Rabu, 15 Oktober 2008

Apa Muslihat Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Naib Presiden ?? - Malaysiakini

Annuar Musa telah memutuskan bahawa beliau telah menarik diri dan tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac depan walaupun sudah mendapat 1 pencalonan daripada UMNO Bahagian Machang. Malah beliau juga menetapkan pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang disandangnya sejak 1991 bagi memberi laluan kepada muka-muka baru.

Adakah ini merupakan salah satu noktah penghujung seorang pemimpin UMNO ini dimana suatu ketika dulu beliau dengan bongkaknya meletakkan keyakinan untuk meruntuhkan tembok pemerintahan TGNA di Kelantan. Jika benar maka Annuar Musa bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik tanahair.

Tapi bagi saya, ia masih lagi menjadi teka-teki. Persoalannya, adakah Annuar Musa akan keluar daripada UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat ataupun ini hanya gimik lakonan politik Annuar Musa pada kali ini bagi mendapatkan tempat di dalam kabinet Najib pada masa akan datang..jadi kita tunggu sajala.....

Tiada ulasan: