Memaparkan catatan dengan label wanita UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita UMNO. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2009

WANITA UMNO : PEMIMPIN TIDAK BERMORAL MASIH LAGI DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN


Dalam UMNO ada bermacam-macam kaki. Ada kaki rasuah, kaki perempuan, kaki minum, kaki projek, dan macam-macam lagilah. Terkini berita barisan Exco di dalam wanita UMNO. Wajarlah saya menyatakan bahawa orang UMNO rata-rata memang tidak bermoral. Lihat sahajalah barisan Exco Wanita UMNO yang dilantik semalam. Manusia yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung isu gambarnya dengan bekas Ahli Parlimen Gombak yang tersebar di dalam internet masih lagi menjadi pilihan para perwakilan dari UMNO.

Macam manalah UMNO hendak meraih sokongan masyarakat sedangkan pemimpin yang mereka lantik adalah dari kalangan yang tidak bermoral. Bahkan bukan setakat itu sahaja, beliau masih lagi diangkat sebagai senator walaupun terbukti yang beliau seorang yang tidak bermoral.Peliknya saya lihat UMNO, mereka bercakap dikhalayak ramai sifat2 perjuangan dalam menegakkan bangsa, agama dan negara tetapi sebaliknya mereka sendiri yang menjahankannya. Jadi memang patutlah UMNO diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang karam dan menanti masa untuk tenggelam.....Bak kata Sofi Wahab pula didalam blognya, "terbukti bahawa pimpinan dan ahli Umno sudah buta dan tidak nampak apa itu rasuah, maksiat, maruah dan harga diri."

Jumaat, 21 November 2008

Inilah Rafidah Aziz, Cakapnya Memang Tidak Boleh Dipercayai - Malaysiakini

Jika benar Rafidah masih mahu mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita janganlah menggunakan pelan peralihan kuasa sebagai alasan. Sejak bila Rafidah yang sebelum ini digelar sebagai 'Wanita Besi' kini telah berubah menjadi 'Wanita pengecut' ??. Jadi sudah terbukti yang Rafidah memang sudah memasang niat dari awal untuk mengekalkan kerusi panas Wanita UMNO.

Saya mengambil sedikit ayat yang diungkap oleh Rafidah dan saya rasa semua sedia maklum serta jelas akan maksud sebenar Rafidah. Sila baca dibawah :-

'Jika "dipercepatkan" kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat, dengan Shahrizat menang tanpa bertanding. '

'Ini menidakkan hak dan kemahuan 117 bahagian yang telah mencalonkan saya untuk pegang jawatan hingga Jun 2009.'

Nampaknya sudah jelas yang semua ini adalah agenda Rafidah. Jadi saya rasa semua pembaca faham bukan politik yang dimainkan oleh Rafidah. Bagi saya ini merupakan kejayaan pertama Rafidah cuma saya merasakan beliau dalam proses mengatur strategi bagaimana hendak menewaskan Shahrizat yang kini sudah memperolehi sokongan yang lebih ramai berbanding beliau. Tempoh masa 4 bulan dari sekarang macam-macam boleh berlaku dan saya ramalkan yang Rafidah berjaya menewaskan Shahrizat dan Shahrizat bakal menerima nasib sepertimana yang timpa oleh Zaharah Sulaiman sebelum ini..Tak percaya ker ?? lu tengoklah sendiri...tetapi kena ingat, realitinya inilah politik jika anda berada dalam UMNO...

Khamis, 20 November 2008

Beranikah Shahrizat ?? - Malaysiakini

Berani atau tidak kita nantikan bersama keputusan Shahrizat hari ini ( Khamis - 20 Nov 2008 ). Kita lihat sejauh mana keberanian Shahrizat, adakah beliau akan menjadi seperti si Jebat di dalam cerita Laksmana Hang Tuah atau sebaliknya. Jika menurut akhbar portal Malaysiakini, Shahrizat berkemungkinan akan mengumumkan yang beliau bersedia bertanding menentang Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita UMNO. Tambahan pula beberapa bahagian dan negeri yang sebelum ini mencalonkan Rafidah sudah berpaling tadah dan kini memihak kepada Shahrizat.

Jadi atas faktor inilah yang menyebabkan Shahrizat berani bersuara. Syabas Shahrizat diatas keberanian anda walaupun berkemungkinan anda bakal kehilangan kuasa, tetapi keberanian yang sebeginilah yang dicari. Alangkah bagusnya jika keberanian ini diterapkan di dalam perjuangan Islam. Tentu Shahrizat boleh dipanggil sebagai srikandi Islam...

p/s : Saya dah macam wanita UMNO pulak, asyik citer pasal depa jer..he he he

Rabu, 19 November 2008

Rafidah Mula Dilanda Tekanan - Malaysiakini

Isu Wanita UMNO semakin meruncing dimana Pak Lah terpaksa hadir untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Untuk pusingan seterusnya saya dapat lihat giliran Rafidah menerima tekanan.

Rafidah yang bertegas dengan pelan peralihan kuasanya pada jun 2009 dinasihatkan oleh Wanita UMNO Sabah agar mencontohi Pak Lah yang sanggup mempercepatkan peralihan kuasanya dari tahun 2010 kepada Mac 2009.

Tekanan kepada Rafidah yang kononnya digelar 'wanita besi' (bagi saya ia sudahpun berkarat) semakin berganda ekoran Wanita UMNO Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pelan peralihan kuasa yang dicanang Rafidah.

Pendekkan cerita, hampir semua negeri sudah muak dengan karenah Rafidah yang sengaja melambatkan pelan peralihan kuasa. mereka semua sudah sedar bahawa akibat pelan peralihan kuasa inilah mengakibatkan pergerakan Wanita UMNO semakin bergolak. Justeru itu, saya merasakan agar elok sahajalah Rafidah ini mengundurkan diri dari pergerakan Wanita UMNO. Cukuplah dengan kerja bodoh yang beliau lakukan selama ini. Sepatutnya dah saat-saat hendak mengundurkan diri biarlah diri tu dikenang bukannya dihina dan dicerca oleh pelbagai pihak..itupun tak bole pikir ker ???

Selasa, 18 November 2008

Wanita UMNO Yang Semakin Retak - Malaysiakini


Masalah dalaman pergerakan Wanita UMNO Malaysia boleh saya katakan umpama retak menanti belah. Rata-rata penyokong setia UMNO pasti marah apabila membaca kenyataan ini. Najib awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan 'mak-mak datin'.

Di dalam artikel yang lepas saya ada mengatakan bahawa mesti ada sesuatu perkara yang Rafidah sembunyikan bahkan semasa sidang media pun masing2 sendiri dapat menilai tatkala melihat wajah shahrizat yang begitu kelat bahkan senyumannya juga jelas dibuat-buat.

Isu peralihan kuasa di dalam wanita UMNO dari kaca mata saya mengambarkan bahawa detik berakhirnya karier politik salah seorang daripada mereka bertiga. Tapi dalam isu ini saya dapat lihat tekanan lebih kepada Shahrizat dimana Rafidah tetap dengan keputusannya bahkan isu ini sudah diputuskan didalam mesyuarat walaupun beberapa negeri membantah selepas itu. Kamilia juga tetap mempertahankan sokongan daripada UMNO Wanita Bahagian yang telah memberikan undi sehinggakan beliau berjaya melepasi kuota untuk merebut jawatan Naib Ketua. Persoalannya, andaikata Wanita UMNO bersetuju dengan pelan peralihan tersebut maka pemangku ketuanya sudah tentu Shahrizat tetapi siapa pula naibnya dan bagaimana pula nasib kamilia. Takkan ke melopong beliau nanti jika yang naik sebagai Naib ketua nanti orang lain....

Bagi saya, wanita UMNO ini tak ubah seperti mesin yang hanya tunggu suis di'ON'kan. Jika mereka semua sudah sedia maklum bahawa peralihan kuasa akan dilakukan pada bulan Jun 2009, kenapa masih lagi mahu dipertandingkan jawatan Ketua dan Naib Ketua. Bukankah itu 'menjerat diri' namanya.

Inilah permainan politik wanita UMNO..Setiap kali pemilihan pastinya bangkit pelbagai isu....Saya suka dengan pendekatan yang diambil oleh Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Sadique dimana beliau mencadangkan agar ketiga-tiga makcik ini bersemuka untuk menyelesaikan kemelut yang semakin rumit...

p/s : ada 3 kemungkinan yang saya boleh nyatakan disini :-

a. Rafidah - merancang melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia pada bulan Jun 2009. Pemilihan UMNO pula pada Mac 2009. Najib diangkat jadi presiden dan juga bakal PM. Beliau akan membentuk kabinet terbaru Malaysia selepas itu dan jika Rafidah masih lagi menjadi Ketua Wanita kemungkinan satu jawatan dari menteri kabinet kemungkinan menjadi milik beliau tambahan beliau masih lagi sebagai salah seorang MP. Mungkin ini salah satu impian yang Rafidah mahukan sebelum beliau mengundurkan diri dari arena politik tanah air.

b. Shahrizat - The Giant Killer yang tewas kepada Puteri Reformasi pada PRU 12. Kekalahan yang tidak disangka mengakibatkan populariti beliau semakin jatuh. Umumnya semua mengetahui bahawa Shahrizat layak untuk merebut jawatan Ketua dan Naib Ketua wanita. Tetapi ketegasan Rafidah dengan pelan peralihan kuasanya pada Jun 2009 dan Kamilia yang tetap ingin bertanding mengakibatkan Shahrizat semakin kesempitan. Silap-silap haribulan dia menjadi mangsa politik wanita UMNO


c. Kamilia - Berjaya melepasi kelayakan bertanding untuk merebut jawatan Naib Ketua. Bertegas hendak bertanding jawatan Naib dan tidak setuju dengan pelan peralihan kuasa yang dicanang Rafidah kerana ia mendatangkan masalah. Ketegasan inilah mengakibatkan Shahrizat kian tersepit...seperkara lagi, jika shahrizat dipilih sebagai pemangku Ketua Wanita jadi jawatan pemangku Naib Ketua pula milik siapa, adakah milik Kamilia ?? Itupun jika ada rezeki, jika tidak beliau juga bakal menjadi mangsa pelan peralihan kuasa Jun 2009 yang dicadang oleh Rafidah..

Sabtu, 25 Oktober 2008

Rendahnya Tahap Pemikiran Wanita UMNO di Melaka - Malaysiakini

Saya merujuk kepada usul yang diputuskan oleh mesyuarat agong wanita Umno Bahagian Jasin pada 18 / 10 / 08 tempoh hari, iaitu mendesak kerajaan agar meneruskan sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan hujjah bahawa pihak kerajaan telah banyak menghabiskan wang sejak tahun 2003 ke arah tersebut.

Apa yang saya lihat bahawa wanita Umno Jasin tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum dibahas dan diputuskan usul tersebut. Dasar ini sebenarnya telah mendapat tentangan oleh seluruh pakar akedemik dan cendikiawan melayu hatta Umno negeri Johor pada tahun lepas telah mengadakan satu konvensyen tentang perkara ini dan membuat resolusi mendesak kerajaan agar mengkaji semula sistem pendidikan tersebut. Persoalannya sekarang bukan persoalan duit tetapi persoalan hala tuju dan kedudukan bahasa melayu yang makin terhakis.

Wanita Umno Jasin tidak melihat sejarah tokoh - tokoh sarjana melayu yang berjuang memertabatkn bahasa ibunda. Laporan Razak 1965 dibuat untuk pertahankan bahasa melayu setelah penjajah meyisirkannya. Kemudian diwujudkan Laporan Penyemak Rahman Talib tahun 1960 untuk memperkukuhkan lagi. Tahun 1961 kerajaan bentuk akta pelajaran dan kemuncaknya 1970 lahirlah UKM yang menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama.

Pada tahun lalu juga lebih 200 NGO melayu berseminar di Johor mendesak kerajaan kembalikan sistem pembelajaran mate dan sain dalam bahasa melayu. Justeru usul yang dibawa oleh wanita Umno Jasin ini amat mengecewakan orang - orang melayu khususnya para guru terbabit yang agak tertekan dengan sistem tersebut.

sumber : Ustaz Kamarudin Sidek