Jumaat, 24 Oktober 2008

Ali Rustam Mengharap Agar Di Beri Peluang - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berharap beliau diberi peluang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Mac depan.

Sehubungan itu, beliau yang menerima 13 pencalonan setakat ini menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan berundur.

Ini kerana beliau yakin akan mendapat lebih sokongan dan pencalonan baru apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian bersambung esok di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO itu memerlukan 26 lagi pencalonan daripada 126 UMNO bahagian yang akan bersidang bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

"Saya memang berharap apabila mesyuarat bahagian bersambung esok, saya diberi peluang untuk mencukupkan kuota kelayakan 39 pencalonan,'' katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik.

Mengenai kenyataan sesetengah pihak bahawa beliau kurang berpengalaman dalam pentadbiran, Mohd. Ali menegaskan beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam parti dan kerajaan.

''Walaupun tidak pernah menjadi menteri tetapi saya pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan,'' katanya.

Menurut beliau, jawatan timbalan menteri dalam dua buah kementerian itu pernah disandangnya sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

''Sebagai timbalan menteri dahulu, saya memberi banyak sumbangan kepada Kabinet, kerajaan dan UMNO dan saya harap perwakilan menilai rekod perkhidmatan saya ini,'' katanya.

silembiks : Buang 'karen' je pilih Ali Rustam.....sekali lagi saya menyeru agar jangan sesekali mencalonkan beliau....beliau antara Ketua Menteri yang gagal dari segi aspek pengurusan dalam negeri. Jika dia menang sebagai Timb. Presiden UMNO, parah Malaysia dibuatnya. Sudahlah cakap tak pandai tetapi masih lagi bernafsu besar...

Tiada ulasan: