Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Negeri Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Negeri Melaka. Papar semua catatan

Selasa, 23 Ogos 2011

RM 317 000 UMPAMA RM 3.17 BAGI KERAJAAN UMNO + BN MELAKA


Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.?

Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.!

Apa manfaat yang rakyat dapat dengan nombor plat kereta tersebut.

Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan negeri membatalkan niat untuk menggunakan plat tersebut. Gunakan duit sebanyak itu untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Jangan membazir. Masih ramai rakyat yang menderita dan susah di negeri ini. Masih ramai anak-anak yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mempunyai wang untuk meneruskan cita-cita murni itu lantaran kesempitan hidup keluarga mereka.

Kita mengharapkan selepas ini jika Kerajaan Negeri menang tender tersebut, mereka mesti mengeluarkan kenyataan rasmi kepada seluruh rakyat negeri Melaka berapa wang rakyat yang telah dibazirkan untuk mendapatkan plat MCC 1 hingga MCC 15 ini. Biar rakyat menilai sendiri apakah tindakan kerajaan ini bermanfaat kepada rakyat atau tidak?

Mutaligat

Isnin, 19 Januari 2009

BACA INI, KENAPA SAYA CAKAP ALI RUSTAM BODOH - Malaysiakini

Malang sungguh saya kerana memiliki seorang Ketua Menteri Melaka yang pemikirannya berada dibawah level budak tadika. Lebih baik beliau disekolahkan dahulu sebelum menyekolahkan orang lain. Sudah kalah mulalah beri macam-macam alasan. Menurut kenyataan beliau di Utusan Meloyar, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004."Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Tak ke bodoh punya statement. Apa, dia ingat 3000 pengundi tu semuanya pangkah BN ke ?? Kalau undi pos tu bole jugala saya percaya. Macam manalah UMNO bahagian boleh calonkan dia sebagai bakal timbalan presiden UMNO, tidak ke kes naya namanya tu. Mau lingkup Malaysia di bikinnya jika beliau menjadi Timb. Perdana Menteri Malaysia.

Satu lagi saya nak mencelah, beliau ada menyebut punca kekalahan BN di Kuala Terengganu dimana kata beliau BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu. Nampak sangat dia cuba membodohkan rakyat Malaysia. Hanya kaki ampu saja yang akan mengiyakan kenyataan bodoh bakal TPM Malaysia ini. Sudah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana kerajaan yang memerintah, pembangunan perlulah dilaksanakan. Itupun mahu lagi tipu orang. Apa gunanya bangunan banyak dibangunkan seperti di Negeri Melaka tetapi hutang yang ada tidak mampu dilangsaikan hingga ke anak cucu. Ali Rustam sepatutnya belajar cara2 hendak mentadbir sebuah negeri dengan Tuan Guru Nik Aziz. Ini tidak, jika melaksanakan projek pembangunan tapi dengan berhutang kepada kerajaan pusat semua orang boleh bikin la...Sekali lagi rakyat Malaysia dan terutama rakyat Melaka cuba diperbodohkan oleh Ali Rustam yang bodoh ini....

Jumaat, 21 November 2008

Satu Lagi Projek 'KERA'jaan Barisan Nasional Melaka, Jeti RM 3 Juta Runtuh - Malaysiakini


Beginilah cara Kerajaan Barisan Nasional Melaka melaksanakan kerja. Entah mana silapnya jeti yang bernilai RM 3 juta runtuh akibat dipukul ombak ketika air pasang besar melanda beberap hari lalu.

Keadaan itu juga mengakibatkan harapan 50 nelayan hancur lebur yang mahu kerja pembinaan pembinaan itu siap mengikut jadual.

Kejadian ini berpunca daripada kesilapan pemaju yang gagal melaksanakan pembinaan mengikut spesifikasiyang ditetapkan, hingga menyebabkan jeti yang dibina diatas tanah mendap tidak kukuh lalu runtuh apabila dipukul ombak.

Persoalannya, kenapa pihak pemaju tidak melakukan kajian yang lebih terperinci sebelum melaksanakan sesuatu kerja dan adakah pemaju yang dipilih merupakan pemaju yang ber'level' 'cokia' ataupun jenis tangkap muat ataupun yang lebih penting siapa yang memilih pihak pemaju ini untuk projek jeti tersebut..??

Jika amalan ini berterusan alamatnya jeti Serkam ini bakal menerima nasib yang serupa sepertimana dialami projek pembinaan makmal komputer di sekolah yang kerap runtuh sebelum ini. Ini baru runtuh, takut dimasa akan datang jeti ini pula bakal meragut nyawa manusia kelak.....Harap ada tindakan yang segera dilakukan tambahan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) juga ada kaitan dengan projek ini...

Khamis, 23 Oktober 2008

Ali Rustam Cakap Tak Serupa Bikin - Malaysiakini

Itulah UMNO, bercakap semuanya boleh tetapi semua hanyalah omong-omong kosong. Menurut ulasan dari Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka di dalam Utusan Meloyar pada hari ini, "Hanya calon yang sanggup berkhidmat untuk parti dan memiliki rekod lampau yang cemerlang sentiasa menjadi pilihan untuk memegang sebarang jawatan dalam parti".

Tak tahu la nak saya katakan, samada Ali Rustam ni bercakap menggunakan akal atau sebaliknya. Jika dilihat dari rekod beliau sepanjang mentadbir Melaka memang tak dapat dinafikan macam2 bangunan yang naik. Berbeza dengan Ketua Menteri Melaka yang lepas. Cuma yang tak seronoknya, akibat mengejar pembangunan maka
hutang kerajaan Negeri makin bertambah. Masalah pengangguran juga bakal meningkat ekoran 2 buah kilang yang menjadi teras kejayaan ekonomi di Melaka yang akan tutup pada hujung tahun ini.

Ini antara sebahagian tugas yang gagal kerajaan Negeri Melaka dibawah pentadbiran Ali Rustam. Seterusnya,
bagaimana isu babi di Paya Mengkuang dan Sungai Tuang. Jika sebelum ini Kerajaan Negeri ada menjanjikan bahawa babi tersebut akan dikurangkan tetapi kenapa diam seribu bahasa.

Kepada Ali Rustam, jika beliau berkata "hanya calon yang sanggup berkhidmat untuk parti dan memiliki rekod lampau yang cemerlang menjadi pilihan untuk memegang sebarang jawatan dalam parti" maka dialah orang pertama yang tidak layak untuk bertanding. Kenapa ?? saya rasa para pembaca sekalian pun tahu kisahnya...

Rabu, 22 Oktober 2008

Kerajaan Negeri Melaka tetap Berdegil - Malaysiakini

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak, Ali Rustam tetap dengan pendirian bahawa kerajaan Melaka akan tetap memberi gelaran Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Katanya, kerajaan Melaka serius dengan penganugerahan itu sebagai satu pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Melaka secara percuma melalui filem lakonannya bertajuk One 2 Ka 4 yang difilemkan di A'Famosa, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Beliau (Shah Rukh Khan) pun dah setuju, satu dunia pun sudah tahu, jadi kalau ditarik balik tak elok bagi kerajaan negeri dan bagi Shah Rukh Khan, macam kita tak fikir dulu sebelum beri, dah beri kemudian tarik balik, tak elok, buruk siku.

Shah Rukh Khan dikatakan telah bersetuju untuk datang ke Melaka pada bulan depan untuk menerima gelaran tersebut walaupun sebelum ini artis yang banyak berjasa kepada Melaka ini dikatakan turut terkejut dengan anugerah yang bakal diterima.Hal ini kerana walaupun lebih banyak menjadikan negara sendiri dan negara lain terutamanya di Eropah sebagai lokasi penggambaran filem beliau namun jasa dan sumbangan beliau mempromosi dan mengharumkan negara sendiri dan negara lain tidak mendapat pengiktirafan seperti yang diberi oleh kerajaan Melaka.

Maka selepas in pasti Shah Rukh Khan dan pengeluar filem Bollywood yang lain akan berpusu-pusu datang ke Melaka untuk membuat penggambaran filem untuk mendapat lebih banyak anugerah dan darjah dari kerajaan Melaka.

Selepas ini kita akan dapat menyaksikan dominasi filem dan drama Indonesia yang selama ini menguasai stesen TV tempatan akan dikuasai dan diambil alih oleh filem dan drama Bollywood pula kerana banyaknya penggambaran filem Bollywood di negara ini khususnya di Melaka.

Tak sabar rasanya nak menonton Shah Rukh Khan dan pelakon Bollywood lain selepas ini akan menari terkinja-kinja di Pulau Melaka atau di dalam Melaka Digital Mall, berguling-guling menyanyi di atas Bukit Cina dan berpusing-pusing di dalam 'Eye On Malaysia'di Bandar Hilir. Secara tak langsung seluruh dunia tahu betapa banyaknya projek gajah putih di Melaka.

sumber :
Angkasanuri

Selasa, 14 Oktober 2008

Lagi-Lagi Kisah Shah Rukh Khan !!! - Malaysiakini

Kesian kat seniman di tanahair..elokla tu, pasni kamu semua pakat-pakat buat piket kat depan rumah Ali Rustam pulak....

KUALA LUMPUR: Penganugerahan darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan sempena hari jadi ke-70 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabtu lalu, dibantah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, yang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, semalam berkata ramai penggiat seni termasuk pelakon menyuarakan rasa tidak senang dan mempersoalkan jasa aktor itu sehingga layak diberi anugerah yang membawa gelaran Datuk.

Mustapha berkata, tindakan kerajaan Melaka itu seperti membelakangkan jasa artis tempatan yang banyak berkorban menaikkan nama persada filem tanah air, apatah lagi sumbangan artis veteran sering kali dilupakan.

Menurutnya, beliau menerima banyak panggilan telefon dan SMS daripada penggiat seni yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


“Ini suara penggiat seni yang bukan sahaja terhina, tetapi tertanya apa jasa pelakon itu kepada negara kita sehingga layak menerima anugerah itu. Jika diikutkan, tanggungjawab kami juga sentiasa berusaha mempromosikan negara sendiri ke peringkat antarabangsa.

“Malah masih ramai artis tempatan kita yang berjasa pada negara dan mereka terus berjuang untuk kemajuan perfileman tanah air.

“Persoalannya, apakah anugerah ini diberi secara sukarela, sesuka hati atau disanjung dengan baik atas jasa mereka kepada negara ini. Seharusnya penilaian dibuat dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui penganugerahan itu hak kerajaan negeri dan tiada hak untuk menggesa ia ditarik balik.

“Apa yang kami turut kesalkan ialah tindakan pelakon itu tidak hadir ketika majlis penganugerahan yang dianggap satu penghinaan.

“Kami bukan kumpulan mendesak kerajaan negeri, tetapi tanggungjawab bersama untuk bersuara mengenai perkara ini,” katanya.

Hadir sama bagi menyokong pendirian Seniman itu, antaranya Timbalan Presiden Seniman, Ahmad Idham Ahmad Nadzri; Datuk Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan, Jalil Hamid, Zulkifli Zain, Normala Omar, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Harun Salim Bachik, Anne Abdullah, Rahim Jalani dan Dilla Ahmad.

Seniman juga menghantar surat bantahan pada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkaitan isu itu.

Shah Rukh Khan, 43, adalah antara 77 penerima anugerah DMSM yang menjadi anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Nama Shah Rukh Khan sebagai penerima anugerah dikatakan dicadangkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilaporkan berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi Melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat di seluruh dunia.

Lagi Pembaziran Yang Di Bawa Oleh Kerajaan Ali Rustam - Malaysiakini

Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka juga sudah membangkitkan isu ini dan cerita ini juga ada dimuatkan didalam blog jasindaily. Kini Blogger Angkasanuri pula mengeluarkan pandangan yang sama....jadi lu fikirla sendiri....


Eye On Malaysia yang sebelum ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ? Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.



Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.

Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?


Eye On Melaka

Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.

Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

sumber : Angkasanuri

Lagi Masalah Di Negeri Pentadbiran Ali Rustam - Malaysiakini

Dalam seminggu ini dua kali saya berurusan di Hospital Besar Melaka. Pertama disebabkan anak yang kecil demam sehingga terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selama dua hari dan hari ini emak pula dimasukkan ke hospital kerana masalah kekurangan gula kritikal dalam badan.

Sepanjang berada di Hospital Besar Melaka saya mendapati masalah kekurangan wad dan parking semakin kritikal. Jumlah katil dan wad yang tidak mencukupi menyebabkan ramai pesakit yang tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Dalam kunjungan yang pertama kebetulan saya bertemu rakan saya, Hj. Salamat S/U Kawasan Pas Bukit Katil yang membawa emaknya ke hospital ini memberitahu saya dia dah dua hari terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana tidak ada katil kosong di wad. Malah ada pesakit yang masih belum sembuh sepenuhnya telah diarahkan balik oleh pihak hospital bagi memberi laluan kepada pesakit yang baru tiba. Ramai lagi pesakit yang mengadapi masalah yang serupa.

Emak saya pula masih 'tersadai' di wad kecemasan dari pagi tadi kerana masalah yang sama. Saya dimaklumkan oleh doktor yang bertugas ada pesakit dah beberapa hari terpaksa menunggu di bahagian kecemasan kerana masalah wad yang kritikal. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain memberi rawatan yang terbaik sementara menunggu katil di wad kosong.

Di samping itu, perkarangan parking Hospital Melaka juga semakin sesak sehingga berlaku 'jammed' di dalam kawasan hospital terutamanya pada waktu melawat. Ada pengunjung terpaksa meletak kereta beberapa kilometer dari kawasan hospital disebabkan masalah parking ini. Tadi saya sempat melihat banyak kereta disaman oleh Polis Trafik kerana meletak kereta di bahu jalan dan garisan kuning.

Dalam hal ini, pemilik kenderaan tidak harus disalahkan 100%. Saya dapati mereka tidak ada pilihan akibat parking yang disediakan adalah sangat terhad. Justeru itu, tindakan menyaman adalah sesuatu yang kurang wajar. Lainlah, kalau parking dah disediakan masih meletak kenderaan secara sesuka hati.

Apa penyelesaian Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri? Jika di Hospital Tunku Jaafar Seremban, masalah parking selama ini diatasi dengan pembinaan sebuah parking bertingkat bernilai lebih 200 juta ringgit, di Hospital Melaka Kerajaan Melaka khususnya seolah-olah hanya melihat sebelah mata terhadap masalah yang berlaku.

Begitu juga dengan masalah kekurangan wad, apa tindakan kementerian kesihatan dan apa inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini ?

Alangkah baiknya,jika peruntukan projek-projek yang tidak berfaedah dan tidak perlu disegerakan seperti pembinaan Eye On Malaysia di Melaka, Aerospace dome dan skrin air terbesar dunia bernilai 43 juta ringgit, pembinaan muzium-muzium baru yang tidak perlu disegerakan digunakan dan disalurkan untuk projek pembangunan yang dapat meningkatkan dan membaiki kemudahan di Hospital Melaka atau ditempat -tempat lain.

Tapi itu pandangan saya, sebaliknya kerajaan Melaka lebih sibuk dengan projek-projek mega yang hanya membawa keuntungan dan manafaat kepada pihak tertentu seperti penambakan laut di pantai Klebang, Projek Pulau Melaka yang kini terbengkalai dan projek pengindahan sungai Melaka yang setiap satunya bernilai ratusan juta ringgit daripada melaksanakan projek dan pembangunan yang dapat dinikamati oleh semua rakyat Melaka.

sumber : Angkasanuri

Selasa, 16 September 2008

Ali Rustam Yang Gila Publisiti - Malaysiakini

Ntah jin mana yang merasuk Ali Rustam tidak saya ketahui..Beliau yang sememangnya antara pimpinan kanan UMNO yang tidak cerdik hari ini membidas kenyataan Anwar yang mahu berjumpa dengan Pak Lah. Menurut Ali Rustam, perancangan DSAI untuk berjumpa dengan Pak Lah hanyalah sia-sia.

Pelik saya, kenyataan yang remeh macam ni pun Berita Harian nak keluarkan. Lainlah kalau bercakap soal masyarakat tapi sebaliknya perkara yang dia rasa tidak memberi makna dia nak beritahu. Nampak sangat Ali Rustam ni semakin gila dengan publisiti. Saya tahu, ni semua berkaitan dengan hasrat beliau yang mahu mengekalkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden UMNO. Tapi jangan bimbang Ali, hasrat kamu tidak akan berjaya apatah lagi kamu akan berdepan dengan banyak persaingan untuk perebutan jawatan Naib Presiden.

Cukuplah sepenggal kamu sebagai Naib Presiden, lagi lama kamu memegang jawatan tu, makin menyusahkan UMNO. Kamu bukannya ada 'function' sebaliknya hanya pandai membodek dan membazirkan wang rakyat....Orang macam ni sepatutnya disingkirkan sahaja....tak membawakan hasil langsung kepada pembangunan negara...Baru handle negeri Melaka hutang dah bertimbun-timbun, apatah lagi jika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet...ntah apa yang akan jadi dengan Malaysia ini agaknya....Silap-silap haribulan lagi teruk daripada Pak Lah....Cukup-cukuplah, jangan nak raih publisiti murahan lagi....

Selasa, 9 September 2008

Rupa-rupanya Ali Rustam Pun Tak Tahan Dengan Bau Sampah - Malaysiakini

Selagi saya boleh dedahkan saya akan dedahkan isu - isu yang membabitkan masyarakat di Melaka. Sumber yang diperolehi dari blog Angkasanuri ini sedikit sebanyak dapat membantu para blogger di Melaka untuk terus membongkar sikap sebenar Kerajaan Negeri Melaka yang sebenarnya tidak peka dengan masalah penduduk setempat..Ini baru di area Batu Berendam, insya-Allah kami akan terus membongkar masalah yang membabitkan rakyat...


Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam Dalam lawatannya semalam ke tapak Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Krubong semalam menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk dari tapak berkenaan.

Untuk makluman YAB Datuk, penduduk di taman dan perkampungan berhampiran seperti Taman Merdeka, Taman Datuk Tamby Chik Karim, Taman Angkasanuri dan kampung gangsa dah 12 tahun menghidu bau busuk berkenaan sejak tahun 1996.

Ketua Menteri dalam temuramah dengan pihak TV 9 menyalahkan kelewatan Pihak Kementerian Alam Sekitar sebagai punca kelewatan membina insinerator moden di Sungai Udang bagi menggantikan tapak sedia ada.

Inilah punca apabila pihak kerajaan negeri tidak teliti apabila merancang membina pusat pelupusan sampah di Krubong tahun 1996 dahulu . Pada ketika itu, kawasan di sekitarnya sudah wujud taman perumahan dan kampung tradisional yang hanya kira-kira 1 Kilometer dari tapak berkenaan. Mengapa tetap diluluskan juga ?

Sikap kerajaan negeri yang seolah – olah menyalahkan pihak lain dalam isu ini adalah sesuatu yang amat dikesali. Sepatutnya pihak kerajaan negeri perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang berlaku.

silembiks : ingatkan si Ali Rustam tak kenal bau busuk..bila dah terhidu baru dia tahu..kes dah makan masa lebih dari 10 tahun baru la terhegeh-hegeh nak datang

Isnin, 11 Ogos 2008

Bila Anak Sendiri Di Anak Tirikan..

Sekali sekala pekena Teh O dengan bihun goreng sedap juga. Petang tadi ada seorang rakan mengeluh kerana kilang tempat yang beliau bekerja akan berpindah ke Senai. Mengikut keterangan rakan saya, beliau bekerja di Qimonda Malaysia Sdn.Bhd, Batu Berendam Melaka. Asalnya kilang tersebut merupakan salah satu deparment yang terletak di dalam Kilang Infineon tetapi la ni sudah menjadi kompeni persendirian.

Rakan saya yang pada mulanya tak kisah tetapi la ni dah mula bimbang coz kompeni tersebut memaklumkan akan berpindah ke Senai Johor pada bulan April 2008. Perkara ini bukan sahaja membingungkan beliau bahkan semua pekerja-pekerja di kilang tersebut terutama kepada mereka yang sudah berusia 30an serta sudah mempunyai keluarga serta rumah dan kereta yang sudah dibeli. Aduhai, sedih saya mendengarnya..dalam saat mereka menerima pelbagai 'hadiah' dari kepimpinan Barisan Nasional kini mereka menimpa pula malapetaka yang dibawa oleh majikan mereka. Reason utama saya kurang pasti cuma saya dimaklumkan bahawa pihak majikan untuk berpindah ke Senai ialah menjimatkan kos...

Kompeni nak berpindah memang tak dapat nak dihalang cuma saya memikirkan nasib pekerja yang hampir 2000 orang...bagaimana agaknya nasib mereka yang sudah berkeluarga, mempunyai hutang rumah, kereta dan sebagainya dan bagaimana pula jika mereka tidak mahu ke Senai...Memang benar, kepada mereka yang tidak pergi akan diberikan pampasan yang boleh dikatakan tinggi tetapi sebanyak mana duit pun kalau selalu digunakan pun habis juga..Saya juga dipahamkan ada juga rakan-rakan mereka yang ke Senai tetapi terpaksa hidup berulang alik ke Melaka pasal anak bini mereka masih di Melaka...

Mmmm lebih memelikkan pemikiran saya, takkan
kerajaan Negeri Melaka tak tahu akan masalah ini, apa usaha yang mereka akan lakukan bagi mengatasi masalah bakal-bakal pengangur ini..Untuk pengetahuan mereka semua ini rata-rata sudah berusia antara 30-40 tahun. Tentunya sedikit sebanyak ia memberi kesukaran kepada mereka mendapatkan kerja tambahan faktor usia selalu mengagalkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan.

Harap
kerajaan Negeri Melaka cubalah ambil jalan penyelesaian...yang bakal diberhentikan bukan seorang dua, ramai wooo....lebih seribu lebih bakal hilang pekerjaan..jangan dok sibukkan sangat dengan isu pelancongan kamu tu, bantula rakyat-rakyat jelata yang sememangnya memerlukan bantuan....Melaka tak layak di gelar Negeri Maju 2010 jika masalah sebegini gagal diselesaikan oleh KERAjaan BN Melaka..Mana kamu wahai Ali Rustam ???