Oleh : Wan Fauzdin
Mantan MB Selangor, Khir Toyo kini semakin terdesak untuk melepaskan dirinya dari di`telanjangi' oleh pimpinan PKR khususnya di Selangor. Beliau sanggup merendahkan kredibiliti beliau selaku bekas MB Selangor dengan membuat dakwaan kononnya Adun PKR YB Eli mempunyai nilai moral yang sama dengan seorang pemimpin MCA yang aksi ranjangnya dirakam melalui CCTV. Kita dimaklumkan bahawa apa yang terjadi kepada YB Eli adalah jauh berbeza daripada apa yang terlihat pada CCTV kisah Chua Soi Lek itu. Kes YB Eli kini masih dalam siasatan bagi mengenalpasti siapakah dalang dan apakah tujuan perbuatan khianat tersebut dilakukan. Sekiranya terdapat pula kes selepas ini di mana foto Khir Toyo berbogel di dalam bilik tidor ataupun di dalam bilik mandi diedarkan menerusi internet, kita juga percaya Polis tetap akan menyiasat bukan kerana kesalahan Khir Toyo berbogel tetapi kerana khianatnya mereka yang mencuri dan mengedar foto tersebut tanpa keizinan Khir Toyo.
Apa yang menghantui pemikiran Khir Toyo adalah bagaimana beliau ingin menghalang perhatian rakyat Selangor khususnya dari mengetahui berpuluh-puluh kes terhadapnya sepanjang beliau menjadi MB Selangor dahulu. Di dalam ceramah Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, YB Azmin Ali berjanji akan `menelanjangkan' Khir Toyo di Selangor agar rakyat Selangor benar-benar kenal insan yang pernah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan Selangor suatu ketika dahulu. Khir Toyo juga merasa tertekan dengan berbagai kesalahan yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi MB Selangor dan semuanya itu kini berada di dalam poket MB Selangor sekarang. Isu wang tabung Balkis masih belum terlerai di mana isu ini membabitkan isteri beliau pula. Memang wajar Khir Toyo merasa amat tertekan, malu dan hilang moralnya bukan sahaja sebagai orang Islam, tetapi sebagai prang Melayu.
Khir Toyo gagal dalam beberapa isu seperti isu ladang ternakan babi moden, isu menghalang Azan di Masjid, isu kereta mewah MB Selangor, isu pembelian kereta Camry oleh Kerajaan Selangor, isu lembu korban dan beberapa isu lain yang mana setiap isu menjadikan akal dan fikiran Khir Toyo dilihat oleh rakyat sama seperti `otak lembu' yang dikorbankan itu juga. Apa yang paling ketara, setiap kali Khir Toyo mencipta beberapa isu, nescaya ianya akan terpalit kepada kepalanya yang beruban itu. Kini, isu foto separuh bogel YB Eli yang dirakam secara curi di rumahnya pula mahu digunakannya untuk melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu itu pula cuba dipadankan dengan isu yang berlaku ke atas Chua Soi Lek, dan ini menampakkan pemikiran yang menggunakan `otak lembu' seperti yang dikatakan tadi.
Kita memang sedia maklum, Khir Toyo turut merasa tertekan untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana yang lebih terserlah kini adalah antara KJ dan Mukhriz. Oleh itu, tidak menghairankan jika Khir Toyo akan mengutip apa jua sampah di tepi-tepi jalan untuk dibuat bekalannya semasa bertanding nanti. Itulah juga yang pernah dilakukan oleh Mantan Ketua AMK `Raja Sesumpah' apabila hasad dan dengkinya tidak pernah pudar terhadap DS Anwar. Tetapi, ternyata semuanya memakan diri kerana manusia yang tidak berprinsip dan bermoral tidak diterima oleh rakyat. Kita percaya dan yakin, sekiranya YB Eli meletakkan jawatannya sekalipun dan diadakan Pilihanraya Kecil di Selangor, UMNO/BN usah bermimpi untuk merampas kerusi tersebut. Secara peribadi, untuk menegakkan kebenaran dan untuk menunjukkan bahawa YB Eli menjadi mangsa khianat, adalah lebih baik YB Eli tidak meletakkan jawatan beliau. Beliau bukan sahaja disokong oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan yang paling menyakitkan hati Khir Toyo adalah YB Eli turut disokong oleh Ketua Wanita MCA. Ketua Wanita MCA nampaknya lebih berakal dari insan yang sedang `meroyan' untuk kembali menjadi MB Selangor ini.
Amat malang sekali jika Pemuda UMNO memiliki insan yang mempunyai akal sepanjang penyapu ini. Cukuplah seorang pegawai kerajaan Selangor yang telah memiliki sebatang penyapu dari Khir Toyo, jangan pula Pemuda UMNO mempunyai pemimpin yang sama taraf dengan penyapu yang akan sapu semua. Kepada YB Eli, tabahkan hati, kuatkan semangat kerana rakyat tahu anda seorang yang ikhlas berjuang untuk rakyat dan anda tidak memiliki kenderaan Mercedez mewah yang dirompak dari duit rakyat dan anda bukan pencuri tanah rakyat seperti tokoh penyapu itu.
sumber : Laman Marhaen