Memaparkan catatan dengan label kebebasan Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebebasan Media. Papar semua catatan

Ahad, 14 November 2010

BODOHNYA KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH


Bahasa aku sempoi jer....macam mana mamat ni boleh jadi ketua pemuda GERAKAN Negeri kedah..Aku rasa dia ni memang buta dan pekak. Dalam hal ni yang aku nampak xmesra media adalah UMNO dan BN sendiri. Mereka sendiri yang mengenakan sekatan media kepada PR terutama kepada negeri2 yang diperintah oleh PR. Segala berita yang sahih di'kona'kan ke tempat lain.

Pandangan aku berkenaan isu sekatan media yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada beberapa media adalah wajar, jika diberikan peluang sama juga coz berita yang dilaporkan lebih banyak berkisar kepada isu2 yang negatif.

seperti isu Ustaz Azizan baru - baru ini, mangkuk2 yang memberikan komen semua mangkuk2 dari UMNO sendiri. Xde sorang pun dari pimpinan PR berpeluang diberikan komen. Kata negara demokrasi.Aku rasa Ketua Pemuda GERAKAN negeri Kedah,Tan Keng Liang ada jawapannya.

Isnin, 23 November 2009

AKHBAR KERAJAAN SEMAKIN HILANG MAGIS

Akibat kehilangan sokongan dan populariti yang semakin menurun serta jualan akhbar yang merosot memungkinkan akhbar milik kerajaan mencanang cerita yang merapu yang melibatkan pimpinan kanan parti dari Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja berita hari ini, Husam Musa telah membongkar segala fitnah yang ditabur oleh media milik kerajaan dan apa yang saya jangkakan memang menjadi realiti bahawa ini hanyalah propaganda yang sengaja dicetuskan oleh akhbar milik Barisan Najis ekoran cemburunya mereka kepada keutuhan kepimpinan PAS didalam menongkah arus perjuangan.

Jadi kepada media milik Barisan Najis, hentikan sahajalah pembohongan yang kerap dilakukan..rakyat semua sudah cerdik dan tidak sebodoh seperti yang kamu sangka...jika orang kampung mungkin kamu boleh perbodohkan tetapi tidak bagi kami dari golongan muda yang bakal menjadi inspirasi untuk menjatuhkan temboh BN yang sudah semakin rapuh...lu tunggula beb pada PRU 13 !!

Khamis, 23 Oktober 2008

Tahniah Untuk Kerajaan Malaysia - Malaysiakini

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.