Khamis, 16 Oktober 2008

Akhirnya Hindraf Diisytihar Pertubuhan Haram - Malaysiakini

Datuk Seri Syed Hamid Albar (Si botak) atau dengan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri2 BN ni "geliga" belaka. Haramkan pertubuhan yang tidak wujud..kah..kah..kah! Persatuan bolehlah diharamkan..tapi ideologi tu boleh diharamkan? Jawap jangan tak jawap...Pilihanraya umum yang akan datang adalah istiadat perkuburan Barisan Nasional dan UMNO.