Jumaat, 12 September 2008

Isu Azan : Terbukti UMNO Dalangnya - Malaysiakini

Hah sudah terbukti yang UMNO merupakan dalang dalam kes yang membabitkan isu "Penduduk bukan Islam bantah laungan azan". Menurut dari akhbar portal Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ seperti mana yang diwar2kan oleh pemimpin UMNO Negeri Selangor.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Jadi perkara ini sudah terbukti penjelasannya bahawa UMNO Selangor sememangnya sudah ketandusan isu apatah lagi isu Azan yang cuba dipermainkan mereka bagi menarik pengaruh orang Islam telah menunjukkan kegagalan. Masyarakat sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Lebih 50 tahun hidup dibawah pentadbiran BN semuanya hancur. Masjid dan Surau sebelum ini kurang di'imarah'kan semasa pemerintahan UMNO dan BN, sehinggakan TGNA pun diharamkan menyampaikan kuliah di Negeri tersebut. Ini sudah membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sememangnya anti pada Islam dan hanya menggunakan Islam sebagai satu alat untuk kepentingan politik mereka.

Oleh itu saya ingatkan kepada rakan-rakan UMNO bahawa jangan sesekali menjadikan isu agama sebagai permainan politik. Jika sebelum ini kamu berkata bahawa PAS yang mempolitikkan agama tetapi sebaliknya kamu sudah menjilat semula ludah kamu. Padan dengan muka kamu wahai pimpinan UMNO Selangor....


Nampak sangat mereka sendiri tak peka dengan masalah penduduk..lain yang dicakap lain yang dibuat..patutla pentadbiran Negeri Selangor dibawah mereka hancur lebur......

Terbukti yang selama ini semua propaganda yang direka oleh UMNO untuk mencetuskan perbalahan diantara Umat Islam dengan non muslim...sepatutnya orang seperti ini yang patut di 'ISA' kan...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya hasrat mereka ialah supaya laungan azan itu di perlahankan atau hanya didengar untuk dalam masjid atau surau sahaja...itu hasrat steven dalam bantahan-nya...nak tahun lebih lanjut, saudara pergilah ke masjid yang dimaksudkan..dan lihat dan dengar sendiri laungan azan berkenaan, baru lah saudara komen...jangan lah mengia membuta tuli..tanpa periksa