Rabu, 15 Oktober 2008

Ali Rustam Memang Sengaja Cari Penyakit - Malaysiakini

Undian melalui sms di TV3 melalui Buletin Utama malam tadi mendapati 91 % tidak bersetuju anugerah datuk diberikan kepada Shah rukh Khan manakala 9 % lagi bersetuju. Sementara itu, Persatuan SENIMAN yang diketuai oleh Datuk Mustapha Maaruf turut mengutuk dan mengecam pemberian gelaran berkenaan dalam kenyataan kepada media.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan mana-mana pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan atau mempertahankan tindakan kerajaan negeri Melaka yang diketuai oleh Ali Rustam menganugerahkan gelaran tersebut.

Dalam suasana hangat-hangat suam pemilihan UMNO sekarang yang menyaksikan Ali Rustam turut menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, tindakan mencetuskan isu kontraversi ini sekaligus akan menutup segala peluang beliau untuk mendapat lebih pencalonan daripada bahagian-bahagian Umno yang lain. Kecuali bahagian Umno berkenaan turut sama tidak cerdik atau dua kali lima macam Ali Rustam.

Apa yang dilakukan oleh Ali Rustam ibarat membunuh kerjaya politiknya sendiri dalam UMNO. Pasti Tan Sri Muhyidin dan Tan Sri Md Taib adalah orang yang paling gembira sekarang dengan isu yang berlaku. Dalam kata lain Ali Rutam sengaja cari penyakit atau menambah penyakit dari pelbagai penyakit yang sedang menyerang Melaka sekarang. Mungkin dalam isu ini akan turut menutup peluang beliau untuk dicalonkan sebagai anggota Majlis Tertinggi. Melainkan beliau akan mendapat kuota simpati untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi dari presiden Umno selepas tamat pemilihan nanti.

sumber :
Angkasanuri

Tiada ulasan: