Ahad, 7 September 2008

Harga Minyak Dah Turun Tapi Harga Barang Masih Tak Turun - Malaysiakini

Pandai atau kurang pandai antara 2 perkataan yang saya rasa sesuai untuk digunakan. Saya terbaca artikel berkenaan di dalam akhbar Kosmo bertarikh 6 September 2008. Menurut setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata penurunan harga petrol tidak memberi kesan terutama golongan peniaga untuk menurunkan harga barang.

Mmmmm, terima kasih kepada En. Muhammad Sha'ani diatas keprihatinan beliau, saya juga faham kerajaan begitu terburu-buru menurunkan harga petrol berikutan betapa terdesaknya mereka untuk meraih sokongan pengundi kepada Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Bagi saya penurunan harga minyak sebanyak RM 0.15 merupakan satu helah politik yang dimanipulasikan oleh Pak Lah dan Najib.

Dengan penurunan RM 0.15, Pak Lah dengan nada yang tegas menggesa agar pengguna menurunkan harga barang dengan kadar yang segera . Tidak terfikir ke dia akan masalah ini sebelum beliau menaikkan harga minyak pada bulan Jun lepas. Tanpa sebarang 'signal' beliau secara mengejut mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 dimana kenaikan tersebut merupakan kenaikan yang tertinggi dicipta oleh seorang Perdana Menteri di Malaysia. Hendak saya katakan 'bodoh' tak terluah rasanya. Elok perkataan kurang pandai saya tujukan kepada beliau. Walaupun beliau berlainan parti dengan saya tetapi sekurang-kurang dia masih seagama dengan saya. Seburuk-buruk sikap beliau pun kalau solat kami masih sama-sama sujud mengadap kiblat yang sama.

Bagi saya langkah yang terbaik untuk memastikan harga barang turun ialah melakukan pemantauan yang kerap disetiap premis perniagaan. Itupun jika menteri terbabit bersungguh-sungguh dalam hal ini. Jika sekadar melalui ucapan dari kaca Televisyen dan di dada akhbar tanpa sebarang perlaksanaan maka semua itu berakhir dengan sia-sia sahaja...

La ni musim perayaan semakin dekat, jadi apa usaha kerajaan untuk memastikan pengusaha tidak menaikkan harga barang jualan. Sama-sama kita nantikan..Tapi kadang-kadang saya terfikir juga, adakah dengan penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 kerajaan terus boleh menghukum peniaga dengan menurunkan harga barang ?? fikir-fikikanlah......bagi saya kalau dah politik, politik jugalah...janganlah hendak berdalih lagi

Tiada ulasan: