1) Dikenali sebagai cukai kepenggunaan yg mempunyai asas yg luas. Ini bermakna semua warganegara terlibat atas dasar semua warganegara adalah pengguna.
2) Cukai ini adalah biased terhadap pengguna berbanding pengeluar yg memiliki modal dan kekayaan. Atas dasar inilah juga cukai ini dilihat lebih berbentuk regresif dan tidak progresif. - cukai progresif: semakin tinggi pendapatan individu, semakin tinggi kadar cukainya. - cukai regresif: secara puratanya rakyat miskin memikul beban cukai yg lebih berat berbanding mereka yg kaya.
3) GST juga dikenakan ke atas barangan keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya. In bermakna kelompok masyarakat yg miskin dikenakan cukai GST kerana mereka adalah pengguna barangan tersebut (GST mengenakan cukai kepada barangan asas). Tiada sebarang pengecualian cukai GST walaupun untuk golongan yg berpendapatan rendah.
4) Berdasarkan pengalaman Australia, kesan segera dari pelaksanaan GST ialah meningkatnya harga hartanah khususnya rumah sebanyak 8%.
5) Berdasarkan pengalaman Singapura, GST diperkenalkan untuk melebarkan asa cukai disebabkan peratusan mereka yg tua makin meningkat, sekaligus mereka tidal lagi produktif. Apakah peratusan mereka yg tua juga meningkat di Malaysia? Sudah semestinya ia tidak setinggi di Singapura.
- Tujuan Singapura perkenalkan: Rakyat tidak akan berbelanja sekaligus menyimpan dan simpanan yg tinggi boleh digunakan utk tujuan pelaburan. Rakyat akan mendisiplinkan diri mereka utk tidak berbelanja secara berlebihan.
- Saranan ini bercanggah dgn asas dan falsafah kapitalisme itu sendiri yg bergerak diatas prinsip permintaan (terhadap barangan dan perkhidmatan) dan penawaran.
6) Juga dikenali sebagai cukai tidak langsung (indirect tax)... Ini juga bermakna rakyat dikenakan cukai dari pelbagai sudut tanpa disedari yangmana akan menyebabkan kesejahteraan rakyat akan terhakis.
7) GST = 'Reformasi' cukai yang secara sistematis dan exhaustif (mennyeluruh) menghapuskan elemen subsidi. Sudah dimulai dengan petrol dan gula.
8) GST = Sekiranya dilaksanakan dalam keadaan pertunbuhan ekonomi kurang dari 5% setahun, kesannya amat parah dan bersifat struktural.
9) Kesimpulannya... Sekiranya GST dilaksanakan, ia bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...
GST - Gagalkan Sebelum Terlambat...!!!
GST - Gagal Sudah Tentu... !!!
GST - Gagal Sudah Tentu... !!!
SUMBER : PALESTINHOOD