Memaparkan catatan dengan label shah rukh khan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shah rukh khan. Papar semua catatan

Rabu, 22 Oktober 2008

Kerajaan Negeri Melaka tetap Berdegil - Malaysiakini

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak, Ali Rustam tetap dengan pendirian bahawa kerajaan Melaka akan tetap memberi gelaran Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Katanya, kerajaan Melaka serius dengan penganugerahan itu sebagai satu pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Melaka secara percuma melalui filem lakonannya bertajuk One 2 Ka 4 yang difilemkan di A'Famosa, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Beliau (Shah Rukh Khan) pun dah setuju, satu dunia pun sudah tahu, jadi kalau ditarik balik tak elok bagi kerajaan negeri dan bagi Shah Rukh Khan, macam kita tak fikir dulu sebelum beri, dah beri kemudian tarik balik, tak elok, buruk siku.

Shah Rukh Khan dikatakan telah bersetuju untuk datang ke Melaka pada bulan depan untuk menerima gelaran tersebut walaupun sebelum ini artis yang banyak berjasa kepada Melaka ini dikatakan turut terkejut dengan anugerah yang bakal diterima.Hal ini kerana walaupun lebih banyak menjadikan negara sendiri dan negara lain terutamanya di Eropah sebagai lokasi penggambaran filem beliau namun jasa dan sumbangan beliau mempromosi dan mengharumkan negara sendiri dan negara lain tidak mendapat pengiktirafan seperti yang diberi oleh kerajaan Melaka.

Maka selepas in pasti Shah Rukh Khan dan pengeluar filem Bollywood yang lain akan berpusu-pusu datang ke Melaka untuk membuat penggambaran filem untuk mendapat lebih banyak anugerah dan darjah dari kerajaan Melaka.

Selepas ini kita akan dapat menyaksikan dominasi filem dan drama Indonesia yang selama ini menguasai stesen TV tempatan akan dikuasai dan diambil alih oleh filem dan drama Bollywood pula kerana banyaknya penggambaran filem Bollywood di negara ini khususnya di Melaka.

Tak sabar rasanya nak menonton Shah Rukh Khan dan pelakon Bollywood lain selepas ini akan menari terkinja-kinja di Pulau Melaka atau di dalam Melaka Digital Mall, berguling-guling menyanyi di atas Bukit Cina dan berpusing-pusing di dalam 'Eye On Malaysia'di Bandar Hilir. Secara tak langsung seluruh dunia tahu betapa banyaknya projek gajah putih di Melaka.

sumber :
Angkasanuri

Selasa, 21 Oktober 2008

Sekali Lagi Ali Rustam Kena Tembak - Malaysiakini

PENGURNIAAN Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima kritikan pedas daripada Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang menganggapnya sesuatu yang memalukan negara.

Beliau berkata, rakyat tidak melihat sebarang jasa yang disumbangkan Raja Bollywood itu sehingga layak dikurniakan anugerah sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

"Apa jasa yang sudah Shah Rukh Khan sumbangkan kepada negara sehingga beliau layak dianugerahkan gelaran Datuk. Ini sangat memalukan.

"Saya syorkan anugerah bintang ditarik balik kerana tiada jasa yang beliau sumbangkan. Ramai lagi anak Melaka yang berjasa atau seniman tanah air yang layak diberikan anugerah ini.

"Kalau tidak ditarik balik saya bimbang ada orang yang tidak akan menang sebagai Timbalan Presiden," katanya yang merujuk kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan, ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009.

Shah Rukh Khan yang terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai, dijangka ke Melaka bulan depan untuk menerima gelaran itu. Sebelum ini, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu adalah bagi menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkem-bangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

Selain itu, Abdul Ghapur mengkritik saluran TV1 yang tidak menyiarkan kritikan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan dalam pembahasan Dewan Rakyat.

Abdul Ghapur turut membidas Pemuda MIC yang menggunakan pentas wawancara di saluran Astro, Awani untuk mengkritik kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan ketelusan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam melakukan tugasnya membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Sebagai contoh, katanya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan, pernah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kerajaan tidak menahan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, atas kesalahan rasuah.

Selasa, 14 Oktober 2008

Lagi-Lagi Kisah Shah Rukh Khan !!! - Malaysiakini

Kesian kat seniman di tanahair..elokla tu, pasni kamu semua pakat-pakat buat piket kat depan rumah Ali Rustam pulak....

KUALA LUMPUR: Penganugerahan darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan sempena hari jadi ke-70 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabtu lalu, dibantah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, yang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, semalam berkata ramai penggiat seni termasuk pelakon menyuarakan rasa tidak senang dan mempersoalkan jasa aktor itu sehingga layak diberi anugerah yang membawa gelaran Datuk.

Mustapha berkata, tindakan kerajaan Melaka itu seperti membelakangkan jasa artis tempatan yang banyak berkorban menaikkan nama persada filem tanah air, apatah lagi sumbangan artis veteran sering kali dilupakan.

Menurutnya, beliau menerima banyak panggilan telefon dan SMS daripada penggiat seni yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


“Ini suara penggiat seni yang bukan sahaja terhina, tetapi tertanya apa jasa pelakon itu kepada negara kita sehingga layak menerima anugerah itu. Jika diikutkan, tanggungjawab kami juga sentiasa berusaha mempromosikan negara sendiri ke peringkat antarabangsa.

“Malah masih ramai artis tempatan kita yang berjasa pada negara dan mereka terus berjuang untuk kemajuan perfileman tanah air.

“Persoalannya, apakah anugerah ini diberi secara sukarela, sesuka hati atau disanjung dengan baik atas jasa mereka kepada negara ini. Seharusnya penilaian dibuat dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui penganugerahan itu hak kerajaan negeri dan tiada hak untuk menggesa ia ditarik balik.

“Apa yang kami turut kesalkan ialah tindakan pelakon itu tidak hadir ketika majlis penganugerahan yang dianggap satu penghinaan.

“Kami bukan kumpulan mendesak kerajaan negeri, tetapi tanggungjawab bersama untuk bersuara mengenai perkara ini,” katanya.

Hadir sama bagi menyokong pendirian Seniman itu, antaranya Timbalan Presiden Seniman, Ahmad Idham Ahmad Nadzri; Datuk Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan, Jalil Hamid, Zulkifli Zain, Normala Omar, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Harun Salim Bachik, Anne Abdullah, Rahim Jalani dan Dilla Ahmad.

Seniman juga menghantar surat bantahan pada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkaitan isu itu.

Shah Rukh Khan, 43, adalah antara 77 penerima anugerah DMSM yang menjadi anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Nama Shah Rukh Khan sebagai penerima anugerah dikatakan dicadangkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilaporkan berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi Melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat di seluruh dunia.

Ali Rustam Dan Shah Rukh Khan - Malaysiakini


Kecoh satu Malaysia bila Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui oleh Ali Rustam menganugerahkan pangkat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh Khan pada Hari Sabtu lepas. Nampaknya populariti Ali Rustam selepas ini pasti meningkat dan sudah tentu ia menjadikan satu tiket kepada beliau untuk menambahkan undi dari UMNO Bahagian agar terus menerus mencalonkan beliau untuk merebut jawatan Timb. Presiden UMNO.

Saya berusaha juga mendapatkan maklum balas Ali Rustam berkenaan dengan penganugerahan pangkat tersebut dan komen beliau boleh dirujuk pada akhbar Sinar Harian edisi Melaka/N9 yang bertarikh 12 Oktober 2008. Menurut Ali Rustam, beliau mahukan Melaka menjadi lokasi perfileman antarabangsa yang dipelopori oleh pelakon luar pada masa akan datang serta juga mempromosikan Melaka sebagai salah satu Bandaraya Warisan Dunia dan juga pusat pelancongan terkenal.

Shah Rukh Khan (SRK) menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Khalil Yaakob. Tun Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan yang mencadangkan namanya dan akan menguruskan kedatangan pelakon itu pada bulan depan. Dia dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka, bintang tertinggi keempat pula. Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jika berjaya SRK akan mengambil peluang merakamkan filem terbarunya di sini. Oooo!

Demikianlah hebatnya negeri Melaka Bersejarah. Beberapa tahun lalu, heboh berita ‘Datuk RM20,000.00’ di Melaka. Ada yang baru berumur 30-an telah bergelar Datuk. Entah apa sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanah air, kita pun tidak tahu. Kali ini, pelakon kontroversi itu pula yang mendapat tempat.

Lagi best jika baca ulasan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berkenaan dengan isu ini. Tapi bagi saya, pangkat Datuk yang diberikan diterima oleh SRK tidak membawa apa-apa makna jika Ali Rustam sendiripun SRK tak kenal....apa lah lu Ali......