Memaparkan catatan dengan label skuad bola sepak malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skuad bola sepak malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2009

JATUHNYA IMEJ MALAYSIA DIMATA DUNIA - Malaysiakini

Pasukan Malaysia semakin menunjukkan kemorosotan daripada ranking dari 158 kepada 161. Tahniah untuk FAM dan tahniah juga untuk Khairy dan mungkin dengan kaedah sebegini, populariti beliau makin meningkat dimata perwakilan pemuda UMNO yang akan berhimpun pada bulan hadapan. Kita pastinya tidak lupa kelibat Allahyarham Mohtar Dahari bersama-sama rakannya yang berjaya menaikkan imej bola sepak Malaysia di mata dunia. Pasukan Malaysia pernah 2 kali layak ke Sukan Olimpik dan pernah memenangi pingat gangsa di dalam Sukan Asia. Tetapi itu hanya menjadi kenangan semata-mata dan kini Pasukan Malaysia semakin jatuh merudum etiap kali menyertai kejohanan antarabangsa. Baru-baru ini pasukan yang digelar sebagai Harimau Malaya diaibkan dengan kekalahan 5-0 kepada pasukan UAE.

Punca ranking semakin merosot

Pemecatan Sathianatan selaku jurulatih pasukan Malaysia serta Datuk Chin Aun adalah satu keputusan yang tidak tepat. Sepatutnya jawatnkuasa FAM yang perlu dirombak. Inilah kesannya jika di dalam jawatankuasa FAM diwakili oleh semua badan politik dan bukannya daripada badan sukan bahkan mereka ini tidak pernah mewakili negara diatas mana-mana sukan terutama bola sepak. Sebagai contoh kita rujuk kelab-kelab di EPL, rata rata pengurus kelab dan jurulatih adalah antara yang melibatkan diri di dalam sukan bola sepak. Fenomena inilah yang perlu diubah di dalam struktur organisasi FAM.

Panggillah sehebat mana jurulatih daripada sepelusuk dunia untuk melatih pasukan Malaysia tetapi jika pengurusan FAM tidak dirombak bererti pencapaian Malaysia diarena antarabangsa semakin merosot bahkan cita-cita FAM untuk memastikan pasukan Malaysia bertanding di pusingan akhir kejohanan Piala Dunia pada tahun 2018 pasti berkubur. Jika dilihat sejarah jurulatih di Malaysia bermula tahun 90 an semuanya hebat-hebat belaka. Antaranya Claude Le Roy, Ken Worden, Hatem Sousi, Bertalan Biscki serta bebeberapa jurulatih tempatan yang mempunyai rekod yang cemerlang. Bagi saya antara jurulatih yang dinyatakan Claude Le Roy lah yang paling cemerlang melalui rekod peribadi diarena kejurulatihan Bola Sepak Moden. Lihat sahaja bagaimana beliau pernah membimbing pasukan sehingga ke pusingan akhir piala dunia sehingga mara ke pusingan kedua tetapi di Malaysia dia gagal memberikan hasil yang membanggakan sebaliknya hanya dimalukan oleh pasukan yang baru hendak mengenali dunia bola sepak.

Jangan asyik salah pemain dan jurulatih

FAM harus menyalahkan diri mereka sendiri dan tidak hanya menyalahkan pemain dan jurulatih semata-mata. Untuk itu, langkah yang paling efektif adalah melakukan rombakan dari peringkat presiden sehinggalah ke jawatankuasa. Cuba terapkan satu kaedah yang baru bagi mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Sudah banyak kaedah yang mereka cuba dengan memecat jurulatih dan merombak pemain kini sudah sampai masanya pengurusan FAM pula dirombak. Cubalah strategi ini insya-Allah pasti berjaya. Serahkan kepada mereka yang berhak melaksanakan tanggungjawab di dalam FAM. Bukan kita hendak menidakkan kehadiran orang politik di dalam sukan tetapi jadikanlah mereka pada golongan yang minoriti dalam badan induk terbabit kerana kita akui tanggungjawab orang politik adalah lebih besar kepada rakyat jelata di Malaysia ini..

Khamis, 30 Oktober 2008

Pasukan Bola Sepak Malaysia Pantang Di Puji - Malaysiakini

Baru saya memuji kehebatan pasukan bola sepak negara yang membelasah pasukan Myanmar 4-0 di dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini. Wartawan dari akhbar-akhbar tempatan menghamburkan pelbagai pujian diatas kehebatan pasukan bola sepak negara diatas kemenangan besar dalam 4 perlawanan berturut-turut tanpa bolos. Sehinggakan akhbar kosmo mengeluarkan tajuk 'APA ADA PADA VIETNAM'.

Tapi itu hanya seketika, mimpi ngeri pasukan Malaysia berulang kembali. Hilang rasa bongkak selepas pasukan negara dimalukan oleh pasukan bawah 23 tahun Vietnam dimana Malaysia tewas dengan sepakan penalti 6-5 selepas perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berakhir dengan kedudukan 0-0.

Inilah fenomena yang sentiasa melanda pasukan Malaysia. Entah bila agaknya Pasukan negara mampu mengembalikan reputasi sebagai pasukan terhebat asia. Jepun yang suatu ketika dulu yang agak tenggelam dikancah sukan bola sepak kini sudah menjadi antara pasukan yang digelar sebagai gergasi asia dengan 3 kali penyertaan di dalam perlawanan Piala Dunia.

Bagi saya, sokongan terhadap pasukan bola sepak negara tidak pernak pudar, cuma diharapkan agar pemain bermain dengan bersungguh-sungguh seperti pemain era 70-80an. Selain itu FAM perlulah mengkaji dengan lebih terperinci bagi membangunkan dan memperbaiki mutu bola sepak negara, serta menjadikan semula pasukan negara sebagai pasukan yang digeruni...

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tahniah Untuk Skuad Bola Sepak Malaysia - Malaysiakini

Tahniah saya ucapkan kepada skuad Bola Sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir kejuaraan bola sepak Pestabola Merdeka selepas membelasah Myanmar 4-0 malam tadi.

Bagi saya, walaupun kejohanan Pestabola Merdeka banyak mendapat reaksi -ve tetapi sebagai rakyat Malaysia saya tetap menyokong. Cuma saya rasa terkilan kerana kejohanan kali ini hanya menampilkan pasukan-pasukan kerdil dan tidak seperti kejohanan sebelum ini. Vietnam yang dikatakan bakal mencabar kewibawaan skuad Negara cuma menghantar pemain bawah 23 tahun. Bagi saya, kejohanan Pestabola Merdeka yang merupakan kejohanan terulung di Malaysia semakin hilang magisnya.

Jika dahulu kita dapat saksikan bintang2 dari Korea Selatan, Iraq, Arab Saudi serta jaguh terkuat dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Singapura di dalam kejohanan ini tetapi kini tidak lagi. Bagi saya FAM perlu pandang serius akan masalah ini. Jika hanya sekadar menjemput pasukan yang lemah datang bertanding bagi tujuan memperbaiki ranking dunia skuad bola sepak negara adalah satu kerja yang sia-sia kerana ia masih belum membuktikan yang skuad Bola sepak negara berada diatas landasan yang terbaik untuk bertanding diperingkat antarabangsa. Selain itu juga, penyertaan kejohanan di laur negara perlu dilaksanakan dengan kerap bagi membiasakan pemain Malaysia bermain ditempat lawan. Saya tidak mahu Skuad Malaysia hanya layak digelar jaguh kampung.

Untuk itu, saya mengharapkan pada kejohanan akan datang pihak FAM dapat menjemput pasukan lawan yang lebih berkaliber bagi memberikan persaingan yang lebih menarik di dalam kejohanan pestabola merdeka. Semoga usaha mereka untuk membangunkan mutu bola sepak negara dan menjadikan Malaysia sebagai pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu membuahkan hasil...