Jumaat, 19 September 2008

Anwar Bakal Di Tahan ISA ?? - Malaysiakini

Seribu satu kemungkinan akan berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan wujud desakan dan kebimbangan di kalangan pemimpin BN berikutan kenyataan DSAI yang semakin mengancam kuasa dan pengaruh kerajaan BN. Mengulas sidang akhbar dan desakan DSAI semalam, Perdana menyifatkan DSAI sebagai ancaman kepada Negara.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai "satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara".

"Saya tidak akan nyatakan apakah rancangan saya," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap Anwar.

Mungkinkah alasan keselamatan Negara digunakan untuk menahan DSAI di bawah ISA. Apa –apa kemungkinan, sama-sama kita nantikan. Tempoh 24 jam ini semakin mendebarkan.

sumber dari: blog Angkasa Nuri

1 ulasan:

warongtalk berkata...

Percayalah cakap saya hari ini, 19 September, 2008. Tiga bulan setengah dari sekarang, angkatan tentera akan menghadapi masalah. "Senior middle rank" akan rasa tak puas hati, dan ini akan menular ke "lower ranks". Puncanya, Si Lembiks jadi Menteri Pertahanan.