"Saya sempat mencelah petang ini ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang rancak membahaskan Bajet 2009.
Penjelasan yang saya pohon tertumpu kepada tuduhan jahat segelintir pemimpin UMNO yang melabelkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara ekoran ekonomi negara yang semakin lesu dan lembab.
Dato' Seri Anwar pantas bangun dan menerangkan punca ekonomi negara terus merudum.
Siapakah yang menjahanamkan dan memusnahkan ekonomi negara ? Perasuah dan pemimpin elit UMNO yang rakus dan tamak !
Dato' Seri Anwar terus menyerang Najib Tun Razak yang didakwa terlalu asyik meluluskan projek-projek mega dan berhempas pulas untuk menjamin kelangsungan kuasa dalam UMNO tetapi tidak ada masa untuk tumpu kepada krisis kewangan dan kemelut ekonomi negara.
Projek yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang ialah pembelian 12 helikopter dari Eurocopter dengan kos RM 1.5 bilion, pembelian BII oleh Maybank dengan harga yang terlalu tinggi (lebih 4.7 kali ganda dari book value) dan penganugerahan kontrak 'high speed broadband' tanpa tender terbuka dengan kos RM 11.3 bilion.
Kesemuanya diluluskan oleh Najib.
Malaysia juga terus tewas dalam persaingan dengan negara-negara jiran khususnya Singapura, Taiwan dan Korea Selatan untuk mengamit FDI.
Sebaliknya, negara mengalami pengaliran dana keluar yang sudah menjangkau RM 125 bilion. Dalam tempoh 15 Ogos 2008 sehingga 29 Ogos 2008, Malaysia kehilangan RM 3.8 bilion akibat pelabur asing dan peniaga tempatan hilang keyakinan dengan pentadbiran UMNO-BN, lalu membawa keluar dana dari negara ini.
Malaysia terkial-kial untuk bersaing dalam liga yang sama khususnya dengan Singapura. Pasaran saham di Malaysia tidak melonjak secara meyakinkan jika dibandingkan dengan Jepun dan Singapura sebelum krisis kewangan baru-baru ini.
Mutu pendidikan di Malaysia semakin merosot kerana perlantikan Naib Canselor di kalangan watak yang lebih cenderung untuk menulis sajak mendewakan Perdana Menteri dan bukannya menulis 'thesis' yang mampu meningkatkan produktiviti negara.
Malaysia memerlukan kepimpinan yang kuat dan bermaruah untuk memacu ekonomi yang lebih segar dan meyakinkan.

1 ulasan:
Tiada bezanya antara DSAI dan Najid..dan aku rasa DSAI lebih plastik dalam segala hal..
Catat Ulasan