Memaparkan catatan dengan label Naib Presiden UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Naib Presiden UMNO. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2008

Dah Tahu Tak Layak Tapi Ali Rustam Enggan Berganjak - Malaysiakini

Menurut Utusan Malaysia yang bertarikh 20 Oktober 2008, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada pendirian untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden biarpun ada pihak memintanya menarik diri.

Beliau berkata, desas-desus itu tidak dapat mempengaruhinya. Mohd. Ali yakin memperoleh cukup pencalonan apabila berakhirnya pemilihan peringkat bahagian 9 November ini.

Beliau turut menjanjikan melalui kerjasama bersama Najib, gandingan mereka mampu menguatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sendiri bagi mengembalikan keyakinan rakyat menyokong penuh parti tersebut.

..........................................

Hebatnya Ali Rustam dalam politiknya, tapi itu hanya mimpi indah beliau untuk seketika waktu dan 9 November menjadi penentu untuk karier politik Ali Rustam. Sejak semalam beliau baru sahaja mendapat 13 pencalonan jauh lagi untuk mencapai angka 39.

Bagi saya, ia adalah satu perkara yang mustahil bagi Ali untuk bertanding dan seterusnya merebut jawatan Timbalan Presiden. Lihat sahaja apa yang berlaku di Melaka, masalah banjir yang tidak pernah selesai bahkan rakyat negeri hang Tuah semakin menderita. Jika negeri sendiri tak mampu dia nak selesaikan masalah bagaimana beliau hendak selesaikan masalah yang berlaku dalam UMNO dan Malaysia. Perlu diingat untuk rakan-rakan semua, jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia biasanya akan menjadi milik Timb.Presiden UMNO. Jadi fikir-fikirla, jangan bila Malaysia dah jahanam kemudian kelak baru kalian semua nak sedar...silap2 haribulan UMNO semakin hancur jika beliau memegang jawatan ke 2 tertinggi dalam Malaysia....

Jumaat, 10 Oktober 2008

Confirm Ali Rustam Mahu Jadi TPM - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan adalah muktamad.

Menurutnya, beliau ada mendengar terdapat beberapa lagi calon yang akan bersaing ke jawatan nombor dua itu namun berharap pertandingan tidak menjejaskan tali persahabatan yang sedia terjalin.

Mmmmmm nampaknya UMNO pada peringkat bahagian kena fikirkan betul2 tindakan Ali ini. Ini Soal masa depan negara, biasanya Timb. Presiden UMNO akan diangkat sebagai TPM. Jadi jika beliau menang maka Malaysia pasti mengalami kehancuran. Kehancuran yang lebih dahsyat semasa pemerintahan Pak Lah.

Beliau juga antara pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan tak ubah seperti lalang..Sebelum ini beliau menjadi penyokong kuat Pak lah dan sekarang disebabkan ada kepentingan individu dalam politik maka beliau cuba menjadi penyokong kuat Najib...Orang seperti ini tak layak berada di dalam tampuk pemerintahan negara...

Lihat sahajalah
hutang Kerajaan Negeri Melaka yang semakin bertimbun..Jika Melaka negeri yang terkecil pun gagal dibeliau tadbir, apatah lagi untuk mentadbir Malaysia..Silap2 haribulan harga minyak lagi naik berganda dari yang ada sekarang...Maka dengan ingin ini saya sebulat suara menyarankan agar janganlah undi Ali Rustam sebagai calon Timb. Presiden UMNO....

Selasa, 7 Oktober 2008

Rendahnya Taraf Jawatan Naib Presiden UMNO - Malaysiakini

Tak sangka saya sampai macam tu sekali rendahnya taraf jawatan no.3 dalam parti UMNO iaitu Naib Presiden. Apa taknya, Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Tidak dapat saya teka samada ianya hanyalah sekadar gimik politik atau sebaliknya. Tetapi bagi pandangan saya bahawa yang pemimpin UMNO peringkat akar umbi kini sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka, tidak kira baik dari peringkat MT mahupun pemimpin tertinggi.

Yang pasti, Jawatan Naib Presiden UMNO dari kacamata saya adalah begitu rendah tarafnya dan boleh dianggap sama sahaja dengan jawatan JKK di kampung...

Jumaat, 26 September 2008

Isu ISA : Kenyataan Adun Sungai Rambai Tidak Beradab - Malaysiakini

Semabok : Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh kesal dengan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B (GB4B), Hassan Abdul Rahman yang menyatakan hukum akhirat tiada kaitan dengan ISA.

"Mana dia belajar perkara ini, itulah orang suruh mengaji tak mahu mengaji tetapi nak bercakap juga soal hukum Islam, jadi orang tahu kita tidak faham tentang Islam".

"Islam adalah ajaran yang universal, syumul dan sesuai sepanjang masa, zaman dan keadaan, ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara seperti sunat membuang duri di tepi jalan sehinggalah kepada mentadbir negara dan dunia semuanya Islam ajar, jangan kita sempitkan Islam" ujar Khirul.

Menurutnya di dalam undang-undang Islam orang yang dituduh bersalah tidak akan dihukumkan sebagai bersalah selagi ia belum dibuktikan bersalah di dalam mahkamah terbuka dan si tertuduh dibenar membela diri. ISA berlawanan dengan Islam kerana si tertuduh terus dihukum tanpa dibicarakan dan tidak diberi peluang membela diri.

Maka jelas ianya bertentangan dengan Islam, perkara ini memang diketahui oleh sesiapa sahaja yang faham Islam.

"Saya kesal dengan kenyataan Hassan yang juga merupakan ADUN Sungai Rambai, sepatutnya beliau berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai tentang hukum dan perundangan Islam".

"Sebagai wakil rakyat kenyataan beliau mungkin dituruti oleh rakyat, jadi kalau dia tidak faham benar akan undang-undang Islam tidak perlulah beliau menyentuhnya kerana nanti ia akan menyesatkan orang lain" kata Khirul dengan kesal.

Khirul merujuk kepada laporan Sinar Hairan hari ini yang menyiarkan kenyataan Hasan yang menyatakan bahawa hukum akhirat jangan kita sentuh kerana ia tiada kaitan dengan ISA dan ia juga tiada kaitan langsung dengan rimba.

Hassan berkata demikian ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka yang membidas Hassan kerana menyokong penerusan undang-undang ISA terus digunapakai di Malaysia. Kenyataan Hassan ini disiarkan Sinar Harian Selasa lalu.

Khirul juga membidas Hassan kerana tidak faham perumpamaan yang digunakan Zaili tentang kaitan Akta ISA dengan hukum rimba.

"Zaili menyamakan atau membuat perbandingan bahawa Undang-undang ISA adalah sama dengan undang-undang rimba di mana hukuman dijatuhkan tanpa bicara, sesiapa yang bersalah terus dihukum tanpa usul periksa dan dibuktikan di mahkamah".

"Sepatutnya seorang wakil rakyat faham akan perbandingan dan perumpamaan seperti ini, tidak perlu orang lain menerangkan kepadanya" tegas Khirul.

Selain itu Khirul turut kesal dengan sikap pemimpin melayu Umno yang terus menyokong undang-undang zalim ISA ini diteruskan sedangkan rata-rata pemimpin MCA dan Gerakan sepakat mahukan ISA dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dikaji semula.

Hari ini Sinar Hairan melaporkan bahawa Naib Presiden MCA, Datuk Dr Fong Chan Onn mencadangkan kerajaan memansuhkan ISA atau sekurang-kurangnya mengkaji semula pelaksanaan ini. Perkara ini turut diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan lain.

Menurut Khirul juga rakyat Malaysia juga majoritinya tidak menyokong ISA. Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

sumber :
Mutaligat

Rabu, 6 Ogos 2008

Ali Rustam Yang Serba Tak Cerdik...

Alkisah kali ini menceritakan perihal Si Ali Rustam yang juga Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Menteri Melaka. Rata-rata rakyat jelata memang mengetahui bahawasanya si Ali ni bukannya seorang yang cerdik pandai dalam politik, beliau hanya tahu membodek demi kepentingan politik beliau daripada turun padang untuk membantu rakyat jelata khususnya rakyat Melaka yang sememangnya sentiasa dahagakan keprihatinan seorang pemimpin.

Malangnya, si Ali yang dipilih oleh rakyat (PRU 12 pun menang tipu) memang tak boleh dipakai bak kata orang kampung, perabihkan beras sajer...tapi kena ingat, sapa yang ramai pangkah si Ali kalau bukan pengundi Melayu di Dun Bukit Baru. Kaum lain dah lama 'sepak' si Ali ini. Cuma dia jer tak sedar diri lagi...

Saya tak mahu nak cerita perihal si Ali ni cuma rasa sedih membaca kenyataan beliau di dalam BHS dimana artikel tu juga bole dibaca di dalam web
KLPOS. Alahai Ketua menteriku, jikalah mahu menjilat Pak Lah jangan la sampai lagu tu. Mungkin Si Ali belum pernah menerima kekalahan besar seperti yang berlaku di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan juga Kelantan jadi dia boleh berkata sebegitu serta mungkin juga yang beliau ini sememangnya buta politik dan politik beliau hanya berbentuk individu bukannya untuk memperjuangkan agama dan bangsa. Maka apa yang diucapkan semua ntah hapa2 ntah ...

Alahai Ali Rustam, adakala lebih baik kamu pergi melawat permatang pauh dan lihat situasinya,
jangan dok perabih duit rakyat untuk makan angin di luar negara..kaji situasi kat sana dan jangan dok hentam samborono jer....kenyataan kau sentiasa dinilai oleh rakyat...saya tak maula kalau Melaka di cop oleh rakyat luar dari Negeri Melaka mempunyai pemimpin yang mempunyai taraf kepimpinan yang begitu rendah...(macam manala si mamat ni boleh menang Naib Presiden UMNO )..?? Perlu diingat yang negeri dibawah pentadbiran kamu ni penuh dengan hutang piutang..apa lagi, bila mau kasi setel..jangan dok ingat menari Poco-Poco jer...sendiri mau ingat la......