Ahad, 14 September 2008

Ali Rustam Pun Dah Tak Sokong Pak Lah - Malaysiakini

Ali Rustam yang selama ini hanya pandai membodek Pak Lah nampaknya sudah mula beralih sokongan kepada Najib Altantuya. Almaklumlah kenyataan beliau selama inipun cuma bertujuan untuk melambung-lambung Pak Lah sahaja, mana ada kenyataan yang lahir dari kepala otak dia sendiri.

Terkini dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2008, Ali Rustam telah menyokong kenyataan Najib berkenaan tarikh peralihan kuasa diputuskan oleh ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi.

Nampak gayanya, politik Ali Rustam hanyalah ber'tuan' manusia semata-mata, bukan untuk memartabatkan perjuangan parti yang selama ini diagung2kan oleh puak-puak UMNO..Ini semua gara-gara takut tak dapat jawatan yang selama ini memberikan kekayaan kepada beliau.....Tambahan pulak dia tau yang Pak Lah dah memang tak lama lagi nak pegang jawatan sebagai PM....maknya kalau dia masih sokong Pak Lah tak ke naya...jatuh Pak Lah, jatuhnya dia sekali...

silembiks : sapa lagi yang nak jadi macam Ali Rustam agaknya selepas ini...

Tiada ulasan: