Apakah faktor Pak Lah menaikkan harga minyak petrol sebanyak RM 0.78 ?? Adakah ini sebagai salah satu faktor untuk beliau untuk membalas dendam kepada rakyat Malaysia berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional dalam PRU 12. Jika benarlah maka ia merupakan satu tindakan yang 'dungu' bagi seorang pemimpin no.1 negara.
Sebelum ini kita pun ada suara-suara sumbang dari seorang pemimpin tertinggi UMNO yang mengatakan bahawa Malaysia akan 'bangkrap' jika harga minyak turun. Kenyataan sebegini merupakan salah satu kenyataan yang kurang cerdik tambahan 'mamat' ni juga bakal mengantikan tempat Pak Lah pada bulan Mac 2009. Nampak sangat kerja pemimpin UMNO dan Barisan Nasional hanyalah untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.
Hari ini harga minyak turun buat kali yang ke 3 dalam tempoh hampir 3 bulan dan terbukti segala kenyataan pemimpin UMNO hanyalah dusta belaka. Bagi saya ini semua berikutan takutnya mereka kepada kenyataan DSAI. Nama sahaja memerintah 50 tahun tapi bila cerita pasal ekonomi langsung tidak melambangkan pemimpin dari Barisan Nasional ini seorang yang cerdik.
Kenapa sekarang Pak Lah begitu bersungguh menurunkan harga minyak, kenapa lagi dahulu tidak melaksanakannya ?? Adakah disebabkan terdesak meraih sokongan rakyat mengakibatkan Pak Lah menurunkan harga minyak ? Bagi saya, apa jua perkara yang dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional hanyalah sia-sia kerana masa depan UMNO dan Barisan Nasional semakin kabur bahkan dengan hanya menurunkan harga minyak kali ini bukan merupakan satu tiket untuk peniaga menurunkan harga barang dan tidak semestinya mereka akan percaya kepada pemimpin dari Barisan nasional.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan