Rabu, 8 Oktober 2008

Berakhirnya Era Pak Lah - Malaysiakini

Akhirnya Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

Nampaknya ramalan saya dan rakan-rakan blogger yang lain tidak tepat kali ini. Bagi saya adalah wajar jika beliau tidak bertanding dan seterusnya meletakkan jawatan beliau sebagai PM pada Mac tahun depan ini berikutan ekoran beliau sudah tidak lagi relevan di dalam politik tanah air. Tambahan sokongan masyarakat terhadap beliau semakin terhakis dari hari ke hari. Jika sebelum ini kita dengar Tunku Abd. Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abd. Razak sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein On pula sebagai Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir sebagai Bapa Pemodenan tetapi Pak Lah sebaliknya tak tahu saya nak panggil dengan gelaran apa..yang saya tahu dia merupakan Bapa Mertua kepada Khairy Jamaludin.....Ada juga saya dengar yang beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, tetapi saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan Bapa Pembangunan Modal Insan kepada beliau dan bagi saya gelaran tersebut tidak sesuai dengan beliau ekoran kegagalan beliau dalam mentadbir Malaysia....

Kini Pak Lah sedang menghitung hari untuk menanti hari pencen dan yang pasti jika beliau tetap dengan keputusan tersebut maka peluang Khairy Jamaludin untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bakal terjejas dan kemungkinan tersingkir dari senarai pencalonan. Apa2 hal kita tunggu cerita selanjutnya.

Pak Lah pada pandangan peribadi saya

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939, juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Dr. Mahathir. Walaupun beliau memperolehi kemenangan yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 sehinggakan berjaya merampas Negeri Terengganu dari PAS serta hampir menawan Kelantan dengan perbezaan hanya 1 kerusi dun tetapi Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, 4 tahun kemudian ujian hebat menimpa beliau apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Selain itu, Abdullah juga mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Namun, apa jua keputusan dari Pak Lah ia sebenarnya langsung tidak meredakan kemelut di dalam Umno malah ianya lebih parah kerana lebih ramai yang bertanding jawatan tertinggi dan sudah tentu amalan politik wang dan salahguna kuasa akan lebih berleluasa. Tak percaya, kamu lihatlah sendiri...

klik sini untuk membaca sejarah
Pak Lah

2 ulasan:

BoyDontUcry berkata...

Wakakakaa!!!
Nampaknya ramai orang sekali lagi terpedaya dengan Badawi. Sila baca dengan tekun kenyataan beliau di bawah;

“At some point I will have to hand over to my successor,” he added. “Why do I say ‘at some point’? It is because Najib will have to win the party election first. Once he has won, then we can discuss (the transition).” - Abdullah’s Secret Loophole in the Transition Plan? by Nathaniel Tan



~~~~~

Berita Terkini!!!
Kabinet Pakatan Rakyat Sudah Dibentuk.

uncle nano berkata...

Berita Terkini!!!
Kabinet Pakatan Rakyat Sudah Dibentuk.

Nak gelak aku baca..apara..
angan2 mak jenin nih..

Korang nikan cuba le bawak mengucap sikit!!

Nak menghina orang sesuka hati je..korang Islam kan? blajar Agama kan??Keturunan Islam kan??

Orang Melayu eloklah jadi orang yg bersopan santun..yang korang kutuk tu pun orang Islam Melayu..

Sedar sikit saudara, kau aku dan dia orang melayu islam..

apa2 pun aku nak gak tgk DSAI jd PM!!bleh ke??