Khamis, 23 Oktober 2008

RM 12 Untuk Banduan, RM 8 Untuk Mangsa Banjir - Malaysiakini

Itulah nilai dan perbezaan serta layanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap OKT ( Orang Kena Tahan ) di lokap-lokap polis yang setaraf banduan dan mangsa banjir di negara ini. Setiap OKT diberi peruntukan RM 12 sehari untuk kemudahan makan minum sepanjang ditahan di lokap. Berbeza mangsa banjir hanya mendapat peruntukan RM 8 sehari kemudahan makan minum sekiranya ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Golongan OKT yang terlibat dengan pelbagai tuduhan, jenayah dan kesalahan mendapat layanan lebih istimewa berbanding mangsa banjir yang mengalami musibah serta kerosakan dan kemusnahan harta benda akibat banjir.

Dalam hal ini, kerajaan wajar mengkaji semula peruntukan yang disediakan untuk mangsa banjir. Mereka yang menjadi mangsa banjir bukan minta disediakan makanan yang enak dan lazat tetapi sekurang-kurangnya mereka disediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai.

Berdasarkan pengalaman sebagai mangsa banjir besar di Melaka pada 26 Disember 2006 lalu menu yang disediakan di pusat pemindahan banjir memang ala kadar sahaja serta makanan yang disediakan adalah agak terhad.

Kerajaan sepatutnya lebih serius dalam menjaga kebajikan dan menyediakan kemudahan dan peruntukan yang mencukupi untuk mangsa banjir daripada membazirkan wang kepada projek kroni dan pembangunan yang tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat. Apa yang lebih membimbangkan terutama di Melaka akhir-akhir ini banjir berlaku tanpa mengira musim

sumber :
Angkasanuri

Tiada ulasan: