berangan ingin jadi calon pun boleh ternganga? Isu yang Datuk bangkitkan, akan menimbulkan seribu persoalan kepada Datuk. Tiada salahnya guru sama ada berpolitik, mengikuti politik, menganalisis politik, mengundi parti pembangkang atau apa sahaja. Berbicara soal politik mestilah kena dengan orang dan tempatnya. Ini negara demokrasi, bukan komunis!

Guru hari ini adalah matang dan waras. Perjuangan mereka atas asas agama, kaum dan negeri perlu didengar dengan penuh keterbukaan oleh pemimpin yang berjiwa negarawan. Bukankah guru mengajar, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung?

Istilah guru sebagai 'penyuluh kegelapan' jangan sedap diucap dalam majlis sambutan hari guru atau pada hari mengenang jasa semata-mata. Martabat mereka perlu dijaga. Peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan rohani, emosi, intelek dan politik jangan diremehkan. Pandangan mereka jangan dikesampingkan. Pemimpin hari ini pernah diajar oleh guru di sekolah pada suatu masa dahulu. Apakah guru perlu mengajar kalian sekali lagi? Mereka jangan diberi kata dua. Itu kurang adab namanya.

sumber : Cikgu Azrin

Sabtu, 20 September 2008

Matematik Dan Sains Di Ajar Dalam Bahasa Melayu Tahun Depan ?? - Malaysiakini


Setelah enam tahun diselubungi dengan pelbagai desakan dan kontraversi, Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dijangka akan kembali semula kepada Bahasa Melayu mulai tahun depan.

Menurut sumber dari Kementerian Pelajaran proses kembali semula menggunakan bahasa kebangsaan sedang berjalan. Di antaranya, buku teks matematik dan Sains telah siap dicetak dalam bahasa Melayu. Di samping itu, semua Institut Perguruan seluruh Malaysia tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran di dalam kelas bagi guru pelatih yang mengambil opsyen matematik dan sains mulai tahun 2009.

Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk kembali menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun bagaimanapun sudah pasti ramai pihak yang terkilan kerana projek PPSMI yang diperkenalkan semasa era kepimpinan Tun Dr. Mahathir telah menelan kos lebih RM 5 bilion.

Inilah natijahnya apabila sesuatu pelaksanaan dasar tidak dibuat secara teliti tanpa mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan. Malah pihak berkenaan hanya 'melihat sebelah mata' dan memekakkan telinga walaupun mengetahui wujud pelbagai masalah sepanjang dasar tersebut diperkenalkan seperti yang didedahkan oleh tokoh-tokoh akademik dan politik.

Bayangkan dengan jumlah wang sebanyak itu, saya yakin tidak ada rakyat di Malaysia ini yang hidup merempat tidak mempunyai rumah. Mungkin juga dengan wang sebanyak itu kerajaan boleh memberi pendidikan yang 'betul-betul' percuma kepada semua rakyat Malaysia. Jika tidak pun duit itu digunakan untuk menampung subsidi minyak untuk memastikan harga minyak tidak membebankan seperti sekarang.

sumber dari : Blog Angkasanuri

Jumaat, 19 September 2008

Fesyen Pakaian Untuk Perjalanan Jauh - Malaysiakini

Asyik sembang politik saja, sekali sekala kena juga lari ke topik lain. Moga memberi kita semua keinsafan, apa yg kita ada hari ni semuanya hanya pinjaman, jgnlah sombong takbur dimuka bumi yang bukan milik kita.....








Pak Lah Tak Sedar Dia Yang Lembik !! - Malaysiakini

Apabila Pak Lah mula mengaitkan DSAI merupakan ancaman kepada kejatuhan ekonomi negara adalah satu langkah yang tidak relevan apatah lagi beliau merupakan orang no.1 terpenting di dalam kerajaan Malaysia.

Menurut Pak Lah di dalam kenyataan beliau di dalam Utusan Malaysia bertarikh 18 Sept 2008, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menguar-uarkan penubuhan 'kerajaan baru' yang tidak menjadi kenyataan semalam bermotif untuk melingkupkan ekonomi negara.

Bagi saya, Pak Lah yang sebenarnya pelingkup sebenar ekonomi negara, kenapa sekarang menuding jari kepada Anwar ?? Adakah Pak Lah sudah kekeringan idea ?? Wajah Pak Lah yang sebelum ini nampak ceria kini dah mula muram dan suka marah-marah...Sian ngan Pak Lah, tapi apa boleh buat coz semua ni berlakupun bukan kehendak dia tapi kehendak menantu dia yang beliau sayangi.

Saya bukanlah pakar ekonomi, tetapi bagi saya kejatuhan ekonomi di Malaysia tiada kena mengena dengan DSAI sebaliknya ia berpunca dari Pak Lah sendiri. Sejak Pak Lah menjadi PM, semua gerak kerja jadi lembap, Rasuah meningkat terutama dikalangan pimpinan, harga barang naik melambung, minyak pulak berapa kali naik, pemimpin yang korup lagi bertambah malah tidak dikenakan tindakan, amalan 'kronisme' yang tidak dapat dibendung, kadar jenayah yang semakin meningkat dan banyak lagi. Ini semua berpunca dari sifat Pak Lah yang 'LEMBIK' dalam melaksanakan urusan negara.

Kegagalan BN dalam PRU 12 adalah melibatkan seperti perkara-perkara diatas. Ini juga berkaitan dengan ketidakstabilan ekonomi negara. Yela, kalau negara dah macam tongkang pecah, pelabur mana yang mahu datang pelabur ?? Untuk ini Pak Lah yang seharusnya bertanggunghjawab...jangan pandai-pandai meletakkan kesalahan pada orang lain..akibat dah tertangguh beban, kau serahkan jawatan Menteri Kewangan pada Najib, biar segala najis-najis yang kamu tinggalkan mudah kamu calit pada Najib..hebat sungguh politik kamu Pak Lah...saya tunggu kejatuhanmu Pak Lah, terutama menantu kamu yang lagi tidak berguna Khairy 'Beruk' Jamaludin..

Khamis, 18 September 2008

Blogger Semakin Di Ancam - Malaysiakini

Untuk tahun ini sahaja sudah beberapa orang blogger yang ditahan polis dengan alasan memberikan ancaman kepada Negara. Bermula dengan blogger Cucu Mat Kilau, Bang Bakar 'Penarik Beca', RPK dan latest bro. Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella).

Menurut isterinya Bariah Ishak, suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik dan isu mendatangkan kemarahan Pak Lah.

Yang pasti blogger sudah menjadi satu ancaman kepada Kerajaan BN dan mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menakutkan para-para blogger agar tidak mengkritik kerajaan. Bagi saya, kalau dah benda tak betul kenalah kritik..kalau tegurpun bukannya nak dengar..lagipun kehadiran blogger-blogger inipun sekadar meluahkan pandangan peribadi..takkan baru pandangan peribadi dah takut ???

Pak Lah Sebenarnya Pengancam Ekonomi Negara - Malaysiakini

Saya ambil dari ruangan komen di dalam blog ini. Fikir-fikirkanlah...

Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang "komunis" ekonomi le. :?: Cth harga minyak semasa:

1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)


Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak? :!: :!:

sumber dari :
raktamrittika

Apa Motif Pak Lah Tukar Jawatan Dengan Najib ?? - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini (semalam) telahmenyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa serta-merta sebagai sebahagian daripada proses peralihan kuasa yang dipersetujui pada 2010.

Berkuat kuasa serta-merta juga, beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Bagi saya, Pak Lah ada motif tertentu dalam proses pertukaran jawatan tersebut dan yang pasti Pak Lah mahu memastikan yang beliau berkuasa dengan lebih lama dalam politik BN dan Najib bakal terperangkap dengan permainan yang direka oleh Pak Lah. Saya pasti pertukaran jawatan tersebut tentu ada kaitan dengan KJ, jika tidak kenapa baru semalam beliau berani mengumumkan untuk bertanding jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ?? Yang pasti ini salah satu usaha yang terancang oleh Pak Lah dan KJ untuk menjerat Najib.
Mungkin sahabat sekalian boleh baca disini untuk melihat tafsiran dari sahabat ini.

Untuk itu, adalah tidak mustahil ia perkara yang dirancang dan saya merasakan isu peralihan kuasa pada tahun 2010 hanyalah gimik Pak Lah semata-mata dan yang pasti Pak Lah akan mencungkil rahsia demi rahsia Najib apatah lagi kes pembunuhan Altantuya pula disabitkan dengan adanya Rosmah ditempat kejadian. Ini sedikit sebanyak telah menjahanamkan karier Najib sebagai seorang ahli politik. Tanggapan saya, Pak Lah masih lagi mahu berkuasa sebagai PM di Malaysia dan yang pasti dia akan usahakan agar jawatan PM diturunkan agar ia menjadi milik KJ. Najib ?? bakal terlopong dan karier politik beliau sudah hampir untuk dikuburkan..

Selasa, 16 September 2008

Anwar Tidak Umum Senarai Yang Akan Lompat - Malaysiakini

SELESAI sidang media Ketua Pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya sebentar tadi menyaksikan teka-teki perubahan kerajaan yang diwar-warkan masih belum menjadi kenyataan.

Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu berhubung pelan sasaran mereka membentuk kerajaan baru persekutuan.

KLpos yang mengikuti sidang media tersebut secara langsung menerusi justin.tv mendapati Datuk Seri Anwar masih berteka-teki dengan dakwaannya berkenaan dengan ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar, beliau tidak mahu peristiwa 8 Mac lalu berulang di mana peralihan kuasa di Selangor dan Perak tidak berlaku dengan aman.

Anwar mendakwa ada dokumen-dokumen kerajaan dihapuskan pada 8 Mac lalu ketika pakatan pembangkang berjaya mengambil-alih kedua-dua negeri tersebut.

Anwar juga tidak mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen BN yang didakwa mahu melompat parti itu sebagaimana dijangkakan sebelum ini.

Sidang media tersebut diakhiri dengan soalan bertalu-talu dari wartawan dalam dan luar negeri.

Semalam Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Sanglang Milik PAS, Tiada Pilihanraya Kecil - Malaysiakini

Tahniah dari saya kepada YB Ustaz Hashim Jasin kerana diumumkan pemenang di Dun Sanglang untuk penggal ketiga berturut-turut. Alhamdulillah ini semua rezeki di dalam bulan Ramadhan. Langkah kedua kemenangan selepas kemenangan DSAI di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menurut dari sumber Malaysiakini, panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan serta pilihanraya kecil seperti yang diwar-warkan sebelum ini tidak perlu diadakan.

Jadi di Perlis 2 kerusi Dun sudah menjadi milik Pakatan Rakyat. Moga dengan ini, kalian semua akan bekerja dengan lebih keras dalam mempertahankan dan seterusnya merampas negeri Perlis daru pentadbiran Barisan Nasional. Kepada rakan-rakan seperjuangan di Melaka, jangan putus asa...teruskan perjuangan untuk meraih kemenangan di dalam PRU akan datang...

silembiks : Petisyen yang UMNO kemukakan untuk dun Manir juga ditolah oleh mahkamah dan Ustaz Harun Taib kekal dengan jawatannya...satu lagi kemenangan Allah berikan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini....

Zahid Ibrahim Dah Tahu Yang Kapal BN Dah Nak Karam - Malaysiakini

Zaid Ibrahim pun tahu yang kerajaan BN bakal musnah. Jika tidak takkan la dia berani meletakkan jawatan. Offer dari Pak Lah untuk dia berehat seketika pun ditolak pasal mungkin beliau dapat menjangkakan apa yang berlaku selepas ini.

Jadi tiada makna beliau untuk kekal bersama dengan kerajaan Hadhari ini kerana dia pasti jika 916 tidak berjaya tetapi ada tarikh lain yang bakal menanti, cuma pemimpin UMNO dan BN yang lain masih lagi berada didalam khayalan.

Apa-apa hal sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Zahid Ibrahim diatas kesanggupan beliau menegakkan kebenaran dalam menentang penggunaan ISA kepada orang awam..Semoga Allah sahaja dapat membalas budi baik Senator Zahid Ibrahim...Jadi sekali lagi saya menyeru agar parti yang relevan untuk Zahid Ibrahim ialah PAS @ PKR...Jadi fikirkanlah dimana halatuju anda selepas ini....

Ali Rustam Yang Gila Publisiti - Malaysiakini

Ntah jin mana yang merasuk Ali Rustam tidak saya ketahui..Beliau yang sememangnya antara pimpinan kanan UMNO yang tidak cerdik hari ini membidas kenyataan Anwar yang mahu berjumpa dengan Pak Lah. Menurut Ali Rustam, perancangan DSAI untuk berjumpa dengan Pak Lah hanyalah sia-sia.

Pelik saya, kenyataan yang remeh macam ni pun Berita Harian nak keluarkan. Lainlah kalau bercakap soal masyarakat tapi sebaliknya perkara yang dia rasa tidak memberi makna dia nak beritahu. Nampak sangat Ali Rustam ni semakin gila dengan publisiti. Saya tahu, ni semua berkaitan dengan hasrat beliau yang mahu mengekalkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden UMNO. Tapi jangan bimbang Ali, hasrat kamu tidak akan berjaya apatah lagi kamu akan berdepan dengan banyak persaingan untuk perebutan jawatan Naib Presiden.

Cukuplah sepenggal kamu sebagai Naib Presiden, lagi lama kamu memegang jawatan tu, makin menyusahkan UMNO. Kamu bukannya ada 'function' sebaliknya hanya pandai membodek dan membazirkan wang rakyat....Orang macam ni sepatutnya disingkirkan sahaja....tak membawakan hasil langsung kepada pembangunan negara...Baru handle negeri Melaka hutang dah bertimbun-timbun, apatah lagi jika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet...ntah apa yang akan jadi dengan Malaysia ini agaknya....Silap-silap haribulan lagi teruk daripada Pak Lah....Cukup-cukuplah, jangan nak raih publisiti murahan lagi....

Siapa Yang Sebenarnya Memperbodohkan Rakyat, Khairy atau Anwar ?? - Malaysiakini


Dalam keadaan terdesak semua pemimpin BN tampil mengeluarkan kenyataan tetapi malangnya, kenyataan yang dikeluarkan banyak yang bercanggah sesama sendiri dan ini menunjukkan bahawa tiada kesefahaman di dalam pucuk kepimpinan BN. Mmm patutla dah nak karam Barisan Nasional..

Terkini si Khairy 'beruk' Jamaludin yang juga menantu kesayangan Pak Lah telah tampil untuk mengeluarkan kenyataan. Klik disini untuk membaca artikel berkenaan...Beliau yang sebelum ini menggelar para pendemo sebagai 'beruk-beruk dijalanraya' mendakwa penubuhan kerajaan pada 16 September ini bukan sahaja menyebabkan rakyat tertanya-tanya kebenarannya tetapi juga memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Alahai macam-macam alasan kamu Khairy, saya tahu Khairy yang kamu sebenarnya risau berkenaan isu 16 Sept. Almaklumlah jika DSAI dan jadi PM, mana ada change untuk kamu mencipta rekod untuk menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia. Tapi bagi saya memang jantan ni tak layak. Kalau dalam ceramah dia pun perkataan bebaur lucah pun selamba dia sebut. Nampak sangat tak malunya dia. Macam ni nak angkat sebagai pemimipin.? Kalau bukan Pak Lah jadi PM dah lama rasanya dia xjadi Naib Ketua Pemuda UMNO...

Bagi saya kamu sebenarnya yang memperbodohkan rakyat. Rakyat dah tahu yang UMNO dan BN sememang Parti yang sudah dipenuhi dengan kudis yang sudah bernanah serta ada yang sudah membusuk tetapi tidak diubati. Sebagai contoh, Pilihanraya kecil di permatang Pauh sudah menjadi bukti dan slogan 'Pade Doh' anda di Kelantan telah menjerat anda. Masih butakah kamu.. Sia-sia belajar sampai di Oxford tetapi kepala otak kamu rupa-rupanya terletak di kepala lutut...

Seperkara lagi, kalau bukan Pak Lah tentu manusia kat Malaysia ni tak kenal siapa dia Khairy Jamaludin, kalau kambing jantan ramailah kenal....

silembiks : Politik KJ bakal berkubur jika Pak Lah turun taktha.....selepas ini musnahlah kerajaan 3 beranak....

Siapa Lagi Selepas Zahid Ibrahim ?? - Malaysiakini

Baru semalam saya memberikan komen berkenaan isu Zaid Ibrahim yang akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan penggunaan ISA yang masih menjadi amalan dalam kerajaan Barisan Nasional dan pada hari ini ia telahpun menjadi kenyataan dimana menurut dari beberapa sumber berita pada hari ini, Zahid Ibrahim yang juga ketua Umno bahagian Kota Bharu telah menghantar surat tersebut di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2 petang.

Tahniah kepada Zahid diatas keberanian anda dalam menegakkan sesuatu perkara. Perkara sebegini sebenarnya jarang berlaku kepada mana-mana pemimpin UMNO tetapi Zahid sudah membuktikannya. Tak dapat saya ramal samada ini taktik berikutan kegagalan beliau mengekalkan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu atau sebaliknya kerana hanya Allah lebih mengetahui isi hati beliau tetapi yang pasti sikap yang ditonjolkan oleh Zahid dengan membantah isu penggunaan ISA terhadap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng/a> seharusnya dipuji dan menjadi contoh kepada pimpinan Barisan Nasional yang lain. Bukan hanya menyokong pemimpin secara buta tuli.

Jadi selepas ini siapa pula yang bakal menyusul untuk bersama dengan Zahid Ibrahim. Shabery Chik memang tak bole pakai, cakap tak serupa bikin ....Bagi saya mungkin perkara ini ada kaitan dengan isu peralihan kuasa yang sekarang ini sedang sibuk diperjuangkan oleh DSAI...sama-sama kita nantikan..

silembiks : tahniah Zahid Ibrahim, moga lepas ini anda keluar Parti UMNO pula untuk sama-sama berkhidmat dengan Pakatan Rakyat

Ada Tarikh Lain Jika 916 Tidak Berjaya - Malaysiakini


Tengah malam tadi ketika dok sibuk bikin kerja, salah seorang sahabat dapat SMS yang memberitahu bahawa Anwar sudah berjaya mengumpulkan jumlah MP yang akan melompat ke Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Baru di Malaysia.

Bagi saya, jika plan asal 916 tidak berjaya insya-Allah ada tarikh lain. Sempat juga call Bro. Shamsul (AMK Malaysia), katanya perkembangan positif cuma tunggu pengumuman dari DSAI esoknya (hari ini).

Bagi bro.Sofi pula, dia dah bagi garis panduan terlebih dahulu berikutan langkah yang akan diambil untuk meneruskan kemaraan PR :-

1) Mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen berhijrah masuk PR
2) Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa dengan aman, licin dan teratur.
3) Mengadap Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong menyembahkan situasi sebenar selepas PR mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.

4) Perdana Menteri meletakkan jawatan.
5) Mendapat perkenan Tuanku Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan.

Bagi saya, kita tunggu sahajalah seterusnya, Seperti yang saya ada ungkapkan tadi, tak dapat 916 ada lagi tarikh lain yang past yang pasti dalam tempoh yang terdekat, angin perubahan politik akan melanda di Malaysia...

Kisah Nujum Pak Belalang Versi Politik - Malaysiakini

silembiks : Saya terima mail ini petang tadi, tapi saya upgrade sikit tanpa berlakunya cacat cela pada sketsa dibawah.....

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya. ..'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'

Soalan extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..''Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

tiada soalan selepas itu coz Pak Lah yang selaku tukang soal dan pengsan...maka berlakulah peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.....begitulah senarionya.....

Isnin, 15 September 2008

Pekerja Kilang Infineon Berpiket Kerana Tidak Berpuas Hati Dengan Majikan - Malaysiakini

Syukran kepada Ustaz Khairul kerana dapat merakamkan isu tadi. Saya salah seorang yang berada di dalam kilang terbabit. Hendak mengambil gambar tapi melihat situasi tidak mengizinkan jadi saya membatalkan hasrat saya. Kepada Ustaz Khairul terima kasih atas artikel ini. Kepada Bro Sofi, saya terpaksa copy artikel ini...

Saya bersama-sama dengan YB Sim Tong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh Pekerja-pekerja Infineon yang berpiket di kilang tersebut hari ini.

Saya kesal dengan kegagalan pihak syarikat Infineon yang tidak dapat memberi maklumat yang jelas tentang isu ini sehingga berlakunya kejadian piket pada hari ini.

Apa yang berlaku pada pagi ini menunjukkan bahawa berlakunya 'miss communication' antara pekerja yang terlibat, kesatuan sekerja dengan pihak pengurusan syarikat.

Berdasarkan maklumat daripada beberapa pekerja yag terlibat adalah jelas pihak pengurusan infineon mengamalkan sikap double standard , ini kerana saya difahamkan terdapat yang pekerja yang bersetuju dan memohon untuk mendapatkan tawaran VSS tetapi tidak ditunaikan sebaliknya pekerja yang tidak memohon VSS pula yang dipilih untuk skim ini iaitu mereka diberi 2 pilihan iaitu skim persaraan keluarga dan satu lagi skim bayaran bonus selama 12 bulan.

Saya mengharapkan pihak syarikat dan pekerja terbabit serta kesatuan sekerja syarikat tersebut dapat menyelesaikan isu ini dengan baik dan adil demi kebajikan pekerja terbabit.

Sepatutnya pihak syarikat memaklumkan perkara terlebih dahulu serta berunding dengan pihak terbabit sebelum sesuatu tindakan di ambil keatas mereka.

PAS akan sentiasa komited untuk menuntut keadilan dan hak-hak pekerja dan ini adalah sebahagian daripada apa yang kita sedang perjuangkan iaitu kebajikan rakyat.

InsyAllah apa yang berlaku pada hari ini akan kita pantau dari masa ke semasa bagi bersama sama memperjuangkan hak-hak rakyat lebih-lebih lagi isu yang melibatkan kepentingan pekerja.

Saya juga mengharapkan kerajaan negeri dapat menangani isu ini kerana hari ini pihak exco atau wakil kerajaan negeri tiada bersama-sama mendengar keluhan dan masalah pekerja terbabit.

Khirul Che Salleh
Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka

silembiks : Dalam situasi tadi saya difahamkan semua staf keluar dan tidak menjalankan mesin lebih 4-5 jam...kerugian dalam tempoh tu hanya pihak majikan saja yang tahu..yang pasti mesin tersebut hanya dijalankan oleh pekerja kontrak (bukan staf Infineon). Memang kecoh tapi xdelah sampai nak baling batu...Paling kuat pun mereka bersorak.....