Khamis, 9 Oktober 2008

Rancangan Televisyen Di Malaysia Semakin Haru Biru - Malaysiakini

Entahla, kenapa sejak akhir-akhir ini rancangan televisyen di Malaysia semakin terbabas. Rancangan yang ditayangkan pula semakin mengarut malah rancangan yang berbentuk hiburan dan berunsur tahyul semakin berkembang di Stesen televisyen Malaysia dan ia seolah-olah menjadi keutamaan bagi stesen televisyen untuk mengejar rating tertinggi.

Saya pun sudah semakin jarang menonton televisyen dan hanya warta berita sahaja yang menjadi santapan utama saya, itupun hanya berpeluang sekali sekala. Rancangan berbentuk ilmiah semakin berkurangan bahkan rancangan Ehwal Islam yang suatu ketika dahulu menampilkan penceramah-penceramah yang hebat setiap kali berforum tetapi kini sudah semakin kendur bahkan soalan2 yang dikemukan oleh 'penonton' pun hanya tempelan semata-mata dalam satu majlis malah ahli2 panel pula takut menyatakan kebenaran setiap kali berhujah terutama Ustazah 'Hadhari' Mashitah.

Rancangan-rancangan dari negara Indonesia dan Amerika Selatan semakin membanjiri stesen Televisyen tempatan. Belum lagi dimasukkan cerita2 dari hollywood mahupun bollywood. Alahai, rasa seperti bukan tinggal di Malaysia sahaja. Entah apalah nak jadi saya pun tak tahu.

Rancangan berbentuk realiti semakin berlambak umpama cendawan yang tumbuh dengan segar selepas hujan. Rancangan seperti AF, Malaysia Idol, Geng Starz dan sebagainya menjadi perhatian masyarakat terutama dari golongan remaja. Saya bukannya anti hiburan bahkan saya antara penggemar hiburan. Pendekatan stesen TV yang lebih mengutamakan keuntungan daripada memelihara sensitiviti umat Islam adalah sangat mengecewakan. Ini kerana rancangan yang saya sebutkan rata-rata disertai oleh anak-anak Melayu yang terlalu taksub dengan kemewahan dan popular dikalangan masyarakat. Ini antara kegagalan yang dapat dilihat peranan sebenar stesen televisyen di Malaysia.

Terbaru
salah sebuah stesen televisyen di Malaysia menggunakan wanita Melayu yang semestinya beragama islam (berpandukan nama peserta) sebagai aset untuk mereka mereka meraih publisiti. Kali ini rancangan realiti Gadis Melayu menjadi pilihan TV9, program yang mula bersiaran pada pukul 9.30 malam 16 Oktober ini di saluran TV9, menampilkan 13 episod yang bukan sahaja menguji peserta dengan tugasan mencabar setiap minggu malah membimbing dan memberi panduan bagi membentuk figura gadis Melayu cemerlang.

Entah kecemerlangan yang mahu dicari oleh mereka tidak saya ketahui…semakin pelik difikirkan. Itu tidak termasuk dengan siaran kartun yang ditayangkan pada waktu maghrib. Yang paling menyedihkan apabila stesen televisyen kerajaan, RTM semakin hanyut untuk bersaing dengan stesen televisyen swasta. RTM seolah2 tiada 'trademark' yang boleh dibawa untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Alangkah malang menteri yang bertanggungjawab gagal dalam menjalankan tanggungjawab. Inilah kesan jika negara dibawah pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional…. Semakin lama BN memerintah semakin rosak akal pemikiran dan akhlak masyarakat di Malaysia yang saban hari disajikan dengan rancangan2 yang 'lagha'. Mungkin apabila PR memerintah baru siaran di televisyen baru akan berubah kot.....Kita tunggu sajalah...

Tiada ulasan: