Sabtu, 16 Ogos 2008

Hasbullah Pit: Muqabalah Dengan Shahrir Samad

Hasbullah Pit: Muqabalah Dengan Shahrir Samad

OH Budak UiTM


Hebat sungguh mereka berdemo dalam mempertahankan hak orang Melayu. Nampaknya demotrasi pelajar yang berlaku semasa zaman DSAI berulang kembali. Tahniah budak-budak UiTM. Tapi disini bukan saya hendak mempertikaikan kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid tambahan pula dia hanya mencadangkan bukan sudah dilaksanakan, lainlah macam Pak Lah tiba-tiba maklum naik harga minyak. Hah, tang ni memang patut di buat demontrasi !!

Persoalannya,kenapa isu kemasukan pelajar bukan Melayu ke MRSM tidak pula dipertikaikan dan kenapa takde dibuat demontrasi. Adakah ia tidak mencabul keistimewaan hak orang Melayu ataupun MRSM ni hanya sebuah maktab dan tidak memerlukan pembelaan berbanding dengan UiTM yang bertaraf universiti. Cerita ini sedikitpun tidak diungkit oleh media kerajaan malah mereka sibuk dengan memutarkan isu-isu yang antara Tan Sri Khalid bersama budak UiTM. Naib Canselor, UiTM Ibrahim Abu Shah saban hari mencurah minyak kepada para pelajar untuk menyemarakkan api yang sememangnya semakin marak. MPP mereka pula sama saje, jenis spesis yang berfikir tak guna akal. Elok letak jawatan sajer.!!

Malang sungguh pelajar UiTM yang menjadi boneka untuk politik murahan UMNO. Banyak perkara yang pihak kamu perlu selesaikan terutama kes-kes maksiat yang semakin berleluasa membabitkan student UiTM. Perkara ini seolah-olah melambangkan ketidakcerdikan student sekarang. Kepada student UiTM, mana yang penting Ketuanan Melayu atau Islam ??

Jumaat, 15 Ogos 2008

Minyak Turun : Strategi BN Sekat Anwar Ke Putrajaya

Bagusla kalau Pak Lah dan KERAjaan BN nak turunkan harga minyak pada 1 September yang diwar-warkan sebelum ini. Berapa banyak tidak pula dapat saya pastikan cuma yang saya fikirkan mungkin Pak Lah akan mengumumkan penurunan harga minyak 'mungkin' bukan pada 1 September sebaliknya sebelum 26 Ogos 2008. Semua maklum bahawa DSAI akan bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada tarikh tersebut. Mungkin ini yang digusarkan oleh Pak Lah selama ini coz takut kedudukannya akan tergugat. Saya ingatkan dia ni manusia yang tak perihatin, yela...dok berangan jer kejenya.

Kenapa saya ramalkan macam tu ??

- Orang Melayu fikirannya mudah diracuni, hulur kain pelikat jer undi pun boleh berubah apatah lagi bila harga minyak diturunkan
- Untuk memastikan sokongan orang Melayu kepada kemenangan BN di
Permatang Pauh
- Menaikkan semula imej Pak Lah yang sememangnya dah tercalar terutama pada orang Melayu Pulau Pinang

Ini 3 perkara yang saya dapat 'list'kan, sebenarnya banyak lagi, mungkin rakan-rakan lain boleh menambahnya. Cuma saya dapat peringatkan disini, ini semua gula-gula yang dimainkan oleh pemimpin BN yang sememangnya sudah tiada lagi dihati masyarakat
Malaysia kerana kezalimannya mereka terhadap rakyat. Ayuh rakan-rakan sama-sama mengembeling tenaga untuk membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh untuk terus menjatuhkan Barisan Nasional. Jangan mudah digula-gulakan oleh pimpinan BN, biarkan mereka terus tersungkur dari bumi Malaysia..

Salam Kembali..

Salam Perjuangan..

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Melaka pada jam 6.30 petang bersama 2 orang sahabat. Selepas ucapan dasar Tuan Presiden, Tuan Guru Haji Hadi kami terus bergegas pulang ke Melaka tambahan masing-masing ada kerja. Insya-Allah malam ini saya akan bermula mengemaskini blog ini.

Terima kasih kepada pengunjung yang melayari blog yang tidak seberapa ini. Banyak isu-isu yang panas dibahaskan semasa muktamar dan media pemutar alam (sapa lagi kalau bukan Berita Hairan dan Utusan Meloyar) mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah ingin melaga-lagakan Pakatan Rakyat. Insya-Allah, saya akan membuat ulasan seringkas yang mungkin dalam usaha menegakkan perkara yang benar..Tetapi bagi saya rehat dulu..menyesal tak bawa note book, terlupa pula saya nak tanya SU pemuda Negeri berkenaan dengan kemudahan wifi di hotel, kalo tak blog ni takdela nak kena takaluf seketika..

Salam perjuangan....adiossss

Rabu, 13 Ogos 2008

UMNO : Dah Nak Karam Pun Masih Gila Kuasa

Pemilihan Agung UMNO dah tak lama lagi. Bakal-bakal calon la ni semakin sibuk, malah kesibukan mereka mengalahkan PR Kecil yang akan diadakan di Permatang Pauh. Masa nila kita akan dapat menilai sejauh mana ketelusan pemimpin UMNO samada mereka benar-benar ingin memperjuangkan bangsa Melayu yang semakin tersepit ataupun sekadar menambah 'income' dalam periuk nasi mereka serta meraih populariti.

Dalam masa ini juga kita dapat melihat 'kebaikan' calon-calon dengan memberikan wang setiap kali bersalaman. Berapa banyak nilainya tidak dapat dipastikan, tetapi menurut kenyataan seorang rakan yang memang dari UMNO 'tepu' dari Johor, sememangnya perkara ini menjadi satu tradisi.
Si Adnan Mansor pula time nilah terhegeh-hegeh memaklumkan bahawa BPR akan memantau gejala politk wang yang berlaku pada setiap calon setiap kali pemilihan parti diadakan. Makna kata, UMNO ni memang lagi dulu dah terjebak dengan gejala politik wang..Apala nak jadi dengan mereka..ni ke yang rakyat nak sokong..hanya orang buta dan takde akal saja yang sanggup bersumpah dan taat setia bersama UMNO .

Jadi tak heranlah kalau Negara
Malaysia yang dibawah kepimpinan Dolah Badawi semakin penuh dengan gejala rasuah yang tak dapat dibendung, hilang slogan keramat beliau untuk menghapuskan rasuah di Malaysia . Ini semua asuhan yang bermula dari peringkat bawah lagi. Berkat pembelajaran yang diterapkan oleh UMNO maka inilah hasilnya. Kalau pemimpin seorang yang jujur dan telus dalam melaksanakan amanah insya-Allah aman negara ni. Tetapi kalau pemimpin dah hampeh, yang lain tu lagila bertambah hampeh....Terlupa pulak saya yang 'Islam Hadhari' menghalalkan semuanya..

Si Lembik's ~ Kapal UMNO tunggu nak karam jer...

Selasa, 12 Ogos 2008

Rehat Seketika..

Untuk seketika, saya tidak akan dapat mengemaskini blog si lembik's selama 2 hari (Rabu - Khamis) coz menghadiri Muktamar PAS di Ipoh Perak. Insya-Allah blog ini akan beroperasi seperti biasa pada hari Jumaat. Doakan keselamatan kami semua baik pergi dan pulang.

Mungkin banyak perkara yang akan diperbincangkan dalam muktamar kali ini. Mana yang boleh dikongsi, saya akan kongsi bersama di dalam blog ini. Salam perjuangan dari saya untuk semua.

Si Lembik's
lembik_s@yahoo.com

Isnin, 11 Ogos 2008

Bila Anak Sendiri Di Anak Tirikan..

Sekali sekala pekena Teh O dengan bihun goreng sedap juga. Petang tadi ada seorang rakan mengeluh kerana kilang tempat yang beliau bekerja akan berpindah ke Senai. Mengikut keterangan rakan saya, beliau bekerja di Qimonda Malaysia Sdn.Bhd, Batu Berendam Melaka. Asalnya kilang tersebut merupakan salah satu deparment yang terletak di dalam Kilang Infineon tetapi la ni sudah menjadi kompeni persendirian.

Rakan saya yang pada mulanya tak kisah tetapi la ni dah mula bimbang coz kompeni tersebut memaklumkan akan berpindah ke Senai Johor pada bulan April 2008. Perkara ini bukan sahaja membingungkan beliau bahkan semua pekerja-pekerja di kilang tersebut terutama kepada mereka yang sudah berusia 30an serta sudah mempunyai keluarga serta rumah dan kereta yang sudah dibeli. Aduhai, sedih saya mendengarnya..dalam saat mereka menerima pelbagai 'hadiah' dari kepimpinan Barisan Nasional kini mereka menimpa pula malapetaka yang dibawa oleh majikan mereka. Reason utama saya kurang pasti cuma saya dimaklumkan bahawa pihak majikan untuk berpindah ke Senai ialah menjimatkan kos...

Kompeni nak berpindah memang tak dapat nak dihalang cuma saya memikirkan nasib pekerja yang hampir 2000 orang...bagaimana agaknya nasib mereka yang sudah berkeluarga, mempunyai hutang rumah, kereta dan sebagainya dan bagaimana pula jika mereka tidak mahu ke Senai...Memang benar, kepada mereka yang tidak pergi akan diberikan pampasan yang boleh dikatakan tinggi tetapi sebanyak mana duit pun kalau selalu digunakan pun habis juga..Saya juga dipahamkan ada juga rakan-rakan mereka yang ke Senai tetapi terpaksa hidup berulang alik ke Melaka pasal anak bini mereka masih di Melaka...

Mmmm lebih memelikkan pemikiran saya, takkan
kerajaan Negeri Melaka tak tahu akan masalah ini, apa usaha yang mereka akan lakukan bagi mengatasi masalah bakal-bakal pengangur ini..Untuk pengetahuan mereka semua ini rata-rata sudah berusia antara 30-40 tahun. Tentunya sedikit sebanyak ia memberi kesukaran kepada mereka mendapatkan kerja tambahan faktor usia selalu mengagalkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan.

Harap
kerajaan Negeri Melaka cubalah ambil jalan penyelesaian...yang bakal diberhentikan bukan seorang dua, ramai wooo....lebih seribu lebih bakal hilang pekerjaan..jangan dok sibukkan sangat dengan isu pelancongan kamu tu, bantula rakyat-rakyat jelata yang sememangnya memerlukan bantuan....Melaka tak layak di gelar Negeri Maju 2010 jika masalah sebegini gagal diselesaikan oleh KERAjaan BN Melaka..Mana kamu wahai Ali Rustam ???

Ahad, 10 Ogos 2008

RM 1 Juta Untuk Emas Olimpik : Sikit Jer tu, Kata Najib

Dari dulu saya ingin mengemukakan pandangan tapi tiada kesempatan sehinggalah sukan Olimpik sudah masuk hari ke 2. Bukan saya cemburu kepada 'bakal' pemenang pingat emas olimpik dan saya tahu mereka berkorban dan menaikkan nama sukan Malaysia dipersada dunia. Mengikut kata Najib Altantuya KERAjaan akan memberikan ganjaran sebanyak RM 1 juta berserta bayaran pencen yang berjumlah RM 5,000 sebulan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas pertama dalam sukan Olimpik.

Mana perginya slogan keramat kamu 'UBAH CARA HIDUP' wahai
Najib Altantuya . Saat rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak kamu cuba meraih populariti dikalangan atlet dengan mengumumkan skim ini. Kenapa dalam bab menjaga kebajikan masyarakat tidak pula kamu mengumumkan skim ini terutama bagi rakyat yang benar-benar memerlukan. Dalam rancangan Bersamamu yang dibawakan khas oleh TV3 suku pun ada menceritakan kesusahan rakyat Malaysia yang menderita serta dibebani dengan masalah kehidupan. Ini semua realiti dan bukannya fantasi.

Sempat jugalah saya jengah didalam
forum di web TV3 suku. Rata-rata mereka tidak bersetuju malahan ada diantara mereka mencadangkan agar KERAjaan tumpukan pada projek pembangunan dan kemudahan struktur. Tu hah, MRR2 dah retak lagi, masih mahu membazir lagi ker ??

Ringkas saja dari saya, sebanyak mana wang ditaburkan kepada para atlet yang mewakili negara tetapi jika tiada semangat perjuangan di dalam diri mereka dan hanya memikirkan habuan semata-mata elok tak payah mewakili negara. Malaysia masih belum mampu melahirkan atlet seperti
Datuk Dr Mani Jegathesan , Allahyarham Mokhtar Dahari , Pasukan Hoki Lelaki Malaysia yang menduduki no.4 dalam Piala Dunia dan atlet-atlt sekitar tahun 70-80 an. Mereka inilah yang wajar dicontohi. Tanpa ganjaran yang besar mereka mampu meraih kejayaan yang cemerlang di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Jadi, renung-renungkanlah...

INFO
Kenaikan Imbuhan Olimpik


Individu

Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)


Berpasukan (lebih daripada enam)

Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang


Si Lembik ~ tak membantah tapi menasihat..renung-renung dan berfikirla..Masing2 Allah sudah kurniakan akal untuk berfikir

Apalah Nasib Kamu Pernu dan Umbai.. - Part 2


Pada posting yang lepas, saya ada menceritakan mengenai jalanraya yang bertampal di Kampung Pernu dan Umbai. Seperti yang dijanjikan saya akan memaparkan keadaan jalan tersebut untuk posting kali ini. Gambar ini saya rakamkan pagi tadi betul2 di selekoh Surau Haji Konel Solok Hujung di Kampung Pernu, Melaka.

Nampak macam ok, tapi bila rakan-rakan melalui jalan tersebut barula rakan-rakan tahu betapa 'adventure'nya jalan tersebut...jadi pengunjung sekalian boleh memikirkan sama ada ia merbahaya atau tidak kepada pengguna jalan tersebut...bak kata Nabil dalam Astro, lu pikirla sendiri..

Nota ~ gambar ini dirakamkan dengan menggunakan Handset Nokia model 6288