Memaparkan catatan dengan label Ketua Penerangan UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Penerangan UMNO. Papar semua catatan

Selasa, 14 Oktober 2008

Mohd Taib Tak Ubah Seperti Pengemis - Malaysiakini

Dalam memastikan diri beliau dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, pelbagai cara digunakan. Terkini cara beliau tak ubah seperti seorang pengemis yang meminta agar diri dicalonkan. Bagi saya, cara beliau tak ubah seperti manusia ber'muka tembok'. Dia antara pemimpin yang dah jelas ber'kurap' tetapi masih menyimpan cita-cita untuk menduduki kerusi no.2 pemimpin tertinggi di Malaysia.

Setakat ini beliau hanya menerima 2 pencalonan daripada 28 bahagian yang sudah bermesyuarat. Jawatan Timbalan Presiden kali ini mendapat persaingan antara beliau, Tan Sri Muhyiddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri mohd Ali Rustam. Setakat ini senarai calon yang mengungguli sebagai calon Timb. Presiden ialah Tan Sri Muhyiddin dengan 23 pencalonan diikuti oleh Ali Rustam sebanyak 3 pencalonan. Ketiga-tiga calon perlu melepasi kuota sebanyak 39 undi bagi membolehkan dicalonkan sebagai Timb. Presiden.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Giliran 'Mike Tyson' Umum Bertanding Timb. Presiden UMNO - Malaysiakini

Seorang lagi pemimpin UMNO yang tidak 'berguna' iaitu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Sehingga kini, tiga pemimpin menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut disebut-sebut mungkin akan bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Nampaknya semakin gelaplah masa depan UMNO selepas ini. Almaklumlah yang bertanding untuk jawatan Timb. Presiden rata-rata mereka mempunyai rekod kepimpinan yang buruk termasuk juga dengan Mohd Taib. Beliau yang sebelum ini popular dengan kisah bawa lari anak Sultan dan wang tunai berjuta-juta ke luar negara berkata ingin membantu Presiden memperkasakan dan memulihkan kekuatan UMNO untuk menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Bagi saya itu semuanya mengarut sahaja coz prinsip yang mereka perjuangkan selama ini hanyalah untuk kepentingan individu dan bukanlah jujur membantu masyarakat. Jika ini yang diperjuangkan bakal2 calon timbalan presiden alamatnya parti UMNO ni bakal di talkinkan dalam masa yang terdekat....