Selasa, 21 Oktober 2008

Banyak Sangat Rasuah Dalam UMNO - Malaysiakini

Sudah dicakap, UMNO dengan rasuah memang tak dapat dipisahkan. Tapi yang menghairankan masih ramai lagi kaum Melayu menyayangi parti UMNO yang kononnya menjadi tunjang pembela kaum Melayu. Entah bila kaum Melayu akan berubah tidak dapat dipastikan....Yang pasti insya-Allah rasuah akan dibanteras atau dapat dikurangkan jika hukum hudud dilaksanakan...Insya-Allah

Kepada rakan-rakan UMNO, cubalah berfikir secara rasional, dah macam2 parti kamu lakukan kepada kamu tapi kamu masih tetap menyokong mereka..cubalah sekali sekala try pilih Pakatan Rakyat time PRU nanti...lihat pula macam mana mereka memerintah...

PEMILIHAN PUTERI JERLUN DIDAKWA DICEMARI RASUAH

AIR HITAM: Bekas Ketua Puteri Umno bahagian Jerlun, Afiza Ahmad mendakwa pemilihan jawatan sayap itu, Khamis lalu, tercemar berikutan berlakunya politik wang untuk membeli undi perwakilan.

Afiza yang melepaskan jawatan itu berikutan melepasi had umur, berkata beliau mendapat maklumat dan bukti daripada beberapa perwakilan yang mendakwa mereka disogok pihak tertentu sebelum mesyuarat pada malam Jumaat lalu yang diadakan di Wisma Jerlun dekat sini.

"Ramai perwakilan mendakwa diberi sogokan antara RM20 dan RM150 mengikut jawatan yang disandang masing-masing di peringkat cawangan supaya memilih calon tertentu pada pemilihan Puteri bahagian.

"Berikutan itu, saya menulis surat melaporkan gejala itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno di ibu pejabat parti supaya kes disiasat," katanya di sini, semalam.

Pada mesyuarat itu, Yusmawati Yaakob menang dengan mendapat 48 undi mengalahkan Sariyanti Suhaini yang mendapat 41 undi.

Beberapa perwakilan Puteri bahagian itu turut membuat laporan di Balai Polis Air Hitam berhubung sogokan berkenaan.

Afiza berkata, walaupun beliau bukan lagi ahli Puteri tetapi bertanggungjawab untuk melaporkan gejala negatif kepada pihak atasan bagi mengelak politik wang berleluasa dan menjejaskan integriti parti politik orang Melayu terbesar itu.

“Laporan itu dibuat bagi menegakkan kebenaran dan mengelak gejala berkenaan menular kepada kepada generasi akan datang yang bakal mengambil alih kepimpinan negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ahli Puteri Umno Jerlun 16 Oktober lalu.

Tiada ulasan: