Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2008

Anwar Bakal Di Tahan ISA ?? - Malaysiakini

Seribu satu kemungkinan akan berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan wujud desakan dan kebimbangan di kalangan pemimpin BN berikutan kenyataan DSAI yang semakin mengancam kuasa dan pengaruh kerajaan BN. Mengulas sidang akhbar dan desakan DSAI semalam, Perdana menyifatkan DSAI sebagai ancaman kepada Negara.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai "satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara".

"Saya tidak akan nyatakan apakah rancangan saya," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap Anwar.

Mungkinkah alasan keselamatan Negara digunakan untuk menahan DSAI di bawah ISA. Apa –apa kemungkinan, sama-sama kita nantikan. Tempoh 24 jam ini semakin mendebarkan.

sumber dari: blog Angkasa Nuri

Kenapa Tidak Boleh Berjumpa ? - Malaysiakini

Saya merujuk kepada laporan Berita Harian ruangan Nasional halaman 14 berhubung kenyataan DS Mohd Ali Rustam (DSMAR) mengenai rancangan DS Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertemu PM. Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau menghadiri majlis berbuka puasa dan penutup Tilawah Al-Quran Gerakan Belia 4B Perak di Ipoh.

i. ia perbuatan sia-sia.

ii.'dia boleh cakap dalam Parlimen...nak jumpa (PM) sana-sini adalah buang masa.'

iii.'dia parti pembangkang...kita (kerajaan) nak buat kerja, jadi tiada masa nak melayan dia saja.'

iv. 'dakwaan Anwar hanya omongan kosong kerana beliaulah yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan parti.'

Komen.
DSMAR adalah Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden Umno. Beliau pemimpin kerajaan dan parti. DSAI adalah Ketua Pembangkang dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia dan Ketua Umum PKR. Sesuai dengan jawatan tersebut, apa-apa perkara berkaitan dengan rakyat yang dibawa oleh pemimpin parti yang tidak mengetuai kerajaan atau pembangkang (perkataan politik yang dianggap negatif dalam kalangan BN), dalam konteks sebuah kerajaan, sepatutnya ia tidak boleh dianggap sebagai perbuatan sia-sia apatah membuang masa oleh seorang pemimpin sebuah kerajaan. Perlu diingat, DSAI mewakili suara 49% undi popular rakyat ketika ini, BN tiada majoriti 2/3 dalam Parlimen dan Pakatan Rakyat sedang menguasai lima kerajaan negeri.

DSMAR kerap keluar negara khususnya ke Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin mencari pelaburan asing terutama dalam sektor pelancongan. Kalaupun tidak mahu belajar daripada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau sepatutnya mempelajari perjalanan politik demokrasi di negara-negara maju di benua Amerika dan Eropah itu, khususnya berkaitan dengan hubungan politik parti yang memerintah kerajaan dengan pembangkang. Hanya pemimpin yang sombong dan angkuh sahaja yang menganggap setiap pertemuan dengan lawan politiknya sebagai perbuatan sia-sia dan membuang masa.

DSAI dan PR telah memperkatakan banyak perkara yang membabitkan ketidakselesaan hidup rakyat pada hari ini. Kalau kita membaca laporan akhbar, saban hari kita menatap wajah sayu keluarga susah lagi miskin menyambut Syawal yang bakal menjelang. Ia kesan kenaikan harga minyak, isu rasuah, laporan audit tentang ketirisan wang negara, keselamatan dan banyak lagi. Tidakkah tersentuh dengan rintihan rakyat itu? Ataukah menganggap pertemuan itu, jika berlaku, memang usaha yang sia-sia dan membuang masa sebab kerajaan BN memang tidak mahu mendengar apa-apa keluhan rakyat yang datang dari suara Ketua Pembangkang? Alasannya, sibuk konon. Kami mahu tahu sibuk dengan urusan apa? Salahkah kalau sibuk kerana berbincang demi kesejahteraan rakyat?

Ketidakterbukaan beliau memang telah dikenali pejuang politik pembangkang hatta Umno di Melaka. Tidak mesra rakyat yang menyokong pembangkang adalah sifatnya.

Menggunakan agama untuk kepentingan politik? Eh! Bukankah beliau bercakap selepas majlis tilawah Al-Quran? Memperkenalkan Islam Hadhari dan menghabiskan ratusan juta wang rakyat kerananya, itu bukan menggunakan agama demi kepentingan politikkah? Inilah penyakit fahaman sekular yang melanda pemimpin nombor satu Melaka.

Malang bagi rakyat Melaka yang 600 tahun dahulu pernah menjadi kerajaan Islam tersohor di rantau Nusantara ini. Sultan Muhammad Syah dan sultan-sultan selepas baginda, menggunakan Islam sebagai asas kepada pengembangan wilayah politik, empayar, dakwah dan ekonomi Melaka pada abad ke-15 dahulu. Umno perlu sedar bahawa kamu diamanahkan mewarisi pentadbiran negeri yang keluasannya hanya sebesar sekarang. Apa salah menggunakan agama sebagai panduan berpolitik dan berusaha mencapai cita-cita perjuangan Islam menerusi politik? Bukankah ia diajar oleh Rasulullah s.a.w dan disuruh menjadi pegangan untuk tidak sesat dalam kehidupan dunia serta keselamatan di akhirat? Kalau tidak mahu menggunakan agama, nak gunakan apa? Wang? Akal? Itulah bahana yang melanda kamu sekarang! Tidak sedar lagikah? Inilah akibat apabila Islam dipisahkan dalam kehidupan dan pemerintahan.

Rakyat Melaka dan para pejuang sekalian, ingat! Menjelang tahun 2011 nanti, genap 500 tahun(1511-2011) tumbangnya empayar Islam Melaka, bukan Kerajaan Melayu Melaka sebagaimana yang dicatat dalam buku sejarah kini. Bangkit dan mara wahai para pejuang!

sumber : Cikgu Azrin

Jumaat, 29 Ogos 2008

Tahniah Dato' Seri Anwar


Tahniah DSAI kerana telah berjaya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Semoga kehadiran beliau kali ini dapat memberikan satu inspirasi kepada Pakatan Rakyat terutama dalam memperjuangkan hal yang berkaitan dengan rakyat..Selanjutnya lihat disini

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tahniah Polis Malaysia..Anda Memang Hebat

Pagi tadi ketika saya menjengah blog Amin Iskandar, saya terbaca artikel berkenaan isu penangkapan Bro Bakar atau Penulis Blog Penarik Beca malam tadi. Menurut kenyataan di dalam blog beliau, Bro Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Wah, sampai macam tu sekali hebatnya Polis di Malaysia. Sekelip mata jer dapat mengesan orang yang mereka kehendaki. Tabik spring la untuk Polis Malaysia yang dibawah bimbingan Musa Hasan, tapi yang saya musykilnya kenapa kes-kes yang sebegini Polis Malaysia ni hebat tapi bila jenayah yang menyabitkan kes pembunuhan, rompak bahkan kes culik sekalimanapun tiba-tiba mereka menjadi Bo@*% yang teramat sangat. Kes
adik Sharlinie sampai ke la ni ntah apa ceritanya dan begitu juga kes rompakan mikrocip dua kontena di Penang pada awal tahun ini, tutup macam tu je...

Lagi pelik mereka sanggup menjadi 'balaci' kepada sekutu BN..pasal apa saya cakap lagu ni, pasal saya cukup menyampah coz mereka sanggup menghabiskan masa dengan membuat sekatan jalanraya semata-mata nak tangkap peserta himpunan demontrasi dan untuk cerita hari ini, Kuala Lumpur sekali lagi dilanda 'gelombang' kesesakan akibat pihak polis mengadakan sekatan jalanraya dimana ia ada hubung kait dengan kes
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke mahkamah pagi tadi..Keluhan dari pendengar radio IKIM.FM, beliau rasa tensen coz time orang sibuk nak pergi keje time tu pulak dia polis bikin 'road block'.

Lagi best, Kisah Najib
Altantuya ditutup rapat malah dijaga dengan begitu rapi dan yang menjadi mangsa polis berdua...Kesian kat mereka..

Alahai Polis Malaysia, cukup-cukupla awak buat lagu tu..sia-sia je p training untuk membentuk disiplin tapi rupa-rupanya hancus.. Lepas ini kita sama-sama tunggu dan saksikan adegan seterusnya kisah Polis di Malaysia..berbeza dengan kisah Polis di dalam rancangan Gerak Khas yang ditayangkan pada setiap Hari Jumaat. Saya sentiasa menantikan rancangan Gerak Khas berkisar dengan apa yang berlaku sekarang ni. Harap-harap Datuk Yusof Haslam @ Anaknya Si Syamsul ada baca artikel saya ini.

Kepada Polis Malaysia, bawa-bawalah berfikir....sedih saya bila kamu semua menjadi mangsa politk di Malaysia....lagi sedih bila ketua kamu si pembawa tilam semasa Filem Liwat 1 memimpin kamu dan mencemarkan maruah PDRM...Moga kamu beralihkan minda kamu ke arah perkara yang benar..Saya tahu, ada dikalangan kamu semua terpaksa melakukan kerja ini secara paksa rela demi mencari rezeki.....moga Allah sentiasa melindungi kamu..

Untuk rakan-rakan blogger pula, jangan takut perjuangkan perkara yang benar. Penangkapan Bro Bakar merupakan satu titik permualaan perjuangan kita di alam cyber. Mari kita sama-sama mem'bogel'kan segala kezaliman yang dibawa oleh Pak lah bersama sekutu-sekutunya. Moga rakyat dapat lihat bahawa selama ini mereka ditipu oleh manusia yang bertopengkan syaitan dan bernafsukan binatang.....

Rabu, 6 Ogos 2008

Bila Pemimpin Barisan Nasional Takutkan Anwar

Nampaknya ramalan kini menjadi kenyataan...DSAI sudah menerima sapina yang mengarahkan beliau ke mahkamah di Jalan Duta pada jam 10.00 pagi esok...waa dah boleh jadi macam nujum Pak Belalang lepas ni...saya sendiri dapat merasakan yang PRK kali ini adalah PRK yang paling kotor dalam sejarah pilihanraya di Malaysia..Almaklumlah, PRK inilah yang menentukan masa depan kerajaan Pak Lah bersama sekutunya. Jika PRK Permatang Pauh ini dimenangi oleh DSAI maka 16 September pasti menjadi detik bersejarah untuk Pakatan Rakyat... Jadi untuk mengelakkan Anwar daripada bertanding, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh musuh dari Barisan Nasional...Jika kita lihat pada 'traderecord' pilihanraya yang lepas ia memihak kepada Anwar dan juga DSWA. Sebelum perletakan jawatan, DSWA menang dengan majoriti 13 ribu dalam PRU ke 12 keatas pencabarnya yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara iaitu Ustaz Firdaus

Ada beberapa andaian yang dibuat oleh beberapa orang sahabat blogger yang lain tetapi saya cuma berminat telahan dari saudara Arifin Al-Branggi didalam ruangan
komen blog Prof Hamirdin berikutan dengan kisah Anwar dalam pilihanraya di Permatang Pauh. Antara telahan yang diberikan :-

1. DSAI akan dibicarakan. perbicaraanya akan ambil masa yg agak panjang sehingga pilihanraya
2. DSAI akan masuk bertanding. satu lawan satu
3. DSAI menang
4. DSAI 'didapati' bersalah dan hilang kelayakan sebagai seorang MP (di penjara)
5. kerusi permatang pauh kosong balik semula

Ini sekadar skrip yang ditelah direka oleh pengarah yang tidak sebegitu handal tetapi ia cukup mengaibkan dan tidak mustahil jika ianya akan menjadi realiti. Sebagai rakyat apa yang mampu hanyalah melihat dan mendoakan agar kemenangan menjadi milik Pakatan Rakyat. Inilah yang dapat ditelah bahawa pemimpin dari Barisan Nasional ini lebih takutkan Anwar daripada Allah S.W.T. Mana taknya, kalau mereka takutkan Allah dah lama mereka tak bikin perkara yang sekeji ini..

Dengan menganiaya Anwar umpamanya memenjarakan beliau bermakna negara kehilangan seorang negarawan yang disegani di dalam negara dan luar negara. Boleh dikatakan sehingga kini tidak seorang pun di dalam kerajaan sekarang yang dapat menandingi karisma dan kredibiliti Anwar.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia marilah kita semua mengerah tenaga dan keringat serta harta benda untuk kita bekerja keras menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan BN dan pemimpinnya. Langkah terdekat yang perlu kita lakukan ialah membantu Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh agar beliau mendapat majoriti yang jauh lebih dari apa yang diperolehi Dato Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.