Selasa, 7 Oktober 2008

Harga Barang Dah Mula Naik Melambung - Malaysiakini

Harga barang keperluan, terutama barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran melambung sehingga 50 % di seluruh Negara. Harga barang keperluan ini dijangka akan meningkat lagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Dalam hal ini Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya tanpa menyalah dan menunding jari kepada mana –mana pihak seperti pembekal dan pengusaha syarikat pengangkutan.

Kesan kenaikan harga minyak ' terlampau' menyebabkan para pembekal dan pengusaha tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga untuk menyerap pertambahan kos pengeluaran.

Keadaan bertambah buruk dengan kelemahan agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maklumlah Pak Menteri sedang sibuk menjelang pemilihan UMNO akan datang sehingga tak ada masa untuk memantau apa yang berlaku .

Seperti biasa yang menjadi mangsa adalah pengguna dan orang ramai terutama golongan bawahan berpendapatan rendah yang terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kehidupan harian. Sebalikknya golongan pemimpin yang memegang kuasa sibuk dengan jamuan bermewah-mewah di majlis rumah terbuka yang mempunyai agenda serampang dua mata untuk melobi menjelang pemilihan UMNO akan datang. Inilah yang terjadi jika UMNO dan Barisan Nasional memerintah lebih dari 50 tahun....

Sumber dari :
Angkasanuri

Tiada ulasan: