Khamis, 4 Disember 2008

Wan Farid hampir pasti calon BN - Malaysiakini

Jawatankuasa penyelaras Umno bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan Ladang sebulat suara menyokong Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kuala Terengganu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kedua-duan DUN tersebut semalam.

wan ahmad farid salleh interview 041007 pointBatu Buruk dan Ladang adalah antara empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu. Dua lagi ialah Wakaf Mempelam dan Bandar.

Dalam mesyuarat tersebut, Batu Buruk diwakili oleh timbalan ketua Umno bahagian, Mohd Sabri Alwi manakala Ladang diwakili oleh naib ketua bahagian, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lalu.

Menurut sumber-sumber, dalam mesyuarat tersebut, mereka sebulat suara mencalonkan Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, sebagai calon bagi pilihanraya kecil tersebut.

'Pegang jawatan'

Sementara itu, Umno bahagian difahamkan akan menyenaraikan tiga nama untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ketiga-tiga nama tersebut merupakan mereka yang memegang jawatan di peringkat Umno bahagian.

Selain Wan Ahmad Farid, difahamkan dua lagi calon yang ingin disenaraikan termasuklah Mohd Sabri dan ahli jawatankuasa bahagian, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ahmad Farid berkata, Umno bahagian akan bermesyuarat 9 Disember ini untuk memutuskan senarai itu untuk diserahkan kepada Umno negeri.

Katanya, calon yang tidak berjawatan dalam Umno bahagian sukar mendapat sokongan parti dan pengundi.

"Orang yang hendak menjadi calon mesti mendapat sokongan daripada parti dan rakyat untuk menang dalam pilihanraya.

'Peluang BN cerah'

"Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian," katanya.

Wan Ahmad Farid menambah, Umno negeri akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk keputusan muktamad.

Katanya lagi, peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut adalah cerah.

Beliau berkata, ini kerana PAS kini berada dalam dilema untuk memilih calon yang sesuai.

"Kini ada dua kumpulan dalam PAS iaitu Erdogan dan bukan Erdogan. Kalau pilih calon kumpulan Erdogan, pengundi atas pagar susah menyokong mereka.

"Jika memilih calon bukan kumpulan Erdogan, pengundi yang menyokong PKR tidak akan menyokong calon tersebut," katanya.

Rabu, 3 Disember 2008

Gempar !!, Gambar Kepala Babi Di Surau - Malaysiakini

Isu babi di melaka semakin hangat diperkatakan. Sebelum ini kecoh isu kaki babi ditanam di sebuah pantai di Melaka, kemudian kepala babi pula digantung di rumah salah seorang AJK UMNO dan kini babi yang dulunya banyak terdapat di Kawasan Masjid Tanah sudah berada di salah sebuah surau di Dun Sungai Rambai tetapi dalam bentuk dan suasana yang berbeza.Walaupun sudah diberikan teguran beberapa kali tetapi pengurusan surau yang berfahaman Islam Hadhari mengambil enteng terhadap teguran yang diberikan. Kejadian ini berlaku disalah sebuah surau di DUN Sungai Rambai yang diwakili oleh orang kuat Datuk Ali Rustam iaitu YB Hasan Rahman.

Dibawah ini saya lampirkan 3 keping gambar untuk tatapan pengunjung sekalian. Jadi pengunjung sekalian dapat menilai sejauh mana kejahilan yang ada pada jemaah ditempat ibadat terbabit.


p/s : tak mustahil lepas ni babi hidup pula akan ber'jemaah' di surau yang tidak diimarahkan oleh penduduk kampung

sumber : Al Amin

Selasa, 2 Disember 2008

Benarkah Nenek Maimon Mahu Bertanding Di dalam PRK Kuala Terengganu ?? - Malaysiakini

Info ini saya perolehi dari blogger kacang hijau. Wallahualam sama ada ia sahih atau tidak tetapi sepanjang saya mengenali blogger kacang hijau biasanya maklumat yang diperolehinya adalah sahih dan tidak dapat disangkal lagi..

Berikut saya mengambil artikel ini daripada blog beliau berkenaan isu nenek Maimun yang dikatakan mahu bertanding buat kali ke 2 di Parlimen Kuala Terengganu..

Dosa jika tidak bertanding
Posted on 2 DEC,2008

KUALA TERENGGANU - Maimun Yusof, 89, bercadang untuk bertanding buat kali kedua pada pilihan raya kecil untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Warga emas yang memerlukaan tajaan untuk bertanding itu berkata dia berasa bersalah jika tidak bertanding demi agama dan bangsa.

Parti-parti politik yang ada sekarang telah bercampur-aduk dan semuanya macam komunis, tambahnya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi P.36 Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran merangkap anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Razali Ismail pada Jumaat lalu.

p/s:Andaikata nenek Maimum akan bertanding siapa agaknya yang akan support beliau. Terbaru Parti AKIM pun juga menyatakan pendirian akan bertanding PRK kecil ini. Bagi saya masalah ini perlu dipandang serius ekoran atas faktor undi nenek Maimun lah yang mengakibatkan Bang Mat berputih mata dalam PRU 12..

Pak Lah Yakin BN Menang PR Kecil Di Kuala Terengganu - Malaysiakini

Tinggi sungguh keyakinan Pak Lah dan saya merasakan keyakinan beliau tentu mengatasi ketinggian Gunung Everest. Jika Pak Lah hanya merumuskan keputusan PRU lalu sebagai satu keyakinan bahawa BN akan mempertahankan kerusi tersebut bagi saya ia satu tindakan yang silap.

Benar situasi politik pada setiap negeri berbeza tetapi jika kita melihat gelombang PRU 12 baru-baru ini sepatutnya ia menyedarkan Pak Lah daripada bermimpi bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berakal. Mungkin Pak Lah tidak melihat mahupun membaca situasi politik di Terengganu. Lihat sahaja keputusan untuk PRU 11 dan 12. PAS yang meletakkan calon untuk menentang calon BN berjaya mengecilkan jumlah majoriti undi. Jadi bagi saya keputusan tersebut masih lagi 50-50.

Kita tidak tahu selepas ini penipuan yang macam mana akan dilakukan oleh parti BN untuk menentang PR dalam PRK ini. Lihat sahaja PRK di Permatang Pauh, walaupun UMNO tahu yang DSAI tetap akan menang dengan majoriti yang besar tetapi UMNO tetap melaksanakan kerja keji mereka. Untuk itu kita sama-sama lihat berapa banyak wang yang akan dibanjirkan di Kuala Terengganu..Adakah jumlah wang yang dibanjirkan sama dengan limpahan air banjir yang kini melanda di Terengganu....Bukan saya hendak menghina rakyat Terengganu tetapi saya mahu semua melihat kejelikan kelakuan UMNO di Terengganu selepas ini...

Pak Lah Marah, Harga Minyak Turun Tapi Harga Barang Tak Turun - Malaysiakini

Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter, petrol RON92 pula dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Tapi kita masih lagi ternanti-nanti bila agaknya harga barang akan turun. Adakalanya naik menyampah bila ditanya, acapkali jawapan yang sama diberi dimana pihak pembekal tak mahu menurunkan harga dan sebagainya.

Pak Lah dan menteri kabinetnya tak habis-habis melalak siang malam meminta agar harga barang diturunkan...Alooo bro, kalo setakat melalak macam ni saya pun bole bikinla....best pulak baca kenyataan Pak Lah dalam Utusan Meloyar tadi dimana beliau menyebut “Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,”
. Ini pun satu hal juga, dalam isu ini Pak Lah sepatutnya yang menjawab persoalan ini. Siapa yang cari penyakit pada awalnya ??? Kini peniaga pula disalahkan....Saya rasa Pak Lah mungkin dah nyanyuk agaknya....

Untuk ini yang menjadi mangsa siapa kalau bukan pengguna..Mahu diboikot tak boleh coz barang tersebut merupakan barang keperluan...cuma harapan dapat diletakkan kepada peniaga dan Pak Menteri agar dapat memainkan peranan masing-masing...cukupla penderitaan yang ditanggung selama ini.....