Jumaat, 17 Oktober 2008

Ali Rustam Serba Tak Kena - Malaysiakini

Ali Rustam nampaknya berkeyakinan yang beliau akan melepasi kuota pencalonan jawatan Timbalan Presiden parti. Menurut kenyataan beliau yang dipetik dari Utusan Meloyar, "Saya yakin insya-Allah akan mendapat pencalonan yang cukup untuk memenuhi kuota pencalonan Timbalan Presiden sebanyak 20 peratus," katanya.

Depan media bolehlah kamu kelentong, tetapi dalam hati hanya dia dan Allah saja yang tahu. Bagi saya tentu si Ali Rustam menyesal kerana merebut jawatan Timb. Presiden. Mana taknya, setakat ini beliau cuma mendapat 3 pencalonan daripada 39 yang diperlukan. Harapan beliau adalah hanya pada 161 Bahagian yang akan bermesyuarat pada hujung minggu ini. Itupun jika ada rezeki, jika tak duduklah sajalah di Melaka.

Bagi saya, mungkin dia berkeyakinan disebabkan dia sudah berkempen sehingga ke Terengganu sehingga masalah
banjir di Jasin, Melaka pun gagal beliau lawati. Entahlah, apa nak jadi dengan Ketua Menteri Melaka ni saya pun tak tahu. Demi kepentingan individu, segala masalah rakyat ditolak tepi. Sama saja dengan perangai Pak Lah dalam isu banjir besar yang melanda tanah air 2 tahun lepas. Orang sibuk membantu rakyat yang susah, dia pula boleh pergi Australia rasmikan restoran nasi kandar sedara mara dia yang kini sudah tutup.

Untuk Ali Rustam, lupakan saja jawatan Timb. Presiden UMNO tu, kamu bukannya pandai memimpin. Masalah di Melaka kamu tak dapat selesaikan inikan pula masalah nasional. Cita-cita tinggi tapi sayang tak 'padan' dengan kemampuan yang sememangnya tak mampu.....

Tiada ulasan: