Sabtu, 13 Mac 2010

APABIILA SI FAIRUS BERKATA HENDAK PERTAHANKAN ISLAM....

Bekas Timbalan Ketua Menteri, si Fairus sudahpun keluar PKR dan mula bersekutu dengan parti yang semakin karam, UMNO. Atas alasan beliau keluar PKR kerana kegagalan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam. Itupun katanya lagi, beliau mendapat petunjuk melalui solat istiharah. Apa2la Fairus, janji engkau bahagia..

Beberapa pekung milik si Fairus sudah dapat dihidu antaranya berhubung beliau meminta parti membayarkan RM 15k untuk 2 buah kereta mewah milik beliau. Itu xkuasa saya hendak mengulasnya. Cuma disini bila dia sebut perkataan Islam yang hendak diperjuangkan bersama UMNO itu sudah menimbulkan keraguan pada saya kerana :

- Fairus gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Adun Penanti dan juga peranan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sehinggakan mendapat teguran dari DSAI. Jika benar seseorang itu faham akan Islam, beliau pasti akan melaksanakan segala amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan rasa takut kepada Allah jika gagal menunaikan amanah yang telah diberi. Erti kata, beliau dah 'FAIL' dalam hal ini..

- Sejak bila UMNO memperjuangkan agama ??? isu murtad xsetel2, zina makin berleluasa, kes rogol, samun, bunuh, dera semakin meningkat dari masa kesemasa. Tak masuk lagi dengan kes rasuah dsbnya. Jadi dimana Islam yang akan dibawa oleh si Fairus ketika beliau berada di dalam UMNO. Usaha DSAI semasa dalam UMNO pun gagal apatah lagi manusia cicak kubing seperti dia.

- Kegagalan Fairus dalam melaksanakan amanah ketika menjawat jawatan sebagai Adun dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang seolah2 beliau mengkhianati pengundi yang mengundi beliau. Jadi dalam istilah ini, beliau sendiri boleh menafsirkan istilah dosa dan pahala jika menyakiti hati manusia yang memberi sokongan kepada beliau.

Banyak mahu diulas tetapi 3 perkara ini sudah mencukupi untuk membuatkan orang UMNO yang dungu berfikir...Jika masih tidak boleh berfikir lagi, xtau saya nak jawab apa lagi...lu jawab jawabla sendiri

PANDANGAN RINGKAS PEMECATAN YB ZULKIFLI NORDIN

Isu Zulkifli Nordin semakin hangat diperkatakan. Selepas dipecat macam2 stori yang saya dengar. Yang mengelikan usus saya apabila ada usaha yang hendak membawa si zul ni ke dalam PAS. Secara peribadi saya nyatakan disini bahawa PAS tidak akan mengkhianati rakan seperjuangan di dalam PR dan yang keduanya PAS menghormati keputusan PKR dalam memecat si Zul walaupun PKR berdepan krisis kehilangan kerusi Parlimen. Kesimpulan, PAS tidak akan menerima si Zul untuk bersama di dalam perjuangan mereka

Untuk itu, orang seperti si zul, walaupun dia pandai berbicara tetapi sayangnya dia bercakap seolah-olah tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Saya setuju sikap beliau yang mahu memperjuangkan dan menegakkan Islam tetapi beliau kena lihat beliau diacuan yang mana. Cuma yang saya harapkan jika beliau ikhlas dalam perjuangan, beliau tidak akan menggunakan platform media dalam memburukkan parti dan seharusnya beliau sendiri duduk bersama serta berbincang dalam untuk menangani masalah yang timbul di dalam parti. Diatas kebodohan politik si Zul mengakibatkan media sentiasa mencucuk beliau dalam mendapatkan berita sensasi. Jadi ramalan saya bahawa si Zul xakan lama dalam PR kini sudah menjadi realiti. Banyak point yang boleh diutarakan tetapi cukupla sekadar ini sahaja. Jangan lepas ini si Zul masuk UMNO sudahla..jika beliau masuk UMNO ini membuktikan bahawa beliau ini memang buta hati dan perjuangan Islam yang beliau sebut selama ini hanyalah retorik semata-mata..

UMNO BIKIN CERAMAH SERANG BALAS


Selepas ceramah DSAI di Melaka, penjilat Ali Rustam semakin panas punggung. Di Kg Pulai sahaja lebih kurang 2-3 ribu orang yang hadir. Tidak termasuk di Pulau Gadong yang saya difahamkan angka tersebut melebihi daripada angka di Kg Pulai. Yang hendak saya 'story'kan bukan masalah angka tetapi sebaliknya isu 'back fire' yang dilakukan oleh UMNO 2 hari selepas DSAI datang.

Betulla ramalan sahabat saya sebelum ini, kini UMNO pula terpaksa mengadakan ceramah sepertimana yang dilakukan oleh PR. Tetapi malangnya ceramah UMNO malam tersebut hanya ramai dihadiri oleh segala jin dan jembalang berbanding manusia. Dari sumber risikan, ceramah UMNO pada malam tersebut jelas berbaur perkauman dan tiada point2 yang kuat semasa ceramah disampaikan. Emmmm nampaknya bahang dari Utara sudah meresap ke Selatan, jadi PRU 13 jadi penentu....Jika sumbang langkahnya xmustahil UMNO bakal tersungkur di Melaka.. Inilah jadi kepada parti yang berteraskan perkauman...Walaupun duduk bawah satu bumbung atas lambang 'Dacing' tetapi kesepakatan serta kemesraan gagal dibina walaupun sudah puluhan tahun mereka bersama berbanding dengan PR. Jadi, lu pikirla sendiri....!!

TAKUTNYA UMNO PADA ANWAR IBRAHIM


Akhir-akhir ini, kita dapat lihat bahawa UMNO sudah ketandusan idea dalam usaha memerangi kemaraan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja gambar yang saya lampirkan dan ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO semakin terdesak mendapat sokongan rakyat. Banner ini digantung bertujuan kononnya mahu mengaibkan DSAI. Dasar bodoh punya UMNO...!!!!

Gambar ini saya rakam di Pekan Umbai, salah satu lokasi yang menjadi sasaran puak UMNO laknatullah. Orangnya yang menjadi barua untuk kerja ini saya kenal. Laporan polis sudah dibuat bersama rakan PR. Yang peliknya, Majlis Pembadaran Jasin seolah-olah bersubahat sama coz hampir seminggu banner ini digantung tetapi tiada tindakan diambil. Kalao PR kejap je dah kena rembat. Dasar Barua punya UMNO + BN

Ahad, 7 Mac 2010

KENAPA UMNO MELAKA TAKUT SANGAT DENGAN ANWAR ??

Jumaat baru-baru ini saya dapat menghadirkan diri ke ceramah DSAI. Alhamdulillah ribuan manusia hadir untuk mendengar isu-isu panas yang melanda tanah air. Semasa YB Tey dari DAP berucap, beliau ada menyatakan bahawa ada manusia yang tidak bertanggungjawab menampal poster memaklumkan bahawa tarikh ceramah DSAI berubah kepada hari Sabtu. Tak cukup dengan itu, mereka menghantar sms palsu kononnya hasrat mereka hendak sabotaj ceramah DSAI. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun manusia spesis najis cuba menggagalkan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pakatan rakyat..

Cuma yang pelik, kenapa mereka takut sangat dengan DSAI?? UMNO buat program pun kami xganggu kerana menyahut seruan demokrasi yang diamalkan di negara ini.Jadi sudah jelas bahawa UMNO sememangnya tidak sekukuh sepertimana diperkatakan bahkan perkara bodoh yang mereka lakukan membuktikan bahawa mereka semakin terdesak untuk berdepan dengan PRU 13. Nampaknya gelombang politik dari Utara sudah mula melanda di Selatan.Jadi apa2hal tunggu sahajala di PRU 13....SELAMAT MENGUBURKAN BARISAN NAJIS...

MCA TUNGGU MASA MAHU HANCUR

Ini kisah lagi menarik untuk dibaca, AGM Pemuda MCA kali ke 46 tidak cukup kourum. Hanya 87 daripada 1742 perwakilan satu negara yang hadir.. Tak sampaipun 1/3 kehadiran semua perwakilan. adakah ini petanda menunjukkan MCA menuju kearah kehancuran. Nampaknya badi daripada perletakan jawatan Chua Soi Lek baru-baru ini terpalit kepada perwakilan MCA 1 MALAYSIA.

jadi semua dah nampak, krisis didalam parti kompenen BN kini sudah sampai ke usus. Silap2 haribulan, sebelum PRU 13 MCA sudah dibukukan didalam buku sejarah. UMNO pula, siap dah ada muzium...xpercaya you all bole p kat banda hilir, melaka...cuma mereka semua menanti masa untuk dikuburkan....krisis dalaman mereka semakin meruncing, cuma ia dinafikan oleh media2 yang sememangnya penyokong tegar kepada parti yang hanya memperjuangkan rasuah dan menjual negara kepada negara luar...

p/s : lagila bertambah haru BN selepas ini coz berdepan dengan karenah katak2 yang kononnya mahu perjuangkan nasib rakyat

AKHIRNYA ZULKIFLI NORDIN DIPECAT DARI PKR..

Tindakan PKR memecat Zulkifli Nordin merupakan satu tindakan yang bijak. Zulkili antara duri dalam daging di dalam PKR kini sudah tiada kena mengena dengan parti tersebut. Mmmm nampaknya Zulkifli nordin kena cari parti lain atau kena tubuh parti sendiri. Saya xmau nak komen banyak, tapi bagi saya xsalah hendak menegur tetapi beliaupun kena memberikan kerjasama untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam parti yang beliau sertai. Ini tidak, sana sini dia canang keburukan parti. DAP yang xde kena mengena pun disabitkan sekali. Jaga dulu tempat awak n jangan masuk campur urusan kerajaan negeri Pulau Pinang...

Cuma apa yang saya harapkan, bila dah takde parti berjuangla dengan ikhlas dan bukannya menjadi barua serta boneka kepada BN-UMNO...