Rabu, 8 Oktober 2008

Gara-Gara Gambar Gergasi DSAI, Ramai Pemimpin BN Raih Publisiti - Malaysiakini

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.

Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.

''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saya menjawab :
Baru RM 5,000 semua pemimpin BN dah kecoh....belum lagi bikin projek yang juta-juta. Apa cerita pula pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan BN berikutan dalam membaik pulih projek MRR2 yang melibatkan kos ratusan juta ?? Takde pulak nak komplen....takut ker ???

Komen 2
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Saya menjawab :
Si Ali Rustam ni pun satu, dia jawab tapi guna kepada lutut. Dia tak sedar pembaziran kat Melaka dan dia mungkin terlupa yang hutang piutang di Melaka yang semakin meningkat saban tahun.

Satu lagi, mungkin dia jeles ngan DSAI kot.....


Komen 3
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.

Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.

''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.

''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Saya menjawab :
Terima kasih Zahid Hamidi diatas teguran tersebut tetapi mengapa beliau sibuk sangat dalam isu ini sedangkan semasa Mufti Perlis menegur Dollah Badawi tentang isu mengalungkan bunga di Tugu Negara yang jelas haram seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, beliau senyap seribu bahasa.

Harap dapat diberikan penjelasan...Jangan hanya pandai membodek sahaja...


Komen 4
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.

Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.

''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Saya menjawab
Mentang-mentangla yang bikin ini semua pembangkang...Jadi suka-suka je kamu komplen. Bagaimana pula jika Kerajaan BN pula yang bikin. Ada berani kamu semua tegur ?? Tak kan adanya...Rasuah yang berlambak pun kau berdiam diri, Menteri bikin masalah tak ditegur..Inilah sikap pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional..

Komen 5
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.

Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.

Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

Saya menjawab :
Jika nak disebut pasal isu kemiskinan, saya rasa pemimpin-pemimpin BN sendiri boleh jawab. Dalam rancangan Bersamamu yang menjadi tontonan umum di TV3 sudah menjawab segala persoalan Datuk Seri Tiong King Sing. Jadi fikir-fikirlah sendiri...

silembiks : Pemimpin BN hanya pandai berkata-kata dan bersandiwara, hakikatnya mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada melaksanakan tugas mereka untuk berbakti kepada masyarakat.

Tiada ulasan: