Sebelum Pak Lah naik sebagai PM, ramai tidak mengenali pemuda hitam kulit manggis yang bernama Khairy Jamaludin. Apabila Pak lah naik barulah ramai mengetahui yang beliau ni merupakan menantu kesayangan Pak Lah yang belajar di Universiti Oxford.
Semasa Pak Lah menjadi PM, KJ merupakan antara tulang belakang menggerakkan Malaysia kearah kehancuran, almaklumlah Pak Lah ni lebih percayakan anak menantu dari menteri kabinetnya sendiri. Dalam politik pula beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua UMNO Malaysia. Ini semua gara-gara status beliau sebagai menantu Pak Lah yang mengakibatkan ramai yang berminat dengan jawatan tersebut terpaksa menarik diri.
Tapi itu cerita 4-5 tahun lepas. kini KJ bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda yang dilepaskan oleh Hishamudin 'Awww' dan yang menariknya perebutan jawatan Ketua pemuda melibatkan persaingan diantara Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin.
Kali ini KJ terpaksa akur dengan kenyataan bahawa beliau memang tidak disukai oleh majoriti pemuda bahagian di seluruh Malaysia. Ini terbukti bahawa Mukhriz jauh di depan dari segi bilangan pencalonan sehingga kini.
Malah lebih malang bagi Khairy Jamaluddin (KJ) apabila pemuda Negeri Sembilan menolak beliau secara total. Dari 3 bahagian yang sudah bersidang kesemunya berpihak kepada Mukhriz. Kalau negeri sendiri dah meluat dengan KJ lebih baik KJ tarik diri sebelum dimalukan pada pemilihan akan datang.
KJ hanya berjaya 'memperdayakan' pemuda dari Kelantan apabila mendapat 4 dari 5 pencalonan setakat ini. Manakala Mukhriz langsung tidak mendapat sebarang pencalonan dari Kelantan setakat ini. Bagi saya eloklah KJ lupakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, tambahan orang ramai dah meluat dengan dia...entah-entah dia jadi ahli parlimen pun untuk penggal ni saja...Pilihanraya umum akan datang entah dicalonkan atau tidak....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan