Ahad, 4 September 2011

SURAT BUKTI PELAJAR UITM DIBAWA KE MESYUARAT UMNO

JIKA sebelum ini pelajar sekolah menengah diupah RM10 untuk menyertai mesyuarat Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak), rujuk sini [diupah RM10].

Kali ini satu lagi dokumen bukti bahawa larangan berpolitik di bawah AUKU/ Akta 174, hanyalah untuk pelajar yang menyokong Pakatan Rakyat.

Kalau sokong United Malays No Otak tak mengapa dibolehkan, malah digalakkan.

Di bawah ini sebuah dokumen yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Ia merupakan surat rasmi yang telah dihantar oleh Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara, Machang kepada Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato Mustapa Mohamed.



Pung pang pung pang pelajar universiti tak boleh berpolitik, kalau berpolitik tindakan tegas akan diambil, boleh dibuang universiti, kalau nak berpolitik tunggu lepas habis belajar bla bla bla...

Tapi kalau sokong United Malays No Otak, tak mengapa tidak salah, sokong Pakatan Rakyat je tak boleh. Undang-undang apa macam ni? Undang-undang bapak dia!

ReJaM© "Dia sendiri buat undang-undang, tapi dia sendiri yang langgar"