Selasa, 9 September 2008

Rupa-rupanya Ali Rustam Pun Tak Tahan Dengan Bau Sampah - Malaysiakini

Selagi saya boleh dedahkan saya akan dedahkan isu - isu yang membabitkan masyarakat di Melaka. Sumber yang diperolehi dari blog Angkasanuri ini sedikit sebanyak dapat membantu para blogger di Melaka untuk terus membongkar sikap sebenar Kerajaan Negeri Melaka yang sebenarnya tidak peka dengan masalah penduduk setempat..Ini baru di area Batu Berendam, insya-Allah kami akan terus membongkar masalah yang membabitkan rakyat...


Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam Dalam lawatannya semalam ke tapak Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Krubong semalam menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk dari tapak berkenaan.

Untuk makluman YAB Datuk, penduduk di taman dan perkampungan berhampiran seperti Taman Merdeka, Taman Datuk Tamby Chik Karim, Taman Angkasanuri dan kampung gangsa dah 12 tahun menghidu bau busuk berkenaan sejak tahun 1996.

Ketua Menteri dalam temuramah dengan pihak TV 9 menyalahkan kelewatan Pihak Kementerian Alam Sekitar sebagai punca kelewatan membina insinerator moden di Sungai Udang bagi menggantikan tapak sedia ada.

Inilah punca apabila pihak kerajaan negeri tidak teliti apabila merancang membina pusat pelupusan sampah di Krubong tahun 1996 dahulu . Pada ketika itu, kawasan di sekitarnya sudah wujud taman perumahan dan kampung tradisional yang hanya kira-kira 1 Kilometer dari tapak berkenaan. Mengapa tetap diluluskan juga ?

Sikap kerajaan negeri yang seolah – olah menyalahkan pihak lain dalam isu ini adalah sesuatu yang amat dikesali. Sepatutnya pihak kerajaan negeri perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang berlaku.

silembiks : ingatkan si Ali Rustam tak kenal bau busuk..bila dah terhidu baru dia tahu..kes dah makan masa lebih dari 10 tahun baru la terhegeh-hegeh nak datang

Tiada ulasan: