Wajarlah bagi saya untuk tabik kat YB Zul diatas keberanian beliau membela agama Islam didalam sidang parlimen yang disiarkan secara ringkas di dalam Berita di TV3.
Sesiapa pun yang mendengar ucapan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin di Parlimen semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam gerenti teruja. Dengan lantang Zul membelasah golongan yang disifatkannya mempersenda-sendakan Islam, tak kira daripada barisan pemerintah mahu pun kawan-kawannya dari Pakatan Rakyat.
Dengan lantang juga Zul membangkitkan tindakan sesetengah pihak yang menghantar memorandum memperlahankan laungan azan dan memprotes tulisan jawi. Tahniah sekali lagi untuk beliau..
sumber : Depa Kata

3 ulasan:
Alhamdulillah kita masih mempunyai YB seperti Zulkifli Nordin yang berjuang atas prinsip menegakkan agama Allah lebih daripada yang lain. YB Zul JAUH LEBIH BAIK daripada sesetengah PEMIMPIN AGUNG DAN BESAR BN dan PR yang lebih pentingkan periuk nasi, ikatan persefahaman berbanding PRINSIP ISLAM. Malu bagi saya, sungguhlah malu untuk mengaku umat Islam, umat Muhammad jika kita lebih takutkan periuk nasi, pangkat, ikatan persefahaman dgn rakan dalam Pakatan kononnya atau BN kononnya.....berbanding menegakkan agama Allah. Mereka yang dayus ini jawablah di hadapan Allah nanti!!!
Syabas YB.Zulkifli Nordin. Umat Islam perlu tegas, berani,yakin dan istiqamah kepada perjuangan Islam. Tidak perlu kita diam kerana nak menjaga sensitiviti dan hati pihak lain jika mereka tidak hormat dan peka kepada sensitiviti kita sabagai umat Islam. Toleransi kita ada hadnya.
Kalau setakat azan di laungkan kuat-kuat tapi x datang ke masjid tak guna juga. Saya melihat di Malaysia azan dari corong bumbung masjid berkemundang tapi sayangnya sekadar macam tradisi .Yang datang ke masjid bila mendengar azan org yang sama .
berbanding singapura walaupun azan tak berkemundang di luar masjid tapi bila tiba waktu solat masjidnya agak penuh..
fikir-fikirkan lah sekadar pandangan sahaja
Catat Ulasan