Sabtu, 25 Oktober 2008

Rendahnya Tahap Pemikiran Wanita UMNO di Melaka - Malaysiakini

Saya merujuk kepada usul yang diputuskan oleh mesyuarat agong wanita Umno Bahagian Jasin pada 18 / 10 / 08 tempoh hari, iaitu mendesak kerajaan agar meneruskan sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan hujjah bahawa pihak kerajaan telah banyak menghabiskan wang sejak tahun 2003 ke arah tersebut.

Apa yang saya lihat bahawa wanita Umno Jasin tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum dibahas dan diputuskan usul tersebut. Dasar ini sebenarnya telah mendapat tentangan oleh seluruh pakar akedemik dan cendikiawan melayu hatta Umno negeri Johor pada tahun lepas telah mengadakan satu konvensyen tentang perkara ini dan membuat resolusi mendesak kerajaan agar mengkaji semula sistem pendidikan tersebut. Persoalannya sekarang bukan persoalan duit tetapi persoalan hala tuju dan kedudukan bahasa melayu yang makin terhakis.

Wanita Umno Jasin tidak melihat sejarah tokoh - tokoh sarjana melayu yang berjuang memertabatkn bahasa ibunda. Laporan Razak 1965 dibuat untuk pertahankan bahasa melayu setelah penjajah meyisirkannya. Kemudian diwujudkan Laporan Penyemak Rahman Talib tahun 1960 untuk memperkukuhkan lagi. Tahun 1961 kerajaan bentuk akta pelajaran dan kemuncaknya 1970 lahirlah UKM yang menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama.

Pada tahun lalu juga lebih 200 NGO melayu berseminar di Johor mendesak kerajaan kembalikan sistem pembelajaran mate dan sain dalam bahasa melayu. Justeru usul yang dibawa oleh wanita Umno Jasin ini amat mengecewakan orang - orang melayu khususnya para guru terbabit yang agak tertekan dengan sistem tersebut.

sumber : Ustaz Kamarudin Sidek

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tahniah Untuk YB Zulkifli Nordin Diatas Keberanian Anda - Malaysiakini

Wajarlah bagi saya untuk tabik kat YB Zul diatas keberanian beliau membela agama Islam didalam sidang parlimen yang disiarkan secara ringkas di dalam Berita di TV3.

Sesiapa pun yang mendengar ucapan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin di Parlimen semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam gerenti teruja. Dengan lantang Zul membelasah golongan yang disifatkannya mempersenda-sendakan Islam, tak kira daripada barisan pemerintah mahu pun kawan-kawannya dari Pakatan Rakyat.

Dengan lantang juga Zul membangkitkan tindakan sesetengah pihak yang menghantar memorandum memperlahankan laungan azan dan memprotes tulisan jawi. Tahniah sekali lagi untuk beliau..

sumber :
Depa Kata

Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan - Malaysiakini

Boikot sahaja akhbar Utusan Malaysia. Saya lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membelinya. Saya akui memang sudah lama saya tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam.

Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk saya baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut saya apabila membacanya.

Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan saya naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut.

Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia...

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

Ali Rustam Mengharap Agar Di Beri Peluang - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berharap beliau diberi peluang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Mac depan.

Sehubungan itu, beliau yang menerima 13 pencalonan setakat ini menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan berundur.

Ini kerana beliau yakin akan mendapat lebih sokongan dan pencalonan baru apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian bersambung esok di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO itu memerlukan 26 lagi pencalonan daripada 126 UMNO bahagian yang akan bersidang bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

"Saya memang berharap apabila mesyuarat bahagian bersambung esok, saya diberi peluang untuk mencukupkan kuota kelayakan 39 pencalonan,'' katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik.

Mengenai kenyataan sesetengah pihak bahawa beliau kurang berpengalaman dalam pentadbiran, Mohd. Ali menegaskan beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam parti dan kerajaan.

''Walaupun tidak pernah menjadi menteri tetapi saya pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan,'' katanya.

Menurut beliau, jawatan timbalan menteri dalam dua buah kementerian itu pernah disandangnya sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

''Sebagai timbalan menteri dahulu, saya memberi banyak sumbangan kepada Kabinet, kerajaan dan UMNO dan saya harap perwakilan menilai rekod perkhidmatan saya ini,'' katanya.

silembiks : Buang 'karen' je pilih Ali Rustam.....sekali lagi saya menyeru agar jangan sesekali mencalonkan beliau....beliau antara Ketua Menteri yang gagal dari segi aspek pengurusan dalam negeri. Jika dia menang sebagai Timb. Presiden UMNO, parah Malaysia dibuatnya. Sudahlah cakap tak pandai tetapi masih lagi bernafsu besar...

Susah Nak Cari Pemimpin UMNO Yang Berterus Terang - Malaysiakini

Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO nampaknya hanya tinggal 3 persaingan selepas Datuk Zahidi Zainul Abidin menarik diri.

Beliau menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya.

Tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana berani berterus terang. Sikap sebegini seharusnya menjadi contoh kepada mana-mana calon UMNO yang bertanding terutama Ali Rustam, Mat Taib dan Khir Toyo. Mereka bertiga ini sepatutnya insaf dan bukannya merayu seperti pengemis untuk mendapatkan undi dari UMNO bahagian. Mereka inilah antara yang bakal menjadi perosak kepada Negara pada masa akan datang jika dilantik.

Mereka bertiga tidak pernah berterus terang sebaliknya lebih suka berdalih bahawa dan berkeyakinan mendapat undi pada setiap bahagian. Dengan ini saya pun ingin 'merayu' kepada mereka bertiga agar menarik diri sahaja daripada bertanding. Untuk Ali Rustam, sekarang ni musim hujan di Melaka, eloklah kamu perhatikan kawasan-kawasan yang bakal dinaiki air. Sudah terbukti yang kamu tidak akan mendapat kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO...Urus Negeri Melaka pun bermasalah masih lagi menanam cita-cita hendak mentadbir Malaysia....pirahhhhhhhhh

Sejarah Berulang Kg Barisan Nasional Tasik Utara 1974 - Kg Baru Plentong Tengah 2008 - Malaysiakini

PUTAR KEBELAKANG-Pada September 1974 lebih kurang satu bulan sesudah Barisan Nasional mendapat kemenangan besar maka Kampung Barisan Nasional di Tasik Utara pun diruntuhkan. Ini berlaku dalam bulan puasa. Ramai di tangkap. Para peneroka bandar ( ketika itu hanya dipanggil setinggan dan penduduk rumah haram ), mahasiswa dari Universiti Malaya dan Universiti Singapura telah juga di tangkap. Saya di tahan reman satu minggu. Berpuasa di penjara Air Molek.

MAJU KE HADAPAN - Pada bulan Oktober 2008-Kg. Baru Plentong Tengah di robohkan. Ini berlaku sesudah hari raya. Penangkapan berlaku. Seramai 27 peneroka bandar telah di tahan. Kali ini Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA telah di gunakan.

Hampir 35 tahun kes Tasik Utara masih TIDAK dapat diselesaikan. Pada tahun 1997 saya ada melawat Tasik Utara-kawasan tempur anak-anak muda, setinggan dan mahasiswa. Kawasan ini telah menjadi padang golf dan sebahagian menjadi tempat stesen radio dan sebahagian menjadi kawasan perumahan mewah.

Dimana perginya penduduk asal Tasik Utara? Ketika saya menulis ini mereka masih lagi tinggal di RUMAH PANJANG. Tiga puluh lima tahun tidak dapat diselesaikan. Hairan. Jangan Hairan. Ini hakikat dasar perumahan gerombolan United Malays National Organisation.

Perumahan masih dilihat sebagai satu masalah yang tidak selesai-selesai. Sebenarnya bukan susah untuk menyelesaikan hal perumahan warga negara. Banyak negara dalam dunia ini, yang warganya lebih ramai dari kita telah dapat menyelesaikan agenda perumahan untuk warga mereka.

Singapura 40 tahun dahulu penuh dengan peneroka bandar. Hari ini semua warga Singapura telah mendapat tempat tinggal. Apa telah dilakukan ialah-kerajaan sendiri menjadi pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar-pemilik dan pemungut sewa rumah.

Pengalaman Singapura ini bukan unik dan asing. Di Belanda, di United Kingdom dan di banyak negara-negara Eropah syarikat yang dimiliki kerajaan telah menjadi pembina dan pemilik rumah-rumah. Malah di Belanda hampir setengah dari warga adalah penyewa rumah-rumah yang dimiliki kerajaan.

Kalau di United Kingdom - dalam pusat kota London itu sendiri kebanyakan rumah- rumah adalah milik majlis tempatan. Majlis tempatan bertanggung jawab mendirikan rumah-rumah dan menyewakan rumah-rumah ini untuk kediaman warga di kawasan majlis bandaran. Sebagai contoh-Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Dengan dasar - RUMAH UNTUK YANG TIDAK BERUMAH - masalah perumahan dapat diselesaikan. Tanggung jawab kerajaan yang dilantik ialah untuk merumahkan warga dan bukan mencari keuntungan dengan menyusahkan rakyat dengan tangkapan kalau mereka tidak berumah.

Dasar Rumah Untuk Yang Tidak Berumah adalah satu dasar kebajikan. Ini tidak dijalankan oleh Barisan Nasional. Semenjak di zaman kerajaan Perikatan hingga ke hari ini, Barisan Nasional - parti yang memerintah - telah tidak meletakkan kebajikan ramai sebagai pedoman induk. Kebajikan ramai bukan dasar Barisan Nasional. Dasar gerombolan ini ialah keuntungan untuk pemaju.

Dasar perumahan Barisan Nasional bukan untuk kebajikan rakyat tetapi untuk membantu syarikat pemaju perumahan. Tanah-tanah yang telah di teroka rakyat semenjak belum wujud Malaya/Malaysia lagi kini di rampas. Kes yang amat jelas berlaku di Kg Berembang. Penduduk-penduduk telah tinggal di sini lebih dari 40 tahun. Mereka adalah peneroka asal kawasan ini.

Lihat apa yang terjadi. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan pemaju untuk merampas dan menghalau penduduk kampong Berembang. Kes seperti ini bukan satu yang baru. Kalau tahun 1974 dahulu berlaku di Tasik Utara, hingga ke hari ini ianya terus menerus berlaku- di Berembang, di Chu Badak, di Kampung Pasir. Ini hanyalah nama-nama kampung yang dirobohkan yang kita ketahui kerana di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimana di Ipoh,di Pulau Pinang, di Seremban dan sebagainya yang jauh dari radar mata kepala para aktivis dan Ngo. Berapa banyak agaknya?

Barisan Nasional dan gerombolan United Malays National Organisation TIDAK memiliki dasar perumahan yang tepat. Dasar yang di ajukan bertujuan untuk memperkaya kaum pemodal dan kaum pemaju. Lihat apa yang terjadi dengan rumah flet di Jalan Pekeliling. Kawasan perumahan rakyat ini di ambil kembali kerana ada towkay besar yang inginkan tapak perumahan ini.

Cara rompakan ini cukup senang: Seorang Towkay telah 'kowtim' dengan seorang gedebe gerombolan United Malays National Organisation. Mereka membuat apa yang mereka panggil 'joint-venture'. Towkay mengeluarkan wang. Gedebe Melayu tidak ada modal kecuali air liur basinya. Lalu tuan punya air liur basi ini akan jumpa menteri itu dan menteri ini.

Mungkin saham di janjikan. Mungkin kondo akan di janjikan. Mungkin betina akan di janjikan. Duit jangan kiralaaa...semua masyuuk. Si menteri akan mendapat habuan. Untuk meluluskan perampasan tanah ini si Menteri pula akan mengatakan bahawa sebahagian dari duit 'soru' ini akan dimasukkan kepada dana parti gerombolan United Malays National Organisation.

Jika tidak yakin mondus operandi yang saya tulis ini sila perhatikan dengan rapi siapa di belakang syarikat-syarikat yang merompak harta rakyat ini. Pasti ada nama towkay Cina dan mesti ada nama Melayu. Pasti ada nama Datuk atau Tan Sri. Dan yang lebih afdal lagi kalau ada nama pengarah syarikat yang bermula dengan Haji. ( Jangan lupa bagaimana Tabung Haji telah bersama-sama campur tangan untuk merompak tanah rakyat di Pusing Ipoh? Rompakan ini dilawan rakyat kerana bahaya radio active? Lupa? Jangan jadi Melayu mudah lupa tetapi jadilah Melayu yang perkasa.)

Lihat pula berapa banyak projek perumahan swasta yang TERBENGKALAI. Dimana-mana kita akan ternampak rumah-rumah yang tidak siap. Berapa ramai rakyat yang telah ditipu. Berapa banyak orang ramai yang terhutang. Warga yang tertipu ini buat laporan polis-sampai kiamat pun tidak ada siasatan diambil. Kerana apa ? Kerana ada kerjasama pemaju dengan pihak polis dan gerombolan United Malays National Organisation.

Akhirnya kerajaan terpaksa datang menyelamatkan projek perumahan terbengkalai. Ini satu kerja yang bodoh. Kenapa dari awal lagi rancangan perumahan ini tidak dijalankan oleh kerajaan sendiri. Kerajaan seharusnya menjadi pemaju, pemilik dan tuan memberi sewa.

Masalah perumahan dalam negara ini akan terus berlanjutan selagi Barisan Nasional tidak digantikan. Justeru, Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan DASAR PERUMAHAN RAKYAT yang jelas. Dasar buat/jual/beli rumah untuk buat untung wajib di tinggalkan. Membuat rumah adalah untuk kebajikan bukan untuk mengaut untung.

Kalau Pakatan Rakyat menentang ISA kerana ini hak asasi maka RUMAH juga adalah HAK ASASI. SATU KELUARGA SATU RUMAH WAJIB DIJADIKAN DASAR. Tinggal dengan selesa wajib di jadikan dasar. Bukan hidup berasak-asak seperti di Pantai Dalam. Ini bukan hidup selesa. Itu samalah seperti hidup dalam kandang kerbau. Kerbau sendiri pun akan marah kalau kandang terlalu kecil.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.

Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrak.

Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.

Duit rakyat ini lebih baik untuk mendirikan rumah dari membeli intan berlian untuk Rosmah Mansor. Duit ini lebih baik membuat rumah untuk rakyat dari dijadikan duit komisen untuk Razak Baginda yang akan bercuti makan angin di Paris.

Sumber : Hishamudin Rais - tukartiub.blogspot.com

Tahniah Untuk Skuad Bola Sepak Malaysia - Malaysiakini

Tahniah saya ucapkan kepada skuad Bola Sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir kejuaraan bola sepak Pestabola Merdeka selepas membelasah Myanmar 4-0 malam tadi.

Bagi saya, walaupun kejohanan Pestabola Merdeka banyak mendapat reaksi -ve tetapi sebagai rakyat Malaysia saya tetap menyokong. Cuma saya rasa terkilan kerana kejohanan kali ini hanya menampilkan pasukan-pasukan kerdil dan tidak seperti kejohanan sebelum ini. Vietnam yang dikatakan bakal mencabar kewibawaan skuad Negara cuma menghantar pemain bawah 23 tahun. Bagi saya, kejohanan Pestabola Merdeka yang merupakan kejohanan terulung di Malaysia semakin hilang magisnya.

Jika dahulu kita dapat saksikan bintang2 dari Korea Selatan, Iraq, Arab Saudi serta jaguh terkuat dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Singapura di dalam kejohanan ini tetapi kini tidak lagi. Bagi saya FAM perlu pandang serius akan masalah ini. Jika hanya sekadar menjemput pasukan yang lemah datang bertanding bagi tujuan memperbaiki ranking dunia skuad bola sepak negara adalah satu kerja yang sia-sia kerana ia masih belum membuktikan yang skuad Bola sepak negara berada diatas landasan yang terbaik untuk bertanding diperingkat antarabangsa. Selain itu juga, penyertaan kejohanan di laur negara perlu dilaksanakan dengan kerap bagi membiasakan pemain Malaysia bermain ditempat lawan. Saya tidak mahu Skuad Malaysia hanya layak digelar jaguh kampung.

Untuk itu, saya mengharapkan pada kejohanan akan datang pihak FAM dapat menjemput pasukan lawan yang lebih berkaliber bagi memberikan persaingan yang lebih menarik di dalam kejohanan pestabola merdeka. Semoga usaha mereka untuk membangunkan mutu bola sepak negara dan menjadikan Malaysia sebagai pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu membuahkan hasil...

Khamis, 23 Oktober 2008

Sekali Lagi Ali Rustam 'Kelentong' Rakyat Melaka - Malaysiakini


Dalam lawatan ke Pusat Pelupusan Sampah Krubong di Melaka pada 7 September lalu Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam menyalahkan kelewatan Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai punca kelewatan pembinaan Insinerator moden di Sungai Udang yang telah tertangguh sekian lama bagi menggantikan tapak berkenaan.

Hari ini lain pula jadinya, bukan nak ditutup malah tapak sedia ada akan dibesarkan lagi dari 54 ekar kepada 76 ekar, bertambah 22 ekar !( Sila rujuk dalam akhbar Melaka Hari ini bertarikh 23 Oktober 2008, mukasurat 2 )

Rakyat Melaka khususnya penduduk di Taman angkasanuri, Taman Merdeka, Taman Tambi Chik Karim dan penduduk sekitar Durian Tunggal nampaknya di tipu hidup-hidup oleh Ali Rustam.

Masalah bau busuk dari pusat pelupusan berkenaan mungkin terpaksa ditanggung tujuh keturunan lagi penduduk di kawasan berhampiran. Inilah sikap talam dua muka yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri yang kononnya menjaga dan memperjuangkan masalah rakyat.

Saya menyeru pengundi di kawasan berkenaan agar terus menolak pemimpin sebegini seperti yang ditunjukkan dalam PRU ke 12 yang lalu untuk memberi peringatan agar tidak menipu dan mempelekehkan rakyat.Kepada bakal pembeli rumah di taman perumahan yang berhampiran pusat pelupusan sampah ini anda mungkin belum terlambat untuk membatalkan hasrat membeli rumah di kawasan berkenaan.

sumber :
Angkasanuri

Sedikit Renungan Untuk Pimpinan dan Ahli PAS Melaka - Malaysiakini

Tadi saya berkesempatan membaca posting terbaru oleh Prof Dr Hj Hamirdin didalam blog beliau. Artikel kali ini adalah khusus untuk para pejuang PAS di Melaka. Saya secara peribadi memang bersetuju dengan pandangan yang beliau lontarkan.

Saya sendiri mengakui bahawa trend pengundi di Melaka berbeza dengan negeri lain. Letaklah calon dari PR yang hebat-hebat untuk bertanding di Melaka setiap kali PRU, hasilnya tetap serupa. Lihat sahajalah salah satu dun di Masjid Tanah dimana suatu ketika dahulu kecoh dengan isu babi dimana sungai dan udara dicemari dikawasan tersebut. Ramai menjangkakan Dun tersebut bakal menjadi milik PAS semasa PRU 12 tetapi sebaliknya BN tetap memenangi di Dun terbabit dengan majoriti .

Pernah juga saya berseloroh dengan Ketua DPPN Melaka yang juga bekas calon di Dun Serkam agar bertanding di Dun yang menjadi kubu kuat DAP, nescaya confirm beliau akan menang. Bertanding di tempat yang majoritinya Melayu pun hasilnya tetap macam tu juga walaupun orang Melayu Melaka sentiasa ditipu oleh Kerajaan BN Melaka tetapi setiap kali PRU mereka tidak serik dengan memberikan undi kepada BN. Lihat sahaja di Dun Telok Mas dimana bekas adunnya iaitu Datuk Amid Nordin pernah disabitkan masalah politik wang tetapi di dalam PRU 12 kemenangan masih tetap menjadi milik BN. Erti kata, masyarakat Melayu di Melaka masih belum bersedia untuk melakukan perubahan politik sebaliknya mereka masih menaruh keyakinan kepada BN walaupun saban kali ditipu dan dipermainkan oleh ali Rustam dan konco-konconya.

Isu PAS dan UMNO juga merupakan isu yang hangat diperkatakan ditempat kerja saya. Sementara menanti waktu solat Asar, kami berehat seketika diluar Surau. Seorang pemuda yang lagaknya memang seorang penyokong setia UMNO berkeras mempertahankan pemimpin dan partinya walaupun beliau sudah kekeringan idea untuk menjawab persoalan yang bertubi-tubi dari rakan saya yang sememangnya penyokong tegar PAS. Itulah kesan yang saya nampak 'pentarbiyahan' yang dibawa oleh UMNO, sebodoh dan sebebal mana pemimpin mereka tetapi mereka tetap menjadi bahan jilatan oleh mereka yang sememangnya buta untuk membezakan antara besi berkarat dengan emas permata.

Pada pandangan peribadi dari saya, keputusan PRU 12 sama sahaja dengan PRU 10. Tidak banyak bezanya tetapi apa jua yang berlaku, PAS Melaka perlulah memainkan peranan dan berusaha mengumpulkan dana serta mengumpulkan seberapa golongan muda mudi untuk mendekati PAS. Selain itu, para pimpinan hendaklah kerap turun padang untuk mendekati rakyat dan bukannya mengharapkan kepada ahli memainkan peranan. Cubalah buat perubahan di Melaka ini, Jika kita mahukan kemenangan perlulah berani berkorban dan berusaha gigih dari sekarang. Insya-Allah kemenangan itu ada, tetapi ia berpandukan sejauh mana usaha kita untuk memperjuangkan Islam di bumi Melaka serta memberikan keyakinan kepada mereka bahawa PR boleh memerintah.

Diharap para pimpinan dan ahli PAS Melaka dapat membuka minda dan bermuhasabah dalam usaha mencari tonik yang mujarab bagi memastikan pada PRU akan PAS Melaka mampu melahirkan anak sulung yang selama ini diidam-idamkan.

Dibawah ini saya sediakan posting khas dari prof. Hamirdin. Moga ia menjadi tatapan khusus untuk para pejuang parti terutama untuk saya sendiri...

PAS MELAKA PUNYAI TUGAS MENGGUNUNG

Asslamualaikum,

Melaka adalah satu satunya negeri yang masih lagi belum dapat ditembusi oleh PAS. Selama ini ramai orang menjangkakan negeri Johor sebagai benteng UMNO yang sukar ditembusi oleh PAS, tetapi dengan pimpinan dua pesuruh jaya berwibawa, Dr. Daeng Sanusi Mariok dan Prof. Dr. Datuk Mahfodz, negeri tersebut telah berjaya diterobos oleh PAS.

Apakah yang menyebabkan orang Melaka sukar memberi kemenangan kepada PAS sukar diketahui, tetapi segala kemungkinan boleh dicuba untuk diatasi oleh PAS Melaka. Saya rasa mutu gerakerja yang diamalkan oleh PAS Melaka masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan PAS di negeri negeri lain. Saya amati kepantasa dan ketangkasan bertindak masih lagi belum kelihatan di kalangan mereka yang berjuang di Melaka.

Ditambah lagi dengan mentaliti ketempurungan sebahagian pengundi menyebabkan keadaan nampaknya belum lagi mengisyaratkan sebarang perubahan.

Walau pun beberapa kedangkalan mental dipamirkan oleh pimpinan Melaka sekarang, seperti mendewa shahperikan Shah Rukh Khan, namun negeri itu sendiri sekarang berada pada kedudukan yang kukuh dari segi persepsi orang luar. Ini diperkuatkan dengan anugerah Melaka and George Town Historic Cities of the Straits of Melaka oleh UNESCO.

Ini adalah stu anugerah yang sangat berprestij dan boleh melambungkan kedudukan Melaka semakin tinggi pada kebanyakan perkiraan. Bermakna, anugerah ini boleh dijadikan modal kempen pilihan raya oleh BN, dan sudah tentulah ia akan menyukarkan lagi parti lawan untuk membidas modal tersebut. Parti lawan yang akan tercungap cungap untuk melawan modal yang sedemikian ialah PAS.

Saya masih ingat bagaimana bekas ustaz saya bertanding dalam pilihan raya 1995 di DUN Duyung, melawan Gan Boon Leong, berakhir dengan ustaz tersebut hilang wang deposit.

Walau pun pengundi di DUN tersebut majoritinya Melayu dan Islam, namun apabila membuat pertimbangan politik, ahli bina badan mengatasi seorang ustaz. Percayalah, ketempurungan mental ini masih kekal hingga hari ini di kalangan pengundi Melaka.

Kalau Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, dan bersama itu jatuh bersamanya George Town Historic City, maka status baru George Town itu akan jadi modal kempen kepada DAP. Tetapi di Melaka, parti lawan pula terpaksa mencari jalan untuk menggoyahkan modal berkempen ini, yang pada ketika ini kelihatan sukar.

Percayalah PAS Melaka, anda boleh membuat kejutan di negeri Hang Tuah sekiranaya anda lakukan pelbagai perubahan, kemajuan dan merancakkan lagi pengatur caraan gerakerja. Sekarang inilah masanya untuk melakukan semua itu.

Sekarang ini masanya anda tukar ke gear lebih tinggi. Hang Tuah telah tiada. Tapi tuah boleh menyebelahi anda.

silembiks : mengkritik demi kebaikan bukannya untuk meraih populariti, tambahan saya juga salah seorang petugas parti yang sememangnya dahagakan kemenangan di Melaka

Jika DS Dr Rais membaca ayat ini... - Malaysiakini

1. Datuk Seri Dr Rais Yatim (DSDRY) berkata; "Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu Umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang.” Bernama memetik beliau berkata.

Komen.

Hebat DSDRY! Macam mohon projek nampaknya. Kalimat tersebut pernah disebut oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada awal 1990-an dulu. Ini menunjukkan pemimpin Melayu Umno banyak wang dan tidak miskin. Yang miskin mungkin ahlinya. Kasihanilah mereka. Kami tiada wang dan tiada projek. Kalau ada pun, kami ingin memajukan parti kami. Kalau saya ada wang, saya mahu memberi kepada murid buku Pasti percuma, menambah elaun guru, elaun pasukan pengurusan, membaiki prasarana dan lain-lain lagi. Kami menggunakan wang gaji sendiri untuk menjayakan program Pasti. Tidak percaya? Boleh tanya ALP kami.

2. "Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa. "

Komen.

a. Macam mana nak selesai? Tiada watak hero dan heroin dalam parti DS sebab mereka telah ‘dibunuh’ atau ‘terbunuh’. Dulu, saya ingatkan DS heronya. Rupanya bukan.
b. Wajarkah perkataan budaya, diguna pakai dalam konteks politik wang Umno ini? Saya merujuk Kamus Dewan sekali lagi untuk menentukan kewajarannnya. Kita belajar bahasa Melayu hari ini. Perkataan budaya itu membawa takrifan seperti berikut:
i. tamadun, peradaban
Adakah perbuatan politik wang atau rasuah itu satu perbuatan bertamadun atau ada peradaban? Tidak. Ia adalah alat meruntuhkan tamadun atau peradaban. Manusia bertamadun tidak menerima judi sebagai perbuatan bermaruah, begitu jugalah rasuah.
ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dsb)
Apa kemajuan fikiran atau akal budi yang ada pada orang yang rasuah? Mampukah mereka, pemberi atau penerimanya membawa kemajuan? Tidak mungkin. Oleh sebab tidak mampu memajukan diri dan masyarakatlah, maka dia melakukan rasuah.

Orang yang melakukan rasuah itu ada akal dan ada budikah? Bagi mereka yang mengatakan ‘ya’, maknanya mereka mengakui bahawa ‘perasuah telah menggunakan akal untuk berbudi kepada penerima rasuah.’

Oleh itu, perkataan budaya tidak sesuai diguna pakai dalam konteks rasuah politik Umno itu. Jadi, apakah istilah tepat menggantikan perkataan budaya itu?

Saya berpendapat perkataan yang sesuai ialah perkataan ‘membuayai’ sebab perkataan itu hampir sama fonetiknya tetapi berbeza maksudnya namun tepat kepada makna perlakuan rasuah itu. Membuayai bermaksud menipu dan mengakali. Kenapa perkataan ini? Mudah jawapannya. Masing-masing iaitu yang memberi rasuah dan menerima rasuah politik itu saling menipu dan mengakali. Tidak begitu? Fikir dan renungkan!

c. Macam mana ahli dan pemimpin ingin mengakuinya? DS menentang amalan itu sewaktu bersama Team B dan PMS46 dulu. Tahun 1996, rujuk semula secara ‘enblocked’. Sekarang, mereka tiada contoh untuk meneladani perjuangan orang terdahulu. Bagus juga meminta rakyat menghukum perbuatan terkutuk itu, sebelum Allah Taala menghukum ketika di akhirat nanti sebab pemberi dan penerima rasuah itu tempatnya di neraka. Sanggupkah di dunia kena hukum, di akhirat kena lagi?

3. Sebelum ini, Rais mendedahkan beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Komen.

Soalan saya, DS beri atau tidak? Aaaaa….

4. Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilih pemimpin yang benar-benar layak, Malaysiakini memetik laporan agensi berita AFP.

Komen.

Mengeluh nampaknya pemimpin yang pernah ‘membakar jambatan kemudian membina jambatan lain untuk menuju puncak di seberang.’ Apa yang hendak dikeluhkan? Dalam pendidikan, ada teori pelaziman operan oleh Igor Pavlov. Nampaknya teori itu berkembang subur dalam parti DS. Mereka mungkin benar-benar tiada wang atau menjadikan musim pemilihan sebagai sumber pendapatan musiman yang lumayan. Bukankah itu ajaran pahlawan-pahlawan bangsa? Pilihanraya wang. Ketua kawal 10 (K10) wang. Tampal poster wang. Hadir mesyuarat wang. Semuanya wang. Demikianlah kesudahan yang sedang menimpa Umno.

Akhirnya, renunglah maksud ayat Al-Quran, surah an-Nur: 55 ini. “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal solih di kalangan kamu bahawa Ia akan menjadikan kamu khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Ia juga akan akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, “Mana-mana pemimpin yang memusnahkan rakyat yang dipimpinnya, maka dia masuk neraka.” (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Asakir daripada Ma’qal bin Yasir). Renungkanlah!

sumber : Cikgu Azrin

Takde Ura-Ura Ke kerajaan Mahu Turunkan Harga Minyak ?? - Malaysiakini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk sharil Samad sebelum ini berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak seperti pada jun lalu iaitu RM 1.92 untuk petrol jika harga minyak di bawah US $ 72 setong.

Hari ini harga minyak dah mencecah $ US 67.42 ! Bila lagi nak turunkan harga minyak ?

Sekarang adalah masa yang tidak sesuai bagi pemilik kenderaan mengisi penuh tangki minyak kenderaan masing-masing kerana harga minyak yang semakin susut dari semasa ke semasa di pasaran global. Kemungkinan kerajaan akan menurunkan harga minyak pada bila-bila masa tetap ada. Walau bagaimanapun kerajaan masih membisu dengan penurunan harga minyak di negara ini dan menyebabkan rakyat ternanti-nanti apa yang sedang berlaku dalam kerajaan sehingga payah sangat untuk menurunkan harga minyak.

Esok, kerajaan akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang, tetapi perlu diingat bahawa harga yang boleh diturunkan adalah harga barang kawalan sahaja seperti gula, tepung, beras dan minyak masak. Langkah ini dijangka tidak banyak membantu orang ramai menghadapi kesan inflasi dan kenaikan harga barang melainkan kerajaan mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan menurunkan harga minyak pada kadar yang lebih munasabah berdasarkan pasaran semasa.

sumber : Angkasanuri

Rafidah Aziz Yang 'Bernafsu' Besar - Malaysiakini

Rafidah wajar berundur, itu sahaja yang dapat saya ucapkan. Bagi saya jika peralihan kuasa hendak dilaksanakan pada Jun 2009, alangkah baik jika Rafidah mengumumkan yang beliau tidak bertanding untuk jawatan Ketua Wanita UMNO. Senang cerita

Beliau yang kini sudah melepasi kuota untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia mendapat
tentangan dari Shahrizat Abd Jalil yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Bagi pandangan peribadi saya, Rafidah masih lagi bernafsu besar dan beliau masih lagi menyimpan cita-cita untuk mendapatkan jawatan sebagai menteri penuh apabila Najib menjadi PM kelak. Isu peralihan kuasa pada Jun 2009 hanyalah satu isu yang sengaja beliau mainkan. Jika benar beliau ikhlas hendak memberikan jawatan Ketua Wanita UMNO saya rasa tak payahlah beliau terhegeh2 nak bertanding dan sepatutnya Mac 2009 beliau sudah serahkan bukannya menunggu sehingga Jun 2009. Ini mesti ada sesuatu yang beliau inginkan.

Tak percaya, kamu semua lihatlah sendiri..

Rayuan Khir Toyo - Malaysiakini

Semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor, beliau merupakan antara MB yang paling sombong dan ego dari kaca mata saya. Semasa Selangor dibawah pemerintahan beliau habis semua rumah setinggan dirobohnya. Kini selepas BN tewas mengejut di dalam PRU12 dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Khir Toyo mula hilang taringnya.

Beliau yang hanya banyak menghabiskan masa dengan menjadi penulis blog kini sudah mula ingin berjinak kembali ke arena politik UMNO. Pengumuman beliau untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia memang sudah dijangka tambahan faktor usia beliau yang masih boleh dianggap muda.

Tetapi sehingga setakat ini, beliau hanya memperolehi 28 daripada 39 pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO. Oleh sebab itu,
beliau terpaksa merayu agar bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat mencalonkan beliau seterusnya membolehkan beliau memperolehi kuota agar beliau dapat bertanding.

Tetapi jangan beliau lupa kezaliman beliau sebelum ini, Lupakah beliau bagaimana rakyat merayu kepada beliau ketika ditimpa kesusahan terutama isu banjir yang melanda Selangor dalam tempoh 2-3 tahun lepas. Sedikit pun beliau tidak dipandang sebaliknya ugutan yang mereka terima. Jadi oleh itu, tak payahlah kalian semua bersusah payah untuk mencalonkan Khir Toyo kerana kelak kemudian kamu semua yang bakal menerima susah. Perlu diingat, sudah banyak masalah yang ditimbulkan oleh beliau..Jadi ingat-ingatlah sebelum kamu semua kena...

Ali Rustam Cakap Tak Serupa Bikin - Malaysiakini

Itulah UMNO, bercakap semuanya boleh tetapi semua hanyalah omong-omong kosong. Menurut ulasan dari Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka di dalam Utusan Meloyar pada hari ini, "Hanya calon yang sanggup berkhidmat untuk parti dan memiliki rekod lampau yang cemerlang sentiasa menjadi pilihan untuk memegang sebarang jawatan dalam parti".

Tak tahu la nak saya katakan, samada Ali Rustam ni bercakap menggunakan akal atau sebaliknya. Jika dilihat dari rekod beliau sepanjang mentadbir Melaka memang tak dapat dinafikan macam2 bangunan yang naik. Berbeza dengan Ketua Menteri Melaka yang lepas. Cuma yang tak seronoknya, akibat mengejar pembangunan maka
hutang kerajaan Negeri makin bertambah. Masalah pengangguran juga bakal meningkat ekoran 2 buah kilang yang menjadi teras kejayaan ekonomi di Melaka yang akan tutup pada hujung tahun ini.

Ini antara sebahagian tugas yang gagal kerajaan Negeri Melaka dibawah pentadbiran Ali Rustam. Seterusnya,
bagaimana isu babi di Paya Mengkuang dan Sungai Tuang. Jika sebelum ini Kerajaan Negeri ada menjanjikan bahawa babi tersebut akan dikurangkan tetapi kenapa diam seribu bahasa.

Kepada Ali Rustam, jika beliau berkata "hanya calon yang sanggup berkhidmat untuk parti dan memiliki rekod lampau yang cemerlang menjadi pilihan untuk memegang sebarang jawatan dalam parti" maka dialah orang pertama yang tidak layak untuk bertanding. Kenapa ?? saya rasa para pembaca sekalian pun tahu kisahnya...

Tahniah Untuk Kerajaan Malaysia - Malaysiakini

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

RM 12 Untuk Banduan, RM 8 Untuk Mangsa Banjir - Malaysiakini

Itulah nilai dan perbezaan serta layanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap OKT ( Orang Kena Tahan ) di lokap-lokap polis yang setaraf banduan dan mangsa banjir di negara ini. Setiap OKT diberi peruntukan RM 12 sehari untuk kemudahan makan minum sepanjang ditahan di lokap. Berbeza mangsa banjir hanya mendapat peruntukan RM 8 sehari kemudahan makan minum sekiranya ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Golongan OKT yang terlibat dengan pelbagai tuduhan, jenayah dan kesalahan mendapat layanan lebih istimewa berbanding mangsa banjir yang mengalami musibah serta kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat banjir.

Dalam hal ini, kerajaan wajar mengkaji semula peruntukan yang disediakan untuk mangsa banjir. Mereka yang menjadi mangsa banjir bukan minta disediakan makanan yang enak dan lazat tetapi sekurang-kurangnya mereka disediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai.

Berdasarkan pengalaman sebagai mangsa banjir besar di Melaka pada 26 Disember 2006 lalu menu yang disediakan di pusat pemindahan banjir memang ala kadar sahaja serta makanan yang disediakan adalah agak terhad.

Kerajaan sepatutnya lebih serius dalam menjaga kebajikan dan menyediakan kemudahan dan peruntukan yang mencukupi untuk mangsa banjir daripada membazirkan wang kepada projek kroni dan pembangunan yang tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat. Apa yang lebih membimbangkan terutama di Melaka akhir-akhir ini banjir berlaku tanpa mengira musim

sumber :
Angkasanuri

UMNO Dan Rasuah Memang Tidak Dapat Dipisahkan - Malaysiakini

Baru minggu lepas kecoh pasal rasuah yang membabitkan pemilihan Puteri UMNO di Jerlun. Kini timbul pula di Negeri pentadbiran Adnan Yaakob.

Macam mana ni Pak Lah, masalah politik wang makin serius melanda di dalam UMNO dan apakah usaha yang bakal dilaksanakan untuk membasmi gejala ini ?? Bagi saya tidak hairanlah yang setiap kali pemilihan UMNO sentiasa kecoh dengan pergaduhan. Ini semua kesan daripada gejala politik wang yang sudah menjadi darah daging mereka.

Jadi tidak perlulah hairan jika dalam
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008, Malaysia semakin merosot. Ini semua gara-gara sifat tamak yang menguasai mereka serta kegagalan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memainkan peranan

Rabu, 22 Oktober 2008

Kerajaan Negeri Melaka tetap Berdegil - Malaysiakini

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak, Ali Rustam tetap dengan pendirian bahawa kerajaan Melaka akan tetap memberi gelaran Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Katanya, kerajaan Melaka serius dengan penganugerahan itu sebagai satu pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Melaka secara percuma melalui filem lakonannya bertajuk One 2 Ka 4 yang difilemkan di A'Famosa, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Beliau (Shah Rukh Khan) pun dah setuju, satu dunia pun sudah tahu, jadi kalau ditarik balik tak elok bagi kerajaan negeri dan bagi Shah Rukh Khan, macam kita tak fikir dulu sebelum beri, dah beri kemudian tarik balik, tak elok, buruk siku.

Shah Rukh Khan dikatakan telah bersetuju untuk datang ke Melaka pada bulan depan untuk menerima gelaran tersebut walaupun sebelum ini artis yang banyak berjasa kepada Melaka ini dikatakan turut terkejut dengan anugerah yang bakal diterima.Hal ini kerana walaupun lebih banyak menjadikan negara sendiri dan negara lain terutamanya di Eropah sebagai lokasi penggambaran filem beliau namun jasa dan sumbangan beliau mempromosi dan mengharumkan negara sendiri dan negara lain tidak mendapat pengiktirafan seperti yang diberi oleh kerajaan Melaka.

Maka selepas in pasti Shah Rukh Khan dan pengeluar filem Bollywood yang lain akan berpusu-pusu datang ke Melaka untuk membuat penggambaran filem untuk mendapat lebih banyak anugerah dan darjah dari kerajaan Melaka.

Selepas ini kita akan dapat menyaksikan dominasi filem dan drama Indonesia yang selama ini menguasai stesen TV tempatan akan dikuasai dan diambil alih oleh filem dan drama Bollywood pula kerana banyaknya penggambaran filem Bollywood di negara ini khususnya di Melaka.

Tak sabar rasanya nak menonton Shah Rukh Khan dan pelakon Bollywood lain selepas ini akan menari terkinja-kinja di Pulau Melaka atau di dalam Melaka Digital Mall, berguling-guling menyanyi di atas Bukit Cina dan berpusing-pusing di dalam 'Eye On Malaysia'di Bandar Hilir. Secara tak langsung seluruh dunia tahu betapa banyaknya projek gajah putih di Melaka.

sumber :
Angkasanuri

UMNO Bakal Di lelong - Malaysiakini

Datuk Rais Yatim hari ini secara sinis mencadangkan agar jawatan Umno dibuat secara tender. Sesiapa yang banyak duit boleh kemuka tender untuk mendapat jawatan yang dipertandingkan. Beliau berkata demikian kerana telah muak dengan gejala rasuah dan lobi melobi yang berlaku dalam Umno

klik Disini Untuk membacanya

Cadangan baik juga tu…macam mana kalau tender tak laku ? Mungkin ada pula cadangan bukan sahaja jawatan dalam Umno ditender tetapi dengan Umno dan pemimpin-pemimpinnya sekali dilelong. Agak-agaknya ada tak yang berminat ?Rasanya mungkin ramai yang tak setuju tetapi tak mustahil lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno yang makin tenat.Apabila Umno sudah hilang kuasa, taring telah dicabut dan sumber kewangan semakin terhad pada masa itu tak ada siapa lagi nak bersama dengan Umno. Masa itu mungkin jawatan dalam Umno terpaksa dilelong kerana tidak ada lagi yang berminat.

sumber : Angkasanuri

Baling Kerusi Dalam Mesyuarat UMNO !! Biasalah tu... - Malaysiakini

Sabtu lalu, Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap bahagian itu, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan bagi menghadiri mesyuarat bahagian.

Sehari sebelum itu, persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang turut menyaksikan tindakan agresif sekumpulan individu dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati mereka membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah hingga menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Biasalah tu, kalau tidak ada adegan baling-baling kerusi maka hilanglah seri dan tidak sempurna agenda dalam mesyuarat-mesyuarat Umno. Mungkin selepas ini akan menyusul adegan yang lebih dasyat dalam mesyuarat Umno akan datang.

Inilah akibatnya apabila perjuangan asal membela nasib Melayu telah menyimpang. Apa yang diperjuangkan hari ini adalah kerana kuasa dan nama. Sudahlah Islam semakin terpinggir dalam Umno, perjuangan membela nasib Melayu pun sudah semakin terpesong. Sebab itulah agaknya Datuk Rais Yatim mencadangkan agar semua jawatan dalam Umno dibuat secara tender. Semuanya kerana wang dan harta, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang terus tertipu dengan sandiwara dan lakonan Umno membela nasib orang Melayu.

sumber : Angkasanuri

Selasa, 21 Oktober 2008

Zaman Najib...Empayar UMNO Pasti Hancur - Malaysiakini

Oleh Attakiri

Sebenarnya penulis tidak berhasrat untuk masuk campur dalam hal ehwal pemilihan UMNO. Ini termasuk rasuah (politik wang), pergaduhan dan sebagainya. Bagi penulis ini semua menandakan gagalnya apabila berpolitik menggunakan teknik barat yang meletakkan kebendaan sebagai pokok kemajuan.

Allah SWT telah menyatakan bahawa kalaulah manusia menaburkan harta sebanyak mana sekalipun untuk mengambil hati manusia, mereka tidak akan berjaya. Tetapi Allahlah yang menyatukan hati mereka. Ini bermakna hanya agama yang mampu menyatu dan membentuk peribadi manusia.

Manusia mungkin boleh menarik undi manusia dengan wanga. Tapi lama mana manusia itu boleh menaburkan wang. Mungkin dalam masa yang lain, orang yang dibeli ini akan beralih kepada pimpinan yang lain kerana terkesima dengan tawaran yang lebih tinggi.

Kalau manusia diikat dan diajar dengan agama, insyaAllah mereka akan terus kekal mengundi dan menyokong pemimpin yang menyokong agama.

Penulis mengulas isu pemilihan ini kerana siapa pun bakal menjadi presiden UMNO sudah tentu akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Oleh itu sewajarnya bagi penulis untuk memberi sedikit pandangan tentang pemilihan UMNO dan siapa yang akan menjadi PM Malaysia nanti.

Dalam hal ini, mungkin ada yang mengakui teori RAHMAN semakin sampai ke kemuncaknya. Mungkin teori ini berakhir dengan berakhirnya hayat UMNO untuk berkuasa. Entahlah..itu semua sekadar teori dan jangkaan manusia sahaja. Jangan terlampau percaya sangat.

Peralihan kuasa antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mendatangkan kebaikan pun terhadap rakyat Malaysia.

Kedua-dua berasaskan dari parti yang menolak Islam sebagai dasar. Ada yang mendakwa berkemungkinan Najib akan lebih baik dari PM sekarang. Ada pula yang mendakwa berkemungkinan Najib lebih rakus dari PM sekarang ini. ini semua andaian-andaian yang terkeluar dari rakyat Malaysia sekarang ini.

Bagi penulis, kedua-dua sama sahaja. Kalau Tun Dr. Mahathit dahulu dikatakan seorang yang mengkayakan anak sendiri dan kroni, PM Sekarang pula terkenal dengan memperkayakan anak dan menantu. Berkemungkinan Najib akan datang terkenal dengan mengkayakan isteri sendiri.

Semua ini berlaku akibat UMNO sendiri yang tidak memperjuangan konsep ketaqwaan kepada Allah. Sebaik mana pun pemimpin UMNO pasti akan melakukan penyelewengan walaupun sedikit. Secekap mana pun Pemimpin UMNO pasti akan tercalit sedikit pengkhiatan terhadap harta dan khazanah negara.

PM Malaysia yang ke 6 berkemungkinan besar jatuh ke Dato’ Seri Najib Tun Razak. Walaupun ada kemungkinan bahawa PM ke 6 adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tetapi telahan ini dianggap agak sukar berlaku dengan keadaan perubahan kuasa dalam UMNO.

Persoalannya adakah Najib telah menepati kriteria seorang pemimpin negara Islam (sebagai dakwaan Tun Dr. Mahathir).

Sampai sekarang Najib masih belum kelihatan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih dari segala dakwaan.. Isu altantuya contohnya. Walaupun Najib telah berkali-kali bersumpah untuk menafikan keterlibatan beliau dalam skandal tersebut, tetapi rakyat masih tidak berpuas hati.

Dalam ISLAM sekalipun, sumpah akan dilakukan selepas proses perundangan selesai. Sumpah tidak menyebabkan tertuduh bebas dari tuduhan.

Apakah Najib telah dibersihkan dengan undang-undang dalam isu Altantuya Sharibuu. Begitu juga dengan komisyen Kapal selam yang tinggi sehingga mencapai angka RM 530 juta ringgit. Isu ini terus senyap begitu sahaja tanpa ada pembersihan nama beliau dimahkamah.

Semua isu ini melambangkan bahawa Najib masih belum layak menduduki sebagai seorang pemimpin negara umat Islam. Mungkin beliau layak menduduki kerusi Presiden UMNO tetapi bukan kerusi Perdana Menteri.

Tetapi suka atau tidak, rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri sebegitu dalam bulan Mac nanti.

Mungkin Najib adalah Perdana Menteri dari Kerajaan BN yang terakhir bagi mengakhiri teori RAHMAN itu..

Semoga kezaliman terhadap ISLAM akan berakhir dengan terhilangkan kekuasaan UMNO di bumi Malaysia, insyaAllah.

Banyak Sangat Rasuah Dalam UMNO - Malaysiakini

Sudah dicakap, UMNO dengan rasuah memang tak dapat dipisahkan. Tapi yang menghairankan masih ramai lagi kaum Melayu menyayangi parti UMNO yang kononnya menjadi tunjang pembela kaum Melayu. Entah bila kaum Melayu akan berubah tidak dapat dipastikan....Yang pasti insya-Allah rasuah akan dibanteras atau dapat dikurangkan jika hukum hudud dilaksanakan...Insya-Allah

Kepada rakan-rakan UMNO, cubalah berfikir secara rasional, dah macam2 parti kamu lakukan kepada kamu tapi kamu masih tetap menyokong mereka..cubalah sekali sekala try pilih Pakatan Rakyat time PRU nanti...lihat pula macam mana mereka memerintah...

PEMILIHAN PUTERI JERLUN DIDAKWA DICEMARI RASUAH

AIR HITAM: Bekas Ketua Puteri Umno bahagian Jerlun, Afiza Ahmad mendakwa pemilihan jawatan sayap itu, Khamis lalu, tercemar berikutan berlakunya politik wang untuk membeli undi perwakilan.

Afiza yang melepaskan jawatan itu berikutan melepasi had umur, berkata beliau mendapat maklumat dan bukti daripada beberapa perwakilan yang mendakwa mereka disogok pihak tertentu sebelum mesyuarat pada malam Jumaat lalu yang diadakan di Wisma Jerlun dekat sini.

"Ramai perwakilan mendakwa diberi sogokan antara RM20 dan RM150 mengikut jawatan yang disandang masing-masing di peringkat cawangan supaya memilih calon tertentu pada pemilihan Puteri bahagian.

"Berikutan itu, saya menulis surat melaporkan gejala itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno di ibu pejabat parti supaya kes disiasat," katanya di sini, semalam.

Pada mesyuarat itu, Yusmawati Yaakob menang dengan mendapat 48 undi mengalahkan Sariyanti Suhaini yang mendapat 41 undi.

Beberapa perwakilan Puteri bahagian itu turut membuat laporan di Balai Polis Air Hitam berhubung sogokan berkenaan.

Afiza berkata, walaupun beliau bukan lagi ahli Puteri tetapi bertanggungjawab untuk melaporkan gejala negatif kepada pihak atasan bagi mengelak politik wang berleluasa dan menjejaskan integriti parti politik orang Melayu terbesar itu.

“Laporan itu dibuat bagi menegakkan kebenaran dan mengelak gejala berkenaan menular kepada kepada generasi akan datang yang bakal mengambil alih kepimpinan negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ahli Puteri Umno Jerlun 16 Oktober lalu.

Sekali Lagi Ali Rustam Kena Tembak - Malaysiakini

PENGURNIAAN Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima kritikan pedas daripada Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang menganggapnya sesuatu yang memalukan negara.

Beliau berkata, rakyat tidak melihat sebarang jasa yang disumbangkan Raja Bollywood itu sehingga layak dikurniakan anugerah sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

"Apa jasa yang sudah Shah Rukh Khan sumbangkan kepada negara sehingga beliau layak dianugerahkan gelaran Datuk. Ini sangat memalukan.

"Saya syorkan anugerah bintang ditarik balik kerana tiada jasa yang beliau sumbangkan. Ramai lagi anak Melaka yang berjasa atau seniman tanah air yang layak diberikan anugerah ini.

"Kalau tidak ditarik balik saya bimbang ada orang yang tidak akan menang sebagai Timbalan Presiden," katanya yang merujuk kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan, ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009.

Shah Rukh Khan yang terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai, dijangka ke Melaka bulan depan untuk menerima gelaran itu. Sebelum ini, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu adalah bagi menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkem-bangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

Selain itu, Abdul Ghapur mengkritik saluran TV1 yang tidak menyiarkan kritikan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan dalam pembahasan Dewan Rakyat.

Abdul Ghapur turut membidas Pemuda MIC yang menggunakan pentas wawancara di saluran Astro, Awani untuk mengkritik kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan ketelusan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam melakukan tugasnya membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Sebagai contoh, katanya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan, pernah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kerajaan tidak menahan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, atas kesalahan rasuah.

Shahidan Sedar Diri Juga Akhirnya - Malaysiakini

Shahidan Kasim akhirnya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Bagi saya, tindakan bekas MB Perlis ini merupakan satu tindakan yang wajar tambahan beliau sudah sememangnya sudah tidak diperlukan lagi dalam UMNO.

Buah fikiran beliau sudah tidak begitu canggih dan relevan untuk digunapakai oleh UMNO. Almaklumlah bila harga minyak naik dia suruh rakyat pergi kerja naik basikal. Bila Kelantan banjir, dengan angkuhnya beliau meminta kerajaan Negeri Kelantan yang dibawah pentadbiran PAS datang ke Perlis untuk belajar sistem perparitan. tapi dengan kuasa Allah, Perlis akhirnya dilanda bah yang hebat pada penghujung tahun 2006 dan hampir menenggelamkan negeri yang terkecil di Malaysia itu...

Kepada Shahidan, nampak sangat kamu sudah hilang keyakinan diri. Bukan setakat jawatan Naib Presiden sahaja kamu gagal perolehi, kalau silap berpencak nampak gaya jawatan MT yang kamu sandang sejak tahun 1996 pun bakal melayang....

Jadi saranan saya kepada Shahidan, eloklah bersara terus dari politik tanahair...jangan nak kaitkan lagi pembangkang tidak boleh menyatupadukan Islam dan Melayu...UMNO yang selama 50 tahun memerintah bukan sekadar gagal menjaga Islam dan kaum Melayu sebaliknya lagi menghancurkan...!!..itupun masih tak sedar-sedar lagi......

Isu Panas Bakal Perdana Menteri Malaysia : Malaysia Beli Helikopter 2 Kali Ganda Mahal - Malaysiakini

Mengejutkan ! Itu yang saya dapat katakan bila pendedahan yang dibuat bahawa Malaysia membeli dan bakal membayar lebih dua kali ganda harga Euorocopter yang dipersetujui oleh Kementerian Pertahanan semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar.

dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini ?

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Di samping itu, Brazil mendapat manafaat pemindahan teknologi hasil pembelian tersebut berbanding Malaysia yang terpaksa bayar mahal.

Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah
tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.

Kenapa BPR tak siasat ? Ke mana perginya ketegasan yang kononnnya BPR sebuah badan yang telus tanpa membuat siasatan dan dakwaan terpilih? Dalam hal ini Najib wajar diheret ke muka pengadilan atau disiasat oleh suruhanjaya diraja. Isu Pembelian Kapal selam Scorpene, jet Sukhoi dan peralatan ketenteraan lain masih menimbulkan pelbagai polemik dan kontroversi yang mesti dijelaskan kepada rakyat.

Perbezaan harga yang ketara dan pembelian tanpa mengikut prosedur seolah-olah menjadi 'trend' Najib menggunakan wang rakyat dan wang negara. Bayangkan apa yang berlaku jika orang seperti ini menerajui negara ?Siasatan segera perlu dilakukan agar negara ini tidak bankrap dan memastikan perdana menteri yang menerajui negara mestilah seorang yang bersih dan bebas dari sebarang skandal dan penyelewengan.

sumber : Angkasanuri

Apakah Post Kabinat Yang Sesuai Untuk Chua Soi Lek ? - Malaysiakini

Chua Soi Lek dah pun menang Timbalan Presiden MCA. Sebagai Timbalan Presiden MCA, secara tradisinya dalam BN akan dilantik ke jawatan menteri. Apa jawatan yang sesuai untuk Soi Lek ?

Nak lantik sebagai menteri kesihatan semula rasanya tak sesuai apabila sebelum ini beliau telah 'menyalah gunakan' ubat-ubatan terutama ubat-ubat 'kuat'untuk kepentingan peribadi.

Mungkin, kementerian penerangan yang paling sesuai. Alasannya, beliau boleh menggunakan kementerian penerangan terutamnya RTM untuk menerbitkan semula filem-filem 'lakonan' beliau sebelum ini. Lebih elok kalau beliau menjadikan Melaka sebagai distinasi pengambaran. Secara tak langsung beliau berpeluang untuk mendapat anugerah 'datuk' dari kerajaan Melaka.

sumber : Angkasanuri

Shamsiah Fakeh meniggal Dunia - Malaysiakini

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, atau nama sebenarnya Shamsiah Sutan meninggal dunia akibat sakit tua dan jangkitan pada paru-paru, di kediaman anaknya di Kondominium D'Tropicana, Jalan Kuchai Lama di sini.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9 pagi.

Salah seorang anaknya, Jamaluddin Ibrahim, 46, memberitahu, ibunya sudah dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya dengan meminta dikeluarkan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Sabtu lalu.

''Beliau memang sudah berpesan kalau boleh mahu meninggal dunia di rumah anaknya daripada di hospital,'' katanya.

Menurutnya lagi, arwah ibunya berada dalam keadaan baik semasa hari pertama di rumah selepas keluar dari hospital semalam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Sungai Besi selepas solat asar.

Shamsiah Fakeh dilahirkan pada 1924 di Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah, Padang Panjang, Sumatera.

Beliau merupakan antara tokoh perjuangan kemerdekaan yang dilabel dalam golongan kelompok kiri seangkatan dengan Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Burhanuddin Helmi.

Selepas menubuhkan Awas, pertubuhan parti politik itu diharamkan di bawah Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan British pada 20 Jun 1948, telah memaksa beliau melarikan diri ke hutan dan menyertai perjuangan bersenjata PKM.

Kemudian, beliau bersama rakan sekutunya bergerak ke sempadan Malaysia-Thailand pada tahun 1953.

Berkahwin dengan Ibrahim Mohamad pada 1 Jun 1956, beliau dikurniakan tiga orang anak, Shamsuddin, Kamaruddin dan Jamaluddin.

Setelah sekian lama bersama PKM, akhirnya beliau menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1980 mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad.

Beliau pulang ke tanah air pada 1994 bersama suami dan anak-anaknya setelah mendapat kebenaran kerajaan Malaysia.

Dah Tahu Tak Layak Tapi Ali Rustam Enggan Berganjak - Malaysiakini

Menurut Utusan Malaysia yang bertarikh 20 Oktober 2008, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada pendirian untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden biarpun ada pihak memintanya menarik diri.

Beliau berkata, desas-desus itu tidak dapat mempengaruhinya. Mohd. Ali yakin memperoleh cukup pencalonan apabila berakhirnya pemilihan peringkat bahagian 9 November ini.

Beliau turut menjanjikan melalui kerjasama bersama Najib, gandingan mereka mampu menguatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sendiri bagi mengembalikan keyakinan rakyat menyokong penuh parti tersebut.

..........................................

Hebatnya Ali Rustam dalam politiknya, tapi itu hanya mimpi indah beliau untuk seketika waktu dan 9 November menjadi penentu untuk karier politik Ali Rustam. Sejak semalam beliau baru sahaja mendapat 13 pencalonan jauh lagi untuk mencapai angka 39.

Bagi saya, ia adalah satu perkara yang mustahil bagi Ali untuk bertanding dan seterusnya merebut jawatan Timbalan Presiden. Lihat sahaja apa yang berlaku di Melaka, masalah banjir yang tidak pernah selesai bahkan rakyat negeri hang Tuah semakin menderita. Jika negeri sendiri tak mampu dia nak selesaikan masalah bagaimana beliau hendak selesaikan masalah yang berlaku dalam UMNO dan Malaysia. Perlu diingat untuk rakan-rakan semua, jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia biasanya akan menjadi milik Timb.Presiden UMNO. Jadi fikir-fikirla, jangan bila Malaysia dah jahanam kemudian kelak baru kalian semua nak sedar...silap2 haribulan UMNO semakin hancur jika beliau memegang jawatan ke 2 tertinggi dalam Malaysia....